Anda di halaman 1dari 13

MODUL MSL 3073

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Peranan Pendidikan Seni di dalam Ekonomi yang
Berteraskan Seni & Budaya

UNIT DUA


3. Menghuraikan peranan pendidikan seni dalam ekonomi yang berteraskan
kebudayaan dan kesenian

Hasil Pembelajaran:
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. Memahami apa yang dimaksudkan dengan Ekonomi yang Berteraskan Seni
& Budaya (Cultural economy)
2. Mengenal-pasti aspek-aspek yang mendasari konsep Ekonomi yang
Berteraskan Kebudayaan dan Kesenian








1
PENGENALAN:
Istilah EKONOMI KREATIF (creative economy), KELAS KREATIF (creative class) dan
EKONOMI KEBUDAYAAN/KESENIAN (cultural economy) merujuk kepada pekerjaan,
industri dan kelompok masyarakat yang merangkumi bidang seni visual,
persembahan, kesusasteraan dan pemasaran.
Istilah-istilah berkenaan kini sering disebut dan diteliti oleh para perancang bandar,
pegawai/pentadbir budaya, perancang ekonomi dan pemimpin korporat serta politik
(Florida 2003; 2009). Justeru, amat jelas bahawa hubungan antara seni dengan
pembangunan ekonomi telah dikenal-pasti oleh perancang polisi dan pemimpin
masyarakat.

Sektor kesenian dan kebudayaan bertaut dengan kecergasan ekonomi melalui aspek-
aspek berikut:
Membina modal insan (tenaga kerja berasaskan kemahiran)
Meningkatkan daya-saing sesuatu kelompok masyarakat
Membina asas identiti pada peringkat komuniti
Menarik kelompok masyarakat baru (pendatang dan pelawat/pelancong)
Menyatupadukan visi komuniti dengan nilai keusahawan

Konsep ekonomi berteraskan kebudayaan dan kesenian memberi perhatian kepada 4
perkara asas:
1. Asset budaya dan seni sesuatu komuniti.
Pengiktirafan dan pemasaran asset ini membina tenaga-kerja dan firma
disamping mengekalkan cara hidup yang berkualiti dan positif.

2. Meningkatkan hasil ekonomi dengan bermodalkan aset seni/budaya
tempatan
Strategi terancang dihasilkan untuk menggandingkan sektor seni/budaya
dengan sektor pengeluaran (manufacturing), pemasaran dan pelancongan.

3. Kreativiti Tertumpu melalui prasarana dan modal insan
Penyusunan firma, seniman dan prasarana budaya secara tertumpu
menggandakan kesan pemasaran dan komersil.


4. Pembangunan modal ekonomi dan sosial melalui aktiviti kebudayaan dan
kesenian
Aktiviti kebudayaan dan kesenian menarik pengunjung dari dalam dan luar
komuniti. Peningkatan pengunjung ke lokasi komuniti dan libatsama ahli
komuniti itu sendiri akan membangunkan modal ekonomi dan sosial.
2

Kompleks Kraftangan Jalan Conlay, Kuala Lumpur:

Pasar Seni di Santa Fe (New Mexico, USA):








4
Strategi Pembangunan Ekonomi berlandaskan Industri Kreatif/Budaya:

Strategi Deskripsi

Menggalakkan aset
seni/budaya
Menggalakkan prasarana kebudayaan untuk menarik
pelabur dan perkerja mahir
Pembangunan Pembangunan komuniti melalui polisi-polisi yang
menyokong sektor kesenian / kebudayaan dan industri
kreatif

Pembinaan Semula Membina semula komuniti melalui strategi artistik yang
menekankan aspek kreativiti

Rangkaian ekonomi/
pekerjaan
Membina rangkaian ekonomi & pekerjaan dalam
perdagangan seni, dan menghubungkan antara
perdagangan seni dengan perdagangan bukan seni
(cth: perhotelan, pendidikan)
Pendidikan Memberi latihan yang menggabungkan aspek
keusahawan dengan bidang seni dan budaya

Penjenamaan Membina logo atau bahasa visual berasaskan identiti
masyarakat setempat

Prasarana awam
berteraskan aspek seni &
budaya
Pasar, bazar, arked, taman dan pusat latihan yang
menyokong ekonomi seni/budaya
Seni Awam Menyokong pengkaryaan seni awam


** dipetik dari Murray (2011).



PERANAN PENDIDIKAN SENI DALAM EKONOMI BERTERASKAN SENI/BUDAYA

Pendidikan Seni menyemai kemahiran kerja dan berfikir untuk melahirkan individu
yang boleh berfungsi sebagai pekerja seni dan pemimpin ekonomi berteraskan
seni/budaya. Seperti yang disebutkan diawal bab ini, sektor kesenian dan
kebudayaan bertaut dengan kecergasan ekonomi melalui aspek-aspek berikut:

1. Membina modal insan (tenaga kerja berasaskan kemahiran)
2. Meningkatkan daya-saing sesuatu kelompok masyarakat
3. Membina asas identiti pada peringkat komuniti
4. Menarik kelompok masyarakat baru (pendatang dan pelawat/pelancong)
5. Menyatupadukan visi komuniti dan pemimpin perniagaan
5

Pendidikan Seni khususnya memainkan peranan penting khususnya dalam membina
modal insan dan membina asas identiti (aspek 1 dan 3 di atas). Gabungan dua aspek
ini mendorong peningkatan daya-saing komuniti berkenaan (aspek 2 di atas).



Peranan Pendidikan Seni dalam Membina Modal Insan (tenaga kerja berasaskan
kemahiran):

Peranan Pendidikan Seni dalam hal ini jelas terbukti sejak pendidikan seni
diperkenalkan ke dalam kurikulum pendidikan pada awal tahun 1800, bermula di
Eropah dan Amerika. Pendidikan seni pada ketika itu diwujudkan dan dibentuk
untuk membantu membangunkan masyarakat yang boleh berfungsi dengan baik di
dalam konteks ekonomi moden. Perkembangan kurikulum yang sedemikian amat
diperlukan terutamanya di Amerika yang pada awal tahun 1800 adalah negara yang
baru hendak membangun. Amerika pada ketika itu sangat memerlukan pelukis pelan
(draftspeople) dan pereka bentuk (designer) bagi memenuhi keperluan industrinya
yang sedang pesat berkembang. Justeru, kurikulum seni pada ketika itu dirangka
supaya selaras dengan keperluan sistem ekonomi moden. Tokoh-tokoh pendidikan
seni pada masa itu - William Bentley Fowel, William Minifie dan Walter Smith -
menyumbang kepada pembentukan kurikulum seni yang menjurus kepada keperluan
industri di Amerika pada tahun 1842 hingga 1852. Fowel menekankan kemahiran
lukisan dengan memperkenalkan subjek ini di Sekolah Inggeris Tinggi Boston pada
tahun 1847. William Minifie memperkenalkan subjek yang sama di Sekolah Tinggi
Lelaki Baltimore pada tahun 1840 hingga 1850, menerusi buku teks lukisan
geometrik yang ditulisnya. Minifie tidak menekankan aspek ekspresif lukisan.
Sebaliknya beliau mengunjurkan lukisan sebagai satu bentuk disiplin saintifik yang
didasari aspek teknikal dan objektiviti. Seperti Minifie, Walter Smith merumuskan
pendidikan seni sebagai suatu kurikulum terancang, sistematik dan terperinci yang
membolehkan sesiapa sahaja mempuyai kemahiran melukis. Di dalam bukunya yang
bertajuk Teachers Manual for Freehand Drawing and Designing Smith membina
kurikulum yang menumpukan kepada penguasaan melukis dan asas senireka
menerusi latih-tubi, peniruan dan latihan.

6
Perkembangan awal Pendidikan Seni di atas jelas masih mendasari pendidikan seni
sekarang di mana aspek teknikal ditumpukan untuk memberi kepada pelajar
kemahiran dalam menguasai elemen-elemen seni dan bahan/peralatan (pensil, cat
air, dakwat, dsb.). Aspek-aspek teknikal ini seterusnya digandingkan dengan aspek
estetika supaya murid bukan sekadar pandai melukis malah berkebolehan untuk
membuat pertimbangan visual yang baik. Gandingan dua aspek ini akan
menghasilkan karya seni dan rekabentuk yang mantap dari segi teknikal dan juga
murni dalam aspek keindahan. Matlamat ini jelas mendasari Kurikulum Pendidikan
Seni Visual Sekolah Rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:

1. Ekspresi kreatif yang membina pengetahuan dan kefahaman tentang elemen
seni visual dan fungsi elemen-elemen ini dalam karya seni.
2. Persepsi Estetik yang membina kefahaman tentang elemen seni dan prinsip
rekaan yang wujud dalam alam semulajadi dan segala objek buatan manusia
(termasuk karya seni itu sendiri).
3. Apresiasi Seni Visual yang membolehkan murid membuat penilaian terhadap
sesuatu karya seni berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, warisan dan
budaya.
4. Aplikasi Seni yang merangkumi aplikasi asas-asas asas elemen seni dan
bahan/peralatan dalam proses menghasilkan karya seni.

Kesemua aspek ini jelas bertujuan untuk membina kemahiran seni dari aspek
teknikal dan juga estetik. Dalam konteks ekonomi, kemahiran perlu diselaraskan
dengan aspek komersil dan industri supaya karya atau objek seni yang dihasilkan itu
mempunyai daya-saing dari segi pasaran. Kemahiran seni memainkan fungsi yang
amat penting dalam pemasaran produk. Tokoh seni reka Walter Gropius menekankan
prinsip asas reka ke barangan seharian keluaran industri dengan menyatukan seni,
pertukangan, sains dan teknologi. Prinsip rekaan dan nilai estetik telah diaplikasikan
dalam pembuatan barangan seharian seperti kerusi, meja, lampu, alat perkakas
elektrik, kenderaan, bangunan, dsb. Beliau memberi pertimbangan yang khusus dan
terperinci terhadap bentuk dan bahan serta penggunaannya.

7

Lukisaninimemaparkanaplikasiasaselemenseni(garisan,
rupa,bentukdannilai).Cubakenalpastielemenelemeninidi
dalamlukisanlukisanteknikaldibawah:

Selain dari aplikasi teknikal, asasasas elemen seni juga berfungsi untuk penghasilan seni yang
lebihekpresifsepertisenicatandantekstil.Kemahiraninijugamempunyaipasaranyangkhusus.

SeniCatan RekacorakTekstil


Segala huraian di atas menunjukkan bahawa konsep dan matlamat pembelajaran
Pendidikan Seni digubah untuk mengisi keperluan-keperluan perkembangan ekonomi
9
dan industri setempat. Untuk mengisi keperluan ini kurikulum di sekolah-sekolah
menyediakan latihan-latihan kemahiran bagi membentuk individu yang mempunyai
kemahiran yang spesifik (specialized skill). Pendidikan Seni dalam konteks ini
bertujuan untuk melahirkan generasi perkerja yang mempunyai kemahiran di dalam
seni reka perindustrian (industrial design), pelukis-pelukis pelan dan pereka-pereka
yang mahir dalam lukisan teknikal, serta pelukis yang mahir menggunakan aspek
teknikal untuk tujuan yang lebih ekspresif. Pendidikan Seni menyemai asas-asas
kemahiran berkenaan terhadap pelajar dengan secara tersusun, dan seterusnya
membentuk modal insan (tenaga kerja berasaskan kemahiran). Modal insan ini
seterusnya membuahkan hasil seni dan rekabentuk produk-produk yang boleh
bersaing di arus perdagangan. Ini bermakna apabila modal insan yang sedemikian
diintegrasikan dengan terancang bersama kepakaran dan visi keusahawanan, daya-
saing sesuatu kelompok masyarakat dapat ditingkatkan.


Peranan Pendidikan Seni dalam Mengenal-pasti & Mengiktiraf Aset Seni dan
Budaya sesuatu Komuniti

Koentijaraningrat menyatakan di dalam bukunya Pengatar Ilmu Antropologi bahawa
setiap masyarakat mempunyai tujuh unsur yang penting iaitu: bahasa, sistem
pengetahuan, organisasi sosial, sistem peralatan hidup dan teknologi, sistem mata
pencarian, sistem keagamaan dan kesenian. Dalam hal ini seni memainkan peranan
sosial yang penting, iaitu membentuk dan mengembang budaya setempat dan
sejagat. Dalam konteks ini seni visual adalah bahantara penting yang memberikan
maklumat dan penerangan tentang sesuatu kelompok masyarakat. Bentuk dan rupa
ukiran, tenunan, tekatan dan fabrik bercorak serta bewarna boleh menjelaskan
tentang budaya sesuatu masyarakat, malahan boleh memberi maklumat tentang asal-
usul masyarakat tersebut. Disebabkan pertautan rapat antara seni dan intipati
masyarakat yang menghasilkan seni berkenaan maka perkembangan seni dan
kelestarian kelompok masyarakat saling bergantung antara satu sama lain. Aspek
sosial yang mendasari hasi seni sedemikian menyebabkan tokoh-tokoh pendidikan
seni seperti McFee dan Feldman menegaskan bahawa seni dan kebudayaan itu
menjadi tunjang pembangunan seni kepada manusia. Contohnya, seni tradisi
10
Malaysia seperti tembikar, ukiran, batik, tenunan, dan anyaman mempunyai nilai
estetika yang tersendiri dan menjadi lambang keperibadian masyarakat yang
menghasilkannya. Ini bermakna pertalian antara seni dan jatidiri masyarakat
diwarisi dari satu generasi ke generasi, dan seterusnya melahirkan individu-individu
yang berkemahiran dalam seni yang membentuk masyarakat yang berkemahiran dan
berpengetahuan. Nilai masyarakat terhadap seni berkembang dan membangunkan
sistem kepercayaan. Sistem kepercayaan ini selanjutnya membentuk dasar moral dan
falsafah, iaitu nilai sosial dan spiritual yang membentuk sistem penilaian yang
mentadbir masyarakat berkenaan. Karya seni memainkan berperanan utama untuk
menyampaikan dan menyebarkan nilai sosial dan spiritual sesuatu masyarakat.


Seni Tradisi mempunyai nilai estetika yang tersendiri dan menjadi lambang keperibadian
masyarakat yang menghasilkannya.



Faktor-faktor yang tersebut di atas mendorong tokoh pendidikan seni Laura Chapman
dan Edmund Feldman menyatakan bahawa hasil adalah berasaskan kehendak dan
keperluan ahli masyaraka. Mencipta karya seni adalah untuk dihayati oleh
masyarakat, dan dengan demikian mengukuhkan identiti masyarakat berkenaan.
Dengan itu, penghayatan seni secara tidak langsung membentuk tingkah laku dalam
menghayati dan menghargai budaya mereka sendiri. Selain itu juga melalui karya
seni yang dihasilkan akan dapat melambangkan budaya sesuatu masyarakat serta
dapat mendekatkan diri kepada nilai kesopanan dan jati diri masyarakat tersebut.
Peranan Pendidikan Seni dalam hal ini jelas wujud pada aspek Apresiasi Visual di
11
dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah yang disebut pada
mukasurat 7 dalam modul ini. Apresiasi Visual membolehkan murid membuat
penilaian terhadap sesuatu karya seni berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni,
warisan dan budaya. Ini bermakna Pendidikan Seni memainkan peranan dalam
memastikan kelestarian budaya dan warisan sesuatu kelompok masyarakat.
Pendidikan Seni mendekatkan setiap individu dengan nilai dan warisan
masyarakatnya, justeru memantapkan identiti sesuatu masyarakat dan ahlinya. Oleh
yang demikian, Pendidikan Seni adalah mekanisme untuk mengiktiraf identiti,
budaya dan warisan sesuatu kelompok masyarakat. Seperti yang disebutkan pada
mukasurat 2 modul ini, aspek ini adalah antara tunjang utama bagi ekonomi yang
berteraskan seni/budaya. Di dalam ekonomi ini, warisan seni/budaya sesuatu
kelompok masyarakat perlu dikenal-pasti dan seterusnya diiktiraf. Pengiktirafan ini
menjadikan warisan sebagai aset budaya, iaitu satu bentuk modal yang menjanakan
produk-produk untuk dipasarkan. Ini bermakna ekonomi yang berteraskan
seni/budaya bergantung kepada Pendidikan Seni untuk menyemaikan pengiktirafan
sesuatu warisan. Pengiktirafan awal ini kemudiannya digandingkan dengan visi dan
prasarana keusahawan untuk membentuk aset budaya, iaitu modal yang
menjanakan produk seni secara terancang dan mempunyai daya-saing di pasaran.


RUMUSAN

Pendidikan Seni membina modal insan dengan melahirkan tenaga kerja yang khusus
dan berkemahiran. Kandungan kurikulum perlu menekankan aspek teknikal dan
estetika untuk membentuk asas aplikasi elemen seni yang kukuh. Juga penting ialah
aspek Apresiasi Visual yang mendorong penghayatan sejarah seni, warisan dan
budaya. Dengan itu, Pendidikan Seni berperanan penting dalam melestarikan budaya
dan warisan sesuatu kelompok masyarakat. Penghayatan sejarah dan warisan
seni/budaya memantapkan identiti sesuatu masyarakat dan ahlinya. Hal ini
menjadikan Pendidikan Seni sebagai satu mekanisme yang mengiktiraf identiti,
budaya dan warisan sesuatu komuniti. Pengiktirafan ini mendorong kepada
pembentukan aset budaya yang boleh dipasarkan. Oleh kerana produk seni dalam
konteks ini adalah berteraskan warisan sesuatu komuniti, maka produk seni
berkenaan adalah unik kepada komuniti berkenaan, dan meningkatkan daya-saing
12
13
komuniti tersebut pada dua segi, iaitu: (1) Membina tenaga kerja mahir dalam
komuniti, (2) Membentuk pasaran yang khusus dengan kepakaran dan warisan
komuniti berkenaan. Dengan menyemai kemahiran seni disamping pengiktirafan dan
pembentukan aset budaya komuniti, Pendidikan Seni berfungsi sebagai asas
yang mendorong kepada peningkatan daya-saing sesuatu komuniti dalam
konteks ekonomi yang berlandaskan kesenian dan kebudayaan.


Rujukan:
Feldman,Edmund,PhilosophyofArtEducation.NewJersey:PrenticeHall,1996.

Florida, Richard, The Rise of the Creative Class, New York: Basic Books, 2003.

----------- Whos Your City?: How the Creative Economy Is Making Where to Live the
Most Important Decision of Your Life (New York: Basic Books, 2009).

Walker, Chris et.al., Culture and Commerce: Traditional Arts in Economic
Development, report submitted to The Fund for Folf Culture, Santa Fe,
New Mexico, 2003.

Murray, David, Economic Vitality: How the Arts and Culture Catalyzes Economic
Vitality, report prepared by American Planning Association, 2011.