Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
LAMAN WEB
“MiniSite”
PERNIAGAAN
INTERNET
SATU PRODUK – SATU WEBSITE
Oleh,
www.buatwebsendiri.com
www.BuatWebSendiri.Com – Teknik Membina Laman Web “MiniSite” Perniagaan Internet
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penafian:
Buku ini adalah hak milik Ahmad Shariff dari laman web www.buatwebsendiri.com.
Segala kandungan di dalam buku ini adalah hasil karya beliau sendiri. Buku yang
berkisarkan pembangunan laman web ini adalah berdasarkan pengalaman
penulis dalam merekabentuk laman web untuk perniagaan internet yang fokus
kepada -- Satu Produk Satu Laman Web. Buku ini juga adalah hak cipta
terpelihara. Tidak dibenarkan sesiapa pun mengubah dan mengambil isi
kandungan buku ini serta mencetak dan meniru secara elektronik atau bukan
elektronik untuk tujuan komersil.
Salam sejahtera pembaca sekalian. Ebook Mini ini diterbitkan adalah sebagai
hadiah kepada pengunjung laman web saya iaitu www.buatwebsendiri.com.
Ebook ini bukanlah mengajar anda 100% membina laman web dari awal
sehingga tamat, tetapi ia menerangkan teknik & panduan secara keseluruhan
mengenai rekabentuk laman web “MiniSite” perniagaan internet. Untuk tujuan
memberi pengajaran kepada anda, saya sekarang sedang berusaha ke arah itu.
Saya dalam proses merancang dan menerbitkan ebook atau CD tutorial untuk
memudahkan anda mempelajari bagaimana membina laman web “minisite”
sendiri di komputer anda. Diharapkan pemberian ebook secara percuma ini
dapat memberi gambaran kepada anda sedikit sebanyak mengenai dunia
rekabentuk laman web “MiniSite”. Bagi yang kurang atau tidak berminat dengan
dunia IT ini, mungkin bahan rujukan saya ini menjadi penarik minat anda apabila
anda tahu akan kelebihan dan kegunaannya disebalik laman web itu sendiri. Jadi
saya harap anda teruskan membaca ebook ini dan semoga memperoleh ilmu
yang bermanfaat..
Semoga berjaya...
Senarai Kandungan
1.0 Pengenalan
1.0 PENGENALAN
Internet masa kini telah membentuk satu sistem komunikasi tanpa sempadan di
kalangan manusia. Penggunaannya yang pelbagai seperti perutusan email,
meimindah / memuaturun fail, persidangan video, perkongsian maklumat dan
sebagainya menjadikan proses kehidupan serta tugas manusia seharian
bertambah cekap dan pantas. Di sebalik penggunaan yang biasa di lakukan
dengan internet, ada perkara menarik yang mungkin ramai lagi penduduk di
dunia ini masih belum mengetahuinya. Perkara ini ingin saya kongsikan dengan
pembaca semua.
Perniagaan internet boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai serba
sedikit pengetahuan menggunakan komputer dan juga internet. Anda tidak perlu
risau tentang pengetahuan IT yang anda ada. Anda boleh mempelajarinya. Pada
masa kini juga terdapat kursus-kursus perniagaan internet dan juga kursus IT
yang dianjurkan oleh orang perseorangan dan juga syarikat tertentu. Anda boleh
mengikuti kelas, bengkel atau seminar yang dianjurkan tersebut jika anda ingin
menambah ilmu dalam bidang IT seterusnya dalam bidang perniagaan internet
ini.
3. Kaedah Pembayaran
4. Kaedah Penghantaran
Jika anda menjual produk digital seperti ebook atau perisian, anda boleh
menghantar secara online kepada email pelanggan anda, atau menyuruh
mereka memuat turun produk digital tersebut dilaman web tertentu yang
anda sediakan. Anda juga boleh ‘burn’ atau mencetak ke atas CD-ROM
dan poskan ke alamat mereka.
Baiklah saudara dan saudari, seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi
dengan anda beberapa teknik untuk membina laman web perniagaan (satu
produk – satu website) yang berkesan. Teknik-teknik ini diperoleh daripada
pengalaman saya sendiri sebagai perekabentuk laman web, daripada sumber
rujukan berkaitan dan juga daripada pemantauan saya di laman web perniagaan
internet di Malaysia dan juga di dunia, khususnya laman web usahawan internet
negara barat.
Apa yang perlu dirancang sebelum anda merekabentuk laman web ialah
perisian dan peralatan pembangunan yang akan digunakan, jenis produk anda,
draf / kandungan laman web. Sebelum ini, saya ada menyatakan 5 langkah asas
pembinaan laman web perniagaan internet. 5 langkah ini juga perlu dirancang
secara umum sebelum anda merekabentuk laman web anda.
Header
Kandungan
Footer
Perisian Microsoft
Frontpage
Jadual yang dibina di atas mesti ditetapkan kedukannya pada bahagian tengah
(center) page. Supaya apabila anda view laman web anda nanti, ia nampak
kemas terletak di bahagian tengah page, dan tidak ke tepi atau sebelah kiri yang
akan menampakkan banyak ruang kosong di sebelah kanan page.
Header laman web “MniSite” boleh dibina dengan 2 cara pilihan. Samada
secara bukan imej atau dengan imej.
Menu boleh dibina pada baris jadual yang ke dua. Saya hanya
menggunakan font, saiz dan color untuk membuat menu di dalam Microsoft
Frontpage ini. Lihat contoh gambarajah dibawah.
Senarai menu
Menu yang dibina di atas adalah berjenis text yang belum dibuat hyperlink
lagi. Hyperlink akan dibuat apabila semua page/laman telah siap dibangunkan.
Senarai menu di atas adalah menu yang biasa digunakan dalam web perniagaan
internet (minisite). Anda boleh menambah menu lain jika anda mahu mengikut
keperluan anda. Contohnya, jika anda membuat satu page atau laman web yang
lain (contohnya anda mempunyai laman web blog ataupun forum), anda boleh
meletakkan menu “blog kami” atau “forum” di dalam senarai menu tersebut.
Disini saya kongsikan dengan anda teknik untuk menghasilkan sales letter
berkesan di laman web utama anda. Teknik yang digunakan ialah teknik AIDA.
Contoh ayat
attention
Footer adalah baris yang paling bawah pada jadual yang dibina. Ia
selalunya diletakkan pernyataan hak cipta atau penafian (disclaimer).
Untuk menampakkan laman web lebih profesional, pastikan warna
Footer
Baiklah. Sebelum ini kita telah mempelajari membuat menu dahulu. Selain itu,
pastikan pages lain juga sudah siap seperti page pembelian, page hubungi kami
dan sebagainya. Sebagai contoh, katakan page utama anda disimpan sebagai
fail index.html, fail pembelian sebagai pembelian.html dan fail hubungi kami
sebagai hubungi.html. Pastikan ketiga-tiga fail ini telah dibina dengan lengkap
isi kandungannya, dengan mengunakan template yang dihasilkan dari
jadual/table yang sama. Untuk membuat Hyperlink untuk menu bagi setiap
tersebut mudah sahaja. Anda perlu higlight nama menu tersebut dak klik pada
menu Hyperlink. Contohnya adalah:
Pada tetingkap di atas, anda perlu pilih fail untuk disesuaikan dengan menu
tersebut. Jika menu yang dipilih itu ialah Utama maka failnya adalah index.html.
Begitulah seterusnya untuk menu yang lain. Caranya sama sahaja. Setelah
semua menu telah siap ‘di Hyperlink kan’, makan hasilnya adalah apa yang anda
lihat pada laman web urutankanser.com atau belajarquran.com tersebut. Bagi
anda yang masih kurang memahami tentang ini, jangan risau..kerana saya
berusaha menyiapkan tutorial secara video untuk memudahkan anda pelajari.
Ikhlas dari,
www.buatwebsendiri.com
(Johor Bahru, Malaysia)