Anda di halaman 1dari 1

[Type text]

INFORMATION of ELAKSAMANA

CARA BERSOLAT DI DALAM KAPAL TERBANG


Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil wuduk kerana
akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai dan akan membahayakan
penerbangan. Pada masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi
arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing
bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan.

Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara solat di dalam


kapal terbang bolelah dibuat seperti berikut:

1. Solat dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan syarat di mana kita seolah-
olah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat
pada pokok. (Tidak perlu ada wuduk, tidak perlu menghadap kiblat dan tidak perlu
mengikuti syarat-syarat sah lain yang diperlukan).

2. Apabila turun di lapangan terbang dan waktu masih ada, wajiblah solat
berkenaan diulang semula dan jika sudah abis waktu, wajiblah solat berkenaan
diqadakan.

NOTA:

Walaubagaimanapun sekiranya kita berpeluang untuk solat selengkapnya seperti


biasa maka seeloknya kita bersolatlah seperti biasa sama ada secara jamak dan
qasar ataupun tidak.

Jika tidak dapat memenuhi syarat sah dan rukun solat seperti tidak dapat bersuci
daripada hadas, tidak dapat berwuduk, atau tidak dapat menghadap kiblat,
hendaklah melakukan solat kerana menghormati waktusolat.

Kedudukan sembahyang dalam solat:

- Rukuk jika tidak dapat dilakukan seperti biasa boleh dilakukan dengan isyarat,
iaitu menundukkan badan sedikit ke hadapan dengan tangan diletakkan di atas
paha.

- Sujud pula dilakukan dengan menundukkan badan ke hadapan agak lebih rendah
daripada isyarat rukuk tadi.

- Duduk antara dua sujud, duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir masih kekal cara
duduk seperti biasa di kerusi kenderaan.

Petikan dari Panduan Musafir

Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009