Anda di halaman 1dari 67

PERDANA MENTERI

Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah (Alor Setar)
Bapa Pembangunan Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein (Pahang)
Bapa Perpaduan Tun Hussein bin Dato Onn (Johor)
Bapa Pemodenan Tun Mahathir Mohamad (Alor Setar)
Bapa Pembangunan Modal Insan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (Bayan
Lepas HSBM)
Bapa Transformasi Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pahang)
RUKUN NEGARA
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti
pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap
bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar
setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di
landasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERI.
Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut,
yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.
Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
PISA
Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student
Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and
Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita
Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009.
PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap
penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik.
Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000

pelajar terlibat.
Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (openended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice).
Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan
PIRLS.
TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study,
dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading Literacy Study.
Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini.
Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek
Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.
Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea, Hong
Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah negara-negara ini
sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, terutamanya
sistem pendidikan negara Finland.
Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong Kong dan
Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi dalam ujian
membaca, Sains dan Matematik.
Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut:
2009
Matematik - 57 (mata 404)
Sains - 53 (mata 422)
Membaca - 55 (mata 414)
2012
Matematik - 52 (mata 421)
Sains - 53 (mata 420)
Membaca - 59 (mata 398)
Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas
menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.
Dikatakan ada 3 faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar yang
tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza daripada
format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan guru dalam
menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar pengetahuan.
Untuk itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi bagi
mengatasi masalah ini.

1. KSSR / KSSM
Elemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan teknologi
maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) diperkenalkan
pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah
Menengah) pada tahun 2017.
2. i-Think
Kerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran dengan
menggunakan 8 Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah, dan
dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.

3. Kajian Susulan
KPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang pada
Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan sebagai
amalan terbaik pengajaran.
4. PPPM
Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan
penanda aras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik,
Sains dan Membaca.
Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan menambahkan
bilangan soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
5. Task Force TIMSS dan PISA
Pasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi tumpuan dalam meningkatkan kemahiran berfikir
aras tinggi dalam kalangan murid dan guru.
15 KATA MAJMUK DIEJA RAPAT
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
matahari
olahraga
pesuruhjaya
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
antarabangsa
beritahu

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui
penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional.
PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat
Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah
akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan
dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi
pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif
(pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif
(pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:
v Pentaksiran Sekolah
v Pentaksiran Pusat
v Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
v Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh
guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan
ialah lembaran kerja,pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan
rumah dan ujian.
Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah
oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat
sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan
pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan
marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain
yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).
Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk
mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran
berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti
murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:

mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu

memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu

membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu


Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara
mencapai taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.
Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS.
Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan Dokumen
Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu
disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard
Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.
Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif
semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran
atau pun di akhir tahun.
Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran
yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui
pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja
rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid
mereka.
Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan
Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan
dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia
merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan
boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard
prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam
dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan
murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang
kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada
pernyataan standard.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang
murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa
mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor
mentah seperti 81% atau pun gred A,B,C,D.
BAND

STANDARD

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Tahu dan Faham

Tahu

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di Band 1
mampu mengenal angka 1,2,3 ....
Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan faham
nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.
Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai
operasi mudah tambah, tolak, darab dan bahagi.
Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek
tersebut.
Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau
melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan
operasi tolak dengan mendahulukan rumah sa.
Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru,
dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi
matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji
telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?
Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan
inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan
menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi
contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam masalah seperti
membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50%
dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.00.
Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti
pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.

PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan


kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru
bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid.
Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya
kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap
pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat
dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau
terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang
diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS
bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan
individu.
Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS
memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.
Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk
memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor
perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila
diperlukan.
Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui
penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai
bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
a.
Pementoran
b.
Penyelarasan
c.
Pemantauan
d.
Pengesanan
Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan boleh
dilaksanakan secara formal dan tidak formal.
Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi
yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah dan boleh
dipercayai.
Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis
panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan
mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang dilantik di
peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan KPM
terlibat dalam proses ini.

Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen


pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan
kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan pegawai
KPM.
Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang,
Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan baik seperti dirancang. Setiap
individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan
adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti
hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.
PBS bukan konsep baru. Soalan, kuiz, latihan dalam kelas, kerja rumah dan projek adalah
kaedah yang sering diguna pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan murid dalam
setiap kemahiran yang diajar.
BAJET 2015
KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat, hari ini.
Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan
ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan,
memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan
program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding
peruntukan asal 2014.
* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan
pembangunan.
* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.
* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion
* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan
kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).
* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)
* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat
RM10.2 bilion berbanding 2014.
* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala
defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.

* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan
perkhidmatan (GST) pada 2015.
* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.
* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil
kerajaan RM13.8 bilion.
* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya
tambahan BRIM.
* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.
* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif
bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.
* Projek infrstruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km
dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5
bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran
Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi
sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke
Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang
(RM9 bilion).
* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion,
dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.
* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri
pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.
* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif
negara.
* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan
pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur
lebar berkelajuan tinggi
* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89
bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.
* RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta
(usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita
muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)
* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil
(RM30 juta).

* Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.
* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada
300 unit pertama.
* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000
pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.
* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai
tanggungan cukai.
* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata
peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil
dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.
* Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014.
* Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum
dalam masa terdekat.
* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program
pengajaran dan pembelajaran.
* Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah
menengah dan dua sekolah berasrama penuh.
* RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vakasional dan Teknik
* Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan
kebajikan pekerja terus terbela.
* Kerajaan perkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bagi membantu golongan pekerja yang
diberhentikan.
* RM600 juta diperuntukkan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat
swasta mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
* RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk
tajaan pelajaran.
* Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km melibatkan
jajaran Sarawak sepanjang 936 km dan Sabah (727 km) dengan kos pembinaan RM27
bilion.
* RM660 juta diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
(Esscom) bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur
Sabah (Esszone).

* Landasan lapangan terbang di Lahad Datu akan dipanjangkan bagi membolehkan


pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Skuadron Hawk akan dipindahkan dari Butterworth
ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta.
* RM2.26 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat bagi pembangunan dan operasi.
* Kerajaan akan wujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan RM100 juta bagi
membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
* Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan
Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas diumumkan.
* Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4
juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.
* RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi
memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan.
* RM23.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat seperti
membina Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, menambah
30 Klinik 1Malaysia, mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.
* RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga
emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) .
* RM117 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA
dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.
* 80,000 unit rumah PR1MA dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.
* Membina 26,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak
RM644 juta.
* Membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Aspirasi
Rakyat di atas tanah persendirian.
* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur
luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.
* Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan
bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang.
* RM17.7 bilion diperuntukkan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja
Malaysia (RM9.1 bilion) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebanyak RM804 juta
bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.

* Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditingkatkan daripada RM650 kepada


RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
* Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, bantuan BR1M
akan ditingkatkan daripada RM450 kepada RM750.
* Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran
minimum RM500 dan akan dibayar pada bulan Januari 2015, pesara kerajaan pula diberi
bantuan khas sebanyak RM250.- Bernama

GST
Goods & Services Tax (GST) merupakan satu nilai tambahan cukai atau Value Added Tax
(VAT) yang dikenakan ke atas setiap transaksi jualan barangan dan perkhidmatan yang
meliputi pelbagai peringkat bermula daripada peringkat pengeluar hinggalah ke pengguna
terakhir sesuatu barangan dan perkhidmatan. GST juga berperanan bagi menggantikan
cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada melihatkan kepada kelemahan kepada
kedua-dua jenis cukai tersebut.
Berikut merupakan perjalanan pelaksanaan GST sehingga sekarang:
Tahun 1988: Cadangan pelaksanaan Value Added Tax (VAT) oleh Tun Daim Zainuddin
(Menteri Kewangan ketika itu) dalam Bajet 1989.
Tahun 1992: Cadangan pelaksanaan Cukai Jualan & Perkhidmatan (CJP) oleh Datuk Seri
Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan zaman tersebut) dalam Bajet 1993.
Tahun 2004: Cadangan pelaksanaan GST oleh Datuk Seri Abdullah Badawi (Perdana
Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu) dalam Bajet 2005.
Tahun 2009: Rang Undang-Undang GST dibentangkan di dewan rakyat pada bacaan
pertama pada 16 Disember 2009.
Tahun 2010: GST ditangguhkan pelaksanaannya pada 13 Oktober 2010.
Tahun 2013: Tarikh pelaksanaan GST diumumkan dalam Bajet 2014.
Tahun 2015: GST dilaksanakan pada 1 April 2015.
Salah Faham mengenai GST ialah:
-GST dikenakan bersama-sama cukai yang sedia ada (cukai jualan dan -perkhidmatan).
-GST tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
-GST akan dibayar oleh setiap peringkat iaitu pengeluar, pemborong, peruncit dan juga
pengguna.
-GST tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Kita perlu fahami bahawa GST diadakan bagi menggantikan cukai jualan (10%) dan juga
cukai perkhidmatan (6%). Maka, tidak ada isu bahawa GST akan menambahkan lagi jumlah
cukai yang dikenakan kepada pengguna.
Mengikut teori asal apabila GST 6% dikenakan, maka SEPATUTNYA harga barangan dan
perkhidmatan akan BERKURANGAN atau KEKAL akibat ketiadaan cukai jualan (10%) dan
juga cukai perkhidmatan (6%). Begitu juga bagi barangan berkadar 0% dan juga barangan
dan perkhidmatan yang dikecualikan GST, SEPATUTNYA tiada kenaikan harga. Namun
kita perlu sedar bahawa apabila membicarakan mengenai ekonomi, kesan sesuatu
perubahan akan tetap memberikan kesan kepada yang lain (domino effect). Ini bermaksud
sekiranya tiada GST dikenakan sekali pun terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan
tersebut, maka ia tidak akan menghalang barangan atau perkhidmatan tersebut daripada
kenaikan harga akibat dikelilingi oleh barangan dan perkhidmatan lain yang dikenakan GST.
Situasi A
Keluarga berpendapatan rendah sebanyak RM1,000 sebulan. Setelah dikira (secara kasar)
melalui perbelanjaan mereka cukai yang akan dibayar sebanyak RM60, ini bermakna
sebanyak 6% pendapatan mereka digunakan untuk membayar cukai.
Situasi B
Keluarga berpendapatan tinggi sebanyak RM10,000 sebulan dan menganggap barangan
yang dibeli adalah sama dengan keluarga berpendapatan rendah, cukai yang dibayar
sebanyak RM60. Ini bermakna 0.6% pendapatan mereka digunakan untuk membayar cukai.
RMK10
Kepelbagaian corak kehidupan masyarakat Malaysia yang diwarnai dengan pelbagai kaum,
agama, budaya dan adat resam memerlukan kepimpinan negara menyediakan landasan
yang tepat untuk setiap rancangan. Perancangan yang menyeluruh dan mampan adalah titik
tolak kerajaan yang sentiasa peka dengan denyut nadi rakyat agar kemakmuran dan
keadilan dapat diagih secara saksama. Kerajaan sentiasa menyediakan perancangan yang
tersusun, menyeluruh dan adil untuk pembangunan negara dan rakyat yang berbilang kaum.
Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) adalah kesinambungan pelan rancangan
pembangunan negara jangka sederhana untuk tempoh lima tahun. RMK10 adalah bagi
tempoh 2011 hingga 2015 dirangka amat kritikal bagi meneruskan agenda pembangunan
negara ke arah menuju Wawasan 2020 dengan berpaksikan negara maju serta
berpendapatan tinggi. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian
diutamakan, kerajaan menggarap rancangan ini untuk memberi kesejahteraan kepada
rakyat tanpa mengira kaum, sempadan geografi dan politik.
Selaras dengan Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan, kerajaan menyasarkan RMK10
adalah pemangkin kepada pencapaian Wawasan 2020. Ekonomi yang berpaksikan
pengetahuan, inovatif, kreatif dan berkemahiran tinggi, dijana oleh sektor perkhidmatan akan
melonjakkan aspirasi negara pendapatan tinggi. Negara tidak boleh lagi bergantung
sepenuhnya kepada sektor eksport, pertanian, perlombongan dan elektronik selepas
kegawatan yang melanda ekonomi pada tahun 2008 lalu. Pengalaman Malaysia
mengharungi krisis kewangan dunia yang bergantung pada eksport telah mematangkan
kepimpinan kerajaan untuk mengorak langkah ke ekonomi yang berpaksikan perkhidmatan.

RMK10 adalah pelan rancangan pembangunan negara yang digubal untuk menyokong
pelaksanaan Model Baru Ekonomi, enam Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA), Bidang Ekonomi Utama Negara dan Pelan Transformasi Kerajaan. Perkara
tunjang atau yang lebih penting ialah melaksanakan Gagasan 1Malaysia agar seluruh rakyat
mendapat kehidupan yang sempurna dan berkualiti setanding dengan negara maju.
Peralihan atau perubahan daripada satu sistem yang lama kepada yang baru akan
mengambil masa kerana perubahan minda memerlukan masa.
RMK10 MELANGKAH KE HADAPAN
RMK10 telah dirangka dengan pelbagai pendekatan baru dalam perjalanan menuju ekonomi
berpendapatan dan berproduktiviti tinggi sesuai dengan Model Baru Ekonomi. Dalam
RMK10, Pendapatan Negara Kasar per kapita telah disasar untuk meningkat kepada RM38,
850 atau USD 12,140 pada tahun 2015. Keadaan ini memerlukan KDNK sebenar
berkembang pada kadar Enam peratus setahun.
Pertumbuhan akan diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan di samping
menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi serta penyerapan kaedah
ICT, bioteknologi serta kesesuaian teknologi semasa.
Di persada global, perjalanan negara ke arah Wawasan 2020 penuh dengan cabaran getir
dan tidak menentu. Malaysia tidak boleh lagi bergantung pada struktur kos yang rendah
untuk terus berdaya saing di peringkat antarabangsa. Arus globalisasi, liberalisasi dan
persaingan negara-negara seperti China, India, Brazil, Russia, Timur Tengah dan juga
negara jiran telah mewujudkan persaingan sengit kepada usaha untuk menarik lebih banyak
peluang perdagangan dan pelaburan. Malaysia perlu melaksanakan transformasi minda dan
ekonomi untuk terus kekal bersaing di peringkat global. RMK10 adalah landasan yang
sesuai digubal untuk melaksanakan perubahan untuk pembangunan negara yang seimbang
dan berdaya saing. Rakyat perlu bersedia untuk melangkah ke hadapan menerima dan
melakukan perubahan untuk bersama membangunkan negara.
RMK10 PEMANGKIN MODEL BARU EKONOMI
Penggubalan RMK10 berdasarkan kepada kesesuaian bagi mencapai matlamat Model Baru
Ekonomi (MBE). Setiap strategi yang dirangka merupakan pemangkin kepada kejayaan
MBE yang berpaksikan negara maju berpendapatan tinggi. Sokongan dan sumbangan
pelbagai sektor perlu bagi menjayakan setiap rangka strategi yang digubal dalam RMK10.
Sektor swasta dan awam akan memainkan peranan yang seiring bagi menzahirkan cita-cita
murni kerajaan. Perkongsian pintar yang akan menguntungkan kedua-dua pihak dilihat
mampu menjana pembangunan untuk negara bergerak ke arah negara maju menjelang
2020.
Kerjasama sektor awam dan swasta dengan perancangan dan pelaksanaan yang tersusun
akan dapat memacu pembangunan negara dengan lebih pantas. Tempoh waktu untuk
mencapai status negara maju menjelang 2020 hanya berada sekitar sepuluh tahun lagi.
Perubahan atau transformasi ekonomi negara yang diperkenalkan kerajaan wajar
dilaksanakan tanpa halangan atau kerenah birokrasi pentadbiran yang mengekang
kelancaran pelaksanaan. Sektor awam perlu melaksanakan perubahan beberapa prosedur

pentadbiran untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu kerjasama kedua
sektor adalah perubahan yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Pihak swasta akan diberi peluang menyertai pembangunan beberapa projek yang diterajui
syarikat berkaitan kerajaan (GLC ). Beberapa projek besar yang berjumlah RM63 bilion telah
dikenal pasti untuk dilaksanakan di bawah RMK10. Setakat ini 52 projek yang berimpak
tinggi telah dikenal pasti untuk dilaksanakan. Antara projek tersebut ialah pembinaan tujuh
lebuh raya , projek loji jana kuasa Elektrik dan pembangunan semula kawasan Sungai Buluh
di tanah Lembaga Getah Malaysia. Kesepakatan swasta dan syarikat berkaitan kerajaan
dijangka mencapai sasaran yang dihajati oleh kerajaan Dana untuk membiayai pelaksanaan
projek-projek berimpak tinggi akan disediakan oleh kerajaan sebanyak RM20 bilion melalui
Dana Mudah cara atau Facilitation Fund. Pewujudan Dana ini bertujuan merapatkan jurang
daya maju pelabur swasta dalam melaksanakan projek bernilai tinggi. Projek-projek ini
menjadi pemangkin kepada kesan limpahan pelabur yang dapat menjana ekonomi negara.
Dianggarkan dalam tempoh pelaksanaan RMK10, syarikat-syarikat swasta yang bekerja
sama dengan GLC mampu menarik sehingga RM200 bilion nilai pelaburan swasta.
Melalui bantuan dan inisiatif pelbagai dana yang disediakan kerajaan, syarikat-syarikat
swasta akan lebih berdaya saing di samping mengurangkan risiko. Sebanyak RM500 juta
diperkenalkan bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.
Jaminan dan penyediaan dana modal serta sokongan penuh GLC akan dapat memacu
kelancaran syarikat yang mula menceburi bidang perniagaan. Tahap risiko dan jaminan
modal yang dijamin kerajaan akan memberi peluang kepada syarikat-syarikat swasta
berkembang dan menarik pelabur luar untuk pengkomersilan pintar dengan syarikat
multinasional.
Ekonomi yang berasaskan perkongsian pintar antara swasta dan kerajaan akan
menguntungkan kedua pihak. Situasi menang menang akan menjamin KDNK negara
mencatat yang tinggi serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.
Limpahan ekonomi yang stabil serta berdaya maju akan memberi peluang kepada rakyat
tempatan mengecapi pendapatan yang lebih tinggi melalui pekerja yang berpengetahuan
serta berkemahiran tinggi. Hasrat menzahirkan rakyat yang berpendapatan tinggi akan
terlaksana menjelang 2020. Sokongan dan kerjasama antara swasta dan awam lebih
menjamin kestabilan ekonomi jangka panjang dengan meraih pelbagai keuntungan kedua
pihak.
INFASTRUKTUR BERTARAF DUNIA
Selaras dengan harapan dan cita untuk menjadi negara maju menjelang 2020, kemudahan
dan infrastruktur yang lengkap akan disediakan. Lebuh raya, kemudahan awam rakyat,
landasan kereta api berkembar serta rangkaian telekomunikasi yang pantas dan meliputi
semua kawasan akan dibangunkan dalam tempoh RMK10. Status negara maju dan rakyat
berpendapatan tinggi memerlukan pencapaian infrastruktur dan jalinan komunikasi yang
canggih meliputi seluruh negara tanpa batas sempadan geografi.
Pembinaan Lebuh raya Pantai Timur fasa 2 yang menghubungkan Kuantan dengan Kuala
Terengganu akan memberi manfaat kepada penduduk sepanjang rangkaian tersebut.

Limpahan pembangunan akan dapat dinikmati oleh penduduk melalui pelbagai aktiviti
ekonomi yang dapat diusahakan. RM3.7 bilion telah di peruntukan dalam RM10 untuk
melaksanakan pembinaan Lebuh raya tersebut. Di samping itu pembinaan jalan raya antara
Kuala Lipis ke Cameron Highland dan Jerantut ke Sungai Lembing di pedalaman Negeri
Pahang akan memberi keselesaan dan kemudahan kepada penduduk mengeluarkan hasil
mahsul serta mengembangkan peluang ekonomi lain. Keprihatinan kerajaan dalam
menyediakan rangkaian Lebuh raya dan jalan raya yang menghubungkan bandar, pekan
dan kampung seluruh negara akan menggambarkan Malaysia mempunyai kemudahan
pengangkutan darat yang lengkap.
Rangkaian landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Bahru dengan peruntukan RM
8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap landasan dari Padang Besar di Utara ke
Johor Bahru di Selatan yang telah diperuntukkan RM16.5 bilion dan dijangka siap menjelang
2015. Pertambahan pengguna pengangkutan awam seperti kereta api akan memberi
keselesaan kepada rakyat. Kesesakan lalu lintas dan kenaikan kos bahan api akan memberi
pilihan kepada rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam. Di samping itu
pengangkutan kargo barang-barang juga akan dapat digunakan secara optimum dengan
pengangkutan kereta api.
Kemudahan pengangkutan awam yang bersepadu dan moden perlu diwujudkan di Kuala
Lumpur sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Pembangunan kemudahan awam yang
bertaraf dunia sekitar Kuala Lumpur akan dilaksanakan dalam tempoh RMK10. Mass Rapid
Transit(MRT), yang berkapasiti tinggi sepanjang 150 km akan dibangunkan. Pembangunan
ini akan dapat menampung dua juta penumpang sehari . Keperluan dan keutamaan
memperlengkapkan Kuala Lumpur sebagai pusat komersial antarabangsa menjadi
keperluan kerajaan menjelang 2015 agar setanding dengan negara maju.
Penyediaan infrastruktur yang bertaraf dunia sewajarnya dibangunkan di negara ini sebelum
negara melangkah menjadi negara maju pada 2020. Urusan eksport dan import yang
melibatkan pengangkutan laut juga wajar diberi perhatian yang khusus. Pergerakan dan
kemasukan kapal-kapal dagang ke negara ini akan meningkatkan perdagangan
antarabangsa. Keselesaan dan kemudahan laluan kapal juga diberi penekanan dalam
RMK10. RM1 bilion bagi kerja menaik taraf infrastruktur maritim termasuk kerja
mendalamkan muara di alur pelayaran bagi keperluan kapal yang lebih besar. Menaik taraf
serta memperbaiki kemudahan di Pelabuhan Barat, Tanjung Pelepas dan Pulau Pinang bagi
meningkatkan keupayaan import dan eksport. Sebanyak RM6bilion diperuntukkan bagi
kerja-kerja menaik taraf pelabuhan tersebut.
Pandangan utama pelancong atau bakal pelabur terhadap sesebuah negara adalah kepada
Lapangan Terbang. Kemudahan dan keselesaan yang bertaraf dunia wajar disediakan
kerajaan terhadap semua pintu masuk udara di negara ini terutama yang berstatus
Lapangan Terbang Antarabangsa. RM10 telah memperuntukkan RM 3.3 bilion untuk
meningkatkan kapasiti Lapangan Terbang di negara ini selaras dengan penambahan
penumpang dan kargo udara. Kemudahan dan keselesaan pengguna terutama pelancong
asing akan memberi pulangan yang menguntungkan negara. Di samping itu imej negara di
mata dunia akan meningkat serta menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan.

Mempunyai rangkaian telekomunikasi yang canggih serta menyeluruh antara ciri negara
maju. Penyediaan Jalur Lebar berkelajuan tinggi akan memacu kepesatan pembangunan
dan kemajuan ekonomi negara. RMK10 akan melaksanakan projek Jalur Lebar berkelajuan
tinggi secara berperingkat ke seluruh negara bagi menyediakan perkhidmatan yang selesa
dan memuaskan pengguna. Kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman akan di bekalkan
dengan kemudahan Jalur Lebar mengikut kesesuaian dan kepentingan. Perkhidmatan tanpa
wayar akan disediakan dengan pakej mampu milik di kawasan luar bandar atau pedalaman.
Pembangunan sistem Jalur Lebar berkelajuan tinggi akan dapat memberi peluang kepada
rakyat terutama pelajar mengakses internet di mana-mana dalam negara ini. Kemudahan
prasarana ini bertujuan memberi rakyat peluang yang sama rata antara bandar dan luar
bandar. Di samping itu kerajaan berharap setiap rakyat mampu menjadi warga yang celik
ICT dan bermaklumat.
KEADILAN SOSIAL
Penggubalan RMK10 bertepatan dengan pelaksanaan kerajaan menjayakan Gagasan
1Malaysia. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik dan adat budaya
akan menerima peluang yang sama dalam pelbagai bidang. Keselesaan dan kemudahan
rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan menjadi fokus dalam RMK10 agar
tiada kumpulan atau kaum yang tersisih daripada arus pembangunan negara. Hasrat
membangunkan negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi tidak meminggirkan
mana-mana kumpulan atau golongan yang masih memerlukan perhatian khusus daripada
kerajaan.
Kebergantungan rakyat kepada subsidi perlu diubah kerana kebanyakan subsidi dinikmati
oleh golongan yang berada dan berkemampuan. Kerajaan akan menyusun semula
pemberian subsidi kepada rakyat, namun bantuan kepada kumpulan yang memerlukan akan
diteruskan agar golongan ini tidak tersisih daripada arus perdana kemajuan negara.
Kerajaan sentiasa peka dengan denyut nadi rakyat agar tiada yang terpinggir daripada
setiap program atau dasar yang diperkenalkan.
Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan pendekatan agropolitan akan
dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada masyarakat Orang Asli serta
Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini untuk golongan ini akan
membolehkan mereka memajukan dengan bantuan kerajaan. Di samping itu mereka turut
diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan,
pendidikan dan kemahiran. Kerajaan tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang
tertinggal dalam pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial perlu diutamakan. Pemberian
tanah serta usaha memajukan pertanian secara berkelompok membolehkan mereka
menikmati pendapatan yang lebih lumayan.
Tumpuan juga akan diberi kepada masyarakat India yang tinggal di Estet dengan
menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Peruntukan sebanyak
RM109 juta disediakan untuk menyediakan bekalan air bersih kepada pekerja ladang agar
mutu kehidupan dapat dinikmati. Turut diberi perhatian ialah penduduk Cina yang menghuni
kampung-kampung baru. Kebanyakan masalah yang dihadapi masyarakat kampung baru
adalah berkaitan dengan premium tanah yang dihuni mereka. Peruntukan sebanyak RM100
juta sebagai dana permulaan untuk mereka membayar premium tanah. Bank Simpanan
Nasional dilantik untuk menyalurkan pinjaman mudah kepada penduduk kampung baru.

Keprihatinan kerajaan terhadap setiap kaum atau kumpulan minoriti di negara ini agar tiada
yang terpinggir dengan setiap pelan pembangunan kerajaan terutama RMK10.
Program pembangunan latihan kemahiran akan disediakan kepada golongan muda
terutama yang berminat dengan perniagaan. Penyediaan kemudahan kredit melalui TEKUN
dan AIM akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar. Kemudahan ini akan
dipakej bersama dengan latihan keusahawanan bagi membina keupayaan mereka dalam
bidang pengurusan kewangan, penyelidikan, rancangan perniagaan, pemasaran dan
promosi. Penyediaan segala peluang ini bertujuan untuk mengurangkan jurang antara
penduduk terutama yang tinggal di bandar. Melalui latihan dan penyediaan mikro kredit ini
rakyat terutama golongan muda berpeluang memajukan diri, masyarakat dan negara
dengan menceburi bidang perniagaan.
MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
Pembangunan Modal Insan menjadi kesinambungan dalam RMK10. Hasrat menjayakan
Model Baru Ekonomi dan mencapai status negara maju menjelang 2020 serta negara
berpendapatan tinggi lahirnya daripada pembangunan modal insan kelas pertama. Bermula
daripada kanak-kanak sehingga golongan belia wajar menerima pendidikan dan kemahiran
yang bersesuaian dengan keperluan negara. Ekonomi yang berpaksikan perkhidmatan dan
kepakaran tinggi dengan inovatif serta kreatif memerlukan penyediaan peluang-peluang
pengajian dan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi. RMK10 banyak menyediakan
segala kemudahan fizikal dan bukan fizikal kepada bidang pendidikan untuk menjana
pelaksanaannya.
Menyediakan modal insan kelas pertama yang berkualiti serta pengetahuan yang tinggi
dengan nilai-nilai inovatif dan kreatif perlu bermula daripada zaman kanak-kanak. Proses
pembelajaran yang dimulai daripada zaman kanak-kanak akan mengerakkan daya kreatif
yang tinggi selain percambahan ilmu di peringkat awal usia. Di akhir tempoh RMK10,
kerajaan akan mengurangkan umur persekolahan daripada enam ke lima tahun untuk
mencapai matlamat menyediakan pendidikan di awal usia agar percambahan kreativiti dapat
digarap dengan lebih bersistem.
Guru atau tenaga pengajar merupakan aset utama kepada pembelajaran dan pengajaran.
Guru yang terlatih dan berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang berkaitan akan dapat
melahirkan pelajar atau murid yang berkualiti. Latihan dan pengambilan guru dalam tempoh
RMK10 akan memberi tumpuan kepada aspek-aspek kemahiran, inovatif, kreatif dan
kelayakan yang sewajarnya di samping menambah bilangan guru siswazah sehingga 60
peratus di sekolah rendah seluruh negara.
Subjek-subjek kritikal seperti Bahasa Malaysia, Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik
memerlukan guru yang berkualiti dan mahir dalam bidang berkenaan. Pengambilan guru
dalam subjek-subjek tersebut akan dipertingkatkan dengan memastikan hanya yang
berkelayakan dan berminat ditawarkan mengisi jawatan tersebut. Begitu juga pendidikan
prasekolah yang menentukan permulaan pendidikan kepada kanak-kanak. Pendidikan
prasekolah juga dititik beratkan dengan meningkatkan pengambilan tenaga pengajar kepada
kelayakan Diploma atau Sarjana Muda. Selaras itu juga kerajaan akan menjadikan profesion
perguruan sebagai profesion yang cemerlang dan menjadi pilihan utama. Pembentukan
modal insan yang berkualiti adalah bermula dengan penyediaan segala kemudahan dan
tenaga pengajar yang berkualiti.

Kerjasama dan penglibatan swasta memajukan sistem pendidikan negara akan


mempercepatkan proses kecemerlangan pendidikan negara. Kerajaan akan memberi
insentif RM10,000 kepada sektor swasta yang menubuhkan pendidikan prasekolah di
institusi mereka. Melalui kaedah dan galakan ini bilangan prasekolah akan dapat
ditambahkan dengan keselesaan dan kemudahan yang lengkap. Keselesaan suasana
pembelajaran akan memberi semangat dan galakan kepada kanak-kanak untuk menghayati
agar minat mereka belajar dapat diterjemahkan.
Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan agama juga tidak
ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan merupa dana tahunan disediakan untuk
sekolah-sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga kepada sekolah
mubaligh ( mission school ). Setiap satu akan menerima RM70 juta yang melibatkan
peruntukan RM280 juta bagi tempoh 2011 dan 2012. Pengiktirafan juga diberi kepada
lulusan sekolah menengah agama untuk menjadi guru pendidikan Islam dan J-QAF. Begitu
juga dengan lepasan yang berkelayakan daripada sekolah-sekolah jenis kebangsaan untuk
mengikuti kursus latihan guru.
Di samping itu untuk meringankan beban sekolah bantuan modal, kerajaan akan
menyediakan bantuan pembayaran utiliti iaitu bil eletrik dan air sehingga RM2,000 sebulan.
Sebanyak 1,900 buah sekolah bantuan modal akan menikmati bantuan tersebut. RMK10
memberi peluang kepada memperkasakan pendidikan negara tanpa mengira kaum dan
bentuk pendidikan. Matlamat utama kerajaan ialah memberi pendidikan yang menyeluruh
kepada kanak-kanak di seluruh negara. Mereka akan penentu dan modal insan yang akan
membina negara di masa depan.
Peluang dan ruang untuk membangunkan modal insan begitu banyak disediakan kerajaan
untuk memberi pendidikan yang menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Tiada satu kumpulan
atau kaum yang dipinggirkan untuk sama-sama menikmati kemakmuran negara hasil
limpahan ekonomi berkat kesepaduan dan kemuafakatan kerajaan. Matlamat Gagasan
1Malaysia untuk membentuk sebuah negara bangsa yang berdaulat serta stabil akan dapat
diwujudkan lebih awal melalui pendidikan yang bersepadu kepada rakyat bermula daripada
kanak-kanak. Kanak-kanak lebih memahami dan menghayati segala nilai dan aspirasi
1Malaysia melalui pendidikan yang terancang. RMK10 adalah pemangkin kepada
pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia yang diilhamkan dalam Rukun Negara.
PENGIKTRAFAN KEPADA UNIVERSITI
Melahirkan modal insan yang berilmu serta berkualiti secara berterusan menjadi fokus
utama kerajaan untuk menjayakan misi nasional dan menterjemahkan Model Baru Ekonomi.
Ekonomi yang berpaksikan pengetahuan, kreativiti dan inovasi memerlukan tenaga mahir
dan pakar yang mampu mengilhamkan perkhidmatan terbaru. Pendidikan tinggi adalah
pemangkin kepada melahirkan cendekiawan dan tenaga-tenaga pakar negara. Universiti di
negara ini telah berjaya mencipta serta menempa kejayaan yang membanggakan negara.
Banyak penemuan baru dan tenaga pakar telah dikeluarkan. Terdapat ramai yang telah
mencipta nama di luar negara dan berkhidmat dengan agensi luar negara.
RMK10 memberi peluang kepada universiti-universiti tempatan untuk mendapatkan
autonomi secara berperingkat. Melalui autonomi ini, setiap universiti akan mempunyai kuasa
dan hak untuk menjana pendapatan dan mengurus dengan acuan dan kehendak mereka.

Walau pun begitu kerajaan akan memastikan agar mutu serta matlamatnya tidak
menyimpang daripada landasan pewujudan universiti. Melalui pemberian autonomi ini,
setiap universiti akan dapat mengukuhkan peranan dan meningkatkan prestasi institusi
berkenaan serta mempunyai daya saing yang sihat.
Penambahan tenaga pakar akan dapat diwujudkan melalui pengajar atau pensyarah yang
berkaliber serta mempunyai tahap akademik yang tinggi. Penambahan bilang pensyarah
yang mempunyai kelayakan PhD akan ditambah di setiap universiti sejajar dengan matlamat
melahirkan graduan yang mampu bersaing di pasaran global serta mempunyai kepakaran
yang tinggi. Semasa pelaksanaan RMK10, penambahan kepada 75 peratus pensyarah yang
memiliki PhD akan dilaksanakan di universiti-universiti penyelidikan. Pada masa ini terdapat
empat buah universiti yang telah diiktiraf sebagai universiti penyelidikan. Dalam RMK10,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan diiktiraf sebagai universiti penyelidikan
menjadikan Malaysia mempunyai lima buah universiti penyelidikan. Dengan penambahan
universiti pendidikan di negara ini, akan dapat melahirkan lebih ramai pengkaji, penyelidik
dan pencipta yang bertaraf dunia.
LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
Model Baru Ekonomi akan dipacu oleh modal insan yang berkualiti, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi. Bagi menjayakan hasrat negara berpendapatan tinggi melalui
perkhidmatan yang kreatif dan berinovatif, penyediaan peluang-peluang latihan kemahiran
kepada rakyat semestinya seiring dengan keperluan tersebut. Bermula dengan Pakej
Rangsang Ekonomi yang diperkenalkan ketika negara berhadapan dengan kegawatan
ekonomi, kerajaan terus melaksanakan latihan dan kemahiran vokasional kepada pekerja
tempatan. Penyediaan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir wajar diteruskan agar
negara tidak terus bergantung dengan tenaga kerja asing. Rakyat tempatan wajar
membangunkan negara sendiri agar nisbah pengangguran negara tidak meningkat.
RMK10 banyak menyediakan peluang kepada pekerja-pekerja tempatan untuk
memantapkan ilmu dan kemahiran agar dapat mengisi keperluan pasaran kerja di masa
depan. Ekonomi yang berpaksikan perkhidmatan dan kemahiran tinggi memerlukan pekerja
yang berkemahiran serta berilmu. RM500 juta akan disediakan melalui Perbadanan
Kemahiran dalam bentuk pinjaman kepada pekerja bagi mengikuti latihan untuk peningkatan
kelayakan dan kemahiran. Dianggarkan seramai 38,000 pekerja akan menikmati peluang ini.
Kerajaan juga melalui Tabung Pembangunan Sumber Manusia serta Perbadanan
Perusahaan Kecil dan Sederhana akan menyediakan geran sepadan untuk membangunkan
latihan kemahiran kepada pekerja. Melalui geran ini kerajaan membantu majikan dan
industri untuk melatih pekerja bersesuaian dengan keperluan semasa.
Sijil Kemahiran Malaysia akan diiktiraf sebagai kesesuaian kepada pasaran kerja dan
keperluan masa depan. Seramai 60,000 pekerja yang mempunyai pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman akan diiktiraf oleh kerajaan melalui pemberian Sijil Kemahiran Malaysia.
Langkah ini akan menggalakkan lebih ramai rakyat terutama golongan muda berminat
dengan bidang kemahiran. Program atau tindakan ini akan dapat melahirkan pekerja yang
mempunyai keyakinan diri dan mampu bersaing di pasaran. Di samping itu pengurangan
kepada tenaga kerja asing dalam bidang-bidang tertentu dapat dikurangkan agar pengaliran
wang keluar negara dapat dibendung.

KESELAMATAN NEGARA KESEJAHTERAAN RAKYAT


Keselamatan adalah aset utama bagi menentukan kestabilan dan kemakmuran sesebuah
negara. Keadaan yang aman di mana rakyat dan pelabur bebas bergerak tanpa sebarang
perasaan curiga akan menjamin kemakmuran ekonomi negara. Negara yang kadar jenayah
seperti rompak, ragut, samun, curi dan peras ugut akan diyakini oleh para pelabur dan
pelancong luar negara untuk menanam modal atau melancung. Kerajaan telah mengambil
langkah awal mengurangkan kadar jenayah negara dengan memperkenalkan salah satu
NKRA iaitu mengurangkan kadar jenayah negara. Rakyat memerlukan keadaan yang
selamat dan bebas untuk menikmati kehidupan di samping meneruskan aktiviti ekonomi.
Bidang Keberhasilan Negara berkaitan dengan jenayah yang menjadi keutamaan kerajaan
ialah mengurangkan sehingga ke paras sifar menjelang 2015. Peruntukan yang besar saban
tahun telah diberikan kepada PDRM bagi melaksanakan program dan aktiviti pengurangan
jenayah terutama di bandar-bandar besar yang menjadi tumpuan rakyat dan pelancong.
RMK10 telah memperuntukkan RM2.4 bilion untuk menjaga kebajikan anggota polis seperti
menaik taraf balai polis, kediaman serta menambah prospek kerjaya sebagai motivasi untuk
meningkatkan prestasi pasukan polis. Polis diberi tanggungjawab yang besar untuk
menangani masalah jenayah bagi memberi keyakinan kepada rakyat tentang keselamatan
negara dan mereka adalah terjamin.
Memupuk budaya kesukarelaan dalam masyarakat Malaysia menjadi agenda dalam
program pengurangan kadar jenayah. Penglibatan semua pihak sama ada kerajaan, swasta
dan orang ramai amat digalakkan bagi menghidupkan semangat kesukarelaan seperti
pasukan rondaan kampung, taman perumahan dan pekan-pekan bagi mengurangkan kadar
jenayah. Peruntukan sebanyak RM2.04 juta disediakan bagi melaksanakan program
membina pasukan kesukarelaan bagi mengurangkan jenayah. Di samping itu RM120 juta
juga diperuntukkan di bawah Skim Rondaan Sukarela dalam bentuk inisiatif bagi
menggalakkan budaya kesukarelaan seperti program Rukun Tetangga dengan penyertaan
penduduk setempat di kawasan kejiranan.
KEMUDAHAN KESIHATAN
Satu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah penjagaan dan perkhidmatan
kesihatan yang lengkap di samping rakyatnya sihat dan cerdas. Penyediaan kemudahan
kesihatan yang menyeluruh serta bertaraf dunia telah lama dilaksanakan oleh kerajaan.
Kerajaan sentiasa memastikan tidak ada kawasan atau rakyat yang tidak mendapat
perkhidmatan kesihatan di negara ini. Sejak RMK pertama hingga RMK10 perkhidmatan
kesihatan sentiasa diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Banyak hospital, pusat
kesihatan, klinik, klinik bergerak tidak ketinggalan juga hospital pakar telah banyak didirikan
di setiap negeri dalam negara ini. Peruntukan yang berbilion ringgit setiap tahun telah diberi
kepada sektor kesihatan bagi menjamin kualiti kesihatan kepada rakyat.
RMK10 telah menyediakan peruntukan sebanyak RM637 juta untuk membina 156 buah
klinik di kawasan luar bandar,41 klinik kesihatan komuniti dan 50 klinik 1Malaysia. Tanpa
mengira lokasi sama ada bandar, pedalaman atau taman perumahan, kerajaan sentiasa
menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat. Tidak ada mana-mana kawasan atau
rakyat yang terpinggir daripada menikmati peluang kesihatan percuma di negara ini.
Keprihatinan kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan bertujuan mewujudkan rakyat
Malaysia yang sihat, cergas dan mampu melaksanakan pembangunan untuk negara atau
menyumbang secara yang mampu.

Kemewahan dan nikmat pembangunan yang dikecapi rakyat Malaysia kini telah
menyebabkan pertambahan bilangan pesakit. Pelbagai penyakit sama ada kronik atau
wabak semakin bertambah di negara ini menyebabkan kebanyakan hospital kerajaan
menjadi sesak. Prihatin dengan situasi ini, kerajaan sentiasa menambah bilangan hospital
dengan membina bangunan tambahan atau baru. Empat buah hospital baru dan empat
yang akan di naik taraf akan dilaksanakan dalam RM10. Peruntukan sebanyak RM600 juta
telah disediakan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat yang
memerlukan rawatan.
PERUMAHAN UNTUK RAKYAT
Keselesaan rakyat menjadi agenda utama kerajaan dalam sebarang perancangan. Rumah
merupakan perkara yang sering diperkatakan oleh rakyat terutama yang menghuni kawasan
perbandaran. Pertambahan penduduk serta luasnya peluang pekerja telah mendesak rakyat
terutama golongan muda berhijrah ke kawasan-kawasan industri atau ke perbandaran.
Keperluan perumahan semakin mendesak rakyat untuk menyewa atau membeli kepada
yang berkemampuan. Pembinaan perumahan yang dibangunkan oleh swasta tidak mampu
dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Kerajaan terpaksa membentuk
badan yang dipertanggungjawabkan mengenai urusan penyediaan perumahan rakyat.
Syarikat Perumahan Negara telah mengenal pasti, merancangkan dan mengambil alih
segala projek perumahan yang terbengkalai untuk menjamin hak rakyat tidak disia-siakan.
Di samping itu Syarikat Perumahan Negara merancang pembinaan perumahan rakyat
mampu milik untuk memenuhi tuntutan perumahan rakyat.
78,000 unit rumah mampu milik akan dibina dalam RMK10 untuk memberi keselesaan
kepada rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah. Penyediaan perumahan yang
teratur dan terurus akan membendung pembinaan setinggan yang menjijikkan
pemandangan bandar-bandar terutama Kuala Lumpur. Sasaran setinggan sifar menjelang
2020 menyebabkan kerajaan merancang, membina dan menempatkan masyarakat di
bandar-bandar agar segala perancangan dan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan
berkesan.
Di samping itu kemudahan di kawasan perumahan seperti taman permainan, lif, tangki air
dan lain-lain kemudahan bersangkutan akan dipertingkatkan. RM500 juta diperuntukkan
untuk membaik pulih dan penyelenggaraan kemudahan tersebut demi memberi keselesaan
kepada penduduk. Tanpa mengira perumahan awam yang dimajukan kerajaan mahu pun
yang dibina swasta. Hasrat memberi keselesaan kepada rakyat menjadi aspirasi kerajaan
berdasarkan 1Malaysia Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
MENINGKATKAN EKUITI BUMIPUTERA
Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan tidak akan dipinggirkan dalam
apa-apa dasar kerajaan sekalipun. Penglibatan dan peranan bumiputera dalam memajukan
negara wajar diberi keutamaan. Hak istimewa dan kedudukan bumiputera tidak akan digadai
atau berkompromi dengan segala anasir yang ingin mencabulnya. Rangka atau pelan untuk
memperkasakan bumiputera telah dikenal pasti kerajaan dalam menyediakan RMK10.
Meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera melalui penginstitusian. Program ekuiti swasta
dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan seperti PNB, Lembaga Tabung Angkatan
Tentera dan Tabung Haji akan diperbaharui, diperkukuh dan diperluas bagi menggembleng

pelbagai dana dalam usaha memperluas pemilikan dan kawalan ekuiti bumiputera. Kerajaan
telah menubuhkan EKUINAS sebagai institusi pelaburan swasta bumiputera. EKUINAS
mirip kepada Permodalan Nasional Berhad, dengan penekanan khusus untuk melabur ke
dalam syarikat sederhana besar yang berpotensi tinggi, agar dapat disokong sehingga
menjadi peneraju utama dalam sektor masing-masing. EKUINAS membawa pendekatan
baru yang lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit. Kerajaan akan menyokong
usahawan bumiputera berwibawa dan golongan profesional bumiputera yang berkeupayaan
untuk mengembangkan syarikat masing-masing ke tahap yang lebih tinggi sehingga ke
peringkat antarabangsa.
Mempertingkatkan pemilikan hartanah bumiputera. Pelaburan Hartanah Berhad akan
menubuhkan Tabung Pelaburan Amanah Hartanah untuk mengurangkan kekangan kepada
bumiputera untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan industri serta mendapat
faedah daripada peningkatan hartanah tersebut. Kampung Baru di Kuala Lumpur,
merupakan aset bumiputera yang berharga di tengah Pusat Bandar raya. Kampung Baru
perlu dibangunkan semula supaya pemilik tanah dapat merealisasikan nilai sebenar
hartanah mereka tanpa menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai pemegang asal
tanah di kawasan tersebut.
Kerajaan akan menambahbaik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta
pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan bumiputera. Pakej bersepadu akan
dilaksanakan bagi meningkatkan daya saing dan daya maju Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera. Pakej ini termasuk latihan keusahawanan, bantuan teknikal,
pembiayaan, khidmat rundingan serta promosi dan pemasaran. Bagi meningkatkan akses
kepada kemudahan pembiayaan, RM1.5 bilion telah diperuntukkan untuk kemudahan
usahawan bumiputera.
Membangunkan guna tenaga profesional bumiputera secara lebih menyeluruh. Kerajaan
telah berjaya melahirkan banyak profesional bumiputera termasuk ahli korporat, akauntan,
jurutera, doktor, peguam dan profesional lain. Sehingga kini kebanyakan sektor atau
profesion telah diceburi oleh golongan profesional bumiputera. Kejayaan melahirkan
profesional bumiputera adalah berkat usaha dan kesungguhan kerajaan memajukan
golongan bumiputera agar mereka dapat bersaing dengan kaum-kaum lain. Dalam tempoh
2000 hingga 2008, guna tenaga profesional bumiputera telah meningkat daripada 56
peratus kepada 63 peratus.
Satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan
agenda pembangunan bumiputera akan ditubuhkan dan dipengerusikan Perdana Menteri
dengan dianggotai beberapa menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan dan pihak swasta.
Tanggungjawab dan kesungguhan membangunkan taraf kehidupan bumiputera menjadi
tunjang kepada setiap dasar atau program pembangunan kerajaan agar golongan
bumiputera tidak tersisih daripada arus kemajuan. Sesungguhnya program pembangunan
usahawan bumiputera akan mempercepatkan proses pegangan ekuiti bumiputera sebanyak
30 peratus dalam negara sebagaimana yang dihajati dalam Dasar Ekonomi Baru 1970.
KESIMPULAN
Tempoh Malaysia menuju mencapai Wawasan 2020 dengan matlamat negara maju berserta
negara berpendapatan tinggi sebagaimana inti pati daripada Model Baru Ekonomi hanya

tinggal sepuluh tahun lagi. RMK10 adalah landasan kepada pencapaian matlamat tersebut
kerana di akhir pelaksanaannya, negara dan rakyat semestinya sudah bersedia menempuh
RMK11 yang akan menuju negara maju pada 2020. Penyertaan rakyat terutama bumiputera
dalam menerima, menghayati dan melaksanakan segala teras dan strategi dalam RMK10
adalah wadah kepada kejayaan rancangan tersebut. Hasrat dan nilai murni sesuatu
perancangan tidak tercapai tanpa penerimaan dan penyertaan rakyat. RMK10 pula digubal
dengan teliti untuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan rakyat apabila negara
berada persada global.
Peruntukan RM230 bilion untuk tempoh 2011 hingga 2015 meliputi keseluruhan sektor .
Kerjasama awam swasta amat diharapkan bagi melaksanakan pembangunan negara
dijayakan melalui penglibatan bersama. RMK10 menggalakkan perkongsian pintar antara
sektor awam dan swasta kerana limpahan dan pembangunan ekonomi yang tinggi akan
menguntungkan pihak swasta di samping kerajaan menerima hasil dalam bentuk cukai.
Dalam tempoh peralihan model ekonomi sedia ada kepada Model Baru Ekonomi, kerjasama
dan penglibatan swasta amat digalakkan kerana mereka adalah penggerak dan penjana
ekonomi negara.
RMK10 meliputi pengagihan yang menyeluruh tanpa menyisihkan mana-mana kumpulan
atau golongan minoriti di negara ini. Pengagihan kekayaan negara yang saksama dan
mengutamakan kepentingan keseluruhan rakyat menjadi teras perancangan. Sejajar
dengan Gagasan 1Malaysia, RMK10 tetap berpaksikan kepada kepentingan dan
mendahulukan rakyat di samping meningkatkan pencapaian. Kaum bumiputera dan Orang
Asli sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak mendapat perhatian yang khusus,
di mana kerajaan banyak memberi bantuan, galakkan dan kemudahan untuk membolehkan
mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana kemajuan.
Penyediaan dan pembangunan modal insan menjadi agenda utama negara untuk
melaksanakan Model Baru Ekonomi dan menjadi negara maju menjelang 2020. Ekonomi
yang berpaksikan pengetahuan, inovatif dan kreatif memerlukan rakyat yang
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. RMK10 telah menyediakan landasan yang kukuh
serta sistematik untuk memartabatkan sistem pendidikan dan pembelajaran negara. Latihan
dan kemahiran sama ada ditaja kerajaan atau melalui perkongsian pintar pihak swasta dan
kerajaan akan memberi peluang yang lebih luar kepada golongan muda untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan dan menjana kemahiran sebelum memasuki pasaran
industri. Di samping itu hasrat membangunkan negara dengan diterajui anak tempatan dan
mengurangkan kebergantungan kepada tenaga asing menjadi keutamaan.
Penyediaan prasarana dan kemudahan awam yang lengkap dan bertaraf dunia melibatkan
peruntukan yang besar. Kemudahan dan keselesaan yang menjadi keutamaan kerajaan
tanpa mengira sempadan geografi. Pembinaan jalan raya, lebuh raya, hospital, klinik,
menaik taraf jalan luar bandar, bekalan air dan elektrik dan pengangkutan awam yang
mencukupi akan memberi kemudahan yang lebih selesa kepada rakyat. RMK10 juga
memberi perhatian yang serius kepada penyediaan kemudahan rakyat agar mereka dapat
menikmati limpahan pembangunan tidak hanya kepada penduduk bandar sahaja.
RMK10 tetap memberi keutamaan kepada prinsip-prinsip keadilan kepada semua rakyat
tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Kemakmuran dan keselesaan bersama
menjadi kepentingan kerajaan dalam penggubalan rancangan tersebut. Walaupun negara
menuju ke negara maju dan berpendapatan tinggi, golongan atau kumpulan yang perlu

mendapat pembelaan dan bantuan akan terus dibantu agar mereka tidak tersisih daripada
pembangunan.
Selaras dengan tema RMK10, Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial, kerajaan tetap
prihatin dan peka dengan denyut nadi rakyat. Segala perancangan dan dasar yang digubal
tetap mengambil kira kehidupan dan keperluan rakyat terutama golongan yang memerlukan
perhatian. Melalui pelaksanaan RMK10, kerajaan menyasarkan dapat mengurangkan kadar
perbezaan pembangunan antara wilayah dan meningkatkan pendapatan seluruh rakyat.
Pelaksanaan Model Baru Ekonomi akan memberi kesan yang positif kepada negara dan
rakyat melalui perancangan yang teliti. Rakyat yang akan menentukan kejayaan atau
kecemerlangan sesuatu rancangan atau dasar kerajaan.
NEGARA ASEAN
ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos
1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota
mengadakan mesyuarat pada setiap November.
Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:
Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti
nasional semua negara
Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada
campur tangan luar, subversif atau koersion (coerion)
Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
Menolak penggunaan ketenteraan
Kerjasama effektif antara anggota.
Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Leste
dan Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:
Brunei Darussalam
Filipina
Indonesia
Kemboja
Laos
Malaysia
Myanmar
Singapura
Thailand
Vietnam
ASEAN ditubuhkan oleh lima negara
pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses
penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar
ketika itu ialah Adam Malik(Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul
Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).
Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai
kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli
baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28
Julai 1995, Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23

Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersamasama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam
negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN
pada30 April 1999.

TRANSFORMASI PENDIDIKAN PPPM


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
TIGA objektif khusus, iaitu:
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan
memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard
(kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem;
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid
bagi 13 tahun akan datang; dan
3. Menggariskan program transformasi sistem pendidikan, yang merangkumi
perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan
harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan
transformasi perkhidmatan awam
5 Aspirasi dalam Sistem Pendidikan Malaysia
akses
100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga
menengah atas menjelang tahun 2020
kualiti
Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun
ekuiti
50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi,
gender) menjelang tahun 2020
perpaduan
Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada
kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian
kecekapan
Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada
6 Ciri Utama yang Diperlukan Setiap Murid Untuk Berupaya Bersaing pada Peringkat Global
Pengetahuan
Kemahiran berfikir
Kemahiran memimpin
Kemahiran dwibahasa
Etika dan kerohanian
Identiti nasional
(sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan)

11 anjakan
Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.
Anjakan 2: Memastikan setiap murid prosien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris
Anjakan 3: Melahirkan rakyat malaysia yang menghayati nilai
Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan
Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan
Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
Anjakan 8: Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian
Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas
Anjakan 10: Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
Anjakan 11: Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
Urutan Anjakan Transformasi
Gelombang 1 (2013-2015): Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan
penekanan kepada kemahiran teras
Gelombang 2 (2016-2020) : Mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem
Gelombang 3 (2021-2025): Beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan
keluwesan operasi.

MEMARTABATKAN
(MBMMBI)

BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

DEFINISI MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA


INGGERIS (MBMMBI)
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada
tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti
yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga
merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di
peringkat nasional dan antarabangsa.
TUJUAN MBMMBI
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia
merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan
utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat
1Malaysia.
Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris
merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan
berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
nasional dan global.

STRATEGI PELAKSANAAN MBMMBI


Memartabatkan Bahasa Malaysia
Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia meliputi perkara-perkara berikut:

Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia

Asas Berbahasa (Back To Basics)

Didik Hibur

Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P

Program Bacaan

Guru Bahasa Malaysia Berkualiti

Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif

Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi

Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara

Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi

Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia Penguasaan asas kemahiran


berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan
holistik menerusi modul P&P.
Asas Berbahasa (Basics To Basics) Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara
berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis
diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam
seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan
dilakukan secara bersepadu dalam konteks.
Didik Hibur Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang
lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan aktiviti
penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum Penggunaan sistem
bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia.
Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak
menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P Penggunaan teknologi maklumat
seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang
bersifat
interaktif
serta
menghiburkan.
Satu
portal
akan
diwujudkan
untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat
bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk
berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
Program Bacaan Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa
Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan
NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan
bahan sastera dapat ditingkatkan.
Guru Bahasa Malaysia Berkualiti Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu
beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru
digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan
pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan
bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.

Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Pemantauan daripada aspek kebersihan,


keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi
memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih
kondusif untuk P&P.
Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi Usaha menterjemah karya agung
dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu
melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan
budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga
mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana
melalui identiti negara bangsa.
Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara Satu
kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan
menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.
Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi Pelajar yang mengikuti pengajian di
universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.

MEMPERKUKUH PENGUASAAN BAHASA INGGERIS


Strategi memartabatkan Bahasa Inggeris meliputi perkara-perkara berikut:

Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris

Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rend

Asas Berbahasa (Back to Basics)

Didik Hibur Modul Language Arts

Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Penetapan Model Bahasa Inggeris

Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

Sumber P&P Makmal Komputer

Guru : Contact Time Berkualiti

Perkongsian dan Jaringan Guru

Kepimpinan Sekolah

Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris peruntukan waktu bagi SK Tahap 1 dan
Tahap 2 ditambah sebanyak 90 minit, manakala peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi
SJKC/T Tahap 1 ditambah sebanyak 60 minit dan Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit.
Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1 hingga 6 ditambah sebanyak 80
minit dan untuk Malaysian University English Test (MUET) untuk Tingkatan 6 ditambah
sebanyak 80 minit. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah
sebanyak 3 jam.
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Transformasi Kurikulum
Bahasa Inggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan
pengukuhan Bahasa Inggeris melalui pendekatan modular.
Asas berbahasa (Back to Basics) Kurikulum Bahasa Inggeris menitikberatkan
pengukuhan penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan
kepada Phonics di samping menerapkan elemen pembelajaran yang menyeronokkan
dalam modul Language Arts. Pengajaran tatabahasa dalam konteks diberi penekanan
khusus dalam modul tatabahasa.

Didik Hibur Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi
bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz
chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan
estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan
Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris
pelbagai genre.
Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Kurikulum Bahasa Inggeris
akan mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan
menumpukan kepada istilah/kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan.
Penetapan Model Bahasa Inggeris model Standard British English digunakan
sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari
segi sebutan, penulisan dan tatabahasa.
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Transformasi
Kurikulum Bahasa Inggeris akan menggunakan pendekatan modular. Setiap komponen
kemahiran bahasa mempunyai modul P&P tersendiri dan P&P tatabahasa akan diberi
fokus dalam modul Grammar.
Sumber P&P Makmal Komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan perisian
supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat
dimanfaatkan dalam P&P Bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian yang sesuai.
Guru Bagi meningkatkan contact time yang berkualiti antara guru murid, seorang
guru Bahasa Inggeris gred DG41 akan disediakan bagi membantu guru yagn mengajar
kelas berenrolmen besar (contoh: kelas melebihi 35 murid) di Tahun 1 dan 2.
Perkongsian dan Jaringan Guru sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk
berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang termkini dan berkesan.
Kepimpinan Sekolah Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak
pendedahan tentang peranan mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu
memahami matlamat dan kehendak kurikulum Bahasa Inggeris dan turut merancang
program yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Jawatan Penyelaras BI
akan diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Program seperti English Camp atau English Village akan dijalankan secara berterusan.

PERMATA (Datin Paduka Seri Rosmah Mansor)


Program PERMATA Negara merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal kepada Kanakkanak yang menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal
khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Pendekatan ini menekankan kepada
pembinaan keupayaan kanak-kanak untuk merangsang minda dengan menggunakan
kaedah meneroka, mencuba dan mengalami sendiri (experimentation, exploration and
experential) melalui permainan ataupun learning is fun. Ia adalah satu pendekatan yang
bersesuaian dan menyeronokkan bagi kanak-kanak berikut teknik-teknik asuhan dan didikan
yang diaplikasikan adalah sesuai dengan fitrah semulajadi kanak-kanak.
Teknik Pembelajaran PERMATA
Pendekatan Berfitrahkan Kanak-kanak
Kemudahan Fizikal
Peralatan Pembelajaran

Latihan Tenaga Pendidik


Penglibatan Ibu-bapa
Pelaksanaan Secara Bersepadu

Program PERMATA
PERMATA Negara
PERMATA Pintar
PERMATA Seni
PERMATA Insan
PERMATA Remaja
PERMATA Kurnia
Penggerak utama yang mendorong kepada tercetusnya idea untuk menjalankan Projek
Perintis PERMATA Negara ini datangnya daripada Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah
Mansor bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar
perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan
cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda para remaja
yang sungguh membimbangkan.
Perbincangan profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang ini telah
senada bahawa proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak
awal bagi dan ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir. Inilah yang telah
membawa kepada lahirnya sebuah konsep yang begitu murni iaitu dengan menganggap
bahawa setiap anak yang dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini adalah sebutir
permata untuk negara yang akan bersinar menerangi kegemilangan negara di masa akan
datang. Dari ini lahirlah "Setiap Anak PERMATA Negara" bagi menzahirkan suatu hasrat
untuk memastikan setiap anak sejak dari awal lagi mendapat peluang permulaan hidup yang
terbaik.
Dari situ tercetus idea untuk melaksanakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
PERMATA bagi memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun
untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran
yang menyeronokkan.
Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan mereka
mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal insan yang sangat
bermakna kepada masa depan negara, perlu ada satu program atau perancangan yang
teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam
persekolahan sebagai satu strategi nasional, tambahan pula banyak negara-negara lain di
dunia terutamanya negara-negara maju sudah menjadikan pendidikan awal kanak- kanak
sebagai satu pelan nasional yang bersepadu.
Maka dengan itu Projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007,
hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di
negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.
Daripada pemerhatian, didapati negara-negara maju telah lebih awal memberikan

penekanan kepada kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan didikan mengikut


kecenderungan kanak-kanak terbabit.
Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model Pen
Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya
masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi
kandungannya. Tema Setiap Anak PERMATA Negara juga telah dipilih untuk
menggambarkan kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal
satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari
kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah
diluluskan oleh kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti
dan menyeluruh kepada kanak-kanak.
Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya
telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai anak
akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai
persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.
Sebagai sebuah program yang berfokuskan pendidikan, pelaksanaannya telah dimulakan
dengan penggubalan sebuah kurikulum khas bagi Program PERMATA Negara.
Penggubalan Kurikulum PERMATA Negara adalah berorientasikan pembangunan diri
kanak-kanak dan berfokuskan kepada perkembangan kanak- kanak secara holistik dalam
aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, berkomunikasi dan fizikal. lanya telah digubal oleh
sebuah Jawatankuasa Teknikal Kurikulum yang dipengerusikan oleh Mantan Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan keahliannya terdiri dari pakar kanak-kanak dari
universiti-universiti dan individu profesional dalam bidang ini.
Kurikulum PERMATA yang juga berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menekankan kepada lima aspek utama bagi memastikan ianya menjadi sebuah program
yang holistik bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun iaitu aspek
interaksi dan komunikasi aktif
rangsangan minda dan literasi
memperkasakan kanak-kanak
pembelajaran secara bebas
pemantauan kebolehan dan potensi kanak-kanak and
pembelajaran melalui permainan.
Objektif utama kurikulum ini ialah untuk membolehkan kanak-kanak membesar sebagai
seorang yang berkasih sayang, prihatin, berkeyakinan, berperibadi mulia dan mempunyai
kestabilan emosi.
Pengisian kurikulum juga telah digubal untuk merangkumi enam bidang pembelajaran utama
khusus bagi mental, fizikal dan emosi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun iaitu (i) Fizikal, (ii)
Awal Matematik dan Pemikiran Logik, (iii) Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran, (iv)
Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal, (v) Kreativiti dan Estetika dan (vi) Sahsiah, SosioEmosi dan Kerohanian dan satu aspek pengasuhan lengkap meliputi: keselamatan,
pemakanan seimbang, penjagaan bayi dan kanak-kanak dan amalan pengasuhan.

Kajian perbandingan juga telah dilakukan terhadap program-program seumpama ini yang
dilaksanakan oleh negara-negara maju. Hasilnya telah diolah semula menjadikan Kurikulum
PERMATA adalah gabungan model terbaik daripada pusat-pusat asuhan kanak-kanak yang
cemerlang di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia yang kemudiannya
disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi
memantapkan lagi kandungannya untuk memenuhi keperluan dan perkembangan minda
kanak-kanak Malaysia. Pemakaian kurikulum ini diaplikasikan melalui aktiviti pembelajaran
yang telah dirancang agar bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kebolehan kanakkanak mengikut peringkat umur mereka.
Kurikulum PERMATA telah diuji rintis di Pusat PERMATA dan dikaji semula serta dibuat
penambahbaikan dengan mengambil kira kurikulum-kurikulum Kursus Asas Asuhan Kanakkanak atau KAAK dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kurikulum Sijil Asas Pendidikan
Awal Kanak-kanak Taska atau SEPAKT dari KEMAS.
Kurikulum ini juga telahpun melalui beberapa proses penambahbaikan hasil dari kajian
keberkesanan pemakaiannya sepanjang tempoh projek perintis mulai 2007 hingga 2009
bagi memantapkan lagi kandungannya dan telahpun diterima sebagai Kurikulum
Kebangsaan di bawah Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak yang telah diluluskan
oleh Kerajaan pada tahun 2008. lanya akan menjadi bahan rujukan dalam perluasan
program PERMATA.
Pelaksanaan Perluasan Program PERMATA Negara
Program PERMATA Negara mula dilaksanakan secara berperingkat mulai akhir tahun 2006,
dengan siling peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 sebanyak RM20 juta. Pada
tahun 2007 sebanyak 4 buah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) telah dapat ditubuhkan
di Subang Jaya, Kepala Batas, Mempaga dan Putrajaya sebagai projek perintis bagi
melaksanakan Kurikulum PERMATA Negara. Penubuhan 4 buah pusat ini melibatkan kerja
menaiktaraf premis sedia ada untuk dijadikan PAPN.
Di samping itu, sebuah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Kebangsaan
(NCDRC) juga telah ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk
membangunkan kurikulum PERMATA Negara di samping menjalankan penyelidikan ke atas
pembangunan asuhan awal kanak-kanak serta memberi latihan kepada guru.
Pada tahun 2008, sebanyak 10 buah PAPN lagi telah di bina iaitu 1 pusat di setiap negeri
menjadikan jumlahnya sebanyak 14 buah pusat. Sebagai sebuah kerajaan yang amat
menitikberatkan kepentingan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak, pada tahun
2009 peruntukan sebanyak RM130 juta telah disediakan bagi membolehkan Program
PERMATA Negara ini diperluaskan ke seluruh negara. Hasil kerjasama agensi-agensi
Kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi (JPNIN) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Program
PERMATA Negara telahpun dilaksanakan di semua TASKA PERMATA KEMAS yang
berjumlah 311 buah pusat, TASKA PERMATA Perpaduan 35 buah dan TASKA PERMATA
YPKT yang berjumlah 32 buah pusat. Pelaksanaannya juga telah dipanjangkan ke Taska
Tempat Kerja dan TASKA Komuniti iaitu sebanyak 186 buah pusat bagi memastikan lebih
ramai kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dapat menikmati peluang mengikuti Program
PERMATA.

Pada tahun 2010, Program PERMATA Negara telah diperluaskan ke 3 kawasan Parlimen di
setiap negeri dengan penubuhan sebanyak 38 buah PAPN baru. Manakala di bawah
Rancangan Malaysia Ke-10, Program PERMATA telah menerima peruntukan sebanyak
RM24 juta bagi pembinaan 30 buah PAPN baru. Adalah dijangka menjelang akhir tahun
2011, sebanyak 91 buah PAPN akan dapat ditubuhkan di seluruh negara. Ini akan
menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 600 buah pusat di seluruh negara telah
melaksanakan Program PERMATA Negara di mana sebahagian besar adalah TASKA
PERMATA KEMAS, TASKA PERMATA YPKT, TASKA PERMATA Komuniti, dan TASKA
PERMATA Tempat Kerja. Perluasan ini melibatkan pemakaian Kurikulum PERMATA,
menaiktaraf kemudahan fizikal bagi sesetengah pusat dan membekalkan peralatan
pembelajaran bagi memastikan pusat-pusat tersebut boleh melaksanakan Program
PERMATA dengan baik. Dengan perluasan ini adalah dianggarkan seramai lebih 25,000
kanak-kanak mendapat peluang untuk mendapat pendidikan awal yang berkualiti.
MEWUJUDKAN SEKOLAH SATU ALIRAN
Matlamat utama penubuhan sekolah satu aliran adalah jelas iaitu untuk perpaduan
nasional yang tulen, sejati dan harmoni selari dengan gagasan 1Malaysia. Bukan hanya
bersemangat apabila bercakap tentang gagasan 1Malaysia dan terdiam apabila terpaksa
berkorban untuk melaksanakan satu agenda yang jauh lebih besar dari itu.
Faktor Pelaksanaan
Sekolah merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan hubungan integrasi pada
peringkat awal. Oleh demikian, pihak kerajaan berusaha untuk melaksanakan sekolah satu
aliran untuk memupuk perpaduan kaum. Pada masa yang sama, banyak pihak menentang
pelaksanaan sekolah satu aliran tersebut kerana bimbang bahasa dan identiti kaum mereka
terhakis. Justeru itu, nilai dan kepentingan tidak seharusnya menjadi perbalahan kerana
pendidikan merupakan landasan terbaik dalam mewujudkan perpaduan di kalangan
generasi muda.
Faktor yang seterusnya ialah sekolah satu aliran akan menyediakan satu persekitaran di
mana remaja berbilang kaum bukan sahaja boleh melalui proses pembelajaran dengan
selesa tetapi juga menyediakan ruang yang secukupnya untuk mereka berinteraksi dan
memahami di antara satu sama lain. Ini merupakan satu proses menuju ke arah sebuah
negara maju dalam erti kata saling memahami perasaan dan sensitiviti di kalangan rakyat
yang berbilang kaum serta menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial.
Cabaran Dalam Melaksanakan
Sistem pendidikan yang berasingan
Perbezaan agama dan budaya
Contoh Sekolah Satu Aliran
Sekolah Victoria Institution (sekolah VI) yang merupakan contoh terbaik sekolah satu aliran
di negara ini. Lihat sahaja semua ibu bapa dari kaum Melayu, Cina dan India berlumbalumba mahu menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah itu. Lihat sahaja bagaimana
mesranya pelajar-pelajar dari ketiga-tiga kaum bergaul mesra dan bersaing secara sihat
dalam pelajaran. Kerajaan terutamanya Menteri Pelajaran wajar mengkaji model sekolah VI

ini dan menjadikannya sebagai asas atau model untuk membentuk sekolah satu aliran di
negara ini. Setakat ini sekolah VI amat popular dan menjadi rebutan pelajar serta ibu bapa
daripada semua kaum.
KEBOCORAN SOALAN
Seorang guru besar, dua cikgu dan seorang ejen insurans ditahan reman selama empat hari
bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) 2014.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Dahlia Azmi di sini, hari ini ke atas
guru besar dan dua guru berusia 30 hingga 54 tahun dari Pulau Pinang SERTA ejen
insurans berumur 31 tahun dari Kuala Lumpur.
Keempat-empat suspek yang diiringi polis tiba di mahkamah pada jam 10.20 pagi dengan
berpakaian lokap itu, disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan kini
ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner
Gan Kong Meng berkata, keempat-empat tahanan reman itu adalah antara enam individu
termasuk lima guru yang ditahan polis semalam, bagi membantu siasatan kes kebocoran
soalan kertas Science dan Bahasa Inggeris UPSR.
Beliau berkata, daripada enam tangkapan itu, tiga guru ditahan di Pulau Pinang dan masingmasing seorang guru di Parit Buntar, Perak SERTA Kuala Ketil, Kedah.
Manakala seorang agen insurans berusia 31 tahun ditangkap di Sentul, Kuala Lumpur. Gan
berkata, dua daripada guru terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi.
Menurutnya, sehingga kini polis juga sudah merakam percakapan 12 indiviu membabitkan
enam pegawai Lembaga Peperiksaan (LPM), lima guru dan seorang wartawan selain
merampas gajet komunikasi untuk siasatan lanjut.
Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid menduduki
peperiksaan itu pada Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038
turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada hari berkenaan.
LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baru bagi peperiksaan kedua-dua kertas
itu.
Susulan kes kebocoran itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu
Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan
mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Mengapakah KSSR diperkenalkan?

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum
sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
Apakah maksud Kurikulum Standard?
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu
tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
didefinisikan seperti berikut:
Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?


KSSR

KBSR

Reka bentuk kurikulum berasaskan 6


Tunjang:
Komunikasi
Kerohanian, Sikap & Nilai
Kemanusiaan
Perkembangan Fizikal & Estetika
Sains dan Teknologi
Keterampilan Diri

Reka bentuk kurikulum berasaskan 3


Bidang:
Komunikasi
Manusia dan Alam Kelilingnya
Perkembangan Diri Individu

Bahan Kurikulum:
Dokumen Standard Kurikulum

Bahan Kurikulum:
Sukatan Pelajaran

Reka bentuk kurikulum:


Modular

Reka bentuk kurikulum:


Linear

Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3)
Modul Teras Asas, Modul Teras Tema
& Modul Elektif

Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan
Mata pelajaran Teras, Wajib &
Tambahan

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)


Mata pelajaran Teras & Elektif

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)


Mata pelajaran Teras, Wajib &
Tambahan

Elemen Kreativiti dan Inovasi,


Keusahawanan dan
Teknologi Maklumat & Komunikasi
(TMK) secara eksplisit

Elemen Kemahiran Berfikir Secara


Kritis dan Kreatif

Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan
Menaakul)

Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?

Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping
penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan
Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.
Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan?
Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap
satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan
Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni
Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada
literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula
diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin
ilmu Sains.
Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan
berbanding di SK?
Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK,
maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.
Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?
KSSR tidak menggalakkan penjurusan.
Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah?
Ya. Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik
dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui
kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.
Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK?
Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat
menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.
Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan dalam setiap kali sesi p&p tetapi
ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.
Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya
ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains
menggunakan TMK. Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh
diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.

Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard


pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam seminggu?
Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap
kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan
dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana
yang digariskan dalam DSK TMK.
Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat
murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi
bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz
chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk
memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.
Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks. Walau
bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.
Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK
sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut
kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai
dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:
Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer di pusat akses dan juga di
makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan
pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan
aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal
komputer bagi tujuan p&p bersama murid
Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan
makmal dalam satu masa?
Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer
riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK. Pentadbir pula
harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh
diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer,
pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.
Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan
pembelajaran yang melibatkan komputer?
Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet
KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya

pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak
yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah dimaklumkan melalui
pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian
alternatif boleh digunakan.
Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam
pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat
daripada laman web di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p
seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan
buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.
Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan
KSSR?
KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru
berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU,
pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.
Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata
pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan.
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)
NKRA National Key Result Area
The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of
its delivery system
The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure
that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians
Our real work will begin as we make the transformation of government services happen
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi
tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan.
Sub-NKRA 1: Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan
berkemampuan:
1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian
Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2.
3.
4.
5.

Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)


Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan
pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi
NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun
mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran,
masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai
pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi
dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi
- Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi
dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masingmasing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
- Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang
menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
- Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan
tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.
Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah
di Malaysia:
NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional)
1. Prasekolah
2. Literasi dan Numerasi
3. Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Pengetua/Guru Besar

BLUE OCEAN STRATEGY (BOS)


Blue Ocean Strategy mencabar organisasi yang bersaing dalam pasaran yang sengit (red
ocean) kepada ruang pasaran yang tiada pesaing (blue ocean). Walau bagaimanapun ini
tidak boleh disalaherti bahawa persaingan diketepikan. Dalam dunia pendidikan
terutamanya, persaingan ke arah meningkatkan keupayaan dan pencapaian prestasi baik
adalah sesuatu yang sihat. Pendekatan BOS yang diambil di sini adalah lebih kepada
mencari strategi lain untuk memberi inovasi nilai tetapi ke arah pencapaian matlamat akhir
yang sama.
Aplikasi BOS kepada dunia pendidikan adalah untuk mendapat strategi-strategi baru demi
peningkatan pengurusan dan kepimpinan di institusi-institusi pendidikan dengan membawa
nilai tambah dan inovasi nilai tanpa melibatkan kos atau risiko yang tinggi. Dalam kursus
yang dianjurkan ini, alatan menganalisis seperti Strategi Kanvas Semasa dan Peta Utiliti
Pengguna diperkenalkan dan digunakan secara praktik dalam mengenal pasti aspek-aspek
yang bermasalah bagi sesuatu isu. Peserta-peserta akan menggunakan kerangka BOS ini
kepada masalah dalam pengurusan dan kepimpinan di institusi atau organisasi masingmasing. Bagi memastikan pelaksanaan BOS dapat dilakukan dengan jayanya, gaya
kepemimpinan Tipping Point dicadangkan
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS) DAN BOS DALAM PENDIDIKAN
Kesedaran betapa bergunanya pendekatan BOS ini dalam mencari idea-idea inovatif dan
kreatif dalam penyelesaian masalah menyebabkan kerajaan Malaysia sendiri melalui YAB
Perdana Menteri menekankan penerapan budaya kerja NBOS dalam Program Transformasi
Kerajaan. Pelaksanaan NBOS setakat ini telah sampai kepada bilangan kelapan dan
memasuki gelombang kedua terutama bagi pasukan keselamatan Negara iaitu pasukan
polis dan tentera. Tujuan penerapan budaya kerja NBOS adalah untuk memberi keselesaan
dan kesejahteraan rakyat dengan cara dan kos yang berkesan.
Sebagai contoh, dalam NBOS2, di mana kolaborasi antara pihak polis dan tentera
diwujudkan bagi memerangi jenayah (aspek dalam NKRA 1) berjaya menghasilkan
kesejahteraan rakyat. Indeks Keamanan Global menunjukkan bahawa Malaysia negara
paling selamat dan aman di Asia Tenggara, keempat paling selamat di Asia Pasifik dan ke19 paling selamat di seluruh dunia.
NBOS Malaysia mensasarkan enam elemen untuk melayakkan sesuatu inisiatif diangkat
Elemen-elemen itu boleh disenaraikan seperti berikut;
1. Penghasilan idea yang kreatif dan inovatif,
2. Kolaborasi antara kementerian, jabatan dan agensi,
3. Melibatkan kos perbelanjaan yang minimum,
4. Meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat,
5. Menggunakan sumber sedia ada, dan
6. Hasil berimpak tinggi
GAYA KEPEMIMPINAN DALAM PELAKSANAAN BOS

Aspek gaya kepemimpinan untuk menjayakan pelaksanaan strategi-strategi dalam


pendekatan BOS merupakan perkara yang perlu diberi perhatian. Institut Aminuddin Baki
sebagai sayap latihan di KPM turut membicarakan aspek ini terutama dalam kursus-kursus
penuh pendekatan BOS. Dalam kepemimpinan Tipping Point, perubahan yang berlaku tidak
terjadi secara beransur-ansur tetapi tersebar sepertinya wabak penyakit. Tiga ciri yang
digambarkan oleh keadaan ini adalah mudah dijangkiti, sebab kecil menghasilkan akibat
yang
besar dan perubahan berlaku secara cepat dan dramatik. Konsep yang dibawa oleh
Gladwell,
(2000) ini menekankan kewujudan bilangan mencukupi, suatu nilai kritikal yang akan
menyebabkan kecenderungan perubahan ke arah yang dikehendaki. Keadaan ini dapat
berlaku kerana wujudnya manusia dengan perilaku dan tindakan tertentu serta aktiviti-aktiviti
yang menyebabkan pengaruh luarbiasa dalam prestasi kerja.
Kepemimpinan Tipping Point dapat membawa perubahan secara mendadak dan dramatik
apabila terdapat cukup bilangan pendokong wacananya. Bagi mengumpul bilangan
pendokong wacana perubahan agar mengatasi nombor kritikal tertentu diperolehi maka
empat halangan utama mestilah di atasi terlebih dahulu.
Empat halangan yang
dimaksudkan adalah
Halangan Kognitif
Halangan Motivasi
Halangan Sumber, dan
Halangan Politik
Selain daripada keupayaan melepasi empat halangan, pucuk pimpinan organisasi perlu
memastikan wujudnya proses adil dalam pelaksanaan strategi. Proses adil pertamanya
melibatkan penerangan jelas kepada warga organisasi dan pihak terlibat. Sememangnya,
kebanyakan bentuk kepemimpinan yang berjaya terutama dalam memimpin perubahan
menekankan aspek kejelasan hala tuju dan keperluan dalam melaksanakan strategi-strategi
yang dipilih. Penerangan jelas mesti juga dijalinkan dengan harapan jelas. Dalam setiap
perancangan, pencapaian yang perlu bagi memastikan matlamat dipenuhi harus difahami,
diterima dan dikongsi bersama. Aspek terakhir dalam proses adil ialah penglibatan semua
warga kerja. Maka dengan wujudnya penjelasan jelas, harapan jelas dan penglibatan semua
barulah dikatakan wujudnya proses adil yang akan berjaya memacu kejayaan pelaksanaan
pendekatan BOS ini.
KESAKSAMAAN PENDIDIKAN
Pastikan kesaksamaan, kualiti pendidikan - Muhyiddin
LONDON: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua negara
memberi tumpuan dalam memastikan kesaksamaan dan kualiti dalam pendidikan dari tahap
asas hingga pengajian tinggi. Beliau berkata, dasar dan strategi pendidikan perlu saksama
dan inklusif supaya sampai kepada kumpulan terpinggir, termasuk kanak-kanak kelainan
upaya dan juga memastikan ia memenuhi keperluan semua kanak-kanak. Muhyiddin yang
juga Menteri Pendidikan berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Forum
Pendidikan Sedunia 2014, di sini, hari ini. Forum itu adalah perhimpunan terbesar menterimenteri pendidikan dan kemahiran di dunia, membabitkan wakil 100 negara.

Muhyiddin berkata, pendidikan adalah hak asasi dan walaupun terdapat peningkatan dalam
pendaftaran pelajar ke sekolah sejak 2000, 57 juta kanak-kanak masih memerlukan
pendidikan manakala dua pertiga orang dewasa yang buta huruf adalah wanita. Katanya,
negara-negara perlu keluar daripada sekadar memenuhi keperluan tradisional untuk
memperoleh kemahiran asas dalam membaca dan mengira, dan hasil daripada
pembelajaran sepatutnya mampu memupuk cara berfikir warganegara global.
"Ini akan membantu kanak-kanak kita untuk mampu belajar sendiri dan melengkapkan
mereka untuk berfikir secara kritikal dan kreatif," katanya. Timbalan Perdana Menteri
berkata, pendidikan warga global juga perlu berasaskan pada penggalakan persefahaman
bersama, memerangi rasuah, pendemokrasian penggunaan teknologi baharu, belajar
sejarah, kebudayaan negara-negara lain dan menghormati anutan orang lain.
"Di sini menunjukkan bahawa walaupun ICT boleh menginovasi kaedah mengajar, kejayaan
pelajar masih banyak bergantung kepada keupayaan warga pendidik," katanya. Muhyiddin
berkata, juga terdapat keperluan untuk memasukkan etika dan kerohanian dalam sistem
pendidikan untuk mengatasi apa yang sering disebut sebagai dilema "pendidikan tanpa
jiwa".
"Meminggirkan nilai-nilai, etika dan kerohanian tidak lagi boleh diterima kerana kira-kira lima
bilion populasi dunia terlibat dalam agama-agama utama," katanya. Beliau berkata, dasar
pendidikan Malaysia dibina atas objektif ini bagi memupuk individu-individu serba boleh.
"Bagi Malaysia, sebagai sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum
dan anutan agama, kami melaksanakan ini untuk mengimbangi impak pendidikan yang lebih
sekular.
"Ia menunjukkan pada ketika itu bahawa 'hasil pembelajaran' juga memerlukan ukuran dan
kayu pengukur baharu, untuk melengkapi penanda aras antarabangsa yang lebih
konvensional seperti TIMSS (Trend Dalam Kajian Matematik dan Sains Antarabangsa) dan
PISA (Program Bagi Penilaian Pelajar Antarabangsa).
Muhyiddin turut menyentuh mengenai pelan pembangunan pendidikan 2013-2025 di
Malaysia yang menurutnya Malaysia sejak merdeka telah mencatat kemajuan besar dalam
pelbagai aspek pembangunan termasuk pendidikan.
Bagaimanapun, katanya, untuk selaras dengan perkembangan di peringkat global selepas
2015, ia memerlukan cara berfikir, budaya kerja, sikap dan pengurusan organisasi yang
berbeza. Muhyiddin juga berkata, kerajaan sudah membangunkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menyediakan pelan komprehensif bagi memastikan
transformasi sistem pendidikan Malaysia secara mampan untuk dekad akan datang. Bagi
pengajian tinggi, Menteri Pendidikan itu berkata warga pendidik akan memupuk budaya
penyelidikan dan pada masa yang sama melahirkan penyelidik cemerlang dalam bidang
kepakaran masing-masing.
PENDIDIKAN INKLUSIF
Program Pendidikan Inklusif merupakan satu program pendidikan untuk murid berkeperluan
khas yang boleh belajar bersama-sama murid arus perdana, di kelas arus perdana.

POLISI KERAJAAN YANG MENYOKONG PENDIDIKAN INKLUSIF


Pendidikan inklusif ialah peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas untuk
belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan
mengikuti kurikulum biasa, men-dapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran biasa
dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing). Terdapat dua kategori
pendidikan inklusif ini, iaitu pendidikan inklusif penuh dan pendidikan inklusif separa.
Inklusif Penuh
Pendidikan inklusif penuh ialah pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas yang
mengikuti pem-belajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru
pendidikan khas (guru pembimbing).
Inklusif Separa
Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau
aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru
pembimbing).
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
Hasrat untuk menubuhkan Sekolah Sukan di Malaysia telah mula diuar-uarkan pada akhir
tahun 80an. Pada 20 Januari 1988, Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Sukan Negara,
satu dokumen komprehensif ke arah kemajuan, perkembangan dan pembangunan sukan
negara. Dengan penggubalan Dasar Sukan Negara ini menjadi hasrat dan aspirasi negara
untuk mewujudkan masyarakat yang sihat, cergas, bersatu padu, berdisiplin serta produktif
dan dalam masa yang sama melahirkan satu generasi ahli sukan yang berwibawa untuk
mengharumkan serta mempertingkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Kementerian Pelajaran pula telah memberi penekanan yang baru terhadap peranan sukan
dan aktiviti kokurikulum bagi melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi dan intelek. Menyedari betapa pentingnya peranan sukan dalam memupuk
perpaduan nasional dan keperluan melahirkan ahli-ahli sukan berkaliber tinggi maka dalam
Rancangan Malaysia Ke-5 ( 1991 1995 ) perancangan penubuhan Sekolah Sukan telah
diluluskan. Sekolah Sukan ini mirip kepada Sekolah Berasrama Penuh dengan memberi
tumpuan kepada konsep berikut :
a. Pembangunan atlet murid bertaraf dunia.
b. Penggunaan tenaga jurulatih profesional
c. Pengkhususan Sains Sukan merentasi kurikulum
d. Penekanan sukan sebagai kerjaya.
Pada tahun 1996 Sekolah Sukan Malaysia (SSM) yang pertama dinamakan Sekolah Sukan
Bukit Jalil bertempat di dalam Kompleks Sukan Negara. Kejayaan Sekolah Sukan Bukit Jalil
(SSBJ ) menyediakan atlet-atlet untuk Sukan Komanwel telah membawa kepada pembinaan
Sekolah Sukan Malaysia yang kedua iaitu Sekolah Sukan Bandar Penawar ( SSBP ) di Kota
Tinggi Johor pada tahun 1998. Seterusnya di dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menyediakan peluang dan kesamarataan dalam bidang sukan kepada murid-murid
yang berpotensi dalam bidang sukan, kerajaan akan membina tiga buah lagi Sekolah Sukan
Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9 iaitu di Pahang, Sabah dan Perlis.

Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi
supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan
di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih.
Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan
sukan dapat diseimbangkan dan disepadukan.
Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep
Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan
akademik.
BEZA JUSA CBA DAN TAURUS 321
Pewujudan JUSA dan Gred Khas diperkenalkan semasa SSB 1992. Tidak semua skim
perkhidmatan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional memperuntukkan kenaikan
pangkat ke JUSA/Gred Khas. JUSA diwujudkan bagi melaksanakan peranan dan fungsi
pengurusan organisasi dan penggubalan dasar. Jawatan Utama Gred Khas diwujudkan
berdasarkan pengiktirafan tahap kepakaran dan pengalaman penyandangnya. Sebagai
contoh, jawatan KSU, TKSU, KP (tertentu) diberikan JUSA dan Gred Khas kebanyakannya
diberikan kepada Profesor universiti walaupun ada juga daripada skim perkhidmatan awam
yang lain. Untuk menyenangkan lagi, majoriti penganugerahan JUSA diperuntukkan kepada
PTD dan amat mustahil untuk Gred Khas diberikan kepada PTD.
Akan tetapi terdapat perbezaan yang ketara diantara JUSA dan Gred Khas. Untuk
mendapat JUSA tidak semestinya melalui beban yang sama dengan Gred Khas (kita ambil
contoh profesor) yang mana memerlukan tahap pencapaian kecemerlangan akademik
terkemuka mutunya dan syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti. Apa
yang menyedih dan memedihkan ialah Imbuhan untuk kakitangan cemerlang di universiti
seperti profesor bukan saja sukar diperoleh, malah lebih rendah berbanding skim Ketua
Setiausaha (KSU) di sesetengah kementerian. Walaupun skim gaji Gred Khas cuba
menyaingi JUSA akan tetapi cuba bayangkan imbuhan untuk seorang profesor Gred A di
universiti hanyalah menyamai imbuhan PTD yang skim Staf 3 yang dinikmati oleh golongan
berkenaan. Ini bermakna, gaji maksimum untuk pensyarah ialah profesor Gred A, lebih
rendah berbanding PTD atau Ketua Setiausaha dalam skim Staf 3, gred paling rendah
dalam skim Staf. Maksudnya, gaji KSU di bawah skim Staf 3 jauh lebih tinggi daripada gaji
pensyarah universiti awam yang berpangkat Profesor Gred Khas A. Lebih menarik lagi, skim
yang setara dengan skim Staf tidak wujud dalam perkhidmatan pendidikan atau
perkhidmatan awam lain.
Untuk rekod, gaji maksimum profesor Gred Khas A ialah RM9,039.80 sebulan (sebelum
kenaikan gaji 7.5%). Lebih malang untuk golongan cerdik pandai, PTD mempunyai gaji khas
untuk Ketua Setiausaha Negara. Secara umumnya, skim PTD mempunyai empat tangga
gaji lebih tinggi daripada skim perkhidmatan pendidikan yang ironinya, juga dikatakan
kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional.
Persoalannya, adakah sumbangan kakitangan awam di bawah skim PTD lebih baik
daripada buah fikiran profesor ternama di universiti awam? PTD yang memegang tali bagi
semua penjawat awam pasti tidak mahu melepaskan kuasa untuk membiarkan pihak lain
membentuk skim gaji yang setara atau lebih baik untuk perkhidmatan lain. Bahkan tali ini
kalau boleh semuanya akan dikongsikan dikalangan mereka sahaja. Inilah yang telah
dibuktikan selama ini dari pemberian JUSA, Turus dan Gred Khas.

IMBUHAN TETAP JUSA


Langkah ini diambil tatkala negara mengalami kesukaran dengan kenaikan harga barang
serta ekonomi serantau yang tidak menentu. Walaupun demikian, penyelarasan yang
seharusnya dibuat awal-awal lagi telah terlewat 12 tahun. Entah mengapa begitu lama masa
yang diambil bagi mengkaji kesesuaian penyelarasan ini dan ketika di dalam keadaan
sebegini barulah keluar Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2008 yang akan
berkuatkuasa 1 Julai 2008.
Perbezaan antara JUSA Gred Utama dan Jusa Gred Khas ini pernah diulas di atas.
Perbezaan ini seolah-olah menidakkan kepentingan JUSA Gred Khas yang secara
majoritinya ialah daripada golongan pensyarah universiti.
Untuk rekod, Imbuhan Tetap Keraian bagi;
Khas 'A' - RM 3700.00 dinaikkan ke RM 4000.00
Khas 'B' - RM 2650.00 dinaikkan ke RM 3050.00
Khas 'C' - RM 2150.00 dinaikkan ke RM 2500.00
Bagi Imbuhan Tetap Jawatan pula walaupun terlewat 17 tahun, sekurang-kurangnya mereka
telah sedar. Tidak kiralah sama ada mereka disedarkan atau berpura-pura sedar... apa yang
telah diulas telah mendapat perhatian.
Imbuhan Tetap Jawatan Gred Khas ialah;
Khas 'A' - RM 2000.00 dinaikkan ke RM 2500.00
Khas 'B' - RM 1200.00 dinaikkan ke RM 1500.00
Khas 'C' - RM 800.00 dinaikkan ke RM 1000.00

Perbezaan GRED DG41 DAN DC41


DC41 rugi dari segi senioriti. Contoh katakan kita posting tahun 2012. Tapi tidaklulus
temuduga. Jadi kena atend temuduga baru, sepanjang masa kita bertugas
sebelumtemuduga kali pertama itu tidak dikira dari segi ganjaran.
DC41 Elaun Rumah tidak diberi (akan diberi kemdian dengan tunggakan). Berbanding DG41
kita layak menerima kenaikan tangga gaji dan semua elaun.
Guru Sandaran Terlatih (GST)
Guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan
sebenar. Semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih
(GST) dan pemegang ijazah akan dikelompokkan ke dalam gred DC41. Setelah lulus temu
duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan disahkan penjawatan, jawatan GST akan
dimansuhkan dan akan digantikan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah (PPPS) untuk gred DG41. GST bukan sahaja ditawarkan di sekolah. Sekiranya
seseorang itu mempunyai kelulusan ijazah dalam kejuruteraan seperti elektrik, mekanikal
atau pun perakaunan contohnya, boleh juga memohon di mana-mana politeknik di Malaysia.
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
Istilah ini digunakan buat individu yang tidak mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam
bidang perguruan namun berminat dan memohon untuk menjadi guru. Kebiasaannya

mereka ini akan bertugas sebagai guru ganti yang akan memenuhi kekekurangan guru di
sesebuah sekolah; tertakluk kepada kontrak dan jangka masa tertentu tetapi boleh
ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa sahaja. Contoh GSTT ialah Guru Ganti.
Guru Interim
Status guru interim bermaksud mereka layak menikmati segala ganjaran kewangan dan
faedah sampingan sepertimana penjawat awam yang lain, kecuali status perkhidmatan
secara tetap. Tempoh interim tidak akan diambil kira sebagai perkhidmatan tetap, termasuk
senioriti dan hitungan sagu hati persaraan (gratiuiti). Tarikh lantikan tetap akan tertakluk
kepada keputusan temu duga SPP, sama ada mulai tarikh temu duga, atau diundur
sehingga sama dengan tarikh penempatan secara interim.
Guru Ganti
Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih bercuti bersalin atau
mengikuti kursus jangka pendek. Bagi mengatasi kekosongan sementara ini, guru
ganti yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak
memiliki latihan ikhtisas telah dilantik secara kontrak. Sekolah dibenarkan mengambil guru
ganti sekiranya terdapat kekosongan sekurang-kurangnya 28 hari. Kekosongan sementara
yang wujud apabila guru berkursus jangka pendek tidak dapat diisi oleh guru ganti.
PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN SUMATIF
Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi
pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan.
Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.
Jenis
Ciri
Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif

Pengertian

Tujuan

Aktiviti

Satu jenis ujian formal atau tak Satu jenis ujian formal untuk
formal untuk mengesan tahap mengesan tahap pencapaian dalam
penguasaan dan kemajuan murid di sesuatu tap persekolahan.
dalam kelas.

Mengesan
penguasaan
dan Mengesan
pencapaian
murid
kemajuan murid untuk membaiki berdasarkan
beberapa
unit
kelemahan dengan kada segera.
pembelajaran dan pemeringkatan
gred murid di dalam kelas.

Menjalankan ujian formal atau tidak


formal semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sama ada dibuat
secara individu, kumpulan atau
menyeluruh.

Menjalankan ujian formal dalam


beberapa
waktu
berdasarkan
ketetapan jadual secara individu
mengikut kelas.

Masa

Bentuk

Semasa sesi pengajaran dilakukan Semasa


semester
pertama
atau setiap hujung bulan.
(pertengahan tahun) dan semester
kedua (akhir tahun).

Ujian tidak formal (pemerhatian dan


sesi soaljawab), atau formal (ujian
bulan) melibatkan ujian kertas
pensel dam masa yang singkat.

Ujian formal adalah ujian kertas


pensel atau ujian, lisan dalam
jangka masa yang ditetapkan
mengikut kesesuaiannya.

Sasaran

Secara individu, secara kumpulan Secara kelas


atau kelas.

Liputan

Meliputi sesuatu kemahiran (ujian Meliputi


beberapa
unit
tidak
formal)
atau
beberapa pembelajaran atau sesuatu tahap
kemahiran (ujian formal)
persekolahan

Rekod

Tiada (bagi ujian tidak formal) dan Penggunaan


penggunaan senarai semak atau pensijilan.
rekod prestasi (bagi ujian formal)

Tindakan

Membetulkan kelemahan dengan


kadar segera atau menjalankan
aktiviti pengayaan atau pemulihan di
dalam kelas.

rekod

profil

atau

Menempatkan murid kumpulan


atau kelas yang sesuai.
Merancang dan mengubahsuai
pelajaran atau kurikulum.
Memberi
sijil
berdasarkan
pencapaian dalam peperiksaan.

SEKOLAH VERNAKULAR
Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam
pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah
vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali
ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sekolah Melayu
Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pada
tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu:
Pagi
o Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam
o dan mata pelajaran vokasional
Petang
o Bahasa Arab
o dan al-Qur'an

1. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu.
Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu
i.
MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan
ii.
MPPM di Melaka pada tahun 1935.
2. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah
baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh
orang perseorangan.
3. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa
pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China.
4. Contoh sekolah vernalular Cina ialah
i.
SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan
ii.
SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.
5. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau Pinang
dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.
6. Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Guru, kurikulum dan buku teks diimpot dari India. Contohnya, SJK (T)
Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.
7. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai
10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang
bertujuan membasmi buta huruf.
8. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dan menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar.
9. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan
Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris
pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri
daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT): Membangunkan SBT dan mempertingkatkan prestasi
semua sekolah
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak,
identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini
mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan
nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di
persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.
115 SBT di Malaysia pada tahun 2013. 66 SBT 2012.
Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Tahun 2013 Kohort 4
Johor
SK Tengku Mariam
SJKT Ladang Rem
SMK Dato Penggawa Barat
Kedah
SM Sains Kubang Pasu
Kelantan
SM Sains Machang

Melaka
SK Convent of the Infant Jesus 1 (M)
SMKA Sharifah Rodziah
Negeri Sembilan
SBP Integrasi Jempol
Pahang
SK Convent
Perak
SK Sultan Idris II
SK Marian Convent
SM Sains Raja Tun Azlan Shah
SBP Integrasi Gopeng
Pulau Pinang
SK Convent Green Lane
SJK (C) Han Chiang
SMKA Al-Irshad
Selangor
SK Taman Megah
SK Bukit Jelutong
SK Sri Petaling
SMA Persekutuan Kajang
SBP Integrasi Rawang
Putrajaya
SK Putrajaya Presint 11 (1)
Kuala Lumpur
SK Convent Bukit Nanas (1)
SJK (C) Kuen Cheng 2
SBT PEREMPUAN
SMK (P) St. George, Pulau Pinang
SMK (P) Sri Aman, PJ, Selangor
SK (P) Methodist Kuantan
BERAPA ABJAD RUMI DAN JAWI
RUMI 26 huruf A-Z
JAWI 35/36 huruf
LINUS
Apakah Literasi ?
Literasi ialah keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang
mudah dan kompleks serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan
komunikasi harian.
Konstruk Literasi.
konstruk 1
konstruk 2
konstruk 3
konstruk 4

: keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.


: keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
: keupayaan membaca dan menulis suku perkataan suku kata terbuka.
: keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.

konstruk 5 : keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.


konstruk 6 : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku
kata tertutup "ng".
konstruk 7 : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
diftong.
konstruk 8 : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal
berganding.
konstruk 9 : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf
dan konsonan berganding.
konstruk 10: keupayaan membaca dan menulis perkataan perkataan yang
berimbuhan awalan dan akhiran.
konstruk 11: keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
konstruk 12: keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan
rangsangan.

Apakah Numerasi ?
Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan untuk melakukan operasi matematik dan
memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta
kemahiran matematik dalam kehidupan seharian mengikut bahasa pengantar di sekolah.
Konstruk Numerasi:
konstruk 1 : keupayaan pra nombor dan mengenal angka.
konstruk 2 : keupayaan membilang.
konstruk 3 : keupayaan memahami nilai nombor.
konstruk 4 : keupayaan membuat seriasi.
konstruk 5 : keupayaan mengenal mata wang Malaysia.
konstruk 6 : keupayaan menyatakan waktu.
konstruk 7 : keupayaan mengendalikan operasi asas.
konstruk 8 : keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang
Malaysia.
konstruk 9 : keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
konstruk 10: keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan
sebaliknya.
konstruk 11: keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam
kehidupan harian terhad kepada nombor bulat.
konstruk 12: keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam
kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.
Proses Saringan:
1. Semua instrumen saringan dibina oleh LP tetapi proses saringan dilaksanakan oleh
guru secara individu atau kumpulan kecil murid.
2. Proses saringan dilaksanakan secara standard, dijalankan secara serentak terhadap
semua murid dengan kaedah pengendalian dan jadual yang sama.
3. Proses saringan boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Saringan mesti dilaksanakan oleh guru.

KIA2M
KIA2M ialah program pemulihan awal untuk menangani masalah penguasaan kemahiran
membaca dan menulis dalam kalangan pelajar-pelajar tahun 1. Secara konsepnya,program
ini melibatkan semua sekolah, namun sekolah-sekolah jenis kebangsaan diberi pilihan sama
ada untuk terlibat atau sebaliknya. Semua murid tahun 1 akan menduduki Ujian Penapisan
KIA2M, murid yang gagal melepasi Ujian Penapisan akan mengikuti program KIA2M. P&P
KIA2M dijalankan dalam waktu P&P Bahasa Melayu. Di samping itu, kemahiran KIA2M ini
juga diajar secara penyerapan dalam waktu P&P Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik
serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. P&P KIA2M hanya melibatkan guru yang terlatih
sahaja. Guru pemulihan amat digalakkan membantu guru KIA2M terutama dalam aspek
P&P seperti pedagogi dan penyediaan bahan.
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)bertujuan untuk membantu
murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau
belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri
daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan
pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak
digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai
kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.
Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis
(KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut:

percalonan
ujian penapisan
perancangan
pengajaran
penilaian
tindakan susulan
Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru yang
telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan.
Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang
dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing. Strategi berikut boleh
digunakan mengikut kesesuaian.
a. Berpusatkan Guru

Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar
berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.
b. Berpusatkan Murid
Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan
sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.
c. Berpusatkan Bahan
Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan
yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan
dijalankan.
Pendekatan
Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan
secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi
kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.
*Pendekatan secara kelas
Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan
meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih
sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.
*Pendekatan secara berkumpulan
Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi
pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid
Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama
atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul
pengajaran yang disediakan.
*Pendekatan secara individu
Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing
untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga
boleh digunakan jika perlu.
Teknik
Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang
telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif.
Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian
serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.
Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:
teknik bercerita
teknik latih tubi
teknik tunjuk cara
teknik bersoal jawab
teknik main peranan
teknik menyanyi
teknik lakonan
teknik kuiz
Rancangan Pengajaran Secara Kumpulan
kumpulan cepat
sederhana
lambat
langkah 1 interaksi
secara
kelas
guru

langkah 2 kerja bertulis


langkah 3 pengukuhan

interaksi
guru
kerja bertulis

secara kumpulan kecil


interaksi guru secara
indiv

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum


Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu
secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah
dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.
Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni
digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.
Pendidikan Jasmani Kesihatan:
1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan.
2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan.
3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata.
Pendidikan Muzik:
1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.
2. Pergerakan berirama
3. Bunyi-bunyian berirama
Pendidikan Seni:
1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad.
2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata.
3. Capan - mengecap bentuk.
4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.
Pemulihan VS PROTIM
Banyak takrifan mengenai definisi Pemulihan oleh pakar-pakar dalam dunia pendidikan.
Namun, hakikatnya ia masih membawa maksud yang sama iaitu aktiviti alternatif yang
dijalankan apabila didapati seseorang murid gagal mempelajari sesuatu kemahiran selepas
mengikuti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa. Program PEMULIHAN ini adalah sebagai
ganti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa di Kelas Pemulihan untuk membantu murid
menguasai kemahiran berkenaan.
Justeru, definisi di atas amatlah jelas bahawa bukan sahaja dari segi siapa sasaran untuk
pengajaran Pemulihan tetapi juga dari segi fungsi dan tujuannya.
Ia sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira amnya, tiga kemahiran asas yang menjadi
fokus dalam KBSR.
Objektif pengajaran Pemulihan pula adalah seperti berikut :
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran
tertentu
mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan
pembelajaran
memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap
pembelajaran.

Program Pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan dan
diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian, untuk
murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru Pemulihan dan rundingan dengan
semua pihak dalam organisasi.
PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM
mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.
PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam
kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6
pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian
tapisan. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan
terlibat dalam program PROTIM ini.
Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program
PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar
masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid.
Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan
banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.
Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah
menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca.
Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa
menulis.
Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat untuk
mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matematik.
DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP PENDEKATAN
Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu
mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang
boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik
dan tematik.
Jenis Pendekatan
Prinsip Pembelajaran
Contoh aktiviti
Induktif
Mengajar dari spesifik ke
Pengajaran mata pelajaran
umum
Bahasa Melayu
penulisan.Tajuk yang khusus
perlu diberi penerangan yang
jelas dengan membentuk
soalan-soalan yang
berkaitan secara lisan dan
mengembangkan tajuk
dengan fakta-fakta yang
relevan.
Deduktif
Mengajar dari umum ke
Pengajaran mata pelajaran
spesifik
Sains.Membuat ujikaji
berkaitan tajuk yang diajar
supaya pelajar dapat
meneroka hubungan antara
elemen-elemen yang

Integratif

Mengintegrasi isi kandungan


&
kemahiran ke dalam satu
pelajaran

Eklektif

Kombinasi deduktif, induktif


atau
Integrative

Tematik

Mengajar pelajaran mengikut


satu tema sahaja

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Aras Taksonomi Bloom
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian

khusus.
Tugasan kumpulan yang
diberikan oleh guru.Pelajar
akan menggunakan
kemahiran asas komunikasi
untuk berfikir,mensistesis
dan memberi pendapat untuk
menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh
guru.Pendekatan ini lebih
berpusatkan kepada pelajar.
Lembaran kerja yang
diberikan oleh guru kepada
pelajar untuk sesuatu mata
pelajaran akan lebih menitik
beratkan perbezaan individu
dari segi minat,
kebolehan,pengalaman,
pengetahuan sedia
ada.Pelajar dapat
menyiapkan kerja yang
diterima kerana ia menepati
aras kebolehannya.
Guru mengajar tajuk yang
sama bagi satu minggu
untuk semua mata
pelajaran.Tema yang sama
akan diperjelaskan mengikut
mata pelajaran yang diajar.
Contohnya pengajaran
haiwan peliharaan akan
diperjelaskan dalam Bahasa
Melayu,Bahasa
Inggeris,Metematik dan
Sains.Tema yang sama akan
diajar oleh semua guru.

5 SISTEM BAHASA
1. FONOLOGI : Peraturan berkaitan sistem bunyi bahasa
Fonologi adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Semua kanak-kanak
secara umumnya mempunyai corak perkembangan fonologi tidak kira bahasa apa yang
dituturkan. Kanak-kanak juga menghasilkan bunyi secara rambang. Ini berlaku pada
peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan perbezaan fitur
yang ketara. Tetapi ia akan beransur maju kepada fonem-fonem yang halus dan jelas
kedengaran. Antara bunyi yang dihasilkan oleh kanak-kanak mengikut peringkat adalah
seperti berikut: Semasa kanak-kanak membesar, mereka mempelajari perkataan baru
melalui proses fast-mapping, iaitu secara membandingkan perkataan baru dengan
perkataan lama yang sudah diketahui. Perkembangan fonologi kanak-kanak adalah seperti
berikut:
2. MORFOLOGI : Berkaitan dengan tambahan prefixes dan suffixes kepada
perkataan supaya makna ditukar
Pada peringkat morfologi, kanak-kanak akan mempelajari perkataan baru apabila
memahami bahawa gabungan bunyi membawa makna tertentu. Mereka akan mempelajari
perkataan baru pada umur 18 bulan. Pada umur ini, mereka sudah dapat menguasai 20
hingga 50 perkataan dan apabila mencapai peringkat 4 tahun akan menambah perkataan
sebanyak lebih 2000 patah perkataan. Ada juga kanak-kanak pada waktu ini telah dapat
memahami konsep majmuk dan perkara lepas. Perkembangan morfologi kanak-kanak
adalah seperti:
3. SINTAKSIS : Peraturan berkaitan penyusunan perkataan supaya menjadi
perkataan yang membawa maksud tertentu
Sintaksis adalah bidang kajian yang mengkaji tentang ayat. Dalam perkembangan sintaksis,
kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan semasa umur satu
tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan semasa berumur dua tahun. Setiap ujaran
merujuk kepada beberapa makna mengikut susunan kata ataupun konteks bagi menafikan
pertanyaan dan sebagainya. Ayat-ayatnya padat dan ringkas bayak menggunakan kata
kerja dan kurang ataupun tiada langsung kata kerja. Selepas lima tahun, barulah kanakkanak menyamai bahasa orang dewasa. Selepas umur lima tahun, kanak-kanak berupaya
menghasilkan ayat pasif atau yang lebih kompleks serta dapat mengenal struktur dalaman
dan hubungannya dengan struktur luar.
Kanak-kanak umur satu setengah tahun dapat melakukan arah dengan mudah dengan tepat
seperti:
Ambilkan buku mak.
Mana roti adik.?
4. SEMANTIK : Aspek berkaitan maksud perkataan dan kombinasi perkataan
Semantik adalah kajian yang berkaitan dengan makna. Ini bermaksud kanak-kanak
berkebolehan memahami percakapan yang didengari. Kanak-kanak menyerap bunyi bahasa
ketika masih dalam kandungan sehinggalah 10 bulan selepas kelahiran. Pada peringkat
kanak-kanak mula menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan
perbendaharaan kata dengan agak cepat. Pada peringkat permulaan, kanak-kanak hanya
memahami beberapa makna perkataan. Tetapi hasil interaksi dengan alam sekitar dalam
pelbagai konsep, mereka telah dapat memperkayakan perkataan dan maknanya. Pada usia

2 tahun, ,mereka Dalam peringkat ini juga, mereka mempelajari daripada konsep konkrit
kepada konsep abstrak. Dan seterusnya dapat menyusun makna perkataan mengikut
tatabahasa. Secara umumnya, kanak-kanak pada masa ini banyak melakukan kesilapan
dalam berbahasa. Orang dewasa harus memberi bimbingan untuk memperbaiki bahasa
mereka. Mengikut Piaget, perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan
intelek iaitu sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit.
Peringkat sensori motor
Kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan seperti:
Apabila dia sedang lapar. Dia akan kata mamam.
Apabila dia tunjuk roti yang dijual di kedai dan berkata mamam bermaksud dia nak
makan roti itu.
Apabila dia melihat tiada makanan dalam bekas makanan dan menggelebgkan
kepala bermaksud makanan sudah abis.
Peringkat Praoperasi
Pada peringkat umur dua hingga tujuh tahun, kanak-kanak mula memahami ada perkataan
yang mempunyai lebih daripada satu makna. Namun mereka masih dalam peringkat konkrit
dan tidak memahami perkataan abstrak.
Peringkat operasi konkrit
Peringkat operasi konkrit berlaku pada umur tujuh hingga 11 tahun di mana kebolehan
kanak-kanak berkembang bagi mengecam dan membezakan makna. Namun pada masa
yang sama mereka masih bergantung kepada proses sedia ada dan pengalaman terus.
Sebagai contoh, mereka memahami fungsi rumah, ruang tempat tidur, tempat makan dan
sebagainya.
5. PRAGMATIK :Berkaitan penggunaan bahasa dalam konteks sosial untuk
tujuan yang tertentu. Bahasa adalah alat komunikasi yang maha penting. Di
mana sahaja, bahasa merupakan alat perantara bagi kita menyampaikan
perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat.
Pragmatik adalah penggunaan bahasa yang peka pada konteks iaitu cara seseorang
menyesuaikan bentuk ucapan ataupun perkataan mengikut konteks sosial yang berbeza. Ini
bermakna kanak-kanak perlu mempelajari bahasa mengikut peraturan budaya ketika
berkomunikasi. Sebagai contoh, jangan menyampuk secara tiba-tiba apabila orang dewasa
bercakap. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dalam masyarakat Melayu. Apabila
ada perkara yang penting untuk diberitahu, hendaklah ia bijak mencelah dan bersopan
seperti menggunakan maaf saya mencelah, memberi salam dan sebagainya. Mereka juga
harus mengetahui bahasa badan, isyarat dan tajuk yang diperbualkan jika ingin memberi
respon dalam satu perbualan. Namun begitu, perkembangan pragmatik bergantung kepada
budaya masyarakat (tempat mereka membesar)
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan
merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi,
menganalisa, menilai dan mencipta.

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical,
pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau
maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai
bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,
mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka
sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam
pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan
wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.
KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan
kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur
pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih
produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan
memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.
MH370 (KL ke Beijing)
239 penumpang
38 warga Malaysia
MH17

280 penumpang, 15 anak kapal


20 warga Malaysia termasuk 2 bayi

YAB DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan
YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan
YB ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
Menteri Belia dan Sukan
YB DATUK DR. EWON EBIN
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
KETUA SETIAUSAHA NEGARA
Tan Sri Dato' Dr. Ali Hamsa
MENTERI PENDIDIKAN
YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin
MENTERI PENDIDIKAN II
YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN
YB Datuk Mary Yap Kain Ching

TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II


YB Tuan P Kamalanathan a/l P. Panchanathan

PARLIMEN PULAU PINANG


BUKIT MERTAJAM YB. SIM CHEE KEONG
YAB DATO' SRI DIRAJA HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB
Menteri Besar Pahang
YAB DATO' HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN
Menteri Besar Terengganu
YAB DATO' SERI AZLAN BIN MAN
Menteri Besar Perlis
YAB TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI
Menteri Besar Selangor
YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
Menteri Besar Negeri Sembilan
YAB DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
Menteri Besar Johor
YAB DATO' HAJI AHMAD BIN YAKOB
Menteri Besar Kelantan
YAB DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR
Menteri Besar Perak
YAB DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR
Menteri Besar Kedah
YAB TUAN LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang
YAB DATUK SERI IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON
Ketua Menteri Melaka
YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN
Ketua Menteri Sabah
YAB TAN SRI DATUK AMAR HAJI ADENAN BIN HAJI SATEM
Ketua Menteri Sarawak
PELANTIKAN PRESIDEN INDONESIA KE-7

Presiden Joko Widodo

ISU UKRAINE-RUSSIA (MH17)


Siapa yang menembak jatuh pesawat MH 17 itu? Kalau hendak mendapat jawapannya ia
mestilah dari salah satu dari dua pihak yang sedang berperang, iaitu tentera Ukraine dan
pihak pemisah yang di kuasai oleh Russia. Ia tidak mungkin ditembak oleh tentera Jepun
atau tentera Saudi Arabia.
Mungkin pihak pemisah pro Russia adalah pihak yang bertanggungjawab kerana beberapa
hari sebelumnya pihak pemisah yang di sokong Russia ini telah menembak kapal terbang
pengangkutan Ukraine. Maka ada pihak yang menyangka pesawat MAS itu adalah kapal
terbang pengangkutan yang besar dan terus menembaknya. Apa pun dan siapa yang
menembaknya mestilah dari salah satu puak yang sedang berganyang dan berperang untuk
meluaskan kuasa.
Tetapi penyebab peperangan itu adalah punca sebenarnya kenapa MH 17 ini disangkakan
sebagai pihak musuh mereka dan hanya setelah pesawat itu terhempas dengan 295 orang
nyawa terkorban itu bukanlah satu pihak yang sedang berperang. Pesawat itu kepunyaan
sebuah negara yang tidak mahu perang dan tidak berkemampuan untuk berperang.
Dalam isu ini bukan sahaja pihak pemisah pro Russia atau tentera Ukraine yang patut
bertanggungjawab, ia sepatutnya di pertanggungjawabkan kepada pihak Amerika Syarikat
juga kerana peperangan saudara di Ukraine itu adalah di sebabkan AS campur tangan
dalam hal ehwal Ukraine sehinggakan ia menjadi isu besar kepada Russia dan bertindak
menggunakan pengaruh dan kekuatan tentera mereka untuk menyekat pengaruh AS di
negara jiran Russia, Ukraine itu.
Ukraine Air Traffic Services Enterprise memberi kenyataan yang tidak ada masalah yang
dihadapi oleh anak kapal MAS itu semasa memasuki ruang udara Ukraine dan
terhempasnya pesawat ini tidak lain dari kesilapan mengenali pesawat ini sebagai pesawat
Ukraine dan ditembak jatuh oleh pihak pemisah yang di sokong Russia itu. Jika mereka
mengenali pesawat itu adalah pesawat commercial MAS tidak ada sebab mereka
mengarahkan ground-to-air missile kepada MH 17 itu.
Di sini juga kita harapkan tidak ada blame game diantara yang tidak bersetuju diantara satu
dengan lain dan adalah kejam serta tidak bertamadun diantara kita jika kita menggunakan
isu ini sebagai isu politik diantara dua atau lebih pihak yang sedang gila bermain politik
ini.Semua pihak sekarang perlu bersatu sehingga ke pentas antarabangsa untuk mencari
penyelesaian muktamat terhadap 'act of terrorism' yang tidak berperi kemanusiaan ini.
WABAK EBOLA
Ebola adalah sejenis virus dari genus Ebolavirus , familia Filoviridae , dan juga nama dari
penyakit yang disebabkan oleh virus tersebut. Ianya dijumpai pada tahun 1976, di Sungai
Ebola, di Kongo. Kebanyakan kes adalah berlaku di Barat Afrika terutamanya di Guinea,
Liberia, Sierra Leone, dan Nigeria.

Cara berjangkit
Ianya berjangkit apabila badan kita terkena dengan cecair orang atau haiwan yang
dijangkiti virus ini. Cecair badan termasuklah air liur, najis, air kencing, dan darah. Haiwan
yang biasa terkena ebola ialah dari jenis primat iaitu seperti monyet.
Masa Inkubasi
Masa inkubasi adalah daripada tempoh 2 hari hingga 3minggu. Ini bermakna, apabila
seseorang terdedah kepada virus ini, seseorang akan hanya mendapat gejala-gejala
bermula daripada 2 hari hingga ke 3 minggu.
Gejala-gejala yang timbul
Virus Ebola adalah sangat virulen, bermaksud boleh menyebabkan kadar kematian yang
tinggi jika dijangkiti. Antara gejala- gejala yang timbul ialah bermula dengan sakit-sakit
badan, rasa lesu. Kemudian pesakit akan mula demam. Ianya berlaku dengan cepat.
Sebagai contoh jika rasa sakit-sakit badan pada waktu pagi, pada waktu petang pesakit
akan mula mendapat demam, batuk-batuk, cirit-birit dan muntah dan ruam-ruam di badan.
Pengesanan awal
Penyakit ini agak sukar untuk dibezakan dengan penyakit-penyakit lain, kerana gejalanya
adalah sama seperti penyakit lain yang agak biasa seperti jangkitan demam selsema,
pneumonia, denggi, dan malaria.
Perkara yang membezakan ialah sejarah pernah melawat tempat-tempat yang berlaku
wabak Ebola. Sampel darah akan diambil dan akan diuji di Makmal Kesihatan Awam untuk
mengesahkan penyakit ini.
Langkah-langkah pencegahan
Berdasarkan maklumat sedia ada dan daripada pihak WHO (World Health Organization),
National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) telah membuat analisa risiko ke
atas kemungkinan penularan wabak ini di Malaysia masih lagi rendah jika dibandingkan di
Afrika Barat. Setakat ini, tiada kes ebola yang dilaporkan di Malaysia.
ARAB SPRING
Arab Spring ialah gerakan revolusi rakyat di kebanyakan negara timur tengah yang tidak
puas hati dengan pemimpin sedia ada. Kebanyakan berkaitan isu hak asasi manusia,
kezaliman dan korupsi. Sehingga hari ini sebanyak 4 negara berjaya menjatuhkan pemimpin
korup sedia ada iaitu Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman. Sebuah negara lagi menunggu untuk
mengikut jejak langkah yang sama iaitu Syria.
Semua kebangkitan ini bermula dengan demonstasi aman dan ada sesetengahnya berakhir
dengan pertumpahan darah. Ini adalah harga yang perlu dibayar untuk masa depan mereka
yang lebih baik. Sesetengah pemerhati menyifatkan Arab Spring ialah suatu fenomena yang
positif tetapi ada juga mereka yang menganggap perkara ini adalah satu bencana besar
terhadap umat Islam.
Walau apapun anggapan mereka, kita perlu menghormati pendirian majoriti rakyat sesebuah
negara kerana itu melibatkan masa depan mereka. Kalau kita kaji zaman gelap barat pun,
perubahan yang mereka lakukan perlu dibayar dengan darah untuk sampai ketahap negara
maju zaman sekarang. Sirah para nabi juga begitu, setakat ini tiada kita dengar dan baca
jalan ceritanya begitu aman tanpa sebarang pengorbanan.

Kenapa apabila tiba masa umat Islam ingin bangkit dan berubah ke arah yang lebih baik
ada suara-suara sumbang mengatakan ini propaganda barat dan mainan zionis? Kalaulah
negara yang mengalami kebangkitan rakyat itu pemimpinnya bagus, mengamalkan agama
sepenuhnya, tidak korup dan kebajikan rakyat terjaga maka mungkin saya bersetuju ini
adalah propaganda jahat barat.
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Negara itu kebajikan rakyatnya teruk, rompakan
kekayaan negara berleluasa, kezaliman kepada rakyat yang menegur pemimpin dan salah
guna kuasa. Baru-baru ini sempat menonton Majalah Islam di TV Al-Hijrah yang mengulas
isu ini. Kebanyakan mereka yang ditemuramah memberi respon negatif terhadap Arab
Spring. Hairan juga kenapa rancangan itu tidak menemuramah Dr.Maszlee sebagai individu
yang agak pakar dalam bidang ini.
Ada juga yang mengatakan tengoklah apa yang berlaku pada rakyat mesir sekarang? (pada
masa itu masih dalam proses pemilihan Presiden baru) Rakyat hidup lagi susah, Harga
makanan meningkat naik. Setiap masa ada sahaja demonstrasi di Medan Tahrir. Keadaan
jadi lebih buruk dari zaman Mubarak. Itu adalah komen-komen mereka yang tidak berada di
sana dan membaca berita dari saluran yang memainkan propaganda mengatakan
perubahan belum tentu boleh membawa keadaan negara jadi lebih baik. Propaganda ini
suka dimainkan negara yang takut rakyat bangkit membuat perubahan dalam pilihanraya
termasuk Malaysia.
Akan tetapi dengan Kuasa Allah yang Maha Agung, pemilihan Presiden Mesir yang baru
memihak kepada pihak Pro Islam iaitu Ikhwan Muslimin. Saban hari di Facebook dikongsi
gambar memuji bagusnya Presiden Mesir yang baru. Perancangan perubahan dan sifat
zuhud Presiden Morsi membuatkan ramai orang bermimpi untuk memiliki pemimpin seperti
itu di masa hadapan. Jadi apa yang buruk dan bencananya Arab Spring? Sudah tentu perlu
ada pengorbanan yang perlu dibuat untuk menuju ke arah masa depan negara yang lebih
baik.
"No Sacrifice, No Victory."
ISU SELATAN THAILAND
Apabila mendengar sahaja nama Selatan Thai, tentulah orang di Malaysia ini akan teringat
tentang ketidakstabilan dan keganasan. Kawasan Selatan Thai seperti Yala dan Pattani
yang dahulunya menjadi tumpuan pelancong Malaysia kini tidak lagi diletakkan di dalam
kalendar tempat yang perlu dilawat. Hanya tempat seperti Hatyai dan Phuket yang masih
lagi menjadi tumpuan. Persepsi ini menyebabkan peluang perniagaan semakin sukar
menyebabkan banyak rakyat Muslim di Selatan Thai bekerja di negara jiran seperti
Malaysia. Malah letupan bom yang berlaku baru-baru ini berdekatan sebuah hotel hanya
menyebabkan pelancong menjauhkan diri.
Adalah tidak adil untuk melihat Selatan Thai sebuah tempat konflik yang kronik seperti Syria.
Hakikatnya kehidupan sehari-hari penduduk adalah sangat aman. Walaupun berlaku
sekatan tentera di setiap jalan namun jarang sekali mereka berfungsi kerana tujuannya
hanya sebagai kawalan. Jarang mereka memeriksa lalu lintas. Mereka seperti rakyat
Thailand yang lain juga menuntut untuk diberi layanan yang adil oleh kerajaan. Mereka juga

mahukan kekayaan Thailand itu sampai ke Selatan supaya boleh dinikmati bersama.
Peluang ekonomi dan pendidikan juga perlu diratakan tanpa mengira kaum dan agama.
Inilah penyelesaian yang terbaik kepada konflik di selatan Thai. Bukan menambah lebih
banyak tentera atau melakukan penahanan tanpa bicara dan prejudis terhadap mana-mana
orang Islam yang berkelulusan agama. Kehadiran tentera hanya menyebabkan
ketidakpuasan hati rakyat terhadap layanan double standard kerajaan. Tentera hadir
kerana perintah darurat, oleh itu perlulah perintah darurat itu ditarik balik supaya
pemerintahan awam dapat dikembalikan di Selatan Thai.
Namun begitu, sering kali hasrat rakyat dikhianati kerana keadaan politik di Bangkok kurang
stabil. Akhirnya Selatan dilupakan dan dibiarkan kerana konflik politik Thailand yang tidak
sudah-sudah. Sepatutnya negara Islam seperti Malaysia perlu lebih proaktif dalam
membantu saudara seagama Gagasan Kesederhanaan Global anjuran Perdana Menteri
Najib Razak perlu dirasakan dahulu di negara jiran sebelum disebarkan sekuruh dunia.
Malaysia perlu keluar dari polisi berdiam diri apabila melibatkan negara-negara ASEAN
kerana kita dilihat sebagai masyarakat contoh oleh rakyat negara lain. Kejayaan kita dalam
melahirkan masyarakat majmuk perlu menjadi model kepada negara seperti Thailand yang
mempunyai masalah apabila melibatkan keharmonian antara kaum dan agaman.
ISU I WANT TO TOUCH DOG
Penganjur : Syed Azmi Alhabshi
Program I want to touch a dog (Saya mahu sentuh anjing), yang bertujuan untuk
menghilangkan kebimbangan dan persepsi negatif terhadap anjing, terutamanya di
kalangan umat Islam, disifatkan sebagai berjaya oleh penganjurnya. Program yang diadakan
buat kali pertama di One Utama di sini, menarik kira-kira 800 orang, dengan separuh
daripada yang hadir adalah mereka yang beragama Islam. Kebanyakan mereka yang
datang bersama anak-anak dan bebas berjalan-jalan, menyentuh dan berinteraksi dengan
pelbagai spesis anjing.
Kesemua anjing-anjing tersebut telah diperiksa dengan teliti oleh pihak penganjur.
Ketika menyentuh anjing dianggap taboo oleh sesetengah orang Islam, individu di sebalik
acara itu, Syed Azmi Alhabshi gembira apabila ramai yang hadir bagi menyokong acara
tersebut. Syed Azmi berkata beliau agak terkejut dengan bilangan orang Islam yang datang.
Ini hanya satu langkah kecil bagi kita. Saya tidak tahu sama ada selepas ini orang ramai
faham dan tidak lagi membaling batu kepada anjing tetapi kita mahu orang ramai tahu
bahawa jika mereka tidak memiliki pengetahuan atau ingin tahu tentang perkara ini, mereka
hanya perlu bertanya, kata ahli farmasi berdaftar itu.
Acara dimulakan dengan ceramah agama oleh Mohd Iqbal Parjin, 33, seorang guru agama
dan pelajar sarjana di Pusat Lanjutan Pengajian Islam, Sains dan Tamadun, berkaitan Islam
dan anjing. Beliau menjelaskan bahawa walaupun air liur anjing dianggap najis, Islam tidak
perlu takut kepada binatang itu atau melihatnya sebagai jijik. Umat Islam juga diberi tunjuk
ajar tentang bagaimana untuk membersihkan diri mereka mengikut ajaran-ajaran Islam
(samak) selepas menyentuh anjing. Tunjuk ajar diberikan oleh para sukarelawan yang

menunjukkan cara samak, langkah demi langkah dengan membasuh dengan tanah untuk
kali pertama dan enam kali dengan air bersih.
Seorang suri rumah tangga yang masih muda yang berpakaian hitam dan berpurdah yang
mahu dikenali sebagai Fatimah, memerhatikan proses samak dengan teliti.
Saya datang ke sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang berinteraksi dengan anjing,
mengenai pembersihan samak dan Sertu. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti ini
sebelum ini, kata ibu kepada dua anak ini sambil tersenyum.