Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Bilangan Jurnal

: Ke- 5

Minggu Praktikum

: Kelima

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 18 Februari 22 Februari 2012

Tajuk Jurnal

: Tahap Kelantangan Suara.

1. Isu / Masalah
Setelah dapat mengatasi masalah pengurusan kawalan kelas pada minggu lepas, saya telah
menghadapi masalah baru iaitu masalah tahap kelantangan suara yang begitu rendah. Masalah ini
tidak begitu ketara ketika mengajar di kelas pemulihan berbanding di kelas aliran perdana. Keluasan
kelas dan bilangan murid yang agak ramai di kelas biasa menyebabkan suara saya tidak cukup kuat
dan lantang ketika menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Analisis
Saya mula menyedari suara saya tidak didengari oleh semua murid apabila mereka tidak
memberikan respons kepada soalan yang diajukan. Hanya murid di bahagian depan mengangkat
tangan untuk memberikan jawapan soalan. Masalah ini merupakan masalah besar kepada saya
kerana saya tidak dibiasakan untuk bercakap dengan nada yang kuat. Saya cuba menguatkan suara
dengan memaksa suara untuk keluar dengan lantang seperti suara saya menjerit. Namun begitu,
saya mengalami masalah sakit tekak kerana tekanan yang kuat digunakan pada peti suara saya.
Murid-murid mula hilang minat terhadap pengajaran yang disampaikan kerana mereka tidak dapat
mendengar dengan jelas isi pelajaran yang saya sampaikan. Mereka kembali bercakap sesama rakan
dan menyebabkan kelas menjadi bising semula.
3. Cadangan Tindakan Susulan.
Saya bertanya kepada guru-guru di sekolah mengenai petua untuk menguatkan suara,
mereka memberitahu saya perlu menggunakan suara daripada perut bukan suara daripada
tekak. Jika saya terus memaksa suara daripada tekak untuk keluar, secara tidak langsung
saya akan memburukkan lagi keadaan tekak saya yang sakit.
Saya juga akan membanyakkan berjalan dekat dengan murid sewaktu menyampaikan isi
pelajaran dan tidak hanya tertumpu di bahagian hadapan kelas.
Saya perlu mencari alternatif lain seperti menggunakan wisel atau ketukan pembaris di
dalam kelas bagi menarik perhatian murid untuk terus fokus kepada proses pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan.

4. Tempoh masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan.


Bagi masalah minggu ini, saya tidak mengharapkan masalah ini dapat diatasi dalam masa yang
singkat kerana saya akui ini kelemahan yang paling besar dalam diri saya. Saya akan cuba membuat
latihan mengeluarkan suara daripada perut dan cuba mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam
kelas supaya semua murid dapat mendengar isi pelajaran yang disampaikan dengan jelas. Saya telah
cuba menguatkan suara ketika mengajar di kelas pemulihan dan hasilnya amat memberangsangkan.
Murid-murid kelas pemulihan terutamanya murid Tahun 2 mula memberikan tumpuan sepenuhnya
dan kurang bermain di dalam kelas kerana mereka kelihatan takut mendengar suara saya yang kuat
berbanding sebelum ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

----------------------------------------

------------------------------------------

Tandatangan

Tandatangan

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai