Anda di halaman 1dari 18

19

6.0 LAPORAN ISU-ISU PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN


6.1 Model Hewett
i. Definisi
Menurut Hewett, tingkah laku murid dipengaruhi oleh keperluan dan kehendak
untuk bertahan dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra, kepercayaan kepada
sains atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis dan menjelaskan sesuatu yang
tidak diketahui serta perkhidmatan atau keperluan membantu, membimbing, mengawal
dan mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik
Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan
faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu
peristiwa akan merangsang seseorang individu.

ii. Kelebihan
Model Hewett mempunyai kelebihannya tersendiri. Antaranya ialah, model ini
menggalakkan atau memberi penekanan terhadap penggunaan internet atau bahan
interaktif yang lebih menarik dan boleh membina motivasi murid. Selain itu, model ini
menggalakkan murid membuat penerokaan dalam pencarian sumber maklumat dalam
menima ilmu pengetahuan. Di samping itu, model ini lebih menjurus kepada usaha
dalam memberikan galakkan kepada murid untuk mahir dalam penggunaan ICT.
Bukan itu sahaja, model Hewett mementingkan keperluan murid untuk bertindak
balas terhadap sesuatu yang tidak diketahui (menyiasat, menganalisis dan
menjelaskan). Menggunakan model ini sebagai salah satu kaedah pengajaran dapat
membantu meningkatkan motivasi murid-murid untuk mengikuti pengajaran dengan
bantuan internet dan bahan interaktif yang menarik.


20
iii. Kelemahan Dan Isu-Isu Yang Berkaitan Dengan Pendidikan Pemulihan

1. Guru Tidak Mahir Dalam Penggunaan Online-Teaching
Dasar pendidikan Malaysia sememangnya mementingkan inovasi dan teknologi
maklumat dalam pengajaran di sekolah. Ia merangkumi inovasi dalam pembangunan
pelbagai potensi manusia seperti pengetahuan, budaya saintifik, penguasaan teknologi
baru, penggunaan ICT, pengurusan, pemikiran yang strategik dan sebagainya. Maka
dengan itu, Online-Teaching atau lebih dikenali sebagai Pengajaran Atas Talian
merupakan sesuatu pengajaran yang wajar dikuasai oleh guru dalam mengajar murid-
murid pemulihan di dalam kelas. Ini kerana cara pengajaran Online-Teaching ini dapat
menarik minat murid untuk belajar. Namun, isu timbul apabila guru tidak mahir dalam
Online-Teaching. Guru yang tidak mahir dalam penggunaan "online teaching" akan
mengambil masa yang lama untuk menjayakan kaedah ini. Ini akan menyebabkan guru
akan ketinggalan jauh daripada guru-guru di negara luar yang menjadikan Online-
Teaching ini sebagai rutin dalam pengajaran mereka.

Cadangan Penyelesaian
Masalah guru tidak mahir dalam penggunaan Online-teaching dapat
diselesaikan dengan menghantar guru-guru ini untuk berkursus. Ini dapat membantu
guru untuk menguasai pengajaran Online-teaching ini secara berkesan kerana dapat
belajar melalui mereka-mereka yang pakar dalam pengajaran jenis ini.






21
2. Guru Tidak Mahir Dalam Penggunaan Komputer
Kemahiran ICT guru-guru sebenarnya mempunyai kaitan dengan pengetahuan
dan kemahiran guru tentang komputer. Oleh itu bagi memastikan aspek pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer berjalan dengan lancar, satu aspek yang perlu
diambil perhatian ialah pengetahuan guru. Ini kerana tanpa pengetahuan yang baik dan
jelas berkenaan dengan komputer dapat memastikan penggunakan ICT sebagai alat
dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Namun begitu, sekiranya guru
pemulihan tersebut kurang mahir dalam penggunaan komputer, guru ini akan
menghadapi masalah atau kekurangan dalam pengajarannya. Ini kerana, guru ini akan
menghadapi masalah dalam menghasilkan bahan pengajaran berbentuk multimedia
yang merupakan antara peransang utama kepada murid pemulihan untuk belajar.

Cadangan Penyelesaian
Cadangan penyelesaian masalah bagi isu ini ialah, pihak sekolah perlu bertindak
dengan menghantar guru-guru untuk berkursus. Kelemahan yang dihadapi oleh guru-
guru kerana tidak cekap menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dapat diselesaikan dengan menghantar guru-guru ke kursus atau bengkel
untuk melengkapkan diri dengan kemahiran yang terkini yang melibatkan penggunaan
teknologi yang terkini.








22
3. Kekurangan Prasarana ICT di Sekolah
Kekurangan prasarana dan bahan sokongan berbentuk ICT merupakan antara
kelemahan dan isu yang berlaku di sekolah. Contohnya, terdapat sesetengah sekolah
yang mempunyai makmal komputer tetapi komputer yang terdapat di dalamnya tidak
mencukupi ataupun tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan oleh masalah
teknikal. Selain itu, bilik pemulihan khas tidak dilengkapkan dengan kemudahan dan
peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti komputer dan kemudahan
internet yang mencukupi.
Kesan daripada permasalahan ini telah menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung membosankan dan akan membawa kepada
penurunan prestasi pencapaian murid pemulihan ini. Hal ini secara tidak langsung
akan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan murid meningkat serta profesional
guru akan dipandang rendah oleh masyarakat. Keadaan ini terjadi sekiranya guru
tersebut tidak mengubah diri mereka ke arah yang lebih positif dalam merancang dan
menghasilkan aktiviti pengajaran yang menarik.

Cadangan Penyelesaian
Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya, begitu juga dengan isu
kekurangan prasarana ICT di kelas-kelas pemulihan. Dalam menyelesaikan masalah
ini, pihak sekolah hendaklah peka terhadap masalah ini dengan memberi keutamaan
terlebih dahulu kepada masalah kekurangan komputer di sekolah atau di bilik kelas
pemulihan. Maka dengan itu, sekiranya pihak sekolah diberikan peruntukkan, pihak
sekolah perlu terlebih dahulu menambahkan bilangan komputer atau membaiki
komputer yang rosak. Ini kerana, komputer perlu diberi keutamaan kerana pengajaran
masa kini adalah berasaskan pengajaran melalui ICT.



23
4. Murid Meneroka Laman Sesawang Yang Tidak Sesuai Jika Tiada Pengawasan
Apabila murid diberi galakkan dan dorongan dalam pembelajaran melalui ICT,
akan ada kesan negatif yang akan berlaku terhadap tindakan tersebut. Sekiranya murid
menerokai internet tanpa pengawasan guru, murid akan mengambil kesempatan untuk
melayari laman web yang tidak sesuai dan tidak berkaitan dengan pembelajaran
mereka. Maknanya, murid akan terleka dan tidak fokus terhadap pembelajaran.

Cadangan Penyelesaian
Dalam menyelesaikan masalah ini, guru hendaklah memberi pengawasan serta
pemantauan yang ketat terhadap murid ketika murid belajar menggunakan komputer.
Dalam memastikan murid-murid tidak melayari laman web yang tidak sesuai, komputer
pelajar hendaklah dihadkan laman-laman web yang boleh dilayari serta komputer murid
disambung terus pada komputer guru agar guru dapat memantau kegiatan murid.
Selain itu, cermin besar perlu diletakkan di belakang kelas dimana guru dapat melihat
kegiatan murid daripada refleks komputer pada cermin ketika guru sedang mengajar di
hadapan.



24
6.2 Model Motessori
i. Definisi
Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-
1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai
pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899,
beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini
beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih
guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Di
samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat
pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta
menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut.
Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh
yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor.

Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau kepada kanak-
kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa. Beliau
yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaian yang
lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal
(Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). Teori utama montessori ialah minda yang
menyerap, jangka masa peka dan proses normalisasi serta menekankan aspek
penggunaan deria seperti melihat, menyentuh, mendengar, menghidu dan merasai
sesuatu



25
iii. Kelebihan
Persekitaran Pusat Prasekolah

Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan
yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman
permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang
menyeronokkan. Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan,
papan hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi
memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat
mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Falsafah
Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah (Nor Nurulhayati
Aris et al., 2009).

Kanak-kanak

Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri
dalam aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih
mana-mana projek yang mereka sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di
atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-
duaan. Kanak- kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara
memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Guru
Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh
dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang
bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji
kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat self rewarding, motivasi
intristik. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti
kursus intensif di peringkat ijazah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).


26
iii. Kelemahan Dan Isu-Isu Yang Berkaitan Dengan Pendidikan Pemulihan

1. Tidak Sesuai Digunakan Untuk Semua Murid Dalam Satu-Satu Masa
Pengajaran
Model ini tidak sesuai digunakan untuk semua murid dalam satu-satu masa
kerana murid-murid pemulihan ini mempunyai masalah-masalah yang berbeza.
Contohnya, sekiranya dalam kelas tersebut terdapat murid pemulihan yang mempunyai
masalah membaca dan masalah mengeja, namun bahan bantu mengajar yang
digunakan adalah lebih kepada pengajaran untuk murid-murid yang mempunyai
masalah membaca. Maknanya, kaedah pengajaran yang digunakan adalah kaedah
yang sesuai dengan masalah pembelajaran untuk murid-murid yang mempunyai
masalah membaca dan alatan mengajar yang disediakan mempunyai sifat-sifat khas
untuk mengajar murid masalah membaca, maka murid yang menghadapi masalah
mengeja tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

Cadangan Penyelesaian
Bagi menyelesaikan masalah atau isu ini di kelas pemulihan, guru perlulah
membahagikan murid-murid mengikut kumpulan yang tertentu seperti kumpulan yang
bijak, sederhana dan lambat. Bagi setiap kumpulan tersebut, murid-murid perlulah
mempunyai tahap kemahiran dan kelemahan yang hampir sama supaya guru boleh
menyesuaikan kaedah pengajaran dan bahan bantu belajar mengikut kumpulan.






27
2. Guru Tidak Mempunyai Bahan Bantu Belajar Yang Benar-Benar Sesuai Bagi
Setiap Masalah Yang Dihadapi Oleh Setiap Murid

Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami
atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul.dengan adanya BBM,
murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan
(konsep) yang tepat. Apabila guru-guru memilih sesuatu BBM untuk digunakan dalam
pengajaran mereka, seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis
rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk
digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan.
Namun sekiranya guru tidak mempunyai bahan bantu belajar yang sesuai bagi
setiap masalah murid pemulihan di dalam kelas, maka guru akan menghadapi masalah
dalam memastikan pengajaran guru berkesan. Ini merupakan antara kelemaha model
ini dan merupakan isu yang sering berlaku pada guru-guru pemulihan. Ini kerana,
bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru hanya berfokus kepada satu-satu
masalah murid sahaja.

Cadangan Penyelesaian
Sebagai cadangan penyelesaian bagi isu ini, guru hendaklah mengenalpasti
terlebih dahulu kekuatan dan kelemahan seseorang murid pemulihan ini dengan
menjalankan Ujian Diagnostik kepada setiap murid. Maka dengan itu, guru dapat
menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai kepada murid.


28
6.3 Model Stesen
i. Definisi
Model Stesen merupakan satu pendekatan alternatif yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran. Model ini dimulakan pada tahun 2002 dengan projek perintis di beberapa
buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor.
Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2003),
model stesen ialah bilik atau sudut di mana berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersistematik dengan sokongan bahan bantu mengajar yang efektif.
Murid-murid di beri peluang belajar melalui kaedah hands on experience dan belajar
sambil bermain.
Pendekatan pembelajaran model ini memberi penekanan kepada pembelajaran
mengikut tahap keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan, minat dan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid.
Empat belas buah stesen kemahiran pengajaran dan pembelajaran disediakan
berasaskan empat bidang dalam Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran iaitu Bidang Pengurusan Hidup. Bidang Akademik Berfungsi, Bidang
Kerohanian dan Nilai Murni dan Bidang Sosial, Riadah dan Kerohanian.
Bagi memastikan keberkesanan kaedah stesen pembelajaran, kerjasama dari
Guru Besar sekolah, penyelaras program, guru pemulihan khas dan ibu bapa
diperlukan. Dalam konteks ini, Guru Besar merupakan orang yang diamanahkan dan
dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan suatu suasana kerja yang kondusif.
Guru pemulihan khas dipertanggungjawab menguruskan dan menceriakan
stesen dengan menyediakan bahan sokongan yang sesuai untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan.



29
ii. Kelebihan
Kajian oleh Rounds et al (1985) mendapati bahawa ramai murid mengambil
bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti dalam stesen pembelajaran. Lebih banyak
aktiviti dikendalikan di peringkat sekolah rendah berbanding dengan peringkat sekolah
menengah.
Kajian yang telah dilaksanakan oleh Berliner (1983) di beberapa buah sekolah
rendah telah mengenal pasti antara 11 dan 53 jenis aktiviti yang berlainan dijalankan
dalam stesenstesen pembelajaran seperti pengajaran guru, bacaaan, kerja kumpulan,
pembelajaran koperatif, membuat lembaran kerja, menonton video, permainan,
pertandingan, projek seni dan sains.
Reith dan Evertson (1988) berpendapat penyusunan stesen pembelajaran boleh
membantu dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan mempromosikan
mobiliti murid secara teratur. Model ini juga boleh mengurangkan gangguan dan bising,
memperbaiki kualiti interaksi sosial murid dan menambah peratusan masa murid
menumpukan perhatian terhadap tugasan akademik malahan boleh mempengaruhi
keupayaan guru memerhati tingkah laku murid semasa mereka menjalankan tugas.
Kelebihan menjalankan model stesen turut diperlihatkan dengan objektif kaedah ini
iaitu:
i. Murid dapat menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran
ii. Murid lebih berminat untuk belajar
iii. Murid belajar dalam suasana kondusif





30
Berdasarkan satu kajian oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengatakan
bahawa dengan kaedah stesen:
i. Pembelajaran murid lebih bermakna dengan bahan bantu mengajar dalam
stesen;
ii. Kaedah stesen membantu membuat persiapan yang lebih terancang dan lebih
mudah;
iii. Guru mempunyai rasa sepunya terhadap stesen masing-masing;
iv. Guru hanya perlu menyediakan bahan bantu mengajar untuk bidang disiplin
yang berkenaan;
v. Guru dapat membina satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berturutan
dan berterusan;
vi. Kaedah stesen membolehkan murid berasa gembira dan berminat untuk belajar
distesen masing-masing;
vii. Kaedah stesen menggalakkan mobiliti murid-murid dan
viii. Kaedah stesen membolehkan murid mengenali semua guru.



31
iii. Kelemahan Dan Isu-Isu Yang Berkaitan Dengan Pendidikan Pemulihan

1. Murid-Murid Hilang Tumpuan
Model stesen turut mempunyai kelemahannya. Ini kerana, murid-murid akan
hilang tumpuan kerana guru yang tidak cekap menguruskan murid-murid yang akan
menyebabkan murid-murid melebihkan bermain daripada memberi tumpuan terhadap
belajar. Murid akan tertumpu perhatiannya kepada permainan yang terdapat dalam
stesen daripada bahan pembelajaran dalam satu-satu stesen. Maknanya, bahan-bahan
yang seharusnya menjadi bahan bantu belajar dalam setiap stesen dijadikan alat
bermain oleh murid pemulihan ini.

Cadangan Penyelesaian
Sebagai cadangan penyelesaian kepada masalah tumpuan murid terganggu ini,
guru perlulah memperuntukkan masa dengan bijak supaya murid-murid tidak hilang
fokus terhadap pembelajaran. Maknanya, guru mengawal murid pemulihan ini dengan
memberi pemantauan yang ketat terhadap murid. Contohnya, guru menetapkan murid-
murid boleh hanya boleh bermain selama 10 minit sahaja. Sekiranya murid bermain
melebihi masa yang ditetapkan, guru perlu cepat-cepat meminta murid untuk berpindah
ke stesen lain.






32
2. Guru Menghadapi Masalah Kekurangan Ruang Bilik Darjah Untuk Mewujudkan
Kesemua Stesen
Masalah atau isu berkenaan dengan ruang bilik darjah pemulihan yang kecil dan
sempit ini sering berlaku pada setiap sekolah. Ini kerana pihak sekolah menghadkan
bilik darjah yang kecil kepada murid-murid pemulihan kerana bilangan murid yang
sedikit yang menyebabkan stesen-stesen ini sukar diwujudkan kerana kekurangan
tempat.


Cadangan Penyelesaian
Bagi menyelesaikan masalah kekurangan ruang untuk mewujudkan kesemua
stesen ini, guru boleh meminta jasa baik Guru Besar untuk mencari alternatif dalam
mewujudkan stesen-stesen dan bilik darjah yang diperlukan perlulah dikemaskini
sebelum persekolahan bermula. Pihak sekolah juga perlu digesa untuk memberi
pengkhususan kepada murid-murid pemulihan dimana pihak sekolah perlu melakukan
yang terbaik bagi memastikan murid-murid pemulihan ini mendapat pendidikan yang
mencukupi iaitu melalui kaedah stesen ini misalnya.

33
6.4 Kiosk
i. Definisi
Kiosk merupakan satu pendekatan di mana pelbagai bahagian sudut dalam satu
kelas pemulihan yang berdasarkan Teori Multiple Intelligent atau kepelbagaian
kecerdasan. Kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat
atau kemahiran yang wujud dalam diri manusia itu. Teori yang diasaskan oleh Howard
Gardner ini menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan
pembelajaran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring
dengan tahap kecerdasan individu itu. Kecerdasan individu boleh diperkembangkan
menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.
Sehubungan dengan konsep kepelbagaian kecerdasan telah diaplikasikan dalam
bentuk kiosk dalam membantu murid-murid pemulihan khas. Di mana melalui
pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih mudah apabila
minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat. Dalam
sebuah kelas boleh dibina lapan kiosk iaitu Kiosk Visual/Ruang di mana guru mengajar
menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah dan
gambar-gambar. Kiosk matematik ialah ruang belajar-mengajar yang menggunakan
kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks / matematik. Kiosk
Interpersonal merupakan ruang belajar mengajar yang menggunakan interaksi dan
bekerjasama dengan orang lain dan juga murid yang suka bertutur. Kiosk Bahasa ialah
ruang belajar mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan
aktiviti P & P. Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar yang menggunakan
pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P. Kiosk Alam Sekitar ialah ruang
belajar mengajar yang menggunakan persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam
menjalankan P & P. Kiosk Muzik ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan
alat serta bahan-bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan. Kiosk
Intrapersonal ialah ruang belajar-mengajar secara individu.


34
Dalam konteks Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (PKBP), konsep Kiosk amatlah sesuai untuk dilaksanakan. Ini kerana
murid PKBP berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran. Sungguhpun
begitu, banyak perlu diubah terhadap struktur fizikal kelas PKBP yang ada sekarang
seperti keluasan kelas perlu ditambah dan alat bantu mengajar yang lebih kreatif dan
sesuai dengan fizikal, pemikiran dan keperluan murid. Pendektan Kiosk juga memberi
peluang guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian kemahiran serta kreativiti mereka.
Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran murid sebenarnya akan menarik
minat murid untuk belajar. Ini kerana pendekatan kiosk adalah berdasarkan kecerdasan
yang pelbagai. Murid murid pendidikan khas yang agak lambat dalam memahami
pembelajaran akademik mungkin lebih cenderung kepada kesesuaian kecerdasan dan
minat mereka.

ii. Kelebihan
Dalam konteks Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Pemulihan Khas
Bermasalah Pembelajaran (PKBP), konsep Kiosk amatlah sesuai untuk dilaksanakan.
Ini kerana murid PKBP berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran.
Pendekatan kiosk juga memberi peluang guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian
kemahiran serta kreativiti mereka.
Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran guru, murid sebenarnya
akan menarik minat murid untuk belajar. Murid-murid pemulihan khas yang agak lambat
dalam memahami pembelajaran akademik mungkin lebih cenderung untuk belajar
kepada kesesuaian kecerdasan dan minat mereka.


35
iii. Kelemahan Dan Isu-Isu Yang Berkaitan Dengan Pendidikan Pemulihan

1. Murid Melakukan Masalah Disiplin
Suasana disiplin murid akan menjadi disiplin yang negatif sekiranya kawalan
kelas oleh guru tidak dijalankan dengan baik dan murid gagal mendengar arahan guru
untuk beralih menggunakan kiosk lain kerana hanya minat kiosk yang tertentu sahaja.
Contohnya murid lebih suka belajar di kiosk alam sekitar di mana kiosk Alam Sekitar
merupakan ruang belajar dan mengajar yang menggunakan persekitaran semula jadi
sebagai bahan dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan tertarik
dengan replika tumbuhan, binatang, batu- batan dan pelbagai flora dan fauna yang
terdapat dalam kiosk. Maknanya di sini, murid hanya berminat untuk belajar atau
bermain di kiosk tertentu sahaja. Apabila guru meminta murid pemulihan ini untuk
beralih ke kiosk lain, murid ini akan menunjukkan perlakuan agresif dengan memukul
rakan-rakan yang ingin bermain di kiosk yang mereka suka tersebut.

Cadangan Penyelesaian
Guru perlulah menetapkan masa bagi setiap kiosk supaya murid tidak tertumpu pada
kiosk yang tertentu sahaja.








36
2. Kekurangan Ruang Dan Bahan Bantu Belajar
Isu yang biasa terjadi untuk model kiosk juga ialah disebabkan kekurangan
ruang dan bahan bantu belajar yang sesuai. Guru tidak dapat mewujudkan kiosk
dengan sempurna disebabkan ruang bilik darjah yang terhad dan sempit. Disamping itu,
bahan bantu mengajar untuk diletakkan pada setiap kiosk juga tidak mencukupi
disebabkan peruntukkan yang diberikan oleh pihak sekolah tidak dapat memenuhi
keperluan untuk mengadakan bahan bantu mengajar pada setiap kiosk.


Cadangan Penyelesaian
Guru juga perlu bijak menyusun atur kelas supaya ruang-ruang kiosk tidak
menganggu ruang pengajaran dan pembelajaran. Guru pemulihan khas khususnya
perlulah memperjuangkan hak untuk mendapatkan bilik darjah yang sekurang-
kurangnya berkeluasan dua bay. Guru pemulihan khas juga perlu kreatif dalam
membina bahan bantu belajar murid-murid dengan usaha sendiri tanpa mengharapkan
bantuan dari mana-mana pihak.

Anda mungkin juga menyukai