Anda di halaman 1dari 7

SK KG JOHAN SETIA

TAHUN 3

PENDIDIKAN MORAL Page 1

Bahagian A
Bulatkan jawapan yang betul sahaja.

1. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan kawasan sekolah?
A. Supaya semua orang melawat sekolah kita.
B. Supaya kita dapat belajar dengan selesa.
C. Supaya guru-guru tidak malu dengan kita.

2. Kumari terpecahkan pasu bunga kesayangan ibunya. Apakah yang patut dia
lakukan?
A. Mendiamkan diri.
B. Cepat-cepat bersembunyi.
C. Memberitahu ibunya perkara sebenar dan meminta maaf.

3. Penganut agama ___________ berpuasa pada bulan Ramadhan.
A. Buddha
B. Hindu
C. Islam

4. Raju pergi ke kuil untuk bersembahyang. Apakah agama yang dianuti oleh Raju?
A. Islam
B. Buddha
C. Hindu


SK KG JOHAN SETIA
TAHUN 3

PENDIDIKAN MORAL Page 2

5. Saya membasuh baju dengan ___________ .
A. sabun
B. ubat gigi
C. syampu

6. Kemudahan awam seperti tandas, telefon awam, dan paip bomba mestilah diawasi
dengan _________ .
A. baik
B. merosakkan
C. tidak ambil tahu

7. Apabila bercakap dengan ibu bapa kita mestilah ___________ .
A. tidak bercakap.
B. meninggikan suara.
C. merendahkan suara.

8. Jika kamu bersalah, kamu akan _____________ .
A. meminta maaf.
B. mengulangi kesalahan itu.
C. Membiarkan sahaja kesalahan yang dilakukan.

9. Kita patut _____________ semasa lagu Negaraku dinyanyikan.
A. berlari
B. berdiri tegak
C. berbual bersama kawan

SK KG JOHAN SETIA
TAHUN 3

PENDIDIKAN MORAL Page 3

10. Jangan __________ sampah ke dalam sungai.
A. membuang
B. membakar
C. menyimpan

11. Saya tidak akan bermain di jalan raya kerana _____________.
A. selamat
B. berdosa
C. berbahaya


12.






Apakah tindakan kita apabila menghadapi situasi di atas?
A. Mencubit adik.
B. Buat-buat tidak tahu.
C. Memujuk dan melayan adik.

13. Bilik tidur perlu dikemas supaya _________ dan ceria.
A. cuci
B. kotor
C. bersih



SK KG JOHAN SETIA
TAHUN 3

PENDIDIKAN MORAL Page 4

14.







Dialog yang paling sesuai untuk situasi di atas ialah
A. Jangan sibuklah.
B. Terima kasih Kak Ayu.
C. Kakak ni mengacau betul lah.

15. Sasya akan _____ aktiviti gotong-royong yang akan diadakan di sekolah pada
hari minggu ini.
A. ponteng
B. menyertai
C. melupakan

16. Kaki kawan saya terluka semasa bermain di sekolah. Saya akan __________.
A. mentertawakannya
B. membawanya ke bilik rawatan sekolah
C. memarahinya kerana tidak berhati-hati

17. Peralatan di sekolah perlu digunakan dengan baik agar tidak _____.
A. dicuri
B. rosak
C. membazir


SK KG JOHAN SETIA
TAHUN 3

PENDIDIKAN MORAL Page 5

18.








Nilai murni yang ada pada diri Ah Chong ialah _____________.
A. berani
B. jujur
C. rajin

19. Membantu orang di dalam kesusahan adalah perbuatan yang __________.
A. sia-sia
B. ditegah
C. digalakkan

20. Saya akan _____ semua latihan tambahan yang diberikan oleh cikgu semasa cuti
sekolah.
A. membuang
B. menyiapkan
C. membiarkan





SK KG JOHAN SETIA
TAHUN 3

PENDIDIKAN MORAL Page 6

Bahagian B
Jawab semua soalan.
Tandakan () pada pernyataan yang betul dan tandakan (x) pada pernyataan yang
salah. (10m)
1. Adik boleh memukul abang atau kakak jika tidak berpuas hati dengan mereka.


2. Kasih sayang tidak penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.


3. Jika kita bersalah terhadap anggota keluarga, kita haruslah meminta maaf.


4. Anak-anak perlu diajar untuk berdikari sejak dari kecil lagi.


5. Kita haruslah mengenali jiran-jiran kita.


6. Kempen Penjimatan Air dan Elektrik akan berjaya jika mendapat sokongan
masyarakat sepenuhnya.

7. Kempen Antirokok bertujuan untuk menggalakkan masyarakat merokok.


8. Semua orang berhak menggunakan kemudahan awam.


9. Kerosakan peralatan di taman permainan membahayakan kanak-kanak yang
menggunakannya.

10. Tugas menjaga kemudahan awam hanyalah tugas pihak berkuasa.



Garis jawapan yang betul. (10m)

1. Orang yang (berdikari, berani) tidak mengharapkan bantuan orang lain.

2. Alam sekitar perlu dijaga supaya sentiasa (bersih, kotor).

3. Permainan tradisional yang terkenal di negeri Kelantan ialah (wau, congkak).

4. Pembakaran sampah secara terbuka akan menyebabkan pencemaran (udara, air).

5. Gong ialah alat muzik tradisinal kaum (Melayu, Sikh).
SK KG JOHAN SETIA
TAHUN 3

PENDIDIKAN MORAL Page 7

Tandakan (B) pada pernyataan yang betul dan (S) pada pernyataan yang salah.
(10 m)
1. Kamu menyiram pokok bunga yang layu di hadapan kelas kamu.

2. Kamu dan kawan masuk ke bilik komputer tanpa kebenaran guru.

3. Kamu tidak suka berbual dengan rakan baharu yang duduk di
sebelah kamu.

4. Kamu tidak akan menerima ajakan daripada orang yang tidak
dikenali

5. Kamu hanya melihat guru membawa buku yang banyak ketika
menuruni tangga.

6. Setiap agama mengajar penganutnya agar menghormati
kepelbagaian perayaan agama lain.

7. Semua murid diberi peluang untuk menyertai acara sukaneka.

8. Kamu membiarkan rakan kamu membuli kanak-kanak lain di
sekolah.

9. Jeremy bersikap tidak adil kerana memberikan buah epal
kepada rakan yang disukainya sahaja.

10. Kita tidak perlu mendengar nasihat guru yang tidak mengajar
kita.

Anda mungkin juga menyukai