Anda di halaman 1dari 4

KAJIAN TENTANG MASALAH

PERSEKITARAN KANTIN DI SMK


KHIR JOHARI, TANJUNG MALIM
PERAK



NORFARAHANIS BINTI ADNAN
PRA U- 1 INOVATIF
950328-08-6442




ABTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar SMK KHIR JOHARI
TANJUNG MALIM PERAK terhadap persekitan kantin sekolah. Aspek yang dikaji dari segi
kebersihan kantin,dan perkhimatan kantin. Seramai 20 orang pelajar SMK KHIR JOHARI
TANJUNG MALIM dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data dianalisis dengan
mengedar satu set soal selidik kepada setiap responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
pesepsi responden dari aspek persekitaran kantin dan perkhidmatan kantin. Kajian mendapati
bahawa responden lebih gemar memilih kantin SMK KHIR JOHARI TANJUNG MALIM
sebagai tempat menjamu selera.




PENGHARGAAN
Segala puji kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-Nya, saya dapat
menyiapkan kajian PBS ini.
Pertama sekali sayan ingin merakamkan pernghargaan ikhlas kepada penyelia projek PBS,
ENCIK ABD MALEK BIN SELAMAT dan guru penolong kanan tingkatan enam, CIK
NORGAYAH BINTI MAT SAGAP di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada guru pembimbing saya, PN
NORZARINA BINTI MOHAMED, dia atas nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Terima
kasih tidak terhingga diucapkan dan hanya ALLAH s.w.t yang mengetahui dan membalas
jasa-jasa yang sangat besar ini.
Ucapan terima kasih juga kepada ditujukan kepada keluarga dan pensyarah-pensyarah
tingkatan 6 yang telah memberi semangat untuk menyiapkan kajian ini. Selain itu, terima
kasih di ucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh semua rakan seperjuangan yang telah
sudi berbincang, memberi pandangan yang membina serta sokongan morol untuk
menghasilkan kajian ini.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung kerana sudi menghulrukan bantuan, pendapat dan idea dalam
menjalankan penyelidikan ini. Semoga segala yang dihulurkan dirahmati ALLAH s.w.t




PENGENALAN
SEKOLAH tidak boleh mengabaikan kantin. Sebagaimana tumpuan diberikan kepada kelas
dengan P & P nya, tumpuan juga harus diberikan kepada kantinnya. Kantin bukan sekadar
tempat makan, tetapi pelanggan harus mendapat apa yang dihajati dan berpuas hati
dengannya. Pengusaha kantin selalunya menjual apa yang mereka mahu jual, bukan apa yang
pelanggan hendak beli. Pernahkah pihak kantin membuat satu bancian kepada seluruh pelajar
sekolah, apa jenis makanan yang mereka gemari.
Kantin jika diurus dengan baik boleh menggalakkan pelajar datang ke sekolah. Pelajar
sebagai pelanggan kantin wajar diberikan banyak pilihan. Mereka pelajar, tetapi sebagai
manusia mereka ada selera yang pelbagai. Kita tidak boleh memaksakan selera kita ke atas
mereka. Kita patut memberikan yang terbaik sahaja untuk mereka.
Di peringkat umur yang sebegini dan dalam peningkatan pembesaran mereka, rata-rata
pelajar sangat berselera untuk makan. Selera mereka tidak wajar disekat. Saiz kuih yang
dijual harus lebih besar daripada biasa dan jumlah makanan yang dijual harus lebih banyak.
Tidak salah membuat untung daripada penjualan makanan kepada pelajar, tetapi semasa
keuntungan dibuat, kebajikan dan selera pelajar tidak wajar disekat. Kebajikan bukan sekadar
menyediakan makanan untuk mereka, tetapi juga menyediakan pelbagai pilihan untuk
mereka. Jangan sampai mereka muak dan bosan untuk makan di kantin dan akhirnya itu
dijadikan alasan munasabah untuk tidak datang ke sekolah.
Pihak kantin harus peka terhadap budaya pemakanan bangsa-bangsa tertentu. Budaya
pemakanan orang Cina tentu berbeza dengan budaya pemakanan orang Melayu dan India.
Apa salahnya pihak kantin menyediakan makanan yang sesuai dengan selera bangsa-bangsa
ini.
Kita boleh menyediakan sup ala-Cina tetapi menggunakan bahan yang halal dan suci. Ia
bukan sahaja akan melariskan jualan kantin itu, tetapi pelajar ini akan seronok membeli di
kantin. Kerana mereka seronok makan makanan di kantin mereka akan datang ke sekolah. Di
sinilah kantin boleh membantu mengurangkan gejala ponteng sekolah.
Pihak kantin harus peka terhadap sensitiviti dan pantang larang penganut agama tertentu
sewaktu dalam penyediaan dan penyajian makanan. Jika Islam melarang keras penganutnya
makan benda-benda yang haram, penganut-penganut agama lain juga ada batasan dan
pantang larang mereka. Ada penganut agama tertentu yang tidak boleh makan daging. Ada
yang hanya makan sayur. Justeru aspek pinggan mangkuk dan peralatan memasak dan yang
digunakan untuk mengaut makanan dan minuman itu harus tidak bercampur-campur. Senduk
untuk mengaut ayam tidak wajar digunakan untuk mengaut daging. Perkara ini tidak boleh
dianggap main-main, kerana ia melibatkan kepercayaan.
Apabila seseorang itu berniaga di kantin sekolah, ia tidak wajar meletakkan harga sama
seperti premis menjual makanan di luar. Pelajar wajar mendapat harga yang bersesuaian
dengan kemampuan mereka serta kedudukan mereka sebagai seorang pelajar. Mereka bukan
berbelanja sehari dalam seminggu atau beberapa hari dalam sebulan. Mereka adalah
pelanggan kantin sekolah untuk sepanjang tempoh pengajian mereka. Ke mana mereka
hendak membeli jika harga yang dikenakan mahal daripada biasa. Jawapannya jika mereka
tidak membeli, mereka lebih bersedia untuk tidak makan pada hari itu.
Pihak sekolah mesti sedar bahawa Jawatankuasa kantin wujud kerana pelajar bukan kerana
guru. Jawatankuasa kantin harus mementingkan selera pelajar bukan selera guru itu sendiri.
Maksudnya selera guru tidak wajar dipaksakan ke atas pelajar. Apa yang guru suka, tidak
semestinya digemari pelajar. Jika ini berlaku ia satu tindakan yang zalim ke atas para pelajar
yang merupakan kumpulan majoriti di sesebuah sekolah. Jawatankuasa kantin lebih peka
terhadap aduan guru daripada aduan pelajar. Mereka bertindak kerana aduan rakan-rakan
mereka bukan sangat aduan pelajar. Apa yang berlaku pihak kantin lebih tertekan dengan
guru, bukan pelajar. Mereka lebih takut aduan daripada guru, bukan pelajar. Selera guru-guru
lebih besar daripada selera para pelajar. Mereka yang lebih kerap membuat aduan, konon-
kononnya makanan tidak sedap, saiz kuih terlalu kecil, jumlah makanan yang dihidang terlalu
sedikit, potongan ayam terlalu kecil, dan sebagainya adalah para guru.
Kantin sekolah hari ini harus berani menampilkan persembahan baru dengan wajah yang
menarik. Kewujudan kiosk kiosk yang setiap satunya menjual makanan yang berbeza adalah
konsep kantin yang lebih menarik pada masa kini. Jika anda ingin membeli burger, sudah ada
kiosk yang membuatnya. Begitu juga kiosk makanan ringan, kiosk menjual kuih muih; kiosk
menjual kek dan puding; kiosk menjual pelbagai jenis roti; kiosk menjual pelbagai jenis susu
dan sebagainya. Dengan cara begitu persembahan kantin menjadi lebih menarik dan tidak
menimbulkan kesesakan pada suatu kaunter pembayaran.
Kantin sekolah harus lebih peka dalam soal pendidikan kepada penggunanya. Ini sesuai
dengan kedudukannya dalam sekolah yang merupakan sebuah organisasi pendidikan yang di
dalamnya terdapat manusia remaja yang sedang kembang mekar menimba ilmu dan
pengalaman. Atas perkiraan itu, mengapa pihak kantin tidak mewujudkan kiosk-kiosk
tertentu yang diserahkan kepada pelajar dan pelajar sendiri yang mengendalikannya dengan
pemantauan pihak kantin atau dengan kerjasama kelab usahawan atau koperasi sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meninjau :
Persepsi pelajar terhadap kebersihan kantin kawasan sekolah.
Persepsi pelajar terhadap perkhidmatan yang dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai