Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

No. Perkara Muka Surat


1.0 Pengenalan 1 3
2.0
Bidang mengambar
2.1 Kegiatan Menggambar dengan teknik Kolaj
2.2 Kegiatan Menggambar dengan teknik Resis
2.3 Kegiatan Menggambar dengan teknik capan
2.4 Kegiatan Menggambar dengan teknik stensilan
4
4 7
8 10
11 13
14 - 16
3.0 Kesimpulan 17
4.0 Refleksi 18 20
5.0 Rujukan 20
6.0 Lampiran 21





















FOLIO SENI VISUAL (MENGAMBAR)
1.0 Pengenalan
Apa itu mengambar? Adakah ia bermaksud mengambil gambar dengan menggunakan
kamera? Mengambar itu bermaksud untuk membuat atau menghasilkan gambar.Mengambar
adalah salah satu daripada empat bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan
Seni Visual KBSR.
Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak
melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya.Matlamat mata pelajaran ini adalah
bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai
nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.Selain itu, ia juga
bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Seni dalam pendidikan ini juga
mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak
kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
Dalam kegiatan menggambar, kita dapat mengenali kandungan sesuatu subjek atau hal
benda. Misalnya, kita dapat mengenali apa yang digambar itu ialah arnab atau bunga atau
kereta dan sebagainya. Hasil mengambar menampakkan gubahan gambar seperti objek-objek,
pemandangan, situasi dan lain-lain lagi.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, kandungan subjek atau hal benda itu boleh
disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak
untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran.Kanak-kanak dapat menggunakan
berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang
tersendiri dalam aktiviti mengambar. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek
psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.
Semasa mengambar, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan
derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini membantunya dalam
memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau
dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Dengan itu, kanak-kanak dapat membina
idea baru dari benda konkrit.
Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan perkembangan fizikal,
mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaian kandungan subjek atau hal benda


melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara pengolahan membuka peluang untuk kanak-
kanak membuat hubungkaitan yang bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti
dan ekspresi diri kanak-kanak.
Terdapat beberapa tokoh yang memberi pandangan yang menyokong bahawa Seni
Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang.Seorang tokoh penting dalam
seni visual ialah Viktor Lowenfeld. Lowenfeld (1947) menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses
pembelajaran kanak-kanak dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta,
gambar-gambar dan peralatan-peralatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi
visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani.Semakin kanak-kanak membesar, seni
visual semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh.
Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni halus, pengetahuan teknik-
teknik seni halus serta kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat memainkan
peranan yang penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis serta imej artistik yang
dihasilkan dalam kalangan kanak-kanak.Pengetahuan serta lebih mendalam dan berstruktur
dari segi konvensi-konvensi artistik mewujudkan bahan perantara untuk kanak-kanak
mengembangkan kreativiti.Pengetahuan ini memerlukan penganalisisan, kemahiran pemikiran
rasional dan pemprosesan maklumat secara kognitif.Oleh itu, keupayaan kognitif boleh
ditingkatkan melalui keupayaan individu untuk membentuk dan mencipta, memahami dan
menginterpretasikan hasil atau karya seni.
Gardner (1993) menerangkan, kecerdasan, visual ruang sebagai keupayaan membuat
persepsi tentang dunia luar dengan tepat, menukar dan mengubahsuai persepsi awalan untuk
mencipta semula aspek pengalaman visual tanpa kehadiran punca stimuli fizikal
berkenaan.Definisi yang diberikan oleh Gardner (1993) ternyata menunjukkan kepentingan
menggalakkan perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi meningkatkan daya upaya
kognitif dan kreativiti kanak-kanak.Kecerdasan visual ruang banyak digunakan dalam seni
visual. Oleh itu, salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah
dengan mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti seni visual atau pendidikan seni
visual.
Amalan pendidikan seni visual sangat penting kerana ia menggalakkan pemahaman, daya
persepsi dan pengenalan simbol-simbol visual secara beransur, sesuai dengan tahap umur
kanak-kanak. Seterusnya, ia mendorong kanak-kanak menggunakan simbol-simbol tersebut.
Amalan seni visual berfungsi mengembangkan kemahiran motor dan daya persepsi di samping
memberi pengetahuan tentang pelbagai konsep seni visual. Aktiviti yang dicadangkan di dalam
kurikulum pendidikan seni visual adalah mengikut peringkat umur yang membantu


perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.Penglibatan dalam seni dapat mewujudkan
keadaan mental dan fizikal yang baik.Pendidikan seni perlu mempunyai keseimbangan dari segi
penciptaan, tanggapan, dan respons yang menggalakkan pertumbuhan fizikal, kognitif dan
afektif.
Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan
dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.
Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam
Pendidikan.Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis.Beliau
menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam
kehidupan.
Melalui Pendidikan Seni, murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu
guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan
intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru
untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan
professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insan secara seimbang dan
menyeluruh





















2.0 Bidang Mengambar
Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni.Guru yang berperanan sebagai
pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan
pengalaman seni untuk kanak-kanak.Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri
mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam
memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman.
Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah
satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid.
Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat
gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik disamping itu, ia menekankan aspek
ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya. Antara kegiatan yang
dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan,
stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek .
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang
murid.Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat
bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih
dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid
terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.

2.1 Kegiatan Menggambar Dengan Teknik Kolaj
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu
permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang
mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan
ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas
daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.Ia juga dapat menghasilkan satu
komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan
daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu
sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk
atau tema tertentu.
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.Penyataan ini
disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan
perasaan ingin tahu.Piaget (1958) merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak
mempunyai kapasiti untuk berfikir secara kreatif, cuma kanak-kanak dewasa lebih matang.


Jawapan dan hasil lakaran kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana
cara berfikir mereka yang berbeza. Kegiatan membuat kolaj penting juga terhadap
perkembangan kanak-kanak dari aspek kognitif. Dalam menghasilkan sebuah kolaj, murid-
murid perlu menggunakan idea dan kreativiti tersendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang
cantik dan bermutu. Kegiatan tersebut juga amat penting terhadap perkembangan kanak-kanak
dari aspek psikomotor. Murid-murid belajar mengunting kertas yang diperlukan untuk kolaj
tersebut. Murid-murid juga belajar menggunakan gam, mereka perlu pandai melaksanakan
kegiatan menampal. Dari aspek sosial pula, murid-murid perlu mengamalkan nilai kebersihan
dan kerjasama. Selepas kegiatan membuat kolaj, murid-murid perlu bekerjasama
membersihkan kelas.

Aktiviti menggambar dengan teknik kolaj bagi murid Tahun 2.
Bidang : Menggambar
Teknik : Kolaj
Kelas : Tahun 2
Tajuk : Muka Si Badut
Bahan-bahan : kertas lukisan, kertas warna, gam, dan pensel
Langkah-langkah:
1. Guru mendidik murid melukis muka si badut di papan tulis.
2. Murid-murid melukiskan muka si badut pada kertas lukisan.
3. Murid-murid mengoyakkan kertas warna kepada cebisan kertas yang kecil.
4. Murid-murid mengegamkan cebisan kertas warna pada muka badut yang telah dilukis.
5. Murid-murid mempamerkan hasil karya masing-masing.
6. Murid-murid membentangkan hasl karya masing-masing

Karya-karya murid adalah seperti berikut:











2.2 Kegiatan Menggambar Dengan Teknik Resis.
Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna
basah dan contengan lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada
warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktiviti resis
bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas. Teknik tindihan
lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis. Teknik resis membolehkan murid
meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.
Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai
menggantikan alatan biasa yang digunakan. Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan
dalam proses menghasilkan resis. Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti
menghasilkan resis. Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas
tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. Teknik renyukan
digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas. Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam
aktiviti resis. Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur putih dan lilin dalam proses
menghasilkan resis. Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat
garisan lilin pada corak batik. Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk
mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut. Rendaman soda ash dalam air panas
bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.

Aktiviti menggambar dengan teknik resis bagi murid Tahun 5.
Bidang : Menggambar
Teknik : Resis
Kelas : Tahun 5
Tajuk : Flora dan Fauna
Bahan-bahan : kertas lukisan, lilin, warna air, dan berus
Langkah-langkah:
1. Murid-murid melukiskan gambar flora dan fauna pada kertas lukisan dengan menggunakan
pensel.
2. Murid-murid mengulangi lakaran lukisan dengan menggunakan lilin putih.
3. Murid-murid mewarnakan lakaran mereka dengan warna air yang basah.
4. Murid-murid mempamerkan hasil karya masing-masing.
5. Murid-murid membentangkan hasl karya masing-masing



Karya-karya murid adalah seperti berikut:
2.3 Kegiatan Menggambar Dengan Teknik Capan.
Capan ialah sejenis teknik megecap dengan menggunakan bahan alam atau semula
jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza berbanding dengan cetakan
kerana ia tidak memerlukan blok cetakan. Contoh bahan yang boleh digunakan adalah seperti
cap jari atau kaki, cap tangan atau tapak kaki, bendi, dahan buah betik, peria, bawang, daun
bunga-bungaan dan buah belimbing. Sayuran seperti kentang dan lobak juga boleh diguna
dalam teknik capan. Ukiran boleh dibuat berdasarkan kreativiti and kemahiran individu.
Pelbagai corak boleh diperolehi melalui teknik ini.Dalam process ini, individu haruslah berhati-
hati semasa menggunakan pisau untuk memotong dan jaga kebersihan supaya hasil seni tidak
terlalu kotor.

Aktiviti menggambar dengan teknik capan bagi murid Tahun 3.
Bidang : Menggambar
Teknik : capan
Kelas : Tahun 3
Tajuk : Pokok Kelapa / Hidupan air
Bahan-bahan : kertas lukisan, bawang merah, warna air, cap jari dan berus
Langkah-langkah:
1. Murid-murid memotong bawang merah kepada bentuk dan saiz yang dikehendaki.
2. Murid-murid menyepukan warna air di permukaan bawang merah yang telah dipotong.
3. Murid-murid mengecapkan bawang merah di atas kertas lukisan sehingga membentuk
pokok kelapa.
4. Murid-murid mempamerkan hasil karya masing-masing.
5. Murid-murid membentangkan hasl karya masing-masing

Karya-karya murid adalah seperti berikut:










2.4 Kegiatan Menggambar Dengan Teknik stensilan.
Teknik stensilan ialah teknik di mana rupa bentuk gambar dihasilkan dari alat stensil dengan
sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil. Apabila bahan warna
disapu atas alat stensil yang dilletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang
kosong di atas stensil dan diserap oleh kertas.

Aktiviti menggambar dengan teknik stensilan bagi murid Tahun 5.
Bidang : Menggambar
Teknik : stensilan
Kelas : Tahun 5
Tajuk : Pemandangan
Bahan-bahan : kad manila, kertas lukisan, pisau, karyon dan pensel
Langkah-langkah:
1. Murid-murid melukis bentuk-bentuk seperti bunga, daun, gunung dan pokok pada kad
manila.
2. Murid-murid menebuk kad manila mengikut bentuk-bentuk yang telah dilukis.
3. Murid-murid menyapukan warna karyon pada kad manila yang telah ditebuk.
4. Murid-murid meletakkan kad manila yang telah diwarna di atas kertas lukisan.
5. Murid-murid menggosokkan warna karyon yang terdapat pada kad manila yang telah
ditebuk supaya bentuk yang ditebuk tadi tertinggal di atas kertas lukisan.
6. Murid-murid mempamerkan hasil karya masing-masing.
7. Murid-murid membentangkan hasl karya masing-masing

Karya-karya murid adalah seperti berikut:












3.0 Kesimpulan
Bidang mengambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan
kemahiran murid.Ia memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis
dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Di samping itu, bidang
ini juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid.
Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah kreatif, ekspresif dan
aktif.Seni visual memainkan peranan memperkembangan sifat-sifat ini melalui persepsi visual,
imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam
pelbagai jenis visual akan membolehkan mereka, menyatakan idea dan ekspresi diri.
Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid membina keyakinan diri, membuat
penilaian, dan mengenali cita rasanya tersendiri.
Kesimpulannya, semasa guru perlu mengambilkira tentang perkembangan kanak-kanak
terhadap aspek kognitif, psikomotor, sosial dan emosi.























4.0 Refleksi
Setelah melalui proses penghasilan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek Seni Dalam
Pendidikan (SDP) ini, saya memperolehi pelbagai manfaat yang berguna dari segenap aspek
serta turut memperolehi ilmu dan pengalaman baru. Tugasan Seni Dalam Pendidikan ( SDP )
telah membuka minda saya sebagai guru terlatih yang sedang berkhidmat di sekolah bahawa
sesi pembelajaran seharusnya menarik dan menyeronokkan untuk menarik minat pelajar untuk
belajar tanpa ada perasaan jemu dalam jiwa mereka. Pembelajaran yang menyeronokkan akan
membuatkan pelajar semakin hari semakin bertambah minat mereka untuk menuntut ilmu.
Sepanjang penghasilan tugasan ini, pelbagai ilmu baru telah saya perolehi antaranya,
pembelajaran yang berkesan bukan hanya bersandarkan kepada kurikulum semata mata
bahkan turut perlu mempunyai elemen seni agar penerimaan ilmu di kalangan pelajar lebih jitu
dan mampan.
Dalam tugasan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), objektif merupakan
elemen yang penting dalam merencanakan agenda yang sesuai dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) harian. Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini, guru ditekankan
kepada langkah-langkah yang harus dipelbagaikan supaya tidak berlaku konflik dalam P&P
akibat daripada kebosanan para pelajar. Maka, guru perlulah menumpukan sepenuh perhatian
dan kreativiti mereka dalam mencorakkan perjalanan mereka. Hendak seribu daya, tidak
hendak seribu dalih.
Kesesuaian P&P adalah penting kerana guru tidak boleh menerapkan unsur-unsur yang
tidak baik kepada pelajar. Misalnya, politik, menyentuh perkauman, nilai-nilai yang tidak
beretika dan sebagainya. Hal ini bertepadan dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan
matlamat Pendidikan Negara dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
intelektual, rohani dan sosial (JERIS).
Berdasarkan tugasan saya ini, dapat saya simpulkan di sini bahawa, Rancangan
Pengajaran Harian adalah satu dokumen yang menjelaskan secara terperinci tentang
perjalanan Pengajaran dan Pembalajaran yang akan dipacu dengan sebaik mungkin oleh insan
yang bergelar guru. Selain itu, ianya juga merupakan perancangan yang disusun dengan teliti
dan kemas serta mengikut urutan tahap kemampuan pelajarnya. Apa yang penting, kedua-
duanya menepati aspek-aspek yang amat diperlukan untuk kegunaan pengajaran dan
pembelajaran ( PNP ).


Hal ini disebabkan di dalam minda murid telah menetapkan bahawa pembelajaran
semangnya menyeronokkan. Selain daripada itu mereka juga akan mudah menerima apa yang
kita ajar kerana mereka telah memberi komitmen dan tumpuan yang tinggi dalam kelas selain
tidak mempunyai tekanan ketika belajar. Menurut kajian, sememangnya kanak-kanak melalui
proses pembelajaran melalui bermain. Walaupun bermain pada pandangan kasar orang
dewasa hanyalah satu naluri semulajadi kanak -kanak namun tanpa kita sedari ketika kanak-
kanak bermain, mereka melalui satu sesi pembelajaran dalam kehidupan seharian mereka.
Jika pada suatu masa dahulu saya sering beranggapan bahawa pembelajaran subjek
tertentu sahaja yang memerlukan ketiga -tiga elemen ini ketika belajar iaitu, seni, muzik dan
pendidikan jasmani. Namun sekarang saya mampu mengaplikasikan ketiga -tiga elemen
tersebut di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa Malaysia juga.
Dengan memasukkan ketiga-tiga elemen dalam proses pengajaran dan pembelajaran, subjek
tersebut akan lebih mudah dipelajari kerana murid akan belajar dengan keadaan tanpa tekanan.
Walaubagaimanapun kawalan guru terhadap suasana kelas amat penting bagi mengelakkan
perkara yang tidak diingini berlaku.
Dengan tugasan SDP yang diberikan juga secara tidak lansung menyediakan mental
saya untuk menempuhi segala cabaran yang dihadapi dalam alam pekerjaan sebagai seorang
guru. Tugas mengajar dan mendidik sebenarnya tidak semudah apa yang disangkakan . Hal ini
kerana dengan teknik dan pendekatan yang tidak tepat yang digunakan oleh guru bukan sahaja
akan membuatkan pelajar tidak memahaminya malah akan menjatuhkan semangat belajar
murid. Saya berpendapat bahawa dengan menggunakan tiga elemen tersebut di dalam
pembelajaran dapat menarik minat pelajar untuk belajar sekaligus menjadikan murid tersebut
melibatkan diri yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak lansuang
mampu meningkatkan tumpuan mereka di ketika belajar. Selain daripada itu, pemupukan
semangat kerjasama antara murid juga dapat dilaksanakan.dengan menggabungjalinkan
pelbagai unsur seni. Tidak seperti pembelajaran tradisional yang menggunakan kapur dan
papan hitam sebagai media dalam penyampaian maklumat.
Ketika proses tugasan ini dijalankan, tiada masalah yang timbul dan saya dapat
menyempurnakannya dengan baik sekali. Setiap maklumat yang ingin disampaikan dapat
dinyatakan dengan jelas dalam tugasan ini. Segala ilmu dan pengetahuan yang dikutip ketika
proses penyiapan tugasan ini, amat berguna untuk diaplikasikan pada masa hadapan. Saya
berasa amat beruntung kerana dapat diberi peluang seperti ini dan amat berharap agar
pengalaman seperti akan diperoleh lagi pada masa yang mendatang.


Bagi menguji keberkesanan RPH yang telah dirancang, saya telah menjalankan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang sebenarnya terhadap anak murid saya. Sepanjang
masa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati murid-murid sangat berminat untuk
belajar Bahasa Malaysia dengan saya. Bahan bantu belajar yang menarik dapat menarik minat
murid untuk memberi tumpuan terhadap pengajaran saya serta dapat berinteraksi dengan
bahan bantu belajar secara aktif.
Saya amat gembira dan bangga atas kesempurnaan kerja kursus yang saya telah
jalankan. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah mendapat banyak pengajaran
contohnya memahami dengan lebih mendalam tentang Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah yang mencerminkan hasrat murni pendidikan secara holistik berdasarkan
Falsafah Pendidikan Negara. Kesimpulannya, setelah menyiapkan kerja kursus ini, saya telah
mendapat manfaat dua hala iaitu dari segi memperkayakan ilmu pengetahuan tentang straregi,
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran di dalam bilik darjah dan berkomukasi dengan lebih
berkesan di kalangan ahli kumpulan saya.

RUJUKAN
Rousliluddin Ambia, Mohd Jamel Hj, Mohd Taslim Abd Rahim, Manan Sarbani.(2014).
Fakulti Pendidikan dan Bahasa: HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.
Open University Malaysia.
Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahma, Zuraimi Zakaria.(2014).
Fakulti Pendidikan dan Bahasa: HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak.
Open University Malaysia.
Haslinda Madon.(2014). Fakulti Pendidikan dan Bahasa: HBAE1403 Menggambar. Open
University Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2014). Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual.Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Institut Pendidikan Guru Malaysia.(2014). Modul Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah:PSV
3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak.Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai