Anda di halaman 1dari 23

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / TAHUN 2012



____________________________________________________________

HBAE1203


PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
___________________________________________________________












NO. MATRIKULASI : 720819065378001
NO. KAD PENGENALAN : 720819065378
NO. TELEFON : 019-3432005
E-MEL : saldeena3@gmail.com



PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM


HBAE1203



1
Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam keupayaan yang terbatas dan kekangan masa yang menghimpit diri,
dapat juga saya menyiapkan tugasan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor
saya iaitu Dr. Hamdzun bin Haron atas sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau
dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya
menyempurnakan tugasan ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada e-tutors saya iaitu
Puan Nor Azizah binti Atan, rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan di ruangan forum
yang telah menyumbang ilmu dan berkongsi pengetahuan sepanjang saya menyiapkan
tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan ini buat keluarga tercinta kerana memahami
serta memberi semangat kepada saya dalam meneruskan cabaran untuk membawa
pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat lelah pastinya ada
hikmat disebaliknya.

Terima kasih.


















HBAE1203



2
Isi Kandungan Muka Surat
i. Penghargaan 1
ii Isi Kandungan 2
1.0 Pengenalan 3
2.0 Pengertian Kreativiti 4
3.0 Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-Kanak 4
4.0 Robert Fisher 5
5.0 Tahap Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher 6
6.0 Proses Pengajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual Melalui 8
Pendekatan Pemikiran Kreatif Fisher
6.1 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual 8
6.2 Huraian Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni 12
Visual Berdasarkan 5 Peringkat Pemikiran Kreatif Fisher
7.0 Analisa 5 Peringkat Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher 15
Dan Perkaitannya Dengan Perkembangan Diri Kanak-kanak
8.0 Implikasi Pendekatan Fisher Terhadap Perkembangan Kreativiti Murid 17
6.0 Rumusan 18
9.0 Rujukan
1.0 Lampiran












HBAE1203



3
1.0 Pengenalan
Dalam usaha melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif , guru
pendidikan seni diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas tersebut. Ini sejajar dengan
matlamat Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan
kepada usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi
membangunkan negara. Hal ini demikian, kerana subjek pendidikan seni visual dilihat
sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif murid berkembang
berbanding dengan subjek lain.
Bagi melahirkan murid yang kreatif, guru pendidikan seni berdepan dengan
cabaran murid yang kurang kreatif. Mereka juga tidak berminat mengikuti program dan
aktiviti seni yang diajar oleh guru mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Mereka beranggapan subjek seni tidak penting berbanding dengan subjek
Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Hanya sebahagian daripada mereka menunjukkan
minat terhadap subjek tersebut kerana mereka mempunyai bakat semulajadi dan
mempunyai asas dalam melukis.
Menurut Hoffa (1964), program dan aktiviti seni seharusnya dijadikan landasan
terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan
murid. Justeru itu, subjek ini berperanan menjana idea murid dalam melakukan eksplorasi
dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Selain itu juga, pemupukan
pemikiran kreatif perlu disemai di peringkat kanak.kanak lagi.
Bagi meningkatkan tahap kreativiti di kalangan murid-murid, guru pendidikan
seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan pendekatan
yang digunakan oleh mereka dalam memupuk perkembangan kreativiti di kalangan
kanak-kanak. Tokoh-tokoh seni tersebut ialah Fisher (1943), Laura H.Chapman dan
Calvin W.Taylor. Setiap tokoh tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza dalam
melahirkan kanak-kanak yang kreatif.
Dalam hal ini, Pendekatan Pemikiran Kreatif Fisher (1943) boleh digunakan oleh
guru pendidikan seni bagi merangsang minda murid-murid yang kurang kreatif dan tidak
minat akan subjek tersebut.
HBAE1203



4
Pengetahuan tentang 5 Tahap Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher penting
sebagai panduan dan rujukan bagi guru dalam merancang aktiviti seni visual. Dengan itu,
aktiviti-aktiviti seni yang dirancang lebih tersusun dan menjamin proses pembelajaran
agar berjalan dengan baik dan berkesan.
2.0 Pengertian Kreativiti
Pelbagai pandangan dan pengertian tentang kreativiti. Perbezaan pandangan dan
pengertian ini berlaku disebabkan istilah dan pandangan tokoh- tokoh akedemik dalam
bidang kajian masing-masing. Perkataan kreativiti merupakan perkataan yang berasal
daripada perkataan Latin iaitu creare yang bermaksud membuat . Selain itu juga,
creare dalam bahasa Greek bermaksud memenuhi. Menurut Kamus Dewan, (2002)
kreativiti ditakrifkan sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif,
kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Dalam konteks ini, ia
merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang
kreatif. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan
sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
Secara ringkasnya, kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir,
Justeru, kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji
mengklasifikasikan kemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan
otak kanan. Individu yang mempunyai kebolehan kreatif biasanya mempunyai perasaan
yang istimewa dan eksklusif kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang
jarang ditemui (Md Nasir Ibrehim & Ibrehim Hassan, 2003) dalam (Abdul Shukor
Hashim et al., 2011).

3.0 Kepentingan Kreativiti kepada Kanak-kanak
Dalam perkembangan kanak-kanak, aktiviti yang menjana kreativiti memainkan
peranan penting. Hal ini demikian, kerana aktiviti ini memberi peluang kepada kanak-
kanak menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara.
Disamping itu juga, aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Contohnya, setelah
selesai melukis, kanak-kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka.
HBAE1203



5
Mereka juga belajar membuat keputusan dalam memilih lukisan yang terbaik untuk
dipamerkan. Selain itu, mereka perlu tahu bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka
telah berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh
digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni
menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara
berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka
pengetahuan akademik.

4.0 Robert Fisher (1943)
Robert Fisher atau lebih dikenali sebagai Fisher merupakah penyelidik dan ahli
akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Beliau merupakan professor pendidikan
di Universiti Brunel. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan
kerana beliau telah mengajar selama 20 tahun di sekolah-sekolah di UK, Afrika, Hong
Kong dan menjadi pengetua selama lima tahun di sebuah sekolah rendah di barat London.
Beliau mendapat PhD kerana usaha beliau membuat penyelidikan dalam bidang Falsafah
Kanak-kanak.
Beliau telah menerbitkan lebih daripada 30 buah buku mengenai pendidikan
termasuk Stories for Thinking Series, Teaching Children to Think dan Teaching
Children to Learn. Buku-buku beliau telah diterjemahkan ke dalam 10 bahasa dan ciri-
ciri dalam banyak projek penyelidikan berjaya.
Robert Fisher merupakan perunding kepada sekolah, pihak berkuasa pendidikan
tempatan dan organisasi kerajaan. Beliau merupakan penasihat kepada kemahiran berfikir
dalam Kurikulum Kebangsaan di England dan Strategi Rendah Kebangsaan. Beliau telah
dirujuk oleh banyak organisasi termasuk DfES, Arts Council dan British Council dan
adalah ucaptama pada persidangan kebangsaan dan antarabangsa.
Salah satu daripada bidang penyelidikan beliau ialah tentang perkembangan
kreativiti kanak-kanak. Menerusi penyelidikan yang telah dijalankan, Robert Fisher
menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu peringkat rangsangan,
HBAE1203



6
peringkat penerokaan, peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan peringkat kajian
semula.

5.0 5 Tahap Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher
Berdasarkan teori perkembangan kreativiti Fisher, guru pendidikan seni visual
perlu mengetahui tentang perkembangan kreativiti murid mempunyai tahap-tahap
tertentu. Pengetahuan tentang peringkat dan tahap tersebut boleh dijadikan panduan dan
rujukan dalam merancang aktiviti seni visual yang dapat menjana minda kreativiti murid
dan menjurus kepada penghasilan karya seni yang kreatif .

Fisher (1943) menjelaskan bahawa 5 tahap dalam pemikiran kreatif merangkumi:
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya.
Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.
(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab
persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.
(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua
aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 2 cara iaitu:
Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.
(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui
tindakan setelah merencana segala aktiviti.
Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti
Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?

HBAE1203



7
(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses
penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.
Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah
dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.


















Rajah 5.1 : Perkembangan kreativiti menurut Fisher (1943)


Peringkat Rangsangan
Peringkat Kajian Semula
PERINGKAT KREATIVITI OLEH FISHER (1943)
Peringkat Penerokaan
Peringkat Perancangan
Peringkat Aktiviti
HBAE1203



8
6.0 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Melalui Pendekatan Pemikiran Kreatif Fisher
Pendekatan Pemikiran Kreatif Fisher dapat dilihat berdasar rancangan pengajaran harian
pendidikan seni visual di bawah.
6.1. Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual
Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tahun : 5 Ikhlas
Tarikh : 20 Jun 2012
Masa : 8.55 pagi- 9.55 ( 60 minit)
Bil.Murid : 35 orang
Bidang : Menggambar (Mozek)
Tajuk : Buah-buahan Tempatan
Hasil Pembelajaran :
Aras 1
1. Mengaplikasikan elemen Asas Seni Reka yang sesuai dalam menggambar.
2. Mengetahui dan menggunakan bahasa seni visual (istilah) yang mudah untuk
berinteraksi .

Aras 2
1. Menggambar berdasarkan idea yang diperolehi dari pemerhatian dan
penerokaan alat, bahan dan teknik

Aras 3
1. Menggambar dengan menggunakan gabungan pelbagai alat, bahan dan teknik
yang lebih kreatif dan kemas.
2. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan.

Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat :
1. Murid dapat membuat lakaran buah-buahan tempatan mengikut gambaran imej
masing-masing.
2. Murid dapat menghasilkan mozek buah-buahan tempatan menggunakan teknik
lukisan dengan kemas dan baik.
3. Murid menghargai hasil karya sendiri dan rakan-rakan.
Pengetahuan sedia ada murid:
1. Murid pernah melukis dan mewarna
HBAE1203



9
2. Murid mengenali jenis-jenis buah-buahan tempatan.
Nilai Murni : bekerjasama, berkeyakinan diri, ketekunan,
Kekemasan dan kebersihan
Alat : Gunting,
Bahan : Kertas warna, kertas majalah dan gam
Kemahiran Berfikir : Kemahiran belajar, menjana idea, membuat
gambaran mental
Strategi Pembelajaran : Direktif, Pemerhatian, Konstruktivisme, koperatif,
Kecerdasan Pelbagai. Kolaboratif
Bahan Bantu Mengajar : Slide power point seni kata lagu dan Buah-buahan
Tempatan, contoh karya mozek, slide power point
langkah-langkah penghasilan mozek
Langkah
/Masa
Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(10 minit)
1.Guru memperdengarkan nyanyian,
memaparkan seni kata lagu dan
menunjukkan paparan slide power
point gambar Buah-buahan
Tempatan.
2.Guru bersoaljawab dengan murid
berdasarkan tajuk pelajaran.
a. Apakah nama buah
yang digelar sebagai
raja buah?
b. Apakah nama buah
yang digemari oleh
monyet kerana rasanya
lazat?
c. Apakah nama buah
yang berwarna unggu
gelap. Ia juga
mempunyai banyak
tampuk.
d. Apakah nama buah
yang di dalam
badannya terdapat
beribu biji yang boleh
dibuat benih?
1.Murid mendengar,
menyanyi dan melihat
slide power point lagu
Buah- buahan Tempatan
dengan penuh minat.
2.Murid menjawab soalan
diajukan oleh guru dengan
seronok seronok.
1. Durian
2. Pisang
3. Manggis
4. Betik








Teknik soal jawab

Kecerdasan
pelbagai:
Verbal-linguistik
interpersonal

Pembelajaran
kontekstual

HBAE1203



10
Langkah 1
(10 minit)
1. Guru menunjukkan gambar mozek
dan memperkenalkan tajuk
pelajaran pada hari ini.
2. Guru menanyakan soalan tentang
mozek dan mengaitkan dengan
kehidupan seharian murid.
a) Di manakah kamu dapat melihat
mozek?
b) Apakah pandangan kamu
tentang mozek?
c) Nyatakan ciri-ciri mozek?

3. Guru menerangkan maksud
mozek dan mengaitkan mozek
dengan unsur-unsur dan prinsip-
prinsip seni.
Maksud Mozek.
Mozek merupakan satu
aktiviti guntingan, susunan, dan
tampalan. Setiap kertas yang
ditampal mempunyai jarak di
antara satu sama lain.

4.Guru menunjukkan contoh
gambar buah-buahan dan contoh
karya mozek yang telah siap.

1.Murid melihat dan
mendengar penerangan
guru dengan penuh minat.
2.Murid menjawab soalan
guru dengan mengaitkan
mozek dengan
pengetahuan sedia ada
mereka.
a) lantai rumah
b) dinding dapur
c) bilik air
3.Murid mendengar dan
mencatat penerangan guru.
4.Murid melihat
Contoh memerhati
contoh karya mozek yang
telah siap.

Strategi:
Kontektual

Kecerdasan
Pelbagai Verbal
Linguistik

Direktif
Pemerhatian

ABM maujud






Langkah 2
(10 minit)



1.Guru menerangkan tentang alat dan
bahan yang akan digunakan untuk
menghasilkan mozek buah-buahan.
- Kertas warna
- Kertas majalah
- Gam
- Gunting
2. Guru meminta murid mengeluarkan
alat dan bahan yang diperlukan.



1.Murid akan mendengar
penerangan guru.

2.Murid mengeluarkan bahan
dan alat masing-masing.
Alat dan bahan:
kertas warna,
kertas majalah,
gam, gunting,

Strategi:
Konstruktivisme




HBAE1203



11
Langkah 3
(10 minit)
1.Guru menunjukkan cara untuk
menghasilkan karya mozek.
2.Guru menerangkan langkah-langkah
penghasilan mozek buah-buahan.
1. Melakar gambar buah-buahan
2. Memilih warna.
3. Menggunting kertas warna
atau kertas majalah.
4. Menyusun kertas warna yang
telah digunting ke atas lakaran
buah-buahan tersebut.
5. Menampal kertas warna atau
kertas majalah ke atas lakaran
buah-buahan.
1 .Murid melihatdengan teliti
aktiviti yang ditunjukkan
oleh guru.
2.Murid mengikut langkah
langkah penghasilan mozek
buah-buahan.

ABM :
Slide power point
langkah-langkah
penghasilan
mozek

Nilai: tekun,
berhati-hati
Bertanggung
jawab ke atas
pembelajaran
sendiri untuk
menghasilkan
tugasan
Langkah 4
(15 minit)
1.Guru menunjukkan cara melakar
dan menampal kertas warna atau
kertas majalah yang sudah digunting
di atas gambar buah-buahan yang
telah dilakar.



2.Murid melakar dan
menampal kertas warna
dan kertas majalah
di atas gambar buah-buahan
yang telah dilakar mengikut
kreativiti masing-masing
3.Murid diminta
menyiapkan karya mozek
buah-
buahan dengan
kemas sehingga selesai.



Bahan : Kertas
warna,kertas
majalah, gam
Alat : gunting
Nilai :,
kekemasan,
kesungguhan






HBAE1203



12
Penutup
(5 minit)
Penilaian
Hasil
Pembelajar
an :
Apresiasi
dan refleksi
:


Apresiasi dan Refleksi;
1. Guru membuat rumusan
berdasarkan hasil kerja murid-murid
secara keseluruhan.
2.Memberi pujian kepada murid
kerana memahami tajuk hari ini.
3. Guru meminta murid menyanyikan
lagu Buah- Buahan Tempatan
berserta pergerakan.
1.Murid menghargai hasil
karya sendiri dan rakan-
rakan.
2.Murid menunjukkan hasil
kerja masing-masing
di hadapan kelas.
3.Murid menyanyikan lagu
Buah-buahan Tempatan
sampai memegang hasil
kerja masing-masing.
SDP:
Nyanyian
Pergerakan kreatif
BBM :
Projektor,carta
senikata lagu
Buah-buahan
Tempatan
Nilai :
Berani mencuba
Keyakinan diri
Refleksi Guru
Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Murid memberi
komitmen yang tinggi kerana mereka minat dan seronok dalam menghasilkan mozek
Buah-buahan Tempatan Oleh sebab itu, kepelbagaian mozek berjaya dihasilkan kerana
mereka kreatif dalam membuat penerokaan bahan. Dengan itu, objektif yang disasarkan
dapat dicapai.
7.0 Huraian Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni
Berdasarkan 5 tahap Perkembangan Kreativiti Fisher.


Rajah 7.1 : Domain Kognitif Taksonomi Bloom
HBAE1203



13
a) Peringkat Rangsangan
Berdasarkan rancangan pengajaran dan pembelajaran di atas, set induksi yang
dijalankan merupakan peringkat rangsangan dalam perkembangan kreativiti Fisher. Guru
dapat merangsang pemikiran murid menerusi nyanyian lagu Buah-buahan Tempatan,
paparan slide power point yang menunjukkan seni kata lagu dan juga gambar- gambar
buah-buahan tempatan serta sesi soaljawab antara guru dan murid berdasarkan tajuk yang
diperkenalkan. Pada peringkat ini juga, murid berasa teruja dan secara tidak langsung
pemikiran mereka terangsang dengan perasaan ingin tahu serta mengaitkan tajuk dengan
pengetahuan sedia ada mereka.
Soalan dalam sesi soal jawab dengan murid yang digunakan oleh guru pada peringkat ini
berpandukan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu aras PENGETAHUAN seperti berikut:
1. Apakah nama buah yang digelar sebagai raja buah?
2. Apakah nama buah yang digemari oleh monyet kerana rasanya lazat?
3. Apakah nama buah yang berwarna unggu gelap. Ia juga mempunyai
banyak tampuk.
4. Apakah nama buah yang di dalam badannya terdapat beribu biji yang
boleh dibuat benih?

b) Peringkat Penerokaan
Setelah pemikiran murid dirangsang, guru membawa murid meneroka tentang tajuk
yang diperkenalkan. Penerokaan murid dapat dilihat dalam langkah 1 yang terdapat
dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran ini. Pada peringkat penerokaan ini, guru
memperkenalkan, menunjukkan gambar mozek dan mengaitkan mozek dengan
kehidupan seharian murid. Kemudian, guru memberi maksud teknik mozek dalam
menggambar dan mengaitkan dengan unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni. Dengan itu,
murid berminat untuk membuat penerokaan terhadap tajuk baru dipelajari oleh mereka.
Mereka mula mengetahui tentang unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni yang akan
digunakan bagi menghasilkan karya mereka.Misalnya, garisan, bentuk, rupa, warna,
harmoni kontra, imbangan dan sebagainya.
HBAE1203



14
Guru bersoaljawab dengan murid berdasarkan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu aras
KEFAHAMAN. Soalan-soalan guru adalah seperti berikut
1) Di manakah kamu dapat melihat mozek?
2) Apakah pandangan kamu tentang mozek?
3) Nyatakan ciri-ciri mozek?

c) Peringkat Perancangan
Menerusi langkah 2 dan 3 dalam pengajaran dan pembelajaran ini, guru
menerangkan kepada murid tentang penggunaan alat dan bahan bagi menghasilkan teknik
mozek Buah-buhan Tempatan seperti gam, gunting, kertas warna atau majalah.
Pengetahuan tentang penggunaan alat dan bahan ini memudahkan murid membuat
perancangan dalam menghasilkan karya mereka. Selain itu juga, guru menerangkan
langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh murid dalam menghasilkan mozek Buah-
buahan tersebut dengan memperlihatkan slide power point. Dengan pengetahuan yang
diperoleh, mereka dapat merealisasikan perancangan mereka dalam menghasilkan karya
seperti yang dikehendaki.
Pada peringkat ini aras Taksonomi Bloom yang digunakan oleh guru dalam langkah 2
dan 3 ialah aras KEFAHAMAN. Contoh soalan guru adalah seperti berikut:
1. Terangkan alat dan bahan yang diperlukan dalam menghasilkan mozek
Buah-buahan Tempatan.
2. Sebutkan semula langkah-langkah bagi menghasilkan mozek Buah-buahan
Tempatan.

d) Peringkat Aktiviti
Peringkat ini dapat dilihat berdasarkan langkah 4 dalam rancangan pengajaran dan
pembelajaran yang disediakan. Pada peringkat aktiviti ini, guru menunjukkan cara
melakar dan menampal kertas warna atau kertas majalah yang sudah digunting di atas
gambar yang dilakar. Setelah mahir melakar dan menampal kertas warna atau kertas
majalah, murid boleh menghasilkan teknik mozek Buah-buahan Tempatan mengikut
kreativiti masing-masing.
HBAE1203



15
Soalan yang dikemukakan oleh guru kepada murid mengikut Aras Taksonomi Bloom
ialah aras APLIKASI. Soalan-soalan tersebut adalah seperti berikut:
1. Gunakan alat dan bahan dengan teliti semasa melakar gambar Buah-buahan
Tempatan.
2. Gunakan kreativiti masing-masing dalam menampal kertas warna atau kertas
majalah di atas lakaran gambar Buah-buahan Tempatan sehingga siap.
e) Peringkat Kajian Semula
Berpandukan rancangan pengajaran dan pembelajaran ini, peringkat kajian
semula dapat dilihat menerusi sesi penutup yang dilaksanakan. Guru meminta murid
memaparkan hasil kerja sendiri, membuat refleksi diri terhadap karya yang dihasilkan.
Dengan ini, murid dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dalam mempelajari
tajuk yang disampaikan oleh guru. Selain itu juga, guru memberi peluang kepada murid
menghargai karya sendiri dan rakan-rakan dengan memberi pujian dan galakan kerana
berjaya menghasilkan karya yang kreatif dan menarik.

7.2 Analisa 5 Peringkat Perkembangan Fisher Dan Perkaitannya Dengan
Perkembangan Diri Kanak-Kanak
Hasil yang diperoleh daripada analisa yang dibuat ke atas murid tahun 5 Ikhlas
dalam pengajaran dan pembelajaran seni di atas, jelas membuktikan bahawa pemikiran
pelajar berjaya dirangsang melalui penglibatan mereka dalam aktiviti nyanyian,
pemerhatian mereka terhadap gambar Buah-buahan Tempatan yang dipaparkan. Ini
menjadikan murid secara tidak langsung mempunyai daya ingin tahu yang tinggi semasa
sesi soal jawab dijalankan. Secara perlahan-lahan, perkembangan kreativiti dan ciri-ciri
positif dapat dilihat melalui teori ini.
Berdasarkan analisa guru pada peringkat penerokaan pula, murid lebih yakin
dalam memberi pendapat mereka kerana mereka dapat mengaitkan mozek dengan
kehidupan seharian mereka.Selain itu, mereka berasa sungguh seronok dan teruja untuk
melibatkan diri dalam sesi soal jawab dan perbincangan yang dijalankan kerana
pemikiran mereka telah dijana untuk memahami tajuk yang dipelajari. Dengan ini,
HBAE1203



16
perkembangan pemikiran kreatif dapat dilihat semasa mereka menggunakan unsur-unsur
dan prinsip seni dalam menyiapkan karya mereka.
Menerusi analisa guru pada peringkat perancangan pula, guru mendapati murid
peka dalam merancang aktiviti yang hendak dilakukan.Mereka menunjukkan minat yang
tinggi dengan memberi pendapat semasa sesi soaljawab yang diadakan. Disamping itu
juga, mereka berjaya merancang untuk memanipulasikan penggunaan alat dan bahan
yang akan digunakan dalam menyiapkan karya mereka. Selain itu juga, pemikiran
mereka mula berkembang setelah mereka melihat slide power point yang menunjukkan
langkah-langkah menghasilkan mozek Buah-buahan Tempatan. Dengan itu, mereka
akan dapat melakukan tugasan mereka dengan lancar, gembira dan saling berkerjasama
dengan kawan-kawan yang lain.
Analisa dan pemerhatian guru pada peringkat aktiviti pula mendapati, pemikiran
kreativiti murid telah terserlah menerusi kesabaran, ketekunan, ketelitian mereka semasa
membuat lakaran gambar dan menampal kertas warna atau kertas majalah dalam
menghasilkan mozek Buah-buahan Tempatan. Tambahan pula, mereka sudah mahir
dalam penggunaan alat dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan karya yang
menarik dan kreatif.
Hasil analisa terakhir yang diperoleh oleh guru pada peringkat kajian semula
membuktikan bahawa murid ingin membuat refleksi diri terhadap karya yang dihasikan
oleh mereka di hadapan guru dan kawan-kawan. Perasaan seronok, gembira dan
keterujaan mereka terserlah kerana mereka dapat menunjukkan hasil karya
mereka.Mereka beranggapan hasil usaha mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan
lain. Namun begitu, mereka tidak lupa menghargai hasil karya kawan-kawan mereka
dengan bekerjasama semasa menunjukkan hasil karya masing-masing. Hal ini,
memudahkan guru memberi galakan dan penghargaan di atas usaha dan komitmen
mereka dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Selain itu
juga, murid sedia menerima kritikan dan berfikiran positif untuk mengelakkan
melakukan perkara yang tidak diingini daripada terjadi semula.


HBAE1203



17
8.0 Implikasi Pendekatan Fisher Terhadap Perkembangan Kreativiti Murid
Guru pendidikan seni visual boleh mengetahui ciri-ciri perkembangan kreativiti
dalam diri kanak-kanak berdasarkan implikasi yang diperoleh daripada sesi pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan.
a) Kelancaran
Pada peringkat rangsangan, guru berjaya merangsang minda murid tahun 5 Ikhlas
dengan nyanyian dan penggunakan slide power point untuk memperlihatkan gambar
Buah-buahan Tempatan bagi memudahkan sesi soalan jawab diadakan. Berdasarkan
analisa yang dibuat, 33 murid boleh menjawab soalan berbanding dengan 2 orang yang
masih belum berani berbuat demikian. Berdasarkan teori Fisher, kelancaran murid-murid
dapat dilihat semasa mereka menyanyi dan menjawab soalan pada peringkat rangsangan
ini.
b) Bersifat Terbuka
Berdasarkan peringkat penerokaan Fisher dalam rancangan pengajaran dan
pembelajaran ini, murid lebih terbuka dalam sesi soal jawab yang diadakan. Dengan itu,
mereka boleh menerima pandangan, pendapat guru dan kawan-kawan mereka
berdasarkan semasa sesi soal jawab yang dijalankan. Sifat terbuka murid juga dapat
dilihat pada peringkat penilaian. Murid dapat menerima pandangan dan kritikan daripada
guru dan rakan mengenai hasil karya dan kerja mereka.

c) Keaslian
Implikasi peringkat aktiviti Fisher dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran
ini dapat dilihat berdasarkan hasil mozek Buah-buahan Tempatan yang dihasilkan oleh
murid. Karya yang dihasilkan oleh mereka asli dan berbeza daripada contoh-contoh
karya yang ditunjukkan oleh guru mereka . Ini kerana mereka dapat menjana kreativiti
pada peringkat ini.
d) Kepekaan
Mengikut analisa guru, kesan kepekaan dapat dikesan pada peringkat perancangan
Fisher. Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif dalam merancang dan memetakan
semua aktiviti. Dengan ini, mereka dapat membuat perancangan secara verbal dan visual
HBAE1203



18
yang melibatkan perbincangan, pemerhatian, penggunaan graf dan imej lukisan.
Disamping itu juga, kepekaan mereka dapat dilihat dalam kekreatifan mereka
memanipulasikan alat dan bahan bagi merancang idea yang ingin direalisasikan dalam
menghasilkan karya mereka.

9.0 Rumusan
Kesimpulannya, guru pendidikan seni visual mestilah bijak dalam menangani
masalah murid yang kurang kreatif dan tidak berminat terhadap mata pelajaran
pendidikan seni visual ini. Kebijaksaan guru dalam menangani masalah yang dihadapi
akan menarik minat murid untuk mempelajari matapelajaran tersebut.
Dengan mengaplikasikan teori perkembangan pemikiran kreatif Fisher dalam
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni ini, persepsi murid
terhadap matapelajaran ini dapat diubah. Mereka mula berminat terhadap matapelajaran
ini berbanding dengan tanggapan negatif mereka pada awalnya. Disamping itu juga, guru
dapat menjana perkembangan pemikiran kreatif kerana murid mula seronok dalam
mempelajari subjek pendidikan seni ini.
Berdasarkan pendekatan perkembangan pemikiran Fisher ini terdapat lima
peringkat perkembangan pemikiran murid yang perlu diketahui oleh guru. Peringkat
tersebut ialah peringkat rangsangan, penerokaan, perancangan, aktiviti dan peringkat
kajian semula. Pengetahuan dalam setiap peringkat ini memudahkan guru menyusun
langkah-langkah bagi menyediakan aktiviti pembelajaran seni yang menarik.
Menerusi 5 peringkat perkembangan pemikiran Fisher ini juga, guru dapat
melihat proses pemikiran kreatif yang merangkumi perkembangan fizikal, sosial, dan
emosi murid semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan
demikian, kreativiti murid dapat dicungkil dan murid dapat menyalurkan keistimewaan
diri mereka pada tempat yang sepatutnya. Ini penting bagi melahirkan murid yang kreatif
yang boleh membawa manfaat kepada diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat dan
negara.


HBAE1203



19
Rujukan
Abdul Shukor et al.(2011).HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak. Modul
Bangi.

Hasaan Mohd Ghazali. (1993).Dimensi Pendidikan Seni. Delta., Petaling Jaya.

Kathleen Chee. (2010). Pendidikan Seni Visual SPM. Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.,
Mohd Johari Ab.Hamid (2004),

Mohd. Azhar Abd.Hamid (2004) Kreativiti:Konsep dan Teori Praktis.Johor.Universiti
Teknology Malaysia
Mok Soon Sang. (2012). Perkembangan Kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.,
Puchong.
Rousliluddin et al.(2011). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.Modul Open
University Malaysia.

Isernberg .(2001) . Kepentingan Aktiviti dan Kreativiti dalam Perkembangan Kanak-Kanak.
Diakses pada 4 Julai 2010 daripada:
http://seluascitasegunungharapan.blogspot.com/2010/04/kepentingan-aktiviti-dan-
kreativiti.html

Teaching thinking and creativity.(2008). Diakses pada 4 Julai 2010 daripada:
http://www.teachingthinking.net/thinking/pages/robert_fisher_biography.htmhttp://www.teac
hingthinking.net/thinking/web%20resources/robert_fisher_expandingminds.htm







HBAE1203



20
Lampiran
Seni Kata lagu Buah-Buahan Tempatan























Contoh Gambar Buah-buahan Tempatan






durian manggis rambutan ciku


HBAE1203



21
Contoh Lakaran Gambar Buah-buahan Tempatan

Contoh Hasilan Mozek Buah-buahan Tempatan































HBAE1203



22
Langkah-langkah Membuat Mozek

1. Melakar gambar buah-buahan
2. Memilih warna.
3. Menggunting kertas warna atau kertas majalah.
4. Menyusun kertas warna yang telah digunting
ke atas lakaran buah-buahan tersebut.
5. Menampal kertas warna atau kertas majalah di
atas lakaran buah-buahan.
Langkah-langkah Membuat Mozek : Buah-buahan Tempatan

Anda mungkin juga menyukai