Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Bilangan Jurnal

: Ke- 3

Minggu Praktikum

: Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 4 Februari 8 Februari 2013

Tajuk Jurnal

: Kawalan Kelas

1. Isu / Masalah.
Pada minggu ini, saya telah menghadapi masalah pengurusan kawalan kelas. Proses pengajaran
dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar kerana murid-murid tidak mendengar arahan
yang diberikan. Oleh yang demikian, murid murid tidak dapat melakukan aktiviti yang diarahkan
dengan betul. Mereka lebih gemar bercakap dengan rakan dan membuat kerja sendiri daripada
mendengar serta memberikan perhatian kepada arahan yang diberikan. Secara tidak langsung, masa
yang diperuntukkan bagi setiap langkah tidak mencukupi dan murid-murid tidak mendapat panduan
dan bimbingan seperti yang telah dirancangkan. Namun begitu, bagi set induksi dan penutup saya
dapat memperbaiki cara pengurusan masa agar dua langkah ini dapat dimaksimumkan dengan
penglibatan murid.

2. Analisis.
Masalah ini timbul kerana arahan yang saya berikan tidak jelas dan panjang. Saya juga tidak
menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap murid-murid. Selain itu, saya tidak
memberikan arahan secara menyeluruh kepada murid bagi setiap langkah pengajaran. Hal ini
menyebabkan mereka tidak jelas dengan aktiviti yang akan mereka lakukan di setiap langkah
pengajaran. Oleh sebab itu, mereka lebih senang bertanya dengan rakan daripada bertanya dengan
guru. Keadaan ini menyebabkan kelas menjadi tidak terkawal kerana murid bercakap sesama
mereka dan guru juga bercakap pada masa yang sama. Saya juga tidak bertanya kembali kepada
murid jika mereka faham dengan arahan yang diberikan atau mungkin mereka ada soalan mengenai
aktiviti yang akan dijalankan. Oleh itu, kelas menjadi amat bising dan aktiviti yang dirancang tidak
dapat dijalankan dengan lancar.

3. Cadangan Tindakan Susulan.


Setelah melakukan perbincangan dengan guru dan pensyarah, saya dinasihatkan supaya
membina arahan yang pendek dan padat serta menggunakan perkataan yang mudah
supaya murid senang untuk memahami arahan yang ingin saya sampaikan.
Saya perlu memberikan arahan pada permulaan langkah secara keseluruhan agar
murid-murid tahu mengenai perjalanan aktiviti yang akan mereka laksanakan.
Saya perlu memastikan semua murid memahami arahan yang diberikan dengan
mengajukan soalan kepada mereka mengenai arahan yang telah diberikan.
Saya juga perlu membina peraturan kelas bersama dengan murid-murid supaya mereka
akan lebih berdisiplin di dalam kelas.
Pemberian token ekonomi juga mampu membina tingkah laku positif dalam kalangan
murid-murid.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan.


Saya berharap saya dapat mengatasi masalah pengurusan kawalan kelas ini dalam masa
seminggu iaitu pada sesi pengajaran dan pembelajaran minggu hadapan. Saya akan

cuba

mengaplikasikan cadangan yang telah diberikan oleh guru dan pensyarah yang mempunyai lebih
pengalaman dalam mengurus murid-murid. Saya telah cuba melakukan cadangan tindakan susulan
pada murid-murid dan kesan positif telah saya peroleh. Kelas tidak begitu bising dan murid tidak lagi
bercakap sewaktu aktiviti dijalankan. Murid murid juga mula bertanya kepada saya jika mereka
tidak memahami arahan yang diberikan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

----------------------------------------

------------------------------------------

Tandatangan

Tandatangan

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai