Anda di halaman 1dari 14

PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR DAN PENDIDIK

Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang


memungkinkan kita saling bertukar informasi mahupun data maklumat. Dunia Tanpa
Sempadan adalah satu istilah yang sinonim dengan internet. Manakala menurut Kamus
Pelajar Edisi Kedua, internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang
membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu dengan yang
lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Ia satu rangkaian yang
besar terdiri daripada rangkaian yang kecil. Penggunaan jaringan internet kini semakin
meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah
muncul kesan daripada pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan teknologi semakin
berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala kemudahan ini telah menjadikan
kehidupan manusia maju ke hadapan. Tanpa internet, kita akan ketinggalan ke belakang.
Maklumat juga tidak dapat disebarkan dengan cepat dan pantas. Kita akan sukar
mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini. Pada hari ini juga manusia tidak perlu
lagi bersusah payah untuk memperolehi maklumat atau mendapatkan sesuatu barangan
yang diperlukan. Segala keperluan dan kehendak dapat dicapai dengan mudah dan dalam
tempoh yang singkat. Kini segala-galanya hanya di hujung jari kita. Internet berfungsi
menyampaikan maklumat dalam keadaan yang lebih pantas dan singkat jika dibandingkan
dengan alat-alat perhubungan yang sedia ada seperti pos dan telefon. Pelbagai maklumat
terkini boleh didapati kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa untuk keperluan
pengguna.

Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) yang dijalankan di Malaysia
mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, para pelajar menghabiskan masa enam
belas jam seminggu melayari internet. Manakala,kajian yang dilakukan oleh Grunwald
Associates LLC mendapati golongan ini menghabiskan hampir sembilan jam seminggu
melakukan aktiviti dalam jaringan sosial ini. Anggaran terdapat lebih daripada 459 juta
pengguna internet di seluruh dunia.

Sejarah internet bermula pada tahun 1957 apabila pihak Soviet Union melancarkan satelit
pertama mereka yang diberi nama Sputnik. Kementerian Pertahanan Amerika merasakan ini
adalah satu ancaman kepada mereka lantas menubuhkan ARPA -Advanced Research
Project Agency untuk mencipta satu sistem dimana walaupun berlakunya serangan nuklear,
mereka masih lagi boleh berhubung. ARPA telah berjaya menhubungkan empat buah
universiti di Amerika Syarikat. Oleh kerana sistem ini melibatkan operasi ketenteraan, satu
sistem telah dibangunkan bagi memastikan tiada data yang hilang sewaktu proses
perhubungan berlaku diantara keempat-empat universiti ini. Kajian demi kajian telah
dilakukan dan pada tahun 1982, satu sistem dikenali sebagai TCP/IP telah dibangunkan.
Sistem ini juga telah menjadi asas kepada Sistem Internet pada masa kini. TCP/IP sukar
untuk kita hafal, kerana setiap komputer didunia ini perlu ada TCP/IP. Oleh itu, satu cara
untuk memudahkan kita ialah dengan menggunakan nama seperti http://www.google.com/
atau http://www.yahoo.com/. Nama-nama ini mewakili TCP/IP untuk memudahkan
pengguna. TCP/IP ialah Transmission Control Protocol / Internet Protocol. Contohnya
seperti 192.168.1.84. Tiada sesiapa didunia ini yang menyangka bahawa internet itu benar-
benar terjadi dan bagaimana sebenarnya internet itu berfungsi. Tugas kita sebagai
pengguna internet, tidak perlu untuk memahami keseluruhan proses internet itu, melainkan
jika keadaan memaksa untuk kita mendalaminya. Internet adalah sebuah dunia yang bebas.
Penggunaanya ialah penghuni kepada dunia ini. Oleh itu, sesiapapun berhak untuk
menggunakan internet secara meluas. Ini bermakna tanggungjawab untuk menggunakan
internet secara rasional terletak diatas bahu masing-masing. Secara warasnya internet
sangat berguna kepada dunia terutama kepada pelajar. Oleh itu, sebagai seorang pelajar,
kita seharusnya menggunakan kemajuan teknologi internet ini dengan sebaik mungkin.
Manfaatkan faedahnya tanpa disalahgunakan. Kita hendaklah mengetahui sedikit
pengetahuan dalam penggunaan internet dengan kaedeh yang betul. Kos internet
menjimatkan serta mudah dicapai, menjadikan pelajar gemar mengaplikasikanya dalam
kehidupan seharian. Hanya dengan menggunakan kata kunci dan menekan butang kekunci,
maklumat yang dicari mampu diperolehi dengan mudah, cepat dan pantas. Oleh yang
demikian, pelajar akhir-akhir ini lebih cenderung menggunakan internet. Tambahan pula
pelbagai maklumat boleh diperolehi berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar pada
waktu tersebut. Berdasarkan statistik di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa penggunaan
internet di Malaysia adalah bukan sesuatu yang asing di kalangan para pelajar. Oleh hal
yang demikian, terdapatnya kesan positif dan juga negatif hasil penggunaan internet dalam
kalangan pelajar khususnya.








Manfaat Internet Kepada Pelajar

Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Manusia juga
masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang sempurna
dalam dunia ini. Sama juga seperti internet ini ada manfaat dan ada juga kemudaratan jika
menggunakannya terlalu kerap sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara manfaat
penggunaan internet kepada pelajar ialah:

1. Maklumat
2. Alat komunikasi
3. Hiburan
4. Penjimatan kos dan masa.
5. Pendidikan Secara Atas Talian


Maklumat

Melalui internet, kita akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat
juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga
dalam bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain
dalam bentuk media elektronik. Bermacam-macam maklumat kita boleh dapati melalui
internet. Ada berita, laporan cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang kita
akan berjumpa maklumat yang kita sendiri tak pernah fikirkan. Malah kita juga boleh
membaca surat khabar menerusi internet. Sekalipun kita sudah terlepas isu terbitan
cetakannya tetapi kini kita masih ada peluang membacanya menggunakan internet.
Disamping itu, ia juga dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Selain itu, internet sangat berguna untuk tujuan pembelajaran. Sebagai contoh, e-Learning.
Di Malaysia, penggunaan internet sebagai salah satu medium untuk membantu pelajar dan
tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memainkan peranan
sebagai pendidik atau `tutor' siber yang berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains
boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan
matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak
untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini
menandingi cara pembelajaran konvensional. Hal ini adalah sangat penting kerana dapat
mendedahkan pelajar kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dan dalam
usaha meletakkan mereka seiring dengan kemajuan dunia IT. Melalui cara ini, pelajar lebih
didedahkan kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki.
Sebagai contoh, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet
di mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan kadar segera.

Alat Komunikasi

Dari segi komunikasi, internet merupakan salah satu perantaraan yang sangat efektik dan
efisen untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat. Kebanyakkan manusia
sekarang mengunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Capaian kepada
internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail, kumpulan
perbincangan dan perbualan (chatting). Ada yang menggunakan media elektronik (e-mel)
untuk berhubung dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja.
Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka
kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Dan, ada pula pelajar yang menggunakan
kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting) untuk mencari dan menambah kenalan di
seluruh dunia serta bertukar-tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama. Justeru,
mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber
mereka. Pelajar juga boleh menggunakan talian internet untuk menonton video dan
mendengar apa-apa muzik yang mereka minat melalui perkhidmatan yang disediakan. Ianya
amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti
Yahoo, Skype dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan
penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks,
penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana
kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing
dengan menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. Sebagai contoh,
pelajar Sabah atau Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia dapat
menghubungi keluarga mereka dengan menggunakan pelbagai messenger. Ternyata lebih
menjimatkan wang.

Hiburan

Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh
menonton drama atau filem secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web
yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan
http://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan yang boleh di main
secara atas talian bersama-sama dengan pemain dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-
hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan
baru di alam maya. Misalnya, jika pelajar stress dengan pembelajaran mahupun ujian dan
peperiksaan mereka pasti akan mencari hiburan yang mampu mengurangkan stress mereka
walaupun untuk seketika.

Penjimatan kos dan masa

Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan
telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan
misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon
analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj
dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang
dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Sebagai contoh, jika pelajar
mahu membuat rujukan tetapi tidak mencukupi wang untuk membeli buku. Mereka boleh
melayari internet sahaja untuk mencari sumber rujukan yg betul dan relevan. Dalam masa
yang sama, ini dapat menjimatkan kos dan masa. Tidak membebankan pelajar mahupun
mengganggu pembelajaran mereka.

Pendidikan Atas Talian

Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak
jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan
secara atas talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri
kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya
mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat
turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah
tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di perolehi
secara atas talian.

Keburukan Internet Kepada Pelajar

Di sebalik kecanggihan internet, selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga
budaya negatif yang meracuni minda pelajar masa kini. Budaya ini perlu dibendung supaya
tidak merosakkan minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah:
1. Bebas melayari laman lucah
2. Kurang fokus pada pelajaran
3. Menyemai sifat malas
4. Terdedah kepada jenayah siber
5. Ketidaktepatan maklumat

Bebas melayari laman lucah
Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa
sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa
kawalan. Bahan lucah seperti ini merupakan budaya yang patut dibuang terhadap diri
masing-masing kerana ia dapat merosakkan akidah dan jati diri seorang pelajar. Di samping
itu, kesan daripada penyebaran laman web secara tidak terkawal ini menjadi penyumbang
kepada masalah social yang semakin menjadi-jadi sehingga ke kancah zina. Contohnya,isu
video porno dikalangan tersebar kepada masyarakat. Perilaku seksual tidak bermoral ini
menjadi kelaziman pelajar sekarang. Keseronokan menonton bahan lucah mendorong
individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas.
Kesan daripada seks bebas ini akan mendorong kepada perlakuan isu membuang bayi tidak
berdosa. Membincangkan kes pembuangan bayi ini tidak dapat lari daripada isu anak luar
nikah dan persoalan zina yang makin berleluasa kebelakangan ini. Justeru, untuk mengatasi
permasalahan ini daripada berleluasa kepada pelajar, jalan yang boleh menuju ke arah
perlakuan zina harus ditutup serapat-rapatnya,terutamanya di internet. Ini termasuk
mengakses kepada bahan pornografi di internet. Firman Allah bermaksud: Dan janganlah
kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan
yang buruk. (Surah Al-Isra: 32).

Kurang fokus pada pelajaran

Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses
pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang
berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan
sebarang input. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang
begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.
Namun demikian jika pelajar terdedah dengan laman sosial yang terlalu bebas tanpa
sebarang kawalan boleh menjerumus pelajar melakukan jenayah. Menurut sumber Harian
Metro yang dikupas oleh Ketua Polis Pahang Datuk Shariffudin Abd Ghani Lee berkata
melalui laman sosial pelajar akan mengenali individu tertentu. Contohnya budaya barat
seperti Black Metal, Punk, dan Skin Head yang menjerumus pemikiran remaja di
Malaysia. Oleh yang demikian, perkara ini boleh mengakibatkan pelajar terjerumus kepada
masalah gensterisme di Malaysia. Sememangnya pelajar harus bersosial akan tetapi
haruslah dihadkan waktu penggunaannya. Di samping itu, kepelbagaian aplikasi menarik
seperti permainan yang terdapat di laman sosial membuatkan pelajar suka untuk
menghabiskan masa dengan permainan tersebut. Hal ini, banyak member impak yang buruk
terhadap pelajar kerana mereka akan berasa seronok dengan perkara yang tidak
sewajarnya mereka lakukan sehingga terabai tanggunjawab mereka sebagai pelajar. Oleh
itu, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik dan gagal menyempurnakan tugasan
mereka di institusi. Seharusnya, perkara ini dikawal dan di dalam setiap diri pelajar perlu
tanam sikap yang positif untuk generasi kelak.

Menyemai sifat malas

Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja
menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti
bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada
pelajar. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat
merisaukan kerana ia mendatangkan banyak kesan negatif. Antaranya, pelajar akan jadi
malas kerana badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku
kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas. Aktiviti sukan yang
dianjurkan oleh institusi pengajian bertujuan untuk mencergaskan badan di samping
mencerdaskan minda. Oleh yang demikian pelajar harus bergiat aktif untuk melahirkan
pelajar yang mantap dari segi lahiriah dan rohaniah. Akan tetapi, mereka menganggap
menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa
tersebut hanya untuk memenuhi keperluan mereka sendiri, seperti untuk menghabiskan
melayari laman sosial di rumah dan kafe siber. Situasi begini boleh melahirkan pelajar yang
kurang sihat dan ia memberi impak di masa yang akan datang. Di samping itu, hal ini juga
akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti
berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk pelajar supaya lebih bertanggungjawab
dalam menguruskan organisasi. Akan tetapi pelajar masa kini lebih aktif dengan persatuan
sosial yang boleh mendatangkan masalah moral seperti Gay, Lesbian, dan sebagainya.
Situasi ini amat serius disebabkan laman sosial mereka tidak bergiat dengan persatuan
yang sewajarnya diikuti.



Terdedah kepada jenayah siber

Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa
had juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada
unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian
maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan
jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh
pihak tertentu untuk melakukan jenayah. Berdasarkan sumber akhbar Berita Harian laporan
terkini dikeluarkan pihak CyberSecurity menunjukkan kadar jenayah siber di negara ini
meningkat sehingga 88 peratus pada tahun lalu berbanding hanya 8.090 kes pada tahun
sebelumnya. Isu ini amat membimbangkan sekiranya berlaku masalah seperti pelajar
menggodam portal institusi pengajian, menyebarkan fitnah secara berleluasa, menukar
sumber maklumat di institusi dan sebagainya. Di samping itu, isu ini akan mempengaruhi
minda pelajar dengan kenyataan kenyataan yang salah dari kenyataan yang tidak
sepatutnya. Jenayah siber ini juga boleh merosakkan minda pelajar dari segi politil, terlalu
banyak isu politik yang palsu terdedah di internet mengakibatkan tanggapan remaja kepada
ahli politik menjadi negatif serta merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil
dari penipuan di internet. Ini merupakan suatu permasalahan yang sangat besar dan perlu
diatasi. Perkara ini sewajarnya dititik beratkan supaya tidak berleluasa. Kecendorongan
pelajar kepada fakta-fakta yang mengandungi unsur penipuan amat membimbangka
contohnya di laman sosial yang sangat popular iaitu Twitter ada sesetengah pihak
menggunakan nama Ustaz Azhar Idrus mengeluarkan kenyataan yang direka sendiri.
Ketidaktepatan Maklumat
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah
semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang
kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak
yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan
internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang
menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan
orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan
sesuatu maklumat tersebut.



Kebaikan Internet Kepada Guru

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak
impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Tindakan
Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu
mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan
pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu
untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang
berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan
minat dan kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan
pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di
peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak
pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa
mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk
meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin,
2005). Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali
dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah
rendah dan menengah.

Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang
mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu
memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan
pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Koh Boh Boon (1982) menyatakan
bahawa pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah
lebih terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan
pembelajaran murid. Pelaksanaan program ini melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka
yang lembap atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan
murid-murid lain yang sebaya dengan mereka. Oleh yang demikian, selaras dengan
perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian
akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai oleh Murid-Murid lain khususnya
yang sebaya dengan mereka

Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan
dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di dalam bilik
darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad(1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran
dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi
pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan
teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru
khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran
dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk. Antara kelebihan penggunaan internet
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada guru adalah seperti mana yang berikut:-

i) Mengubah Peringkat Membuat Keputusan : Kebiasaannya, penggunaan media dirancang
semasa kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang dan menentukan
kurikulum. Oleh itu terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan
perancangan yang sistematik. Dengan penerimaan teknologi pengajaran pada peringkat
perancangan kurikulum, perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka
pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah.
Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan kurikulum yang
telah digariskan.

ii) Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran : Teknologi pengajaran boleh
mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh
menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran
jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas. Teknologi pengajaran boleh
mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum pengajaran
literasi komputer. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer,
pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama, penyelesaian masalah dan
penggunaan strategi pembelajaran penguasaan. Penggunaan teknologi pengajaran
terutamanya teknologi maklumat, mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan
dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan pembelajaran
pula berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru hanya
mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman dan
pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untukpembelajaran. Pengenalan kepada
jadual waktu anjal oleh KPM pada tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalam perancangan
kurikulum dan strategi pengajaran. Ini membolehkan guru merancang pelajaran dengan
lebih berkesan dan memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan dan menangani
masalah pembelajaran, sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama (Yusuf Hashim,
1998).
iii) Mengubah Pengalaman Pembelajaran : Tanggapan masa kini terhadap pengalaman
pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu,
pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi
teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman
pembelajaran yang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai sesuatu
perkara.

Secara amnya, menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha ke
arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Semenjak
permulaan tercetusnya bidang ini, usaha ke arah ini jelas kelihatan. Misalnya, pada tahun
1930an, penghasilan bahan-bahan visual seperti filem, gambar, slaid dan realia giat
diadakan bagi membantu guru dalam pengajaran di bilik darjah.

Keburukan Internet Kepada Guru

Internet pada zaman kini merupakan sesuatau yang amat diperlukan dalam pendidikan dan
digunakan oleh guru ditadika-tadika namun tidak semua guru dapat mengaplikasakan ict
dalam pengajaran mereka. Guru ditadika tidak semuanya mahir dalam menggunakan
komputer dan kebolehan penggunaan komputer adalah terhad. Mereka tidak diberi latihan
yang mencukupi maka komputer yang ada terbiar begitu sahaja dan tidak digunakan ini kan
menyebabkan berlakunya pembaziran.
Mereka tidak tahu mereka sebenarnya boleh mengaplikasikan pengajaran mereka dengan
menggunakan komputer. Sebagai contoh pengajaran bercerita, mereka boleh menggunakan
aplikasi Microsoft movie maker untuk digunakan di dalam kelas namun kadangkala jika
ianya terlalu kerap digunakan, guru itu akan menjadi malas untuk membuat bahan
pengajaran dan memikirkannya kerana kebanyakan maklumat mereka boleh menggunakan
teknik copy and paste. Mereka tidak akan menjadi kreatif dalam pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak akan menjadi bosan kerana guru mereka tidak kreatif dalam
menyampaikan pengajaran kepada mereka.Mereka tidak akan dapat belajar dengan
berkesan. Sebagai contoh guru tersebut hanya meninggalkan kelas dan menyuruh murid
untuk melihatnya sahaja tanpa bimbingan khusu daripada guru. Secara tidak langsung guru
tidak akan dapat mengesan tahap pencapaian murid dari segi kelemahan dan kebolehan
mereka.

Kanak-kanak tidak akan dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka
terhadap sesuatu perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria
rangsangan mereka tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui
sesuatu yang sebenar. Misalnya, murid akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam
gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalam itu dengan merasakan bahawa epal itu
sebenarnya bulat dan rasanya manis. Hal ini kerana kanak-kanak akan lebih mudah
mengingati perkara dan belajar melalhui pengalam mereka disekeliling.

Guru juga akan menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail.
Melalui e-mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap sesuatu
perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif. Kaedah pengajaran akan menjadi stereotaip
sahaja.Kanak-kanak tidak akan mendpat pembaharuan dalam pembelajaran mereka.
Semua kanak-kanak akan belajar perkara yang sama dengan cara yang sama. Hal ini
secara tidak langsung menjadikan kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan
dalam sesi pembelajaran.
Guru akan menjadi gelabah dan pengajaran tidak akan berlaku jika guru tersebut hanya
bergantung sepenuhnya kepada penggunaan komputer. Jika komputer itu rosak dan
mempunyai masalah guru tidak akan dapat mengajar dan menyebabkan kanak-kanak akan
memenuhi aktiviti mereka dengan perkara yang tidak berfaedah.

Dalam pembelajaran bahasa misalnya dengan penggunaan komputer mereka tidak akan
dapat belajar menyebut dengan betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan
itu daripada audio yang dimainkan oleh komputer. Artikulasi mereka akan menjadi kurang
betul dan tidak tepat. Diksi yang keluar daripada komputer juga amatlah terhad kerana
kanak-kanak tidak akan belajar lebih daripada apa yang telah disetkan oleh guru mereka
sahaja dan mereka tidak dapat mengaplikasikan diksi itu dalam kehidupan mereka dengan
betul kerana mereka tidak dapat mengetahui secara jelas penggunaan diksi tersebut. Maka
tahap kemahiran berkomunikasi mereka akan menjadi sangat lemah. Mereka tidak akan
dapat menggunakan frasa-frasa ayat yang sesuai kerana kelemahan mereka dalam aspek
pemilihan diksi.








Kesimpulan

Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan
masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh
dengan keselesaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan
rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan
ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial,
ekonomi, politik dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar
hormat menghormati antara satu sama lain, kita menjaga kemuliaan diri dan masyarakat di
sekeliling kita. Isu berkenaan pelajar terdedah dengan bahan lucah dapat dibendung jika
nilai-nilai agama diterapkan dalam diri pelajar . Pihak tertentu perlu ambil tindakan untuk
mengawal secara rapi supaya pelajar tidak cenderung kepada masalah social. Tiada lagi
unsur yang yang boleh meracuni keutuhan masyarakat yang disebar melalui internet yang
akan diakses oleh manusia sejagat. Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan
masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan
khususnya generasi muda atau pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada
kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa
ke semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah
tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau
mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya
masyarakat kita serta menonjolkan nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari
berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika
masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang
akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin
dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurangkan kesan yang negatif. Dasar-
dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu
salah guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan
pembangunan Negara bangsa Malaysia.











FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN
VOKASIONAL

BBP 10102 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
TAJUK : PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR DAN
PENDIDIK
NAMA PENSYARAH : PUAN DR. AZITA BINTI ALI
KELAS : 2 BINAAN BANGUNAN

NAMA PELAJAR

NO KAD MATRIK

MOHD PUTRA BIN YASSIN

CB 130105

SHAHRIL HAMDI BIN SUPARDI

CB 130046

NUR MASTURA BINTI GHARIF JAMAL

CB 130106

ROHAYU BT ABD GHANI

CB 130045

NOOR AZIELAH BINTI ABDULL HALIM

CB 130059

Anda mungkin juga menyukai