Anda di halaman 1dari 3

Catatan (17/7/2014)

Latihan membaling dan menangkap bola


1. Dua orang satu kumpulan. Seorang membaling dan seorang menangkap bola
tersebut.
2. Sebelum membaling bola kepada kawan, membaling bola ke sarung tangan
sendiri sebanyak tiga kali dalam jarak yang dekat.
3. Melontar bola dan menangkap bola dengan sarung tangan sendiri sebanyak 3
tiga sebelum membaling bola kepada kawan.
Perkara yang perlu ingat semasa membaling dan menangkap bola.
Mata pandang bola
Otak berfikir sebelum bertindak
Tangan bersedia menangkap bola
Kaki bergerak mengikut arah bola
Jangan menyusahkan kawan semasa membaling bola
Bola dibaling tepat ke sasaran

Larian Base
1. Selepas melakukan pukulan, pemukul perlulah dengan pantas berlari ke bes
pertama, kedua, ketiga dan plet rumah mengikut urutan dengan memijak setiap
bes yang dilaluinya, selagi ia tidak dipaksa berhenti di salah satu bes atau plet
rumah atau dimatikan atau disentuh (tagging).
2. Pelari boleh terlajak dari bes pertama setelah memijaknya tetapi hendaklah
terus berlari ke hadapan atau membelok ke kanan. Jika pelari membelok ke
arah kiri (ke arah bes kedua), ia dianggap sebagai melakukan cubaan untuk
maju atau meneruskan larian ke bes kedua. Pelari boleh disentuh (tag) oleh
pemadang.
3. Pelari di bes pertama, kedua dan ketiga boleh mara ke hadapan selepas
balingan dilakukan (picth) iaitu sebaik sahaja boleh dikeluarkan daripada
tangan pembaling (picther) dengan kemungkinan disentuh mati (tag).
4. Semasa melakukan larian, pelari hendaklah menggunakan lorong tapak yang
luasnya tiga kaki melainkan jika ia hendak mengelak dari bertembung dengan
pemadang.
5. Pelari yang tidak dipaksa berlari boleh berlari semula ke bes asalnya (bes
sebelum ia melakukan larian) jika ia ragu-ragu untuk sampai ke bes hadapan.
6. Pelari boleh mengelunsur (sliding) yang dibenarkan untuk sampai ke bes
hadapan dan plet rumah atau kembali ke bes asalnya.
7. Pelari yang sampai ke plet rumah diberi satu larian penuh (run) untuk
pasukannya . Penukaran giliran memukul untuk pasukan hanya boleh dibuat
selepas tiga pemain Berjaya dimatikan.
8. Satu inning dikira apabila kedua-dua pasukan telah melakukan satu giliran
memukul.
9. Satu perlawanan akan ditamatkan selepas tujuh inning atau mengikut masa
yang ditetapkan (biasanya 1 jam 20 minit). Peraturan ini tertakluk kepada
peraturan kejohanan pihak penganjur.

Fungsi Pemain
1. Pitcher
Melempar bola kepada pemukul.
Memadang bola yang ditampan
2. Catcher
Menangkap bola yang dilemparkan oleh pitcher
Melontar bola ke pelempar atau pemadang dalam.
Mematikan pemain lawan yan berlari ke base akhir.
Memadang bola yang ditampan.
Memberitahu pemadang kedudukan pelari base
3. Pemain base pertama
Memadang bola yang dipukul ke sebelah kanan diamond.
Mematikan pemain yang berlari ke base pertama.
Mengawal bola yang ditampan.
4. Pemain base kedua
Mematikan pemain yang berlari ke base kedua
5. Pemain base ketiga
Mematikan pemain yang berlari ke base ketiga
Memadan bola yang dipukul ke sebelah kiri diamond.
6. Pemadan dekat/short stop
Membantu pemain base kedua dan ketiga.
Memadang bola yang dipukul di antara base kedua dengan base ketiga.
7. Pemadang kanan
Membantu pemain base kedua dan base ketiga.
Menangkap bola di bahagian kiri kawasan
8. Pemadang tengah
Memadang bola padang luar.
Mengawal bahagian tengah kawasan padang luar.
9. Pemadang kiri
Memadang bola di bahagian kiri kawasan padang luar

Anda mungkin juga menyukai