Anda di halaman 1dari 2

INFORMATION of ELAKSAMANA

MELAYU…BARU TERSEDAR DARI LENA


PUNAT suis televisyen tertutup sudah. Lampu pun sudah dimalapkan. Meja dan
kerusi sudah berlipat. Tauke-tauke warung, gerai dan restoran mula menutup pintu
premis masing-masing.

Kelibat kereta sudah mula beransur lenyap di dataran pakir. Sorak-sorai sudah
lenyap ditelan kedinginan embun dinihari. Deruman motosikal sudah lama terlena di
garaj.
Masing-masing sudah berangkat menuju ke teratak sendiri. Yang ke rumah, sudah
nyenyak di katil empuk. Yang perlu ke pejabat, sudah mula berdepan skrin monitor.
Yang tanpa tujuan, mencari ceruk dinding kota untuk berlena. Yang berduit, ke
kamar dingin hotel berbintang.

Fenomena Mawi sudah selesai. Mawi telah bergelar juara. Sang juara telah mengaut
hadiahnya. Selama tiga bulan arus Akademi Fantasia 3 (AF3) meragut denyut kota
dan kampung. Dari Perlis sehingga ke Sabah laungan Mawi World dan denyutan SMS
tidak lekang dari tangan.

Pak cik, mak cik, atuk, nenek, abah, emak, abang, kakak, adik semuanya setia di depan
kotak hikmat bergelar televisyen saban Sabtu malam Ahad selama tiga bulan itu.
Tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan hatta berjantina dua pun turut
melonggo depan peti televisyen. Malah bukan Melayu, India, Cina dan sebut sahaja
bangsa-bangsa lain tercengkam di hadapan televisyen.

Benarlah, apa yang dipaparkan di dalam akhbar dan media-media arus perdana lain
bahawa apa yang disebutkan sebagai 'fenomena' itu benar-benar berlaku.

Aura Mawi yang terpancar begitu hebat sekali. Bukan satu atau dua, tetapi berpuluh
ribu dan tidak mustahil mencecah jutaan jumlah pengikut dan peminatnya. Dan
apabila disebut jutaan, nilai SMS yang mencecah RM12.6 juta sebagaimana yang
diberitakan amatlah menakjubkan.

Kalau setakat jumlah keseluruhan, tidaklah menghairankan. Namun, jika fenomena


Mawi sahaja mengutip sebanyak RM12.6 juta, adalah sesuatu yang di luar dugaan.

Benar, jumlah yang meng'SMS' untuk Mawi adalah bernilai RM12.6 juta dan ini tidak
termasuk bagi pelajar-pelajar AF3 yang lain. Maka layaklah kalau Mawi digelarkan
jutawan SMS AF3.

Dalam menyentuh soal SMS ini, akhbar perdana melaporkan ada yang membelanjakan
antara RM50 sehingga RM1500.00 seorang.
PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All
Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Nampaknya, rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu Islam sekarang sudah


mewah. Sudah berduit. Sudah mampu berSMS untuk AF. Sudah mula mempunyai fan
club (AF3). Sudah boleh melonggo di depan skrin gergasi sampai dinihari dalam
tirisan embun pagi.

Dan selepas berakhirnya fenomena AF3 atau lebih tepat fenomena Mawi ini, maka
akan tidak kedengaranlah lagi suara-suara yang mengeluh duit dah habis agaknya.
Agaknya, tak akan ada lagi pelajar universiti mengadu tiada 'loan' atau biasiswa
untuk belajar. Tiada lagi mengeluh tiada duit rokok buat perokok-perokok tegar.
Tidak akan ada lagi keluhan susah nak berubat sebab duit takde. Tiada lagi yang
akan mengeluh, payah nak cari belanja sekolah untuk sekolahkan anak. Dan tiada lagi
yang akan mengeluh tiada duit nak beli baja buat hasil tanaman di kebun.

Sebab semua sudah mewah sekarang. Orang Melayu mewah dengan duit. Orang
Melayu kaya dengan SMS. Orang Melayu mewah sampai tak boleh buat kerja kerana
melonggo depan skrin televisyen. Orang Melayu senang dan berduit sampai mampu
beli Astro. Orang Melayu hebat kini sampai belanja sakan untuk tonton konsert AF3.

Dan seusai AF3, skrin besar telah malap. Tatkala langkah kaki longlai menuju
kenderaan. Dan apabila menekan punat kereta atau motosikal, jangan pula ada yang
mengeluh minyak dah habis. Sambil terkebil-kebil menyasau mencari duit untuk isi
minyak. Ketika itu, barulah orang Melayu akan menepuk dahi. Orang Melayu
mencelikkan mata. Orang Melayu bangun dari tidur.

Bangun dari lena AF3. Bangun dari fenomena Mawi. Bangun dari nyenyak Astro.
Bangun dari mimpi tiga bulan lalu. Sambil mengerenyeh mata yang sasau, barulah
orang Melayu sedar...harga minyak, barang dah naik rupanya!

artikel yang baik untuk direnung untuk Melayu yang lupa daratan....dan asyik dengan
hiburan.....
sakit jiwaku mengenangkan satu bangsa bernama Melayu...

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All
Right Reserved Presented 2005