Anda di halaman 1dari 2

Faktor-faktor yang menyebabkan kes ragut menjadi

semakin serius
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Cikgu Shamsiah dan rakan-
rakan sekalian. Pada hari ini, saya akan memberikan sedikit maklumat mengenai
faktor-faktor yang menyebabkan kes ragut menjadi semakin serius.
Kejadian ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat
mengejutkan buat masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa
terdapat sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat dewasa ini. Lebih-lebih lagi,
media massa juga menghuraikan pelbagai faktor yang mendorong kepada kejadian ini
bersama-sama langkah untuk menanganinya tetapi jumlah kes ragut masih meningkat
saban tahun. Oleh itu, apakah punca-punca jenayah ini menular dengan begitu cepat?
Sebenarnya jenayah ragut ini begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat itu
sendiri yang kurang memberi perhatian terhadap aspek keselamatan mereka. Terdapat
ramai individu dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang banyak dalam
dompet atau tas tangan mereka dan ini menjadikan mereka sasaran peragut. Begitu
juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatan apabila
pulang dari pejabat bersendirian .Misalnya, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah
mempercayai orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Oleh demikian,
aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut telah
menjadi satu kebiasaan di negara ini.
Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang
sedang mengalami kegawatan yang begitu teruk. Banyak kilang dan syarikat di negara
ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap
produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja itu untuk mencari kerja lain
dalam masa yang singkat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila
memikirkan makan minum anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana
banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk
menyelesaikan masalah mereka secara mudah.
Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa
mengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di
kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika
kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir
dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telah
menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu
malam.
Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama
terhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan
semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan
kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Hal ini kerana
mereka sudah kehilangan perasaan takut akan balasan Tuhan jika melakukan
kesalahan jenayah. Tegasnya, kejadian ragut meningkat kerana masyarakat kita sudah
lupa akan agama mereka.
Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah
ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak kerajaan
harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan
ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan mengawal jenayah
ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat dunia. Mungkin
peribahasa sudah terantuk baru tengadah memberikan kita satu pandangan supaya
bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku.

Anda mungkin juga menyukai