Anda di halaman 1dari 19

GUM ARABIC AL-MANNA

HOME BEKAM BERGERAK DI KL


Sunday, 28 July 2013
Gum Arabic
Saya menjual Gum Arabic atau Al-Manna (menurut sebahagian pengkaji)
dari jenis Acacia Senegal gred 1 dalam bentuk serbuk (powder), iaitu serbuk
Gum Arabic Gred 1 yang terbaik dan terpilih, ia diimport dari Sudan, 100%
Gum Arabic asli tanpa bahan pengawet dan apa-apa bahan campuran. Gum
Arabic adalah fiber boleh larut jika dibancuh dengan air suhu bilik. Harganya
RM180 bagi 1 kilogram (sms saya untuk dapat harga promosi), pos
percuma.
Saya juga ada menjual Gum Arabic atau Al-Manna dari jenis Acacia
Senegal berbentuk ketulan. Ia adalah dalam bentuknya yang asli dan belum
diproses. Harganya RM140 1 kilogram bagi yang ketulan asal, pos
percuma.
Saya juga ada menjual Gum Arabic jenama El Nasr. Harganya RM150
bagi 5 peket, iaitu RM30 sepeket. Jika belian 1 peket harganya RM35
sepeket dan wang pos RM5 dikenakan =RM40, belian 2 hingga 4 peket
harganya RM35 sepeket dan wang pos percuma, belian 5 peket ke atas
harganya RM30 sepeket dan pos percuma.
*P/S: Berhati-hati dengan Gum Arabic yang tidak asli yang dijual
dipasaran. Saya telah mencarinya dan membelinya setelah ada pengguna
yang mendakwa ada Gum Arabic yang dicampur dengan bahan-bahan
lain. Hargannya lebih murah daripada Gum Arabic asli, dan saya dapati ia
mengandungi sedikit Gum Arabic gred rendah yang dicampur dengan
bahan-bahan lain, dan ia didakwa dikeluarkan di Sudan dan mengandungi
"Gum Arabic 100% Natural". Ia ada dijual oleh pemborong barangan timur
tengah dari Iran di Shah Alam, ramai orang menyangka ia kedai orang
Arab, sebenarnya ia kedai orang Iran. Saya juga dapati ramai peruncit-
peruncit Melayu yang membelinya dan menjualnya mengikut harga
masing-masing dari berbagai negeri di Malaysia. Kita mesti ingat doktrin
syiah: haram menipu sesama syiah tetapi boleh menipu orang Sunni,
mereka hanya memikirkan keuntungan tanpa menghiraukan kesihatan
pengguna sunni seperti kita.
0 Lainnya Blog Berikut Buat Blog Masuk
1
UNTUK MEMBELI:
HARGA GUM ARABIC POWDER
Harga RM180 untuk 1 kilogram.
(sms saya untuk dapat harga promosi)
Pos percuma seluruh Malaysia
*Gred yang terbaik dalam pasaran*
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
HARGA GUM ARABIC (KETULAN ASAL)
RM140 untuk 1 kilogram
Pos percuma seluruh Malaysia
Berat = 1 KG
Ketulan Gum Arabic
2
Perlu direndam waktu malam untuk diminum waktu pagi, dan direndam waktu pagi
untuk diminum malamnya, atau ditumbuk halus dan dibancuh dengan segelas air.
Boleh dihisap bagi mereka yang mahu mengawal pengambilan air.
Untuk melegakan batuk, ambil sebesar hujung jari dan dihisap seperti gula-gula.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
HARGA GUM ARABIC EL NASR
RM35 SEPEKET RM35 dan wang pos RM5 dikenakan,
RM35 SEPEKET jika belian 2 hingga 4 peket dan Pos Percuma.
RM150 untuk 5 PEKET, Pos Percuma.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jika berminat untuk mencuba dan mendapat manfaat Al-Manna ini, sila
hubungi saya Ustaz Mohamad bin Zakaria,
Emel: mohamadbinzakaria@gmail.com
sms: 013-6402967
Insya' Allah, saya akan hubungi pihak tuan/ puan.
Bayaran boleh dibuat kepada:
NO. AKAUN MAYBANK: 1648 0105 2078
MOHAMAD BIN ZAKARIA
NO. AKAUN CIMB: 1251 0084 4145 20
MOHAMAD BIN ZAKARIA
Berat 1 Peket = 150 gram
3
NO. AKAUN BANK ISLAM: 140 410 200 79 213
MOHAMAD BIN ZAKARIA
Selepas membuat bayaran, sms ke no. 013-6402967:
*Butiran Bayaran: Tarikh, Masa & Jumlah
*Butiran Pembeli: Nama, Alamat, No. H/p.
(SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI, BAGI BAYARAN YANG DITERIMA HARI INI
BARANG AKAN DIPOS KEESOKAN HARINYA, TERIMA KASIH)
AL-MANNA
Apakah itu al-Manna? di dalam tafsir Ibnu Kathir dicatakan pandangan
Ibnu Abbas Radiallahuanhu, menurut satu pandangan Ibnu Abbas
Radiallahuanhu al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan
menurut Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru
dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu Abbas
Radiallahuanhu, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada
Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah
"as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud
getah yang keluar dari pokok. Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat
bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur
dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan
berkhasiat. Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari
pokok tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini. Tafsiran ini
bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila
melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan
mungkin menepati pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini
adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
dan kaumnya. Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda
"Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata.
Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih
riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-
Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja,
tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu
sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali
sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia
Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain.
Sebenarnya, tanpa kita sedari, apabila kita minum coca cola kita telah
minum gum arabic, tetapi jumlahnya amat sedikit dan dicampur dengan
kandungan gula yang terlalu tinggi sehingga ia tidak bermanfaat untuk
4
kesihatan. Begitu juga gum arabic yang dicampur dengan pelbagai makanan
dan minuman lain, seperti kopi dan lain-lain, ia juga mempunyai manfaat
sebagai prebiotik dan lain-lain manfaat, tetapi untuk kegunaan secara khusus
untuk manfaat kesihatan yang bermasalah, minum bancuhan gum arabic 100%
adalah lebih baik.
Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah
pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman
pengamalnya, ia juga dapat menjaga buah pinggang daripada rosak atau
semakin rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi dan
bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama. Ia
dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah
pinggang sepenuhnya. Ada pesakit yang terkena stroke memberitahu
saya bahawa dia telah pulih dengan izin Allah Ta'ala dengan
mengamalkan minum Gum Arabic. Ia juga sangat baik sebagai prebiotik
dan dikatakan ia lebih baik daripada inulin.
Gum Arabic amat berkesan untuk buasir; minum 2 kali sehari dan sapu pada
tempat yang bengkak. Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti
radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal gout (lebih berkesan
jika diminum dengan bancuhan air rebusan daun pandan atau roselle),
sembelit, dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat
untuk kesihatan dengan izi Allah Ta'ala. Anda boleh search testimoni
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Prebiotic_%28nutrition%29
5
pengguna-pengguna yang telah berjaya memperbaiki masalah kesihatan
mereka dengan izin Allah Ta'ala melalui penggunaan gum
arabic. Yakinlah, yang mampu menyembuhkan penyakit hanya Allah
Ta'ala, bersaha untuk berubat adalah merupakan tuntutan Islam dan
mendapat pahala di sisiNya.
Peringatan:
1. Patuh nasihat doktor anda. Jangan berhenti makan ubat-ubatan yang
diarahkan oleh doktor kecuali atas nasihat doktor.
2. Bagi pesakit buah pinggang dinasihatkan agar jangan minum susu,
atau makan makanan atau minuman daripada produk tenusu, hadkan
pengambilan makanan berprotien, kecuali dalam kadar yang disyorkan
oleh doktor, jika anda terus minum susu, makan produk tenusu dan tidak
mengawal pengambilan protien, anda hampir pasti akan gagal megatasi
masalah buah pinggang anda, anda seolah-olah menyekat aliran sungai
dengan tapak tangan. Sila baca laman web ini untuk mwndapatkan
maklumat asas pemakanan yang sesuai dengan tahap kesihatan anda;
http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/diet-a-
penyakit/penjagaan-pemakanan-pesakit-ginjal-kronik
3. Jika anda makan antibiotik amoxcillin, makan sekurang-kurangnya 4
jam sebelum atau selepas makan gum arabic (gum arabic menghalang
penyerapan amoxcillin menyebabkan ia tidak berkesan sebagai
antibiotik).
4. Pesakit yang perlukan dialisis teruskan dialisis, dialisis diteruskan
semasa makan al-Manna ini, jangan berhenti dialisis kecuali atas nasihat
doktor.
5. Bagi pesakit kronik dinaihatkan dapatkan nasihat doktor.
CARA PENGGUNAANGUM ARABIC @ AL-MANNA
MASA MAKAN:
1. Waktu pagi semasa perut masih kosong, sebaik-baiknya 2 jam
sebelum sarapan. Jika mahu berpuasa, ambil waktu sahur.
2. Waktu malam sebelum tidur.
3. Dalam bulan Ramadhan, minum gum arabic semasa berbuka
dan semasa sahur.
CARA BANCUHAN:
1. 2 sudu makan (=25 gram) dibancuh dengan segelas (250ml
atu lebih) air biasa (bukan air panas atau disejukkan dalam peti
ais)
2. Jika anda mahu hadkan meminum air kepada 500 ml sahaja
sehari, bancuh 25 gram gum arabic dengan100 ml sehingga
6
150 ml air sahaja.
CARA MEMBANCUH GUM ARABIC:
i- Ambil shaker atau botol air yang kering, masukkan gum
arabic,kemudian masukkan air goncang hingga larut, jika sukar
larut, biarkan ia terendam dalam air 45 hingga 60 minit barulah
goncang semula.
ii- Bagi gum arabic ketulan; Untuk minum waktu pagi, rendam
ketulan gum arabic dalam air pada waktu malam, waktu pagi
barulah kacau sehingga larut. Untuk minum waktu malam pula,
rendam dalam air pada waktu pagi, waktu malam barulah kacau
sehingga larut dan diminum.
Minum 2 Sudu Penuh Sudu Makan (=25g) dibancuh dengan 250 ml air. Jika Doktor menasihatkan
supaya pengambilan air dikurangkan, bancuh dengan 75-150 ml air sahaja. Bagi semua penyakit
termasuk pesakit buah pinggang, semasa minum air bancuhan Gum Arabic, makan juga 1 sudu teh
Habbatus Sauda' atau 1-3 biji kapsul Habbatus Sauda' (kecuali Doktor melarangnya), kerana Habbatus
Sauda' dapat menyembuhkan banyak penyakit seperti disebut di dalam Hadis Rasulullah Sollallahu
'alaihi wa sallam. Gabungan kebaikan Habbatus Sauda' dan al-Manna atau Gum Arabic ini, Insya'
Allah, dapat memulih dan memelihara kesihatan kita supaya kita dapat beribadat dengan lebih tekun
dan selesa.
Cadangan penggunaan:
1. Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis: 50 gram sehari,
iaitu 25 gram setiap pagi 2 jam sebelum sarapan dan 25 gram lagi pada
waktu malam sebelum tidur, sebaik-baiknya 2 jam selepas makan malam.
2. Buah pinggang stage 1 hingga 5: 40 hingga 50 gram sehari, 20 hingga
25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 20 hingga 25 gram lagi
pada waktu malam sebelum tidur.
3. Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 3 sudu teh pada
waktu malam sebelum tidur dan pada waktu pagi sebelum sarapan.
Remaja 2 sudu teh dan kanak-kanak 1 sudu teh.
7
4. Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu makan, 1 atau 2 kali sehari;
setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur
pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram
hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml
atau lebih. Bagi gout, boleh rebus pokok pandan, iaitu daun serta akarnya
sekali, kemudian biarkan sejuk, ambil segelas air rebusan yang telah
sejuk tadi dan dibancuh dengan gum arabic.
5. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol
anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan
untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan
dalam penurunan kolesterol dengan gum arabic).
6. Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu
makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 15 hingga 25 gram sehari.
7. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50
gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat
mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila
dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
8. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau
bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.
9. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.
10. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram
dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil
serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya;
kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum
bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul
bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1
hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.
11. Untuk buasir: 15 hingga 25 gram, dimakan 2 kali sehari pagi dan
malam. Jika ada bengkak dan sakit, buat bancuhan pekat seperti bedak
sejuk, sapu di tempat tersebut.
12. Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut
keperluan.
13. Gum Arabic merupakan makanan tambahan yang baik untuk
bermacam-macam penyakit, anda boleh mencuba bagi penyakit-penyakit
lain. Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap penyakit kronik.
14. Seorang pakar perubatan herba cina memberitahu saya; cara yang
paling berkesan untuk rawatan penyakit buah pinggang dengan gum
arabic adalah dengan cara berikut:
i. Rendam roselle kering 2 hingga 3 gram (atau lebih kurang 7
hiris, jika ada gastrik gunakan 3 hiris sahaja, tetapi jika sakit
gastrik berulang, berhenti minum rosalle) dalam air panas,
kemudian biarkan sejuk.
8
ii. Setelah sejuk, air rendaman roselle diambil setelah dibuang
rosalle yang telah direndam tadi, kemudian dibancuh air
tersebut dengan 2 sudu gum arabic.
iii. Dicampur sudu teh molasses (jika ada sakit kencing
manis, molasses tidak perlu dimasukkan atau masukkan
sudu teh)
* Molasses adalah gula merah yang kehitaman, ia boleh didapati di kedai
yang menjual barangan organik. Perhatian: Pesakit tekanan darah rendah
& pesakit gastrik tidak boleh minum roselle.
** Jangan makan roselle, minum air rendamannya sahaja.
*** Tiada laporan kesan sampingan walaupun Gum Arabic dimakan
dengan banyak. Jika ada tanda-tanda anda tidak sesuai minum Gum
Arabic, seperti sakit pinggang yang kuat dan lain-lain, berhenti minum
Gum Arabic.
*SELEPAS BUKA BUNGKUSAN, SILA SIMPAN DI DALAM BEKAS YANG
KERING DAN BERTUTUP RAPAT*
*Jika anda ada masalah kesihatan untuk makan Gum Arabic, dapatkan
nasihat doktor anda.
*Pengambilan Gum Arabic menyebabkan mudah buang air besar dan
pembuangan angin pada peringkat awal pengambilannya.
MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA
Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal
adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Gum Arabic juga
kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di anatara dapatan kajian mengenai Gum Arabic
adalah:-
1. The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA)
adalah satu sumber serat yang paling selamat.
2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World
Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan
makanan yang amat selamat.
3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak
mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.
4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan
apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids),
yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai
prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik,
bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin
dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti
dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik,
ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah,
9
sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti
oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
5. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi
kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al.
(1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition, melaporkan bahawa
pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah
protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen
najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan
hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan
uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu
meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian
oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of
Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36
pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan
membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan
kesan buruk CRF.
6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.
7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat
membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.
8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro
usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon,
rektum, dan dubur.
9. Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15
gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah. Saya
secara peribadi bependapat bahawa keberkesanannya berbeza bagi sebahagian
orang.
11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan
lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat
badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.
12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan,
berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan
yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu
meningkatkan prestasi usus.
13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan
perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia
berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain.
Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan
penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing
manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain. Saya suka
menginggatkan pengguna bahawa keberkesanannya mungkin berbeza bagi
sebahagian orang.
14. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian
mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic
10
dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara
Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan
kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan
merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga
dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. Saya
berpendapat, anda harus mencuba untuk melihat keberkesanannya kepada
anda, janggan hanya percaya kepada dakwaan, kerana keberkesanannya
mungkin berbeza bagi sebahagian orang.
15. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum
bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram
Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya
dengan izin Allah.
16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk
membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada
kanser kolon.
17. Laman web http://inrfood.com/ menyatakan Gum Arabic selamat diminum
oleh ibu mengandung.
Sila Rujuk:
1. http://www.raysahelian.com/acaciagum.html
2. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17999333
3. http://www.kidneyfailureweb.com/treatment/283.html
4. http://www.nutritionj.com/content/11/1/111
5. http://www.futuremedicine.com/doi/pdf/10.2217/14750708.3.2.183
6. http://sudanow.info/new/uncategorized/scientists-reveal-new-uses-for-gum-arabic/
7. http://jac.oxfordjournals.org/content/54/2/577.full
8. http://www.emaratyah.ae/showthread.php?t=315795
9. http://forum.maas1.net/m118396.html
10. http://ejabat.google.com/ejabat/thread?tid=1adb4958780d0e8e
11. http://www.alnilin.com/news-action-show-id-30315.htm
12. http://www.sudaneseonline.com/cgi-bin/sdb/2bb.cgi?seq=msg&board=430&msg=1364756070
13. http://www.albayan.ae/five-senses/2000-01-19-1.1034500
14. http://www.albayan.ae/five-senses/2000-03-26-1.1035406
15. http://www.healthline.com/natstandardcontent/acacia
16. http://www.organicarabicgum.com/
17..http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/diet-a-penyakit/penjagaan-pemakanan-pesakit-ginjal-kronik
18. http://inrfood.com/ingredients/6252
Ralat:
Di label Gum Arabic KOHAZA, sila semak pada Fakta Nutrisi, ada ralat iaitu fakta bagi Korbohidrat dan
Protien tertukar tempat. Pihak kami memohon kemaafan di atas kesilapan tersebut. Label baru dalam
proses percetakan.
Tags: Buah pinggang / Gout / prebiotik / al-manna / manna / Arabic Gum / Acacia Gum / Acacia
Senegal / Acacia Seyal / Hashab / Kordofan / Getah Arab / El Nasr / elnasr / instant gum arabic
powder / antioxidant / antioksidan / Sudan / Dialisis / Uric Acid / kencing manis / diabetes / Gum
Arabic / Habbatus Sauda' / Barli / Gandum
11
PANDUAN RINGKAS IBADAT PUASA RAMADHAN
KELEBIHAN RAMADHAN
Sabda Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wa aalihi wa sahbihi wasallam:


Maksudnya: Apabila tiba Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga


Maksudnya: Apabila tiba Ramadhan dibuka pintu-pintu rahmat, dan dikunci pintu-pintu neraka
jahannam, dan rantai syaitan-syaitan
NIAT PUASA
Tidak perlu berniat dalam bahasa Arab, cukup dalam bahasa Melayu atau bahasa sendiri sahaja, tetapi
ia baik jika diamalkan dengan niat kerana kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi
Muhammad s.a.w. dan bahasa al-Quran.
Lafaz Niat Pada Tiap-tiap Malam:
Memadai Niat:

Niatnya: Sahaja aku puasa esok kerana Allah Taala.


Lafaznya Lengkap:


Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa fardhu bulan Ramadhan tahun ini kerana
Allah Taala.
*(Sebenarnya, bangun bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa, kerana seseorang itu tidak
bersahur melainkan bertujuan kerana hendak berpuasa)
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Sebulan:
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi
mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada tiap-tiap malamnya. Para ulamak
menggalakkan kita mengikut fatwa Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Lafaznya:

12
Niatnya: Sahaja aku berpuasa bulan Ramadhan tahun ini keseluruhannya kerana Allah Taala.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-
lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi,
hendaklah diperbaharui niat, iaitu apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa
berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan sekali niat lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan
yang berbaki, iaitu lafaz niatnya:

Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Taala.
Waktu Berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib
hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (masuk waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa
pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, boleh juga semasa berbuka.
DOA WAKTU BERBUKA PUASA


Maksudnya: Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, dan denganMu aku beriman, dan dengan rezekiMu aku
berbuka, dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih di antara yang mengasihani.
Jika Dibaca Untuk Ramai/ Keluarga:


Maksudnya: Ya Allah, keranaMu kami berpuasa, dan denganMu kami beriman, dan dengan rezekiMu
kami berbuka, dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih di antara yang mengasihani.
SUNAT KETIKA BERPUASA
1) Banyakkan membaca Al-Quran,
2) Bertadarus,
3) Banyakkan bersedekah,
4) Lewatkan makan sahur,
13
5) Dan lain-lain kebajikan.
SUNAT KETIKA BERBUKA
1) Mulakan dengan makanan yang manis (sebaik-baiknya buah kurma), jika tiada, mulakan berbuka
dengan air kosong.
2) Segerakan berbuka,
3) Membaca doa berbuka puasa.
4) Memberi makan orang berbuka puasa. Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa untuk
bebrbuka, pahalanya sama dengan pahala setiap orang yang berpuasa itu dengan tidak dikurangkan
sedikit pun.
KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN
Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja
telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari
puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti,
sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi
Muhammad Shallallahu alaihi wasallam:
Maksudnya:
Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan yang dibenarkan
oleh hukum syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang
ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidupnya. (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud,
Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
PANDUAN MENCARI LAILATUL QADAR
1. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada
1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan,
iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833
tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30
tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan
solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih
termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang
tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.
2. Sejarah Malam Qadar adalah apabila sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. mengkagumi ibadah
seorang umat Bani Israil yang beribadah selama 1,000 bulan, dengan beribadah pada malam hari dan
berjihad pada siangnya, lalu Allah Azza wa Jalla menurunkan surah al-Qadar yang menyatakan malam
Qadar baik daripada 1,000 bulan. Ia adalah kurniaan Allah Taala kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w.
BILAKAH LAILATUL QADAR?
14
1. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia
lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-
malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu
Maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam al-Quran diturunkan, malam Qadar berlaku pada 17
Ramadhan.
2. Satu kaedah mengetahuinya, kata Imam Ghazali, kebiasaannya, jika awal Ramadhan jatuh pada hari
Ahad dan Rabu maka Lailatul Qadar malam ke 29, jika hari Isnin maka Lailatul Qadar malam ke 21, dan
jika hari Jumaat dan Selasa, maka Lailatul Qadar malam ke 27, jika hari Khamis maka Lailatul Qadar
malam ke 25, jika hari Sabtu maka Lailatul Qadar malam ke 23. Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu
yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku
pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa
lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang
terakhir tesebut.
SIAPAKAH YANG MENDAPAT LAILATUL QADAR?
1. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan
Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat
Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang sholat Isya` berjemaah, maka seolah-olah
dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah
dia telah bersolat sepanjang malam. (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah
dan Nasai)
2. Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat Isyak, orang yang
solat tarawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan
rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.
APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?
1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:

Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi
kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.
2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam
bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.
3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar
pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya
bacalah 3 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)
4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan:

CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR


1. Cuaca malam Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih
jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang
sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh atau nifas,
juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).
15
2. Diriwayatkan dalam satu hadis, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu
jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat
dari Allah Taala.
CERITA GANJIL YANG BERLAKU PADA MALAM LAILATUL QADAR
Terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian
yang ganjil-ganjil seperti air membeku, air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk dan sujud ke
bumi dan sebagainya. Sebenarnya, semuanya ini adalah pengalaman peribadi yang terjadi khusus
kepada orang-orang tertentu sahaja, ia tidak disebut dalam al-Quran dan Al-Hadis, jadi ia bukan
menjadi pertanda ia malam Lailatul Qadar bagi orang awam menurut ilmu agama. Lailatul Qadar tetap
berlaku tanpa tanda-tanda tersebut dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pengasih dan
Penyayang ini tetap diperolehi oleh orang-orang yang beramal dengan amalan-amalan kebajikan pada
malam tersebut.
Jika anda terkena apa-apa penyakit, jasmani atau rohani, atau terkena sihir atau gangguan makhluk
halus, sila amalkan amalan di bawah. Ia telah banyak kali diamalkan oleh orang ramai, al-Hamdulillah
makbul dan berkesan. Niat sebagai ibadat kepada Allah Taala, agar Allah sembuhkan segala penyakit
rohani dan jasmani, ditenangakan jiwa, dan jika terkena sihir dan buatan orang agar Allah balikkan
sihir dan ilmu hitam tersebut kepada tuannya.
1.Baca 21 kali:
2.Baca Al-Fatihah 7 kali
3.Baca Ayatul Kursi 7 kali
4.Baca akhir Ayat Kursi 170 kali ( (
5.Baca Surah Yasin 1 kali
6.Baca Surah Al-Mulk 1 kali
7.Baca Surah Al-Jin 1 kali
8.Baca Surah Al-Kafirun 7 kali
9.Baca Surah Al-Ikhlas 7 kali
10.Baca Surah al-Falak 7 kali
11.Baca Surah An-Nas 7 kali
12.Selawat 10 kali
Boleh dibaca bila-bila masa, siang atau malam, tetapi sebaik-baiknya amalkan sebelum tidur, jika
mampu amalkan setiap malam. Boleh juga semasa baca ayat-ayat di atas, letak air sebaldi untuk
mandi (sebagai bilasan terakhir selepas mandi) setiap kali baca pada malam atau siang, juga sebotol
untuk minum dan sapu ke muka dada dan belakang semasa gelisah, (air minum boleh dibuat setiap
malam atau hari), jika sakit atau lenguh-lenguh ambil 1 sudu lada hitam (ditumbuk) dan 3 ulas bawang
putih (ditumbuk juga) kemudian dicampur dengan 5 sudu minyak kelapa/masak (yang belum
digunakan) untuk disapu pada tempat yang sakit, dada, belakang dan sendi-sendi semasa sakit atau
semasa sesak untuk bernafas, dan semasa gelisah. Minyak boleh dibuat semula jika habis, sebaik-
baiknya setiap kali baca ayat-ayat di atas letak minyak yang telah di baca berulang-ulang kali supaya
bertambah-tambah berkat dan mujarabnya. Tawakkallah kepada Allah 'Azza wa Jalla.
2. AMALAN PENYEMBUH PENYAKIT DAN RAWATAN SIHIR
16
3. KELEBIHAN SURAH AL-MULK
Sesiapa yang mengekalkan bacaan surah al-Mulk setiap hari,siang atau malam, Allah Azza wa Jalla
akan menyelamatkannya daripada azab kubur. Sedangkan kubur adalah satu permulaan perjalanan ke
alam akhirat, sesiapa yang selamat di alam kubur, insya Allah, akan selamatlah dalam perjalan
selepasnya.
Untuk tujuan keselamatan, mendinding diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini, sihir,
santau, gangguan manusia, jin dan sebagainya, amalkan membaca ayat 128 hingga 129 Surah at-
Taubah sebanyak 7 kali setiap pagi selepas solat Subuh dan setiap malam selepas solat Maghrib.
Insya' Allah, jika kita baca dengan betul, tiada apa pun akan memudaratkan kita setelah
mendapat pemeliharaan Allah Ta'ala.
4. PENDINDING DIRI
5. KELEBIHAN MENGAMALKAN SURAH AL-MULK
Sesiapa yang mengekalkan bacaan surah al-Mulk setiap hari,siang atau malam, Allah Azza
wa Jalla akan menyelamatkannya daripada azab kubur. Sedangkan kubur adalah satu
permulaan perjalanan ke alam akhirat, sesiapa yang selamat di alam kubur, insya Allah,
akan selamatlah dalam perjalan selepasnya...
6. AMALAN PENYEMBUHAN PENYAKIT DAN
RAWATAN SIHIR
Jika anda terkena apa-apa penyakit, jasmani atau rohani, atau terkena sihir
atau gangguan makhluk halus, sila amalkan amalan di bawah. Ia telah
banyak kali diamalkan oleh orang ramai, al-Hamdulillah makbul dan
berkesan. Niat sebagai ibadat kepada Allah Taala, agar Allah sembuhkan
segala penyakit rohani dan jasmani, ditenangakan jiwa, dan jika terkena
sihir dan buatan orang agar Allah balikkan sihir dan ilmu hitam tersebut
kepada tuannya.
1.Baca 21 kali:
2.Baca Al-Fatihah 7 kali
3.Baca Ayatul Kursi 7 kali
17
4.Baca akhir Ayat Kursi 170 kali ( (
5.Baca Surah Yasin 1 kali
6.Baca Surah Al-Mulk 1 kali
7.Baca Surah Al-Jin 1 kali
8.Baca Surah Al-Kafirun 7 kali
9.Baca Surah Al-Ikhlas 7 kali
10.Baca Surah al-Falak 7 kali
11.Baca Surah An-Nas 7 kali
12.Selawat 10 kali
Boleh dibaca bila-bila masa, siang atau malam, tetapi sebaik-baiknya
amalkan sebelum tidur, jika mampu amalkan setiap malam. Boleh juga
semasa baca ayat-ayat di atas, letak air sebaldi untuk mandi (sebagai
bilasan terakhir selepas mandi) setiap kali baca pada malam atau siang,
juga sebotol untuk minum dan sapu ke muka dada dan belakang semasa
gelisah, (air minum boleh dibuat setiap malam atau hari), jika sakit atau
lenguh-lenguh ambil 1 sudu lada hitam (ditumbuk) dan 3 ulas bawang
putih (ditumbuk juga) kemudian dicampur dengan 5 sudu minyak
kelapa/masak (yang belum digunakan) untuk disapu pada tempat yang
sakit, dada, belakang dan sendi-sendi semasa sakit atau semasa sesak
untuk bernafas, dan semasa gelisah. Minyak boleh dibuat semula jika
habis, sebaik-baiknya setiap kali baca ayat-ayat di atas letak minyak yang
telah di baca berulang-ulang kali supaya bertambah-tambah berkat dan
mujarabnya. Tawakkallah kepada Allah 'Azza wa Jalla.
Tuesday, May 25, 2010
7. AMALAN UNTUK MEMBUKA PINTU REZEKI
Amalan Untuk Membuka Pintu Rezeki
18
Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Posted by mohamad zakaria at 23:43 3 comments:
Diamalkan 70 kali setiap malam selepas solat Tahajjud.
Jika rezeki masih berat, tambah amalan membaca
sebanyak 70 kali juga.


E rtinya: Aku mohon ampun kepada Allah Yang Tiada Tuhan Melainkan Dia Yang Maha
Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri (Memelihara sekelian alam) dan aku brtaubat kepadaNya


Ertinya: Ya Allah, Aku mohon kepada Mu kelebihanMu (kurniaanMu) dan RahmatMu,
sesungguhnya tiada sesiapa pun yang memilikinya (kelebihan dan rahmat itu) Melainkan
Engkau
8. AMALAN AYAT KURSI SELEPAS SOLAT FARDHU

) (

Sabda Rasulullah : Sesiapa yang membaca Ayat Kursi setiap kali selepas Solat
Fardhu, tiada yang menghalangnya masuk Syurga kecuali matinya.
(Hadis Sahih An-Nasai dan Sahih Ibnu Hibban)
+2 Recommend this on Google
Awesome Inc. template. Powered by Blogger.
19

Anda mungkin juga menyukai