Anda di halaman 1dari 5

INFORMATION of ELAKSAMANA

Penggalian di bawah kota Baitul Maqdis : Satu pendedahan


Usaha rejim Zionis untuk merobohkan masjid al-Aqsa dan juga
mengYahudikan Baitul Maqdis adalah serius. Usaha siang dan malam
mereka amat memalukan umat Islam sedunia yang hanya memandang
sepi terhadap apa yang telah berlaku, apa yang berlaku kini dan apa
yang bakal berlaku terhadap kota suci Baitul Maqdis dan juga kiblat
pertama mereka, iaitu Masjid al-Aqsa.

Pelbagai usaha yang telah dilakukan dan terus berjalan sehingga kini. Bermula dengan
merobohkan penempatan kaum Arab muslim dan Kristian di kota tersebut, membina
penempatan Yahudi dan membawa para warga Yahudi dari seluruh dunia untuk mendiaminya,
membawa pulang tulang belulang datuk nenek mereka dari Eropah dan Amerika untuk di
tanam di dalam kawasan kota Baitul Maqdis, kini mereka telah ke tahap yang lebih agresif
dengan membina tembok untuk memisahkan di antara umat Islam dengan Masjid al-Aqsa dan
juga dengan menggali terowong di bawah bangunan Masjid al-Aqsa, serta pelbagai lagi makar
mereka yang lain.

Suara negara Islam mesti mengaum bukan menikus

Di antara kesemua usaha mereka, usaha penggalian


terowong di bawah kota Baitul Maqdis dan juga bangunan
Masjid al-Aqsalah yang paling merbahaya. Ianya bukan
hanya sekadar mengancam masjid suci tersebut yang
merupakan masjid ketiga suci umat Islam, malah ianya
mencabar maruah umat Islam dan juga bakal memadamkan
sejarah yang telah terbina semenjak 1400 tahun yang lalu.
Sayangnya persoalan ini tidak begitu diambil berat oleh
umat Islam, walaupun ianya telah berlaku semenjak tahun 1967 lagi. Umat Islam sedunia
hanya menyedari perkara tersebut apabila kerajaan rejim Zionis Israel merasmikan
terowong yang mereka gali semenjak tahun 1967 itu pada 24 September 1996 apabila
mereka merayakan sambutan "3,000 tahun bandar Daud", sekaligus membuktikan pemilikan
mereka terhadap kota dan juga tapak masjid berkenaan. Sayangnya, ianya semua telah
terlambat, terowong tersebut telah pun menjangkau panjang sebanyak 488 meter dan juga
dengan ketinggian melebihi 13 meter dan juga 20 meter di sesetengah tempat.

Kesedaran Umat Islam

Umat Islam juga hanya tersedar apabila pertubuhan-pertubuhan pengganas Zionis yang ingin
membina kuil mereka meletakkan batu asas pembinaan kuil mereka di kompleks di bawah
masjid al-Aqsa hadil galian mereka selama lebih tiga dekad. Sayangnya, tidak semua umat
Islam sedar hal ini, jika ada yang sedar, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Lebih malang
lagi, para pemimpin umat Islam yang mengetahui hal ini hanya rela berdiam diri dan tidak
melakukan apa-apa tindakan serius selain daripada merayu kepada pihak Zionis agar tidak
meneruskan tancangan mereka sahaja. Pertubuhan OIC juga bagaikan tidak berkuasa apa-apa

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

di berhubung kes ini, buktinya, sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang mereka ambil untuk
mengahalang usaha Zionis untuk terus menggali di bawah Masjid al-Aqsa dan juga kota Baitul
Maqdis.

Para pengunjung yang kini bebas memasuki terowong tersebut untuk tujuan pelancongan akan
dapat melihat dengan jelas pelan masa depan rejim Zionis terhadap kota tersebut. Satu peta
eletronik yang memaparkan pelan masa depan kota tersebut didakwa berdasarkan apa yang
tercatit di dalam "Old Testament" ataupun Torah menurut panggilan Kaum Yahudi. Yang
menariknya, Masjid al-Aqsa tidak langsung disebutkan di dalam pelan tersebut, yang ada
hanyalah gambar Beit HaMikdash ataupun kuil Sulaiman yang mereka ingin bina di atas tapak
masjid. Ternyata sudah, iautlah objektif uatama mereka, iaitu membina kuil tersebut dan
meruntuhkan Masjid al-Aqsa. Perayaan 3000 tahun Bandar Daud itu, menurut pihak berkuasa
Zionis adalah antara usaha mereka untuk memberitahu dunia bahawa kaum Yahudi Zionislah
adalah pemilik paling berhak ke atas kota lama tersebut dan mereka berhak menentukan apa
yang akan berlaku kepada kota tersebut dan juga tapak masjid berkenaan. Terowong
tersebut hanyalah permulaan...perjalanan pelan masa depan mereka masih jauh. Ini selaras
dengan ucapan mantan Perdana Menteri-Perdana Menteri rejim Zionis dan juga pemimpin-
pemimpin Zionis yang lain yang berbunyi "Urshalem (Baitul Maqdis) adalah ibu kota Israel
sampai bila-bila".

Mungkinkah al-Quds hanya boleh ditatap dibuku2


sejarah atau muzium pada masa akan datang ?

Jelas dan pasti, mereka tidak hanya sekadar mengukir


kata-kata seperti kebanyakan pemimpin umat Islam.
Mereka telah membuktikannya dengan pembinaan terowong
tersebut dan juga usaha-usaha menghalau umat Islam dan
umat Kristian keluar dari kota Baitul Maqdis serta
mempersukarkan umat Islam dari memasuki Masjid al-Aqsa
setiap waktu. Usaha mengubah bentuk-bentuk bangunan
yang bercirikan Islam kepada reka bentuk arkitek Yahudi kuno giat dijalankan. Nama-nama
jalan dan kawasan-kawasan penempatan yang asalnya mempunyai ciri-ciri Islam dan Arab kini
ditekuarkan kepada nama-nama Yahudi dan nama-nama berinspirasikan cerita-cerita di dalam
"Old Testament". Lebih dahsyat lagi, Masjid al-Aqsa sendiri seolah-olah tidak wujud di
kawasan tersebut, dan seringkali dipanggil sebagai "Temple Mount" sahaja. Perakara ini tanpa
disedari telah diadaptasi oleh media-media barat. Malah CNN katika melaporkan tentang
Baitul Maqdis tidak menyebutkan Masjid al-Aqsa, tetapi mengikut panggilan kaum Zionis
kepada tapak tersebut sebagai "The Temple Mount". Tidak tahulah samada ini disedari oleh
umat Islam ataupun tidak, yang pastinya jangan terkejut satu hari nanti jika media di
negara-negara umat Islam pun akan menggunakan perkataan yang sama, hatta di Malaysia
sekalipun.

Fasa-Fasa Pembinaan

Usaha jahat Zionis ini telah bermula semenjak tahun 1967 lagi, apabila mereka berjaya

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

menawan kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa.


Bermula dari tarikh tersebut, mereka
telah memulakan penggalian di bawah
Masjid al-Aqsa di atas alasan mencari kuil
lama mereka yang didakwa telah tertimbus
di dawah bangunan Masjid al-Aqsa.
Selepas itu pelabagi percubaan lain yang
mereka lakukan seperti membakar,
percubaan meletupkan, merempuh masuk,
melakukan penyembelihan ke atas mereka
yang bersolat, dan yang terakhir sekali
ialah ugutan-ugutan golongan fundamentalis Yahudi untuk merobohkan masjid al-Aqsa
sebanyak lebih enam kali pada tahun 2005 sahaja, selepas Ariel Sharon menajisi Masjid al-
Aqsa pada tahun 2000 yang lalu. Fakta yang tidak dapat disangkalkan dan ianya sangat-
sangat membahayakan Masjid al-Aqsa ialah usaha penggalian terowong masih lagi aktif
dilakukan, dan ianya berterusan sehingga kini dan di masa-masa hadapan, dan kita ianya telah
mencapai fasa kelapan. Berikut adalah perincian kepada fasa-fasa penggalian terowong
tersebut:

Buka matamu luas2 !! Saya sedang dirogol oleh rejim Zionis sekarang !!

1) Fasa pertama (penghujung 1967 sehingga 1968):

Terowong sepanjang 70 meter di bawah tembok sebelah barat bangunan al-Haram al-Sharif
(Masjid al-Aqsa), di sebelah belakang kawasan solat muslimah dan di bawah muzium Islam
sehingga ke kubah al-Fakhriah.

2) Fasa Kedua (1969):

Terowong sepanjang 80 meter pula digali bermula daripada terowong yang telah digali
sewaktu fasa pertama. Terowong kali ini digali sehingga mencecah pintu "Magharibah" juga di
sebelah barat bangunan al-Harm al-Sharif. Ianya berada di bawah bangunan-bangunan milik
Zawiyyah Fakhriah yang sekarang ini dikenali sebagai Institut al-Shafie.

3) Fasa Ketiga (bermula 1970, tergendala sebentar sehingga 1974, dan kemudian disambung
penggaliannya semula pada 1975 sehingga kini:

Ianya digali sejauh 180 meter di bawah mahkamah Syariah bersebelahan dengan bangunan al-
Haram al-Sharif, serta merupakan bangunan yang tertua di dalam kota Baitul Maqdis.
Terowong yang digali ini berada di bawah lima pintu pagar utama Masjid al-Aqsa dan juga
beberapa bangunan bersejarah serta empat buah masjid, kubah-kubah Qayt Bay, pasar al-
Qatanin, beberapa buah sekolah dan juga kawasan-kawasan perumahan di sekitar Masjid al-
Aqsa. Dianggarkan tiga ribu orang Arab Muslim yang tinggal di kawasan perumahan tersebut.

4 & 5) Fasa keempat dan kelima (dari tahun 1973 sehingga 1974 di empat tempat yang

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

berlainan):

Tempat pertama: Di bawah mihrab Masjid al-Aqsa, sehingga 20 meter jarak ketinggiannya.

Tempat kedua: Di kawasan tenggara Masjid al-Aqsa yang utama.

Tempat ketiga: Di kawasan sebelah barat Masjid utama.

Tempat keempat: Di sekitar keempat-empat pintu masuk utama ke masjid utama.

Di ketiga-tiga tempat tersebut, ketinggian terowong yang digali itu telah menjangkaui 13
meter ke bawah. Penggalian ini telah menyebabkan keretakan yang nyata di dalam kawasan
Masjid yang utama (masjid Omar yang dikenali dengan Masjid al-Aqsa). Sebarang gegaran
yang kuat sudah cukup untuk meretakkan masjid tersebut serta merobohkannya).

6) Fasa Keenam (Bermula pada tahun 1975 dan berterusan sehingga kini):

Terowongnya bermula dari tembok sebelah timur, di antara tembok Mariam dan juga kawasan
Timur laut tembok kota Baitul Maqdis. Penggalian terowong ini menjejaskan kawasan
perkuburan yang terdapat di atas terowong tersebut dan bersebelahan dengan Masjid al-
Aqsa.

7) Fasa Ketujuh (Bermula 1975 sehingga kini):

Ianya bertujuan untuk meluaskan medan al-Buraq (ataupun dipanggil oleh kaum Zionis sebagai
medan "Kotel" yang bermaksud tembok ratapan). Pembinaan medan tersebut sahaja telah
memusnahkan beberapa bangunan milik umat Islam, seperti perpustakaan al-Khaliddiya
(perpustakaan tertua yang wujud di Baitul Maqdis), Mahkamah Syariah dan juga 35 buah
bangunan yang merupakan kawasan penempatan bagi 250 orang Arab Muslim yang mendiami
kawasan tersebut. Terowong yang dibina adalah merupakan kesinambungan daripada medan
tersebut dan menjadi sebahagian daripada kawasan "suci" bagi penganut agama Yahudi pro-
Zionis.

8) Fasa Kelapan (Bermula 1976 sehingga kini):

Ianya bertujuan untuk mencari kubur-kubur lama milik raja-raja Yahudi yang mereka dakwa
ditanam di bawah kota lama Baitul Maqdis mengelilingi kawasan sebelah barat Masjid al-Aqsa.
Motto utama penggalian ini ialah "Discover the graves of the kings of Israel in David's City".
Penggalian terowong ini telah menyebabkan keretakan pada tembok sebelah barat bangunan
masjid utama secara keseluruhan.

Penggalian di waktu kini

Sehingga kini, pihak rejim Zionis meneruskan usaha penggalian terowong di bawah masjid.
Panjang terowong yang pertama hasil dari kerja-kerja mereka sebanyak lapan fasa telah
menjangkau 500 meter dari tembok al-Buraq (Kotel menurut Zionis) sehinggalah ke kawasan

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

sebelah timur Baitul Maqdis. Terowong kedua pula bermula dari pintu al-Ghawanim di dalam
bangunan masjid menjangkau sehingga kawasan perumahan Arab Kristian di dalam kota lama.
Terowong ketiga pula bermula dari pintu Magharibah sehinggalah ke pintu al-Amud.

Gerakan intifada untuk menyelamatkan masjid Aqsa


amat2 ditakuti rejim Zionis

Terowong-terowong ini pada asalnya hanyalah kawasan


laluan air yang telah dibina semenjak zaman berzaman
untuk mengalirkan air hujan yang turun sewaktu musim
sejuk. Malangnya apabila pihak rejim Zionis berkuasa
penuh ke atas kota Baitul Maqdis, mereka mendakwa ianya
adalah sebahagian daripada bangunan lama kuil mereka
(yang mereka panggil Beit Ha Mikdash). Terowong yang
telah dibuka secara rasmi oleh kerajaan rejim Zionis pada
24 September 1996 sebenarnya hanyalah hasil pertemuan tiga saluran air bawah tanah yang
wujud semenjak pemerintahan Islam lagi dan berakhir di pintu Alwad berdekatan dengan
kubah batu (Qubah al-Sakhra). Usaha rejim Zionis hanyalah membesarkan terowong
tersebut sehingga boleh dilalui oleh para pengunjung, dan kemudiannya mendakwa bahawa itu
adalah sebahagian daripada kuil Sulaiman seterusnya menjadikan kawasan tersebut sebagai
lokasi-lokasi suci mereka.

Pendedahan Syeikh Raed Salah

Usaha jahat rejim Zionis ini telah didedahkan oleh Syeikh Raed Salah, Dato' bandar Umm al-
Fahm dan juga ketua Harakah Islamiyyah (gerakan Islam) di dalam kawasan Palestin 1948
(yang dikenali sebagai negara Israel). Menurut Syeikh Raed Salah, "Rancangan jahat Zionis
(menggali terowong-terowong yang wujud) adalah untuk membina kembali kuil Sulaiman yang
mereka dakwa, dan mereka merancang untuk menukarkan masjid Marwani (tingkat bawah
tanah Masjid al-Aqsa yang dibina semenjak zaman Marwan al-Hakkan salah seorang pemimpin
Bani Umayyah) kepada kuil mereka di bawah tanah. Mereka juga bercadang untuk
menghubungkan di antara masjid Marwani (yang akan mereka tukarkan kepada kuil) dengan
tembok al-Buraq (tembok ratapan menurut dakwaan Zionis) menerusi sebuah terowong yang
akan merentasi Masjid al-Aqsa. Syeikh Raed juga telah mendedahkan satu dokumentari yang
pernah ditayangkan oleh salah sebuah saluran televisyen Zionis mengenai keruntuhan Masjid
al-Aqsa yang bakal berlaku di dalam tempoh yang terdekat.

Menurut Syeikh Raed juga, tujuan utama penggalian terowong adalah untuk merobohkan
masjid al-Aqsa secara semulajadi. Sebarang gegaran, samada berpunca dari gempa bumi atau
letupan yang kuat sudah cukup untuk merobohkan masjid al-Aqsa. Jika berlaku yang
sedemikian, pihak rejim Zionis akan berlepas tangan dan tidak akan bertanggung jawab di
atas keruntuhan tersebut dan akan segera membina kuil mereka kerana mereka akan
mendakwa Masjid itu roboh dengan sendiri, dan tanah tersebut akan menjadi milik mereka
kerana tiada lagi masjid di atasnya. Apakah tindakan kita???

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005

Anda mungkin juga menyukai