Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PELAKSANAAN

MAJLIS MAKAN MALAM PIBG 2010


1.0 PENGENALAN
Perkembangan serta kemajuan yang begitu pesat selari dengan era globalisasi dunia yang
begitu canggih serta berteknologi ini perlu adanya perubahan yang boleh dipraktikkan.
Oleh yang demikian, pihak sekolah dan PIBG mengharapkan agar dapat menerapkan
kemajuan itu di tempat yang sedang dalam pembangunan dari segi persekitaran mental,
corak kehidupan dan pemikiran. Disebabkan keuzuran bangunan serta kekurangan bahan
bantu mengajar, pihak sekolah merasa terpanggil untuk berusaha mendapatkan sumber
kewangan sendiri dengan bantuan PIBG sekolah ini dalam meningkatkan pembangunan
fizikal sekolah. Pihak sekolah dan PIBG buat pertama kalinya ingin menganjurkan Majlis
Makan Malam 2010. Pihak sekolah dan PIBG sangat berharap agar kerjasama di antara
kedua-dua pihak ini akan berjalan dengan lancar. Tujuan utama Majlis Makan Malam
diadakan adalah untuk mencari sumber kewangan bagi meningkatkan keperluan prasarana,
bahan bantu mengajar serta menjadikan persekitaran sekolah lebih kondusif untuk proses
pengajaran-pembelajaran. Di harapkan dana yang dikumpulkan ini dapat membantu
memenuhi keperluan fizikal sekolah.

2.0

AKTIVITI PELAKSANAAN
Aktiviti yang dicadangkan:

3.0

2.1

Ucapan Yang Dipertua PIBG

2.2

Majlis Makan Malam dan persembahan

2.3

Cabutan bertuah

MATLAMAT
3.1

Menjana pendapatan tabung PIBG SK Sungei Way.

3.2

Mengeratkan silatulrahim antara warga sekolah dengan masyarakat


setempat agar wujud interaksi yang harmonis di antara semua pihak.

3.3

Memberi pengalaman kepada pihak sekolah dan ibu bapa melaksanakan


projek masyarakat.

4.0

OBJEKTIF KUTIPAN WANG


4.1

Menambah bilangan bahan bacaan dan bahan bantu P&P sekolah.

4.2

Membiayai kerja-kerja membaik pulih infrastruktur.

4.3

Membiayai keceriaan sekolah.

5.0

SASARAN KUTIPAN : RM 60,000.00

6.0

GOLONGAN SASARAN
6.1

Penduduk di kawasan perumahan SK Sungei Way dan sekitarnya.

6.2

Warga Pendidik seluruh negeri Selangor.

6.3

Badan Korporat dalam dan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

6.4

Dermawan dari semua daerah dalam dan luar negeri Selangor dan Wilayah
Persekutuan.

7.0

8.0

CADANGAN AGIHAN
7.1

30% untuk bahan bacaan dan bahan bantu P&P.

7.2

30% untuk baik pulih kerosakkan infrastruktur sekolah.

7.3

40% untuk keceriaan sekolah

PELAN TINDAKAN KUTIPAN


8.1

Meja untuk makan malam akan dijual kepada badan korporat, sekolahsekolah sekitar dan luar Selangor dan masyarakat setempat.

8.2
9.0

Sumbangan.

TARIKH
9.1

Tarikh/Hari

30 Oktober 2010/ Sabtu

Tempat:

Padang SKSW

Masa

7:30 malam -11.00 malam

10.0

JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung

YBhg Datuk Haji Yahaya bin Bujang


DMSM, KMN, SMS, AMS, PJK
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya

Penasihat

Pn. Muliani bt. Abu Bakar


Guru Besar SK. Sungei Way

Pengerusi

En. Noor Azman Bin Mohd Nor


Yang di Pertua PIBG SKSW

Pengerusi

II

i.

Pn. Nazila Binti Mahamud


GPK Kurikulum , SK Sungei Way

ii.

Pn. Nor Jaihan Binti Sulaiman


GPK HEM, SK Sungei Way

iii.

En. Thiruthonder C.Appudurai


GPK Ko-kurikulum, SK Sungei Way

iv.

En. Syed Mustafa Bin Syed Abdul Rahman


Penyelia Petang, SK Sungei Way

Setiausaha

Pn. Nuriatul Azmah Binti Omar

Bendahari

Encik Nazrul Shafry Bin Muhamad

Ahli Jawatankuasa

i.

Semua AJK PIBG

ii.

Semua guru-guru SKSW

11.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
Pendapatan

RM

Jumlah
12.0 KESIMPULAN

Perbelanjaan
1. Sewa khemah
2. Meja & Kerusi
3. P/A Sistem & Karaoke
4. Catering
5. Banner
6. Dokumentasi/Sijil
7. Cenderahati
8. Sumbangan jemputan
9. Cop Nombor
Jumlah Keseluruhan

RM
7,500.00
600.00
800.00
4,800.00
360.00
150.00
3,200.00
100.00
100.00
16,810.00

Adalah menjadi harapan sekolah agar jumlah kutipan mencapai sasaran. Sekiranya
berjaya mencapai sasaran, maka banyaklah aktiviti penambahbaikan ke atas
infrastruktur sekolah serta akan bertambah BBM yang amat diperlukan untuk
meningkatkan pretasi akademik murid-murid sekolah ini.

Disediakan oleh ,

Disahkan Oleh,

........................

........... ..........

(PN. NURIATUL AZMAH BINTI OMAR)

(EN. NOOR AZMAN BIN MOHD NOR)

Setiausaha KehormatPIBG

Yang Dipertua PIBG

SK Sungei Way,

SK Sungei Way,

Petaling Jaya.

Petaling Jaya.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SESI 2010/2011
YANG DIPERTUA
EN. NOOR AZMAN BIN MOHD NOR

NAIB YANG DIPERTUA


EN.HAMIZI BIN HAMDAN
SETIAUSAHA KEHORMAT
PN NURIATUL AZMAH BINTI OMAR
BENDAHARI
EN. NAZRUL SHAFRY BIN MUHAMAD
AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA
1.
2.
3.
4.

En. Mohd Nadri bin Moklas


En. Razali bin Yusof
Pn. Suzilawati binti Hussin
Pn. Mastura binti Mohamed

AHLI JAWATANKUASA GURU-GURU


1.
2.
3.

Pn. Nor Hanini binti Disa


Pn. Siti Hajar Aisyah binti Ibrahim
Pn. Robeena Begum binti Ghazali

JURUAUDIT
1.
2.

En. Azian bin Bakri


En. Khalid bin Lommok

(Guru)
(Ibu Bapa)

KANTIN
5

BLOK
A

PI
N
T
U
U
T
A
M
A

BLOK
B
BLOK
A

PARKING

PADANG

BLOK
C

VIP
H
I
D
A
N
G
A
N

KHEMAH
S
T
A
G
E

PELAN MAJLIS MAKAN MALAM SKSW

,Yang Berbahagia Datuk Haji Yahaya Bin Bujang


,DMSM, KMN, SMS, AMS, PJK
,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya
.Petaling Jaya 46000

,Yang Berhormat
LANTIKAN SEBAGAI PENAUNG MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGEI WAY
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.

Untuk makluman Yang Berbahagia, pihak sekolah dengan bantuan PIBG sekolah

ini akan menganjurkan program tersebut di atas. Butir-butir program adalah seperti
berikut:

3.

2.1

Tarikh

30 Oktober 2010

2.2

Masa

7.30 malam- 11.00 malam

2.3

Tempat

Dataran SK Sungei Way

Sehubungan itu pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya Yang Berbahagia sudi

menjadi Penaung program tersebut.


4.

Untuk makluman Yang Berbahagia antara tujuan program ini diadakan ialah untuk

mengisi tabung PIBG sekolah ini bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang membantu ke
arah kecemerlangan pengajaran-pembelajaran warga sekolah ini. Selain itu diharapkan
program ini dapat menjana interaksi yang harmonis antara warga sekolah dengan ibu bapa
dan penduduk setempat.
5.

Oleh itu besarlah harapan kami agar Yang Berbahagia sudi menerima lantikan

tersebut.segala kerjasama dan perhatian dari Yang Berbahagia kami dahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

.............................................................
(NOOR AZMAN BIN MOHD NOR)
Yang Dipertua PIBG
SK Sungei Way

KERTAS KERJA
MAJLIS
MAKAN MALAM
SK SUNGEI WAY
2010
Anjuran:
PIBG SK SUNGEI WAY
674SEL : Pendaftaran .oN
8