Anda di halaman 1dari 3

Seksaan Meninggalkan Sembahyang

www.iLuvislam.com
amirah_muslimah
Editor : almusafirq8

Semasa di Dunia
Para sahabat bertanyakan,apakah seksa yang didapatinya(orang meninggalkan solat)
semasa di dunia,jawab Nabi SAW:
1.Hilang berkat umurnya(hidupnya cuma dengan kekosongan, walaupun kelihatan
hidupnya mewah,kemewahanya itu hanya istidraj belaka).

2.Hilang keberkatan rezekinya(rezekinya terbuang kepada sia2 belaka,walaupun ia kaya


raya tetapi kekayaannya itu menjadi laknat baginya.

3.Dihilangkan ALLAH tanda orang soleh pada mukanya.

4.Tidak diakui ia masuk golongan Islam(ia termasuk kepada golongan MUNAFIQ,zahirnya


sahaja Islam,batinnya MUNAFIQ).

5.Segala amal baik yang dikerjakannya(sedekahnya dan lain-lain)tidak memperolehi


pahala.

6.Doanya tertolak
Menurut yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a,katanya telah mendengar Rasulullah
saw bersabda-“Bermula orang meninggalkan sembahyang itu ia dari golongan
Islam,Allah tidak menerima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah,puasa dan
syahadatnya.”
Semasa Hampir Ajal
Kemudian bertanya lagi para sahabat,’Ya Rasulullah,apa pula seksa yang akan
diterimanya sewaktu hampir ajalnya?” Jawab RASULULLAH SAW:
1.Adalah matinya dalam kehinaan(yakni pencabutan ruhnya dengan tidak ada belas
kasihan).

2.Matinya dalam kelaparan(maksud kelaparan di sini bukan kerana tiada makanan yang
sedia,tidak,hanya makanan cukup,tetapi nafsunya tiada lagi,perut lapar tetapi tidak
dapat memakan sesuatupun kerana hebat sakitnya sewaktu ruhnya akan keluar).

3.Matinya juga dalam dahaga,dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada didunia
ke mulutnya sekalipun,tidak bisa menghilangkan kedahagaannya kerana sakit
penanggungannya di waktu sakratulmaut itu.
Ada riwayat yang menjelaskan bahawa kepada orang yang meninggalkan
sembahyangnya akan Allah suruh seekor ular besar.”SUJA’UL AKRA” namanya. Mata ular
itu dari api,sedang ular itu bertangan dan berkuku daripada besi,lain dari yang
lain.Suja’ul Akra ni membawa alat pemukul dari besi yang berat.Ia akan berkata kepada
mayat itu dengan suaranya yang bagaikan halilintar,katanya”Aku disuruh Tuhanku untuk
memukul engkau sebab engkau meninggalkan fadhu Subuh sehingga waktu
Zuhur,kemudian dari Zuhur ke Asar,dari Asar ke Maghrib,dari Maghrib ke Isya’ dan dari
waktu Isya’ hingga sampai ke Subuh” lalu “Suja’ul Akra” itu memukul si mati, setiap kali
dipukul lenyap terbenam ke bumi sedalam beberapa ratus hasta. Kemudian
dikeluarkannya dengan kuku besinya itu,lalu bertanya seperti permulaan dan dipukul lagi
dengan hebat dan dahsyatnya sekali. Demikianlah terus menerus hari demi hari sehingga
ke Kiamat kelak (Naudzu billahi min dzalik).Ada juga orang-orang kurang yakin adanya
azab atau siksa di kubur itu.

Semasa Bertemu Tuhannya


Adapun seksa ketika bertemu dengan Tuhannya di Hari Kiamat kelak, maka datanglah
seorang malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang.Rantai itu diikatkan
ke leher orang yang meninggalkan sembahyang itu seraya dimasukkan ke mulutnya dan
keluar langsung dari duburnya.Dengan demikian ia ditarik-tarik dan disentap-sentapkan,
hal keadaannya tunggang-langgang dan malaikat yang menghelanya itu berteriak-teriak
katanya:“Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhukan".
Kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraka Jahanam yang
bernama “Saqar”.
Kedua,keluar dari seksanya kelak,tidaklah Allah mengampuni ke atasnya dan bagi
mereka yang meninggalkan sembahyang itu,seksa dan azab yang hebat dan pedih.
Ketiga, nanti sewaktu di Hari Kebangkitan,Allah tidak menaruh rahmat serta belas
kasihan kepadanya.

Kisah Pengajaran
Baik juga rasanya jika dikemukakan satu cerita yang terjadi di zaman Khalifah Abu
Bakar,bagaimana hebatnya terjadi terhadap seorang mayat yang salah satu sebab ianya
terseksa adalah kerana meninggalkan sembahyang. Ada seorang penduduk di zaman
Khalifah Abu Bakar meninggal dunia.Setelah dimandikan dan dikafani telah diletakkannya
di sudut rumah dengan maksud hendak disembahyangkan.Apabila yang hadir telah
bersaf-saf hendak memulakan sembahyang mayat itu, tiba-tiba kafan si mati nampaknya
bergerak-gerak sehingga mereka yang berada di samping mayat takjub dan kehairanan
melihatnya.Mereka sama serentak saling berbisik dan bertanya dan semua menyangka
bahawa si mayat hidup kembali. Salah seorang daripada mereka maju ke hadapan dan
mengurai ikatan kafannya sambil yang lain-lain sama mendekati jenazah itu.Alangkah
terperanjatlah mereka apabila kafan si mayat sudah terbuka, dilihat mayat masih tetap
mayat hanya dalam kafan menyelubungi tubuh mayat tersebut seekor ular,seraya
menggigit seluruh tubuh si mayat.Serentak mereka yang hadir di sana menyuruh diambil
kayu untuk memukul ular tersebut.Belum sempat mereka mendapatkan kayu itu,sang
ular lantas berkata dengan fasihnya-“Asyhadu allaa ilaaha illallah,wa-asyhadu anna
Muhammadar Rasulullah.Apakah sebabnya kamu hendak membunuh aku.Aku tidak
bersalah dan menyakiti kamu.Aku hanya menjalankan perintah Allah menyeksa mayat
ini.Aku disuruh menggigitnya dan menyeksanya hingga ke Hari Kiamat.” Orang ramai
berasa hairan lalu bertanya-“Apakah sebabnya maka engkau disuruh menyeksa mayat
saudara kami ini?Apakah dosa dan kesalahan mayat ini?”Jawab ular itu-“Mayat ini
hayatnya berbuat 3 macam kesalahan yang menyebabkannya diseksa.
1. Dia mendengar azan tetapi tidak dihiraukan dan tidak dia pergi menunaikan solat
dengan berjemaah.
2.ianya enggan mengeluarkan zakat hartanya.
3.tidak mahu mendengar nasihat baik dari para alim ulama.Maka oleh itulah ianya
diseksa sedemikian rupa”
Demikianlah menurut kisahnya yang terjadi di zaman itu.Harapnya menjadi perhatian
kita hendaknya.Barangkali kisah yang diceritakan cukuplah mendorong keinsafan bagi
kita ,diteliti bagaimana hebat penderitaan seksanya. “BERSEGERALAH BERTAUBAT
SEBELUM TIBANYA AJAL MAUT”

*Ulasan hadis dan kisah yang diceritakan tidak dinyatakan sumbernya,diharap para
pembaca yang mengetahuinya dapat maklumkan,namun pengajaran yang terdapat
didalamnya boleh diambil iktibar dan teladan buat peringatan-editor.

21 Comments · 2475 Reads ·

Anda mungkin juga menyukai