Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF SURAU SEKOLAH


2014



SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU




JAWATANKUASA LEMBAGA SURAU














1.0 MUQADDIMAH

Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat
Islam. Surau menjadi nadi utama bagi program-program keagamanaan yang
dilaksanakan di sekolah seperti Sambutan Maal Hijrah , Program Maulidur Rasul ,
Sambutan Peristiwa Isra Mikraj , Program Solat Hajat dan program-program motivasi
seperti Kem Insaf Diri , Amali Pengurusan Jenazah , Amali Haji dan Umrah dan lain-
lain.

Surau yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif objektif program
yang dijalankan di surau.Maka program untuk menaiktaraf surau Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Kota telah mula dijalankan mulai tahun 2009. Pelbagai usaha telah
dijalankan oleh pihak Lembaga Surau Sekolah untuk mencari dana dan memperbaiki
prasaran di surau.Walau bagaimana pun , masih terdapat kekurangan yang perlu
diperbaiki , maka usaha menaiktaraf surau sekolah SK Sultan Ahmad Tajuddin perlu
diteruskan lagi.

2.0 MATLAMAT

2.1 Program menaiktaraf ini dapat menjadi medan dakwah yang selesa bagi warga
Muslim SK Sultan Ahmad Tajuddin
2.2 Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.3 Aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih baik .
2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap kepada pelajar-
pelajar Islam terutama pelajar-pelajar asrama SK Sultan Ahmad Tajuddin, Sekolah
Berprestasi Tinggi.






3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif Program Menaiktaraf Surau ialah :

3.1 Memasang penghawa dingin di Surau SK Sultan Ahmad Tajuddin
3.2 Memperbaiki stor surau agar penyimpanan barang dan peralatan lebih teratur .
3.3 Memperbaiki tandas dan bilik mandi surau agar lebih selesa dan kelihatan bersih
serta kemas.
3.4 Mengelakkan surau daripada serangan anai-anai.

4.0 NAMA PROGRAM

Program menaiktaraf Surau SK Sultan Ahmad Tajuddin

5.0 TEMA

SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU .

6.0 JAWATANKUASA LEMBAGA SURAU

Pengerusi : En. Othman bin Sagap ( Guru Besar )
Timb. Pengerusi : En. Mohd Nizam bin Saidin ( GPK HEM )
Naib Pengerusi : En. Baharim Md. Yassin ( GPK Pentadbiran )
: En. Zaiman bin Husin ( GPK Ko Ku )
Penyelaras : EN Mohd Asri bin Kilut ( Waris )
Setiausaha : En Nurudin bin Aziz
AJK
: En. Mohd. Fairos b. Jaafar
: En. Mohd. Rizal b. Abd. Rauf




7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA JUMLAH
1 Penghawa dingin RM 10,000.00
2 Tingkap Sliding RM 4,000.00
3 Menaiktaraf stor RM 3,000.00
4 Menaiktaraf tandas RM 3,000.00
5 Rawatan anai-anai RM 2,000.00
JUMLAH RM 22,000.00

8.0 SUMBER PENDAPATAN

8.1 Kutipan derma daripada guru-guru dan pelajar SK Sultan Ahmad Tajuddin
8.2 Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta

9.0 PENUTUP

Akhir kalam , adalah diharapkan agar Program Menaiktaraf Surau ini berupaya
mencapai objektif yang telah digariskan demi menjaga kepentingan pelajar-pelajar
dalam meningkatkan syiar Islam. Sumbangan Tuan / Puan boleh dibuat secara tunai /
cek atas nama Bendahari Tabung Surau SK Sultan Ahmad Tajuddin / akaun Bank
Muamalat 0401-0025831-72-9 . Semoga sumbangan Tuan / Puan diberkati Allah ,
Insya Allah.

Sekian , Wassalam .

Disediakan oleh , Disahkan oleh :

.................................. ..............................

Anda mungkin juga menyukai