Anda di halaman 1dari 16

1

Potensi Berbisnes
Kecil-Kecilan Dengan
Kerajaan Dan Buat
5 Angka
Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam
Masa 18 bulan Dari Projek
Pembekalan Kerajaan

Haryzat Zulzahary
i-Zat Network 2012
Rahsia Bisnes Kerajaan


2




Diterbitkan oleh i-Zat Network
i-Zat Network 2012
Penulis: Haryzat Zulzahary
Idea dan Konsep: Haryzat Zulzahary
Reka Bentuk Kaver: Izuan Bakar
3

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta
semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa
kebenaran pihak penulis dan penerbitan.
Haryzat Zulzahary, 2010
Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka:
Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam Masa 18 Bulan Dari Projek
Pembekalan Kerajaan / Haryzat Zulzahary.
ISBN
Edisi Pertama Jun 2012
Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5
Angka: Cerita Tentang RM0.5 juta Dalam Masa 18 bulan Dari
Projek Pembekalan Kerajaan

Segala strategi yang digariskan dalam ebook ini mungkin tidak sesuai
bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi
menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan
adalah sebagai panduan asas dan nasihat profesional mungkin
diperlukan.

Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan maklumat yang
terkandung di dalam ebook ini. Penulis dan pihak penerbitan secara
khusus tidak bertanggungjawab terhadapa apa-apa kerugian dan
risiko kehilangan peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat
secara langsung atau tidak daripada penggunaan atau aplikasi
daripada kandungan ebook ini. Semua kandungan di dalam ebook ini
adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman
penulis semata-mata dan maklumat mungkin berbeza pada waktu
semasa.


4




Prakata
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t
Al-hamdulillah dan terima kasih kerana anda mendapatkan laporan Potensi Berbisnes
Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka ini. Laporan ini bakal dedahkan
bagaimana peluang dari modal yang kecil boleh menjana jualan ratusan ribu ringgit
dengan hanya menjalankan model perniagaan bisnes kecil-kecilan dengan kerajaan.

Ramai yang salah anggap apabila berkata sahaja tentang berbisnes dengan kerajaan
maka yang akan disebut selalu adalah tender dan nilai jutaan ringgit. Ramai yang tidak
tahu bahawa pasaran kerajaan juga menawarkan peluang bisnes kecil-kecilan yang
bernilaiRM50,000 ke bawah.

Saya pada kali ini di dalam laporan Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan
Dan Buat 5 Angka ini akan cuba membuka pandangan dan menukar tanggapan yang
salah termasuk isu-isu negatif yang sering digambarkan apabila ingin berniaga dengan
kerajaan. Saya berharap anda seronok membaca dan paling penting membuat tindakan
sekaligus berjaya!

Yang benar ,
Haryzat Zulzahary
5

Apa Itu Bisnes Kerajaan?

Baiklah. Secara mudahnya apabila kita berkata tentang Bisnes Kerajaan di
dalam laporan saya ini adalah bermaksud kita berniaga dengan pihak
kerajaan. Ini termasuklah kita membekalkan produk atau perkhidmatan
kepada pihak kerajaan di mana kita adalah penjual dan pihak kerajaan
adalah pihak yang membeli dari kita.

Berita baiknya adalah kita boleh menjual hampir apa sahaja kepada pihak
kerajaan. Baik dari segi barangan ataupun perkhidmatan. Saya secara
peribadi dah menjual kepada pihak kerajaan dari barangan seperti kunci
pintu, alas meja, komputer sehinggalah kepada perkhidmatan pakar dan
bantuan latihan.

Ramai di luar sana yang salah anggap apabila menjangkakan bisnes
kerajaan ini hanya boleh dilakukan oleh syarikat atau organisasi besar
walhal ianya boleh dilakukan juga oleh syarikat kecil perniagaan enterprise
perseorangan sahaja. Dan boleh bermula dan beroperasi dari rumah.

Namun apa yang penting di sini adalah saya nak tekankan bahawa anda
juga boleh berniaga dengan kerajaan. Anda boleh jual alat tulis dan
kelengkapan pejabat, bahan bacaan, peralatan komunikasi, cenderamata,
alatan muzik, makanan dan minuman, ubat-ubatan dan alatan hospital
hingga ke kenderaan dan jentera berat, perniagaan servis dan
perkhidmatan, penyewaan, pembersihan, rakaman video dan fotografi, baik
pulih barangan, percetakan, dobi, pembinaan, penulisan dan macam-macam
lagi.Walapun anda tidak mempunyai produk sendiri pun anda masih boleh
berniaga dengan kerajaan dengan hanya perlu beli dari supplier kemudian
jual kepada kerajaan dan jana untung atas angin. Mudah sahaja!

6

Keperluan Untuk
Memulakan Bisnes
Kerajaan?

OK. Untuk membolehkan kita berniaga dengan kerajaan beberapa langkah
dan syarat perlu kita penuhi. Pertama adalah mempunyai perniagaan yang
didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempunyai akaun
semasa syarikat dan juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia bagi mendapatkan sijil Kementerian Kewangan dan kepala-kepala
bidang yang dipilih. Beberapa kos pendaftaran yang rendah diperlukan bagi
tujuan ini.

Apa itu Sijil Kewangan,
Kepala Bidang & e-
Perolehan?

Sijil Kewangan atau bahasa yang sering digunakan iaitu sijil MOF adalah
satu sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada
syarikat anda sebagai tanda syarat anda boleh mula menjalankan
perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Di dalam sijil ini akan dinyatakan
kepala-kepala bidang yang diberikan mengikut permohonan anda semasa
mendaftarkan Sijil Kewangan ini tadi. Kepala bidang bermaksud kod yang
mewakili jenis perniagaan yang dibenarkan untuk anda jalankan
perniagaan dengan kerajaan.
7

Seperti contoh anda ingin menjalankan perniagaan membekalkan alat tulis
dengan kerajaan maka di dalam permohonan Sijil Kewangan anda perlu
memohon kepala bidang alat tulis supaya anda layak menjual produk alat
tulis kepada kerajaan Malaysia. Dan apabila permohonan anda untuk kepala
bidang alat tulis diluluskan maka ianya akan dinyatakan di dalam Sijil
Kewangan yang bakal dikeluarkan kepada syarikat anda. Untuk makluman
anda dibenarkan mendaftarkan 10 jenis kepala bidang secara percuma
semasa pendaftaran Sijil Kewangan dan RM50 bagi satu kepala bidang
seterusnya.

e-Perolehan pula adalah Sistem perolehan elektronik yang akan
memudahkan aktiviti perolehan (pembelian) kerajaan dan meningkatkan
kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. ePerolehan akan
menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera
kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.

ePerolehan membolehkan anda mempamerkan produk anda di dalam
jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan
pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan
menerusi Internet.

Katalog produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog
elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktop
menggunakan perisian pelayar web.

Anda juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen
tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan
membolehkan anda mendaftar atau memperbaharui pendaftaran dengan
Kementerian Kewangan menerusi Internet. Anda dapat menghantar
permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran
pendaftaran melalui ePerolehan.

8

Empat Jenis Perolehan
Kerajaan Yang Popular

Untuk pihak kerajaan membeli sesuatu mereka perlu melakukan mengikut
beberapa prosedur dan jenis perolehan. Berikut adalah empat jenis cara
perolehan yang sering dilakukan:

Tender
Sebut Harga
Pembelian Terus
Wang Panjar


Yang Ramai Orang
Tahu?

Ramai yang diluar sana hanya tahu perolehan mengenai Tender dan Sebut
Harga sahaja. Tender dan sebut harga adalah satu perolehan atau kaedah
pembelian oleh kerajaan bagi pembelian bernilai RM100, 000 dan RM500,
000 keatas setiap satunya bergantung kepada beberapa perkara lagi.
Perkara inilah yang sering orang fikirkan apabila menyebut tentang
berbisnes dengan kerajaan. Figur yang besar dan urusniaga yang besar.
Kebiasaanya tender dan sebutharga bakal diiklankan di laman web rasmi
jabatan kerajaan, surat khabar dan media lain. Justeru banyak syarikat
kebiasaanya syarikat besar yang menyertai pembidaan projek jenis ini.
9

Yang Ramai Orang Tidak
Tahu?

Ini adalah lubuk sebenar buat duit dengan kerajaan bagi kita yang
menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Ramai yang tidak tahu mengenai
pembelian terus dan wang panjar. Pembelian terus adalah kaedah
pembelian oleh kerajaan yang dilakukan secara terus tanpa perlu
mengiklankan kepada umum. Nilai pembelian pula adalah bernilai bawah
RM50, 000 bagi satu-satu projek atau pembekalan manakala bagi wang
panjar adalah RM500. Pembelian boleh dilakukan terus daripada anda
tanpa perlu melalui proses yang sukar dan panjang.

Misal kata pihak kerajaan hendak membeli 10 unit komputer. Maka mereka
akan menjemput anda untuk memberikan sebut harga kepada mereka.
Terbalik. Jika tender anda yang perlu propose untuk bida tetapi pembelian
terus anda dijemput untuk bida. Jika sebut harga anda bersesuaian dan
terendah antara tiga syarikat yang dijemput maka pihak kerajaan akan
membeli dari anda. Tidak perlu melalui jawatankuasa yang seperti tender
dan sebut harga. Dalam masa 14 hari waktu bekerja pihak kerajaan akan
membuat bayaran kepada anda untuk pembekalan yang dilakukan. Dan
peluang perolehan secara pembelian terus ini adalah mudah dan lebih
kerap berbanding tender dan sebut harga.
Antara kesempatan yang boleh diperolehi daripada pembelian terus dan
wang panjar ini adalah ianya tidak diketahui umum. Maka saiangan pun
adalah kurang. Jika kita selalu dan rajin buat marketing maka peluang untuk
sapu projek kerajaan kategori ini adalah tinggi. Walaupun ianya bernilai
RM50,000 ke bawah namun jika kita dapat projek pembelian terus bernilai
RM50,000 dalam 4 kali setahun kita sebenarnya dah sedut RM200,000 duit
kerajaan ke dalam akuan syarikat kita dalam masa 12 bulan. Tak banyak
ke? 30% keuntungan dari RM200,000 adalah bersamaan RM60,000.
RM60,000 bersih dalam akaun. Amazing!
10

Dan Ramai Yang Lebih
Kaya Dengan Lubuk Ini!

Ya benar! Walaupun nilai perolehan dan wang panjar adalah di bawah
RM50, 000 namun ianya kerap dilakukan berbanding tender dan sebut
harga yang mungkin hanya 2 ke 3 kali setahun. Perolehan secara pembelian
terus dan wang panjar hampir dilakukan setiap hari! Maknanya peluang
untuk anda grab projek pun setiap hari terhidang.

Cuba bayangkan anda grab projek pembelian terus setiap bulan satu projek
dengan purata projek bernilai RM10, 000 sebulan. Cukup 12 bulan anda
sebenarnya dah sedut RM120, 000 duit kerajaan ke dalam akaun anda
dengan mungkin untung bersih sekitar 30% bersamaan RM36, 000 setahun.
RM36, 000 bersamaan dengan RM3, 000 sebulan atau bersamaan dengan
gaji seorang Jurutera kerajaan atau hampir gaji Doktor baru masuk kerja.
Itu jika sebulan satu projek berjaya digrab. Macam mana kalau anda jadi
saya yang pernah merekodkan dalam sebulan mendapat 8-10 projek
pembekalan? Anda tahu sendiri berapa nilainya.

Dan bagi orang yang hanya mengetahui projek tender dan sebut harga pula
mereka mungkin tidak mudah untuk menjana wang dari bisnes kerajaan ini
kerana beberapa sebab. Antaranya saingan yang tinggi, kekerapan tawaran
yang kurang dan juga pengaruh luar yang kuat.

Berbanding bagi anda yang main projek di dalam pembelian terus saya
boleh katakan mereka tak mampu menjadi semudah anda meraih rezeki
dari bisnes kerajaan. Serius!

11

Case Study Buat 5 Angka
BerBisnes Kecil-Kecilan
Dengan Kerajaan

Talk is cheap! Bercakap semua orang pun boleh bercakap. Kali ini saya
bawakan beberapa bukti atau case study sebenar rakan-rakan saya yang
pernah saya bimbing dalam berbisnes kecil-kecilan dengan kerajaan ini. Ini
saya tunjukan kejayaan-kejayaan kecil milik rakan-rakan saya dahulu. Yang
saya punya nanti saya tunjukan.

Case Study #1: Bisnes Katering Kecil-Kecilan
Bisnes katering ini dijalankan oleh seorang rakan saya yang bernama A.
Sebenarnya beliau bukanlah pemilik kepada perniagaan ini tetapi dimiliki
oleh bapanya. Pada awalnya mereka membuka sebuah restoran di
Putrajaya yang menawarkan makanan western. Tetapi selepas 6 bulan
beroperasi perniagaan restoran mereka hampir lingkup dan GAGAL sama
sekali. Dengan sewa kedai sahaja menjangkau RM4,700.

Saya yang kasihankan melihat kepada mereka mencadangkan mereka
untuk membuat pembekalan makanan bermasak islam atau katering kecil-
kecilan kepada pihak kerajaan. Saya menunjukan kepada mereka
bagaimana mendaftarkan sijil Kewangan dan proses seterusnya.

Dengan plan marketing yang saya siapkan mereka saya cadangkan untuk
membekalkan sarapan pagi , makan tengahari dan minum petang untuk
kuantiti untuk 20 orang dalam satu-satu tempahan dahulu.
12

Akhirnya dengan marketing plan yang tepat mereka mula mendapat projek
membekalkan sarapan pagi seperti nasi lemak dahulu. Kemudian kepada
makanan tengahari dan seterusnya kepada pembekalan minum petang
yang sebenarnya mereka beli kuih di gerai tepi jalan dan kemudian
bekalkan kepada pihak kerajaan.

Dari satu agensi di Putrajaya ke satu agensi lain. Hampir menakluk banyak
jabatan kerajaan di Putrajaya. Dengan hanya bermula membekalkan
sarapan pagi untuk 20 orang pada satu-satu masa mereka akhirnya
menjana jumlah jualan RM90, 000 dalam masa 6 bulan beroperasi dalam
bisnes kerajaan. Bagaimana ini terjadi? OK. Satu mesyuarat pagi yang
mereka bekalkan makanan sarapan pagi dah memberikan mereka jualan
sebanyak RM120. Itu baru satu dan bagaimana mereka yang dah takluk
market Putrajaya ini punya bekalan? Pasti satu hari untuk sarapan pagi
sahaja dah melebihi 5 tempahan. Belum masuk lagi makan tengahari dan
minum petang. Cuba fikirkan berapa banyak mesyuarat dan majlis yang di
adakan oleh pihak kerajaan dalam sehari?

Dan kemuncak kejayaan bisnes kerajaan rakan saya ini apabila terpilih
membekalkan sarapan pagi kepada 2000 orang pada satu-satu masa yang
ditempah kerajaan. RM4 x 2000 = RM8, 000 hanya pada satu pagi.
Marvelous!

Dan kejayaan rakan saya dan bapanya berterusan. Restoran yang asalnya
hampir tutup kini masih beroperasi tetapi sebagai dapur sahaja dan kini
menyewa rumah kedai 3 tingkat untuk kegunaan dapur tambahan dan juga
asrama pekerjanya. Bisnes supply sarapan pagi, makan tengahari dan
minum petang sahaja. Untuk makluman untung kasar bisnes katering ini
adalah bersamaan hampir 60%. Banyak tu. Hanya denganberniaga bisnes
simple ini dengan kerajaan rakan saya dan bapanya berjaya menyedut
RM90, 000 dari kerajaan dalam masa 6 bulan. OK ke tidak?

13

Case Study #2: Bisnes Printing Kecil-Kecilan
Seorang sahabat saya iaitu M. Beliau merupakan seorang pereka grafik. Nak
dijadikan cerita sedang mengumpul duit untuk kahwin. Saya syorkan
kepada beliau agar buat perkhidmatan printing kepada kerajaan. Beliau
menggunakan syarikat saya dahulu sebelum mendaftarkan syarikat sendiri.

Al-hamdulillah job pertamanya yang diperolehi beliau bernilai RM3,800
dari K*S. Kerja beliau hanya perlu mempromosikan rekaan kad bisnes dan
grafik korporat kepada agensi kerajaan dan kemudian ambil tempahan
cetakan di lubuk printing.

Makin lama makin berkembang. Dan kali terakhir saya melihat jumlah duit
yang masuk ke akaun syarikat saya dari bisnes printing beliau adalah
RM8,000 sebulan. Selepas itu beliau dah tubuhkan syarikat sendiri dan
saya tak dapat lihat income beliau lagi kerana payment sudah masuk terus
ke akaun syarikat beliau sendiri. Namun saya sering dapat tahu beliau
masih konsisten dengan 4 angka income sebulan dari perkhidmatan reka
grafik dan printingnya dengan kerajaan. Bolehlahkan daripada tiada
langsung? RM8, 000 sebulan dengan untung bersih RM5,000 sebulan siapa
nak beri? Tambahan lagi rakan saya itu buat secara part time sahaja. Best
tak?






14

Case Study #3: Bisnes Latihan Kecil-Kecilan
Sahabat saya seorang pensyarah. Ingin menambahkan pendapatan beliau.
Pada asalnya saya mengupah beliau untuk memberikan latihan kepada
agensi kerajaan berkenaan satu subjek IT yang mana syarikat saya terpilih
untuk memberi perkhidmatan latihan.


Setelah melihat model bisnes kerajaan di bidang latihan ini mudah, lantas
beliau ingin mencuba sendiri pula. Dengan marketing yang tepat dan betul
beliau mula masuk ke agensi-agensi kerajaan dan menawarkan latihan-
latihan IT kepada agensi kerajaan.

Berapakah bayaran yang beliau dapat? Memandangkan rakan saya En. F ini
mempunyai Master di dalam bidangnya maka dengan mudah RM6,000 ke
RM 8,000 boleh diperolehi untuk satu-satu kursus atau bengkel selama 4-5
hari. Modalnya hanya print out tutorial, kepakaran, duit minyak dan air liur
sahaja.

Kini memandangkan beliau masih sayang dengan tugas sebagai pensyarah
di sebuah IPTA terkemuka negara maka beliau terhadkan hanya memberi
dua sesi latihan untuk kerajaan dalam sebulan. Dua sesi pun beliau dah
boleh dapat sehingga paling sedikitpun RM12, 000 sebulan. Hanya daripada
bisnes kerajaan membekalkan latihan IT kepada agensi kerajaan.
Alhamdulillah.




15

Dan Saya Pula Menyedut
Lebih RM0.5 Juta Dari
Kerajaan Dalam Masa 18
Bulan!

Ya. Anda dengar dengan betul. Saya sedut RM0.5 juta dengan bisnes
kerajaan. Seperti yang saya katakan dan tunjukan di dalam case study
sebelum ini yang bisnes kerajaan dalam peluang pembelian terus ini boleh
memberi keuntungan dan paling best apabila ramai lagi yang masih tidak
tahu tentang ini. Mereka hanya tahu 3 perkara tentang bisnes kerajaan iaitu
Tender, Kabel dan Rasuah!

Sedangkan berbisnes dengan kerajaan adalah lebih dari itu. Seperti tiga
case study yang saya bentangkan kepada anda sebentar tadi sebenarnya
saya nak beritahu banyak lagi peluang dan bidang (niche) bisnes kecil-
kecilan yang boleh buat income 5 angka sebulan dengan menjualnya
kepada pihak kerajaan.

Dan pastinya teknik marketing yang betul juga bakal memainkan peranan
penting untuk memastikan kejayaan berbisnes kecil-kecilan dengan
kerajaan.



16

Saya dah ceritakan cerita-cerita anak didik saya di dalam bisnes kerajaan
ini. Jika tiada masalah saya akan kongsikan cerita RM0.5 juta saya pula
kepada anda. Ini termasuklah:

Bidang perniagaan yang menguntungkan untuk diniagakan bersama
kerajaan.
Cara-cara marketing terbaik dan bersih untuk rangkul job dari
kerajaan.
Perihal andai tiada modal nak bermula dan menguruskan
pembekalan.
Kaedah proposal yang terbaik dan berkesan.
Cara mendaftar sijil Kementerian Kewangan jadi anda tak perlu kena
tipu sehingga RM3, 000 hanya untuk selesaikan urusan pendaftaran.
101 perihal berbisnes dengan kerajaan
Dan seterusnya copy paste sistem RM500K kejayaan bisnes kerajaan
saya sendiri.

Berita baiknya saya dah bundlekan kesemua cerita, teknik dan trik saya
dalam menyedut RM0.5 juta dari akaun kerajaan kepada akaun saya dengan
berbisnes kecil-kecilan ini di dalam satu tempat. Sekiranya berminat sila
layari alamat web di bawah untuk maklumat lanjut:
>> Rahsia Bisnes Kerajaan <<

Klik link di atas untuk maklumat lanjut!


Klik butang di atas untuk kongsikan ebook ini
dengan rakan-rakan anda