Anda di halaman 1dari 2

Karangan Karya Sastera.....

Penting Karangan Ini



Karya sastera mampu mencorakkan minda pembaca.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

Karya sastera merujuk hasil penulisan yang meninggikan budaya sesuatu masyarakat itu. Karya
yang berunsur sastera juga dikatakan mempunyai unsur pengajaran positif dan mampu
memberi satu kesedaran kepada setiap pembacanya. Sajak, novel, pantun, gurindam, cerpen
dan seloka antara contoh karya sastera. Sememangnya karya sebegini berupaya untuk
mematangkan pemikiran seseorang itu terutama golongan remaja.

Karya sastera sering mengupas kemelut social yang sudah berlaku, sedang berlaku, dan mungkin
bakal berlaku dalam sesebuah masyarakat. Keadaan ini menyebabkan pembaca mengetahui
sesuatu kemelut itu dengan lebih baik dan faham impak yang timbul. Pembaca tidak lagi melihat
kemelut hanya daripada satu aspek sahaja tetapi memahami dan mengakui pelbagai faktor
menjurus kea rah kemelut tersebut. Jelaslah, karya sastera memberi satu informasi yang
berguna kepada pembaca dalam melihat kehidupannya.

Lantaran itu, karya sastera mampu memberi kesedaran kepada pembaca. Kesedaran ini timbul
setelah membaca karya-karya yang benar-benar mengusik jiwa mereka. Novel Bukit Kepong
mampu menyebabkan pembaca tertanya-tanya sebab mereka tidak menyertai pasukan polis
atau pembaca mula melihat anggota polis dengan satu pandangan baru yang positif. Jadi, tanpa
karya sastera mungkin masyarakat tidak mengalami apa-apa perubahan minda.

Penggunaan bahasa dalam karya sastera memang mengagumkan. Pemilihan katanya begitu
indah dan menyentuh naluri kita. Keindahan bahasa itu melambangkan keyakinan
masyarakatnya terhadap bahasa sendiri. Kemahiran berbahasa ini sudah pasti memberi impak
yang positif kepada pembaca jua. Sesungguhnya, karya sastera menyebabkan pembaca memiliki
pengetahuan bahasa yang luas dan berguna dalam kehidupannya serta kerjaya mereka.

Penulis yang menulis karya sastera sering menggunakan pengalamannya sendiri ketika
menghasilkan karya mereka. Pengalaman itu mampu dikongsi bersama oleh pembaca.
Pengalaman yang baik, sedih, gembira, dan unik ini seolah-olah berlaku antara penulis dan
pembaca. Keadaan ini memberi satu bentuk hubungan peribadi antara penulis dan pembaca
yang memudahkan sesuatu karya itu difahami oleh pembaca. Situasi ini menghidupakan
masyarakat untuk menjadi satu entity yang berperasaan kemanusiaan sejagat. Masyarakat yang
tiada pilih kasih dan mementingkan diri.

Namun, tidak dinafikan karya sastera mempunyai kelemahannya. Karya sastera sering dikatakan
membosankan, tidak menepati cita rasa remaja, terlalu panjang, sukar difahami, tidak
melambangkan realiti kehidupan dan banyak lagi alas an yang diberikan. Keadaan ini
menyebabkan karya sastera dipinggirkan oleh masyarakat terutama remaja yang lebih suka
sesuatu yang pantas dan mudah difahami. Hari demi hari jumlah pembaca karya sastera
semakin menghilang.

Kesimpulannya, karya sastera memang penting dalam kehidupan masyarakat moden. Cuma
karya sastera harus berubah paradigma mereka. Karya sastera harus mencari jalan untuk
menembusi minda remaja. Kejayaan karya sastera memahami keperluan remaja bakal
memastikan karya murni ini terus hidup subur dalam sanubari masyarakat kita. Sanggupkah kita
melihat karya sastera hilang di persada dunia ini?

Anda mungkin juga menyukai