Anda di halaman 1dari 1

45

8.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulan, kita sebagai bakal guru pemulihan perlu peka terhadap isu-
isu yang sering berlaku dalam dunia pemulihan. Maka dengan itu, pelaksanaan
pengurusan kelas khas yang sesuai hendaklah diwujudkan bagi memenuhi kehendak
pembelajaran murid-murid pemulihan ini. Meskipun begitu, masalah-masalah tidak
lepas daripada pelaksanaan pengurusan kelas khas ini. Oleh itu, kita sebagai guru yang
profesional hendaklah bijak dalam menangani masalah yang berlaku serta dapat
mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi.
Selain itu, pengurusan murid-murid pemulihan merupakan satu bidang yang
penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan
mencerminkan prestasi sekolah. Sekiranya guru-guru pemulihan dapat menguruskan
kelas pemulihan dengan sempurna, maka pandangan masyarakat yang hanya
memandang serong terhadap akan berubah menjadi persepsi yang baik. Kepimpinan
sekolah juga seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan
fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
Disamping itu, sebagai seorang bakal guru pemulihan, kita juga perlu bijak dalam
menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan murid pemulihan.
Maka dengan itu, model pengajaran berkumpulan yang sesuai hendaklah dirancang
bagi memastikan tugas guru untuk menyampaikan pengetahuan kepada murid
pemulihan ini berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai