Anda di halaman 1dari 9

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL

Moga dapat membantu anda semua.


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 Pengenalan 1 - 3
2.0 Jenis-jenis Kraf Tradisional
2.1 Tembikar 3 - 4
2.2 Ayaman 4 - 6
2.3 Batik 7 - 8
2.4 Ukiran 8 - 10

3.0 Analisis Kraf Tradisional 10 - 18
4.0 Kesimpulan 18 - 19
Bibiografi


Lampiran

1.0 Pengenalan

Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun
temurun lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah
dan dikenali ramai.Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara
lisan dari generasi kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai
ruang untuk menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni
tersebut.

Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi
memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.Kesenian
bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.Seni rupa dalam masyarakat
Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang
Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.Penciptaan
kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas
yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses
penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk
yang indah dan menarik.
Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai;
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan
dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara
persendirian atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.
Manakala Keluaran Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang
mempunyai daya tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu
proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan.
Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang
memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun
menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing,
perhiasan diri dan sebagainya.Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka
nenek moyang suatu ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini
jelas tercermin melalui bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang
digunakan tidak terhad.
Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan
pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui den menyedari tentang
keesaan tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang
berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di
akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di
dunia dan akhirat.
Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam penghasilanya.Ini
jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga mengambarkan
sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan cirri-ciri Islam.

Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias, membuktikan kraf
tradisional Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan
dalam Islam. Ciri-ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan
arabes, motif yang berulang dan unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak
diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,bunga dan
sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut diilham bersama.
Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu telah memahami dan
menghayati seni yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang
dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk
yang diilhamkan melalui idea dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif
yang akan menjadi khazanah seni yang tidak ternilai.
2.0 Jenis- Jenis Kraf Tradisional
Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya
ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman,tenunan,
tekat, wau, gasing, songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan
keistimewaan tersendiri.

2.1 Tembikar
Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu
tahun dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar melambangkan
keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat
daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan
rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan
yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas
menyimpan air, balang dan sebagainya.
Terdapat pelbagi jenis tembikar yang dihasil secara turun menurun antaranya buyung,
jambangan, geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar yang terkenal ialah labu yakni alat
untuk menyimpan dan menyejukan air minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah
labu.Bahagian pucuk berbentuk seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam
sekeliling dan berupa bentuk geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-
olah kubah masjid.Labu yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.
Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan
terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif
ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur
garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan
bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.
Motif Geometri seperti garisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik tahi alat, garis keluh,
pucuk rebung,susur kelapa dan sebagainya.Manakala motif Gayaan Organik seperti sulur
kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga kedudut,
bunga tanjung dan sebagainya.
Labu Sayong
2.2 Anyaman
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat
Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan
daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan,
mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan
lembut.
Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam
membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.Tidak hairanlan kerana
tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman.
Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa
jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman
demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji,
bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.
Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini berbanding
waktu silam . Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar sembahyang dan tikar orang mati yang
memperlihatkan unsur Islam.Tikar sembahyang biasanya dianyam menggunakan daun pandan
kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang.Ini jelas menunjukkan bahasa masyarakat
Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai penghormatan
semasa menjalankan ibadat.
Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan Islam. Bahagian depan
menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya menyerupai gigi buaya sebanyak lima
buah yang melambangkan bahwa seorang yang sedang bersembahyang tidak boleh
melakukan kegiatan lain ( misalnya berbicara) akan tetapi harus kusyuk seakan-akan orang itu
(hatinya) berbicara dengan tuhan.
Kraf Ayaman
2.3 Batik
Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf tradisional yang
unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya
mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.
Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada
pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir
dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan
Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah
air.Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil
disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis
motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.
Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik,akar menjalar, daun,
ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain batik ela.Setiap Motif ini mempuyai motif
yang tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung
digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik
dan geometri.
Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya.Tapi unsur ini
kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam masyarakat.Unsur geometri
seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan
sebagainya.Unsur ini seringkali digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan
di kalangan peminat batik.
Dua contoh batik yang mempunyai unsur yang berbeza fauna dan geometri
2.4 Ukiran

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat
Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta
masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama
seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.
Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai
hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara
kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh
dipelbagaikan kegunaannya.
Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu
teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama
dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul.
Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.
Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-
rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan
mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik
tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau,
alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti
perahu, kereta kuda dan kereta lembu.
. Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara
hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan
persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Terdapat banyak motif ragam hias yang
terdapat dalam ukiran. Motif flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif
Seni Khat pula terdiri daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik
pulang petang. Motif Awan Larat, Kosmos seperti matahari,bulan,bintang dan sebagainya
juga amat terkenal dengan kraf ukiran.
Ukiran motif flora
Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya, bentuk bilah keris
berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh
dikaitkan dengan sifat tuhan yang ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris
juga mempunyai tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa
dekatnya masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada kekuasaan
mukjizat tuhan.
Ukiran ulu keris
3.0 Analisis Kraf Tradisional
Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Kraf ukiran, sejak
zaman berzaman lagi mempunyai pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti
dengan penggunaan ragam hias atau motif keislaman dalam sesuatu penghasilan kraf pada
rumah-rumah, tempat ibadat seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-
kampung.Kraf ukiran sangat terkenal di Negeri Kelantan dan Terengganu.
Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf ukiran sebagai topik perbincangan
garapan idea yang berkonsepkan Islam.Dari pemerhtian yang dibuat seni kraf ukiranlah yang
banyak menggunakan konsep keislaman.Tiga buah tempat telah saya fokuskan untuk
perbincangan ini iaitu Masjid Seberang Jertih, Masjid Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri
Terengganu.
Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu, tangga,
atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur
keislaman.Beberapa contoh ukiran yang terdapat di Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari
dan juga bangunan Muzium telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan
ini. Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan khat.
Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan itu sendiri yang
hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran
yang menampakkan menampakkan unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat
tinggi Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya
di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus
dan sangat menarik.
Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran
adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat
dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam
ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya
dan menabur zuriat.
Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak
mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk. Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran
pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih.Ukiran corak awan larat bermotifkan flora pada
pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan
keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan.
Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.
Pintu Masjid Seberang Jertih
Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula
diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur
tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan. Pengaruh keagamaan
Islam yang berkembang pada zaman dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan
mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot.
Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid seberang Jertih.Selain motif
kaligrafi motif fauna juga diselitakan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-
subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-
kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah
yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci
rezeki".Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana
tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".
Ukiran motif kaligrafi
Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur
geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada
permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan
dan tiada akhirnya.
Salah satu seni hias pada bahagian tangga Masjid Seberang Jertih.
Ukiran bahagian sisi atap Masjid Seberang Jertih
Satu lagi unsur geometri di tangga Masjid Hadhari
Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan
mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga
masjid Hadhari,Jertih.Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Motif yang
dihasilkan disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa
penghujungnya sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat
Allah swt yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya.
Ini pula ukiran yang terdapat pada mimbar dan kerusi di Masjid Hadhari
Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika khutbah pada hari Jumaat. Motif flora telah
digarap seperti bentuk bunga dan daun.
Kerusi berukir ini sangat unik dan sangat cantik. Ini jelas terpancar unsur-unsur keislaman
kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan oleh Imam Masjid.
Ukiran yang dapat pada pintu Masjid Hadari
Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan
gunung-ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya
sebagai matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar
memberi tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya
kepada hambanya di alam semester.
Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang
paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga
lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan
dalam rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir
berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.
Ukiran motif flora pada kerusi di kawasan parking Muzium Terengganu
Muzium Terengganu
Corak awan larat pada salah satu dinding di Muzium Negeri Terengganu

Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora sebagai hiasan ukirannya.Corak awan
larat dipilih yang mengambarkan kesenian yang halus. Halim Nasir (1986:137)
mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh,
meleret-leret seperti awan putih berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola
lengkap.Ini jelas membuktikan jenis ukiran pada gambar tersebut.
Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu
budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.Dalam gubahan ukiran awan larat,
punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini
melambangkan sifat keesaan Allah swt. yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.
Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan pandangan bahawa alam adalah
tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi
berbagai bagai organisme baik flora atau fauna dengan segala macam keajaiban dan
keindahan rupanya. Sebagai contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan
aneka warna, bentuk dan bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha
Kaya.


5.0 Kesimpulan

Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat
peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan
alam Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun
keunikan yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah
barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional
Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang
kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan
unsur-unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya
Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah diberikan makna baru
bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh dikatakan ditolak
sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan songket). Sensitiviti masyarakat
Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat tinggi sehinggakan cubaan
memasukkan unsur-unsur figuratif dalam bentuk khat sekalipun pada era 60an dan 70an
tidak bertahan lama dan tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu Islam.
Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai
estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman
terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab
kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya
kesenian tradisi ini.Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu
kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk
dirungkaikan.
Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni
Kraf Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan
batik yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di sanjung dan di pandang
tinggi di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat.Seharusnya kita patut
menanamkan rasa cintakan seni tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak
terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.