Anda di halaman 1dari 12

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

TAJUK 2

STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN KHAS DI


MALAYSIA

SINOPSIS
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan struktur pentadbiran Pendidikan
Khas. Antara aspek yang akan disentuh ialah struktur organisasi perkhidmatan
Pendidikan Khas, peranan pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Khas serta
peranan jabatan dan agensi lain. Tiga pihak yang akan disentuh secara langsung
dalam perbincangan ini ialah Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah. Selain itu kita juga akan melihat apakah
peranan yang akan dimainkan oleh jabatan dan agensi lain di peringkat
kementerian, jabatan dan badan NGO.
Topik ini secara keseluruhannya akan membawa anda melihat struktur
pentadbiran

Pendidikan

Khas dan

membincangkan

bagaimana

Jabatan

Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri, dan Pejabat Pendidikan Daerah


memainkan peranan dalam menjayakan program Pendidikan Khas. Peranan ini
juga dibantu dengan kerjasama oleh beberapa kementerian, jabatan dan agensi
lain serta NGO yang terlibat.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan

struktur

organisasi

Pendidikan

Khas

di

peringkat

Kementerian Pelajaran Malaysia;


2. Menghuraikan struktur organisasi di peringkat sekolah seperti di sekolah
khas.
3. Menghuraikan peranan Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan
Negeri

dan

Pejabat

Pendidikan

pengurusan Pendidikan Khas.

15

Daerah

dalam

pentadbiran

dan

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

KERANGKA TAJUK

Struktur Organisasi Pendidikan


Khas di Malaysia

Struktur Organisasi
Pendidikan Khas

Struktur Organisasi di
Peringkat Sekolah

peringkat Kementerian
Pelajaran Malaysia
Jabatan Pendidikan Khas
Jabatan Pendidikan Negeri
Pejabat Pendidikan Daerah

KANDUNGAN

16

Sekolah Khas
Program Inklusif
Kelas Khas
Program Integrasi

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

2.0 Struktur Organisasi Pendidikan Khas Di Peringkat


Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian
Pelajaran Malaysia

Bahagaian
Pendidikan Khas

Jabatan
Pendidikan Negeri

Pejabat
Pendidikan Daerah

sek Keb Harian


Integrasi PKBP

Sek Men Harian


integrasi PKBP

Sek Keb Harian


\Integrasi Buta

Sek Men Harian


integrasi Buta

Sek Keb Harian


\Integrasi Pekak

Sek Men Harian


integrasi Pekak

Sek Men
Pend Khas

Sek Keb
Pend Khas

SM Pend Khas
Vokasional

Rajah 2.1: Carta Alir Pengurusan Pendidikan Khas Di Malaysia


Carta alir di atas menunjukkan pengurusan Pendidikan Khas di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia. Peringkat pengurusan yang paling tinggi ialah
Jabatan Pendidikan Khas (JPK). Pada peringkat ini perancangan pembangunan
dan dasar berkaitan Pendidikan Khas dibuat. Segala perancangan dan dasar
dilaksanakan di peringkat negeri oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan
disalurkan ke peringkat daerah melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Di
bawah pengurusan PPD terdapat sekolah Rendah Khas Harian, Sekolah Rendah
Khas Berasrama, Sekolah Rendah Biasa Rancangan Percantuman/Integrasi,
Sekolah Menengah Khas Berasrama Dan Sekolah Menengah Biasa Rancangan
Percantuman/Integrasi.
17

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

2.1.2.1.1 Bahagian Pendidikan Khas

Pengarah
Bhg Pend Khas

Timb Pengarah

Ketua Sektor

Timb Pengarah

Ketua Sektor

Ketua Sektor

Ketua Sektor

Ketua Sektor

Ketua Sektor

Ketua Sektor

Rajah 2.2: Struktur Organisasi Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian


Pelajaran Malaysia

Tentu anda pernah dengar tentang Jabatan Pendidikan Khas di Kementerian


Pelajaran Malaysia. Jabatan ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran (TKPP) dan mempunyai empat bahagian utama iaitu Bahagian
Perancangan Pembangunan Dan Dasar, Bahagian Pengurusan Sekolah,
Bahagian Latihan Dan Khidmat Bantu serta Unit Pengurusan. Anda boleh
merujuk kepada laman web JPK di http://apps2.emoe.gov.my untuk mengetahui
peranan setiap bahagian dengan lebih terperinci.
18

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

2.1.2 Jabatan Pendidikan Negeri

Pengarah
Jabatan PendidikanNegeri

Timbalan Pengarah
Jabatan PendidikanNegeri

Ketua Sektor
Pendidikan Sekolah

Ketua Sektor
Jaminan Kualiti

Ketua Sektor
Pengurusan Akademik

Ketua Sektor
Penilaian dan Peperiksaan

Ketua Sektor
Pendidikan Islam

Ketua Sektor
Khidmat Pengurusan
dan Pembangunan

Ketua Sektor
Pendidikan Swasta dan
Pendidikan Khas

Ketua Sektor
Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan

Ketua Sektor
Pengurusan Maklumat
dan ICT

Ketua Sektor
Psikologi dan Kaunseling

Rajah 2.3: Struktur organisasi Jabatan Pendidikan Negeri


Jabatan Pelajaran Negeri pula diketuai oleh seorang Pengarah. Di bawahnya
terdapat enam sektor utama iaitu Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan,
Sektor Pengurusan akademik, Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Dan Moral,
Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Pengurusan Kemanusiaan dan Pejabat
Pendidikan Daerah. Pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Khas pada
peringkat ini terletak di bawah kuasa Sektor Pengurusan Sekolah.

19

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

2.1.3 Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

Ketua Sektor
Pendidikan Swasta dan
Pendidikan khas

Unit Pendidikan Khas

Unit Pendidikan Swasta


Ketua Unit Pend Swasta
Pen Pengarah Pend Swasta
Penyelia Pend Swatsa

Ketua Unit Pend Khas


Pen. Pengarah Pend Khas (M)
Penyelia Kanan Pend Khas
Penyelia Pend Khas

Unit Pemulihan Khas

Pen Pengarah Pemulihan Khas


Penyelia Pemulihan Khas

Rajah 2.4: Struktur Organisasi Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan


Khas
Seperti mana yang ditunjukkan oleh rajah di atas, Sektor Pengurusan Sekolah di
JPN terdiri daripada Unit Pendidikan Menengah, Unit Pendidikan Rendah, Unit
Perhubungan Pendaftaran Swasta, Unit Pendidikan Khas dan Unit Pra Sekolah.

20

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

2.1.4 Pejabat Pendidikan Daerah

Pegawai Pendidikan
Daerah

Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah

Unit
Pengurusan Sekolah
PPPD Pengurusan Sekolah
Penyelia Pendidikan Khas

Unit
Pembangunan Manusia

Unit
Pengurusan Akademik
Unit
Pengurusan Maklumat
Unit
Pembangunan dan Perolehan
Asset
Unit
Pengurusan Psikologi
dan Kaunselling

Unit
Perkhidmatan dan
Pentadbiran

Unit
Peperiksaan dan Penilaian

Rajah 2.5: Struktur Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah


Terdapat empat bahagian pengurusan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD) iaitu Pengurusan Akademik, Pengurusan Sekolah, Pembangunan
Kemanusiaan dan Pra Sekolah. Ditadbir oleh seorang Pegawai Pelajaran
Daerah. Hal-hal berkaitan Pendidikan Khas ditadbir di bawah bidang kuasa
Penolong PPD Pengurusan Sekolah.

21

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

2.2 Peranan Pentadbiran Dan Pengurusan Pendidikan Khas.


2.2.1 Bahagian Pendidikan Khas
Jabatan Pendidikan Khas (JPK) merupakan salah satu jabatan yang terdapat di
Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia memainkan peranan penting dalam
merancang, mengurus, menyelaras dan mengawal pentadbiran dan pengurusan
Pendidikan Khas. Antara peranan penting JPK ialah:
i.

Mengelola dan mengurus sekolah rendah dan menengah termasuk


sekolah vokasional Pendidikan Khas

ii.

Merancang, mengawal dan menyelaras penempatan guru, penempatan


murid, pemilihan murid ke sekolah berasrama dan vokasional,
pertukaran dari sekolah persendirian ke sekolah bantuan kerajaan

iii.

Mengawal, merancang dan menyelaras hal-hal tentang sekolah


termasuk pembangunan sekolah, kemudahan fizikal, penyediaan dan
pengagihan bahan pengajaran dan pembelajaran

iv.

Merancang, mengelola dan menilai perlaksanaan program kokurikulum


dan khidmat sokongan

v.

Merancang, mengelola, menilai kursus dalam perkhidmatan, bengkel,


seminar dan sebagainya

vi.

Menyedia, menerbit dan mengedar buku-buku berhubung aktiviti


pendidikan khas

vii.

Bertindak

sebagai

pakar

rujuk

dalam

melaksanakan

kurikulum,

kokurikulum dan khidmat sokongan


viii.
ix.

Bertindak sebagai koordinator bagi khidmat penterjemah bahasa isyarat


Bertanggungjawab melaksanakan program Pendidikan Khas

2.2.2 Jabatan Pendidikan Negeri


Peranan pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Khas di peringkat negeri pula
dijalankan oleh JPN masing-masing. Antara peranan Unit Pendidikan Khas di
JPN termasuklah:
22

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(i)

Menentukan sekolah-sekolah yang sesuai mengikut kecacatan


kanak-kanak dan mengikut kekosongan

(ii)

Menyalurkan peruntukan bagi setiap sekolah dan program


Pendidikan Khas mengikut keperluan

(iii)

Menyalurkan peralatan-peralatan Pendidikan Khas dan kemudahan


kanak-kanak khas

(iv)

Membuka kelas-kelas khas mengikut keperluan semasa dan


peruntukan kerajaan

(v)

Mewujudkan program inklusif di sekolah-sekolah biasa

(vi)

Menggalakkan percampuran kanak-kanak khas dengan kanakkanak biasa dan mendedahkan mereka dengan hidup
bermasyarakat dan bergaul.

(vii) Menguruskan perlantikan, penempatan dan pertukaran guru-guru


Pendidikan Khas
(viii) Menguruskan penapisan, pendaftaran, penempatan dan pertukaran
murid Pendidikan Khas
2.2.3 Pejabat Pendidikan Daerah
Di peringkat PPD, urusan berkaitan Pendidikan Khas ditadbir di bawah Penolong
PPD Pengurusan Sekolah. Peranan yang dimainkannya ialah:
(i)

Memastikan sekolah-sekolah khas dan program Pendidikan Khas mendapat


peruntukan secukupnya dari segi kemudahan asas, dan guru-guru yang
terlatih.

(ii)

Membuat penyeliaan dan pemantauan terhadap sekolah, guru dan muridmurid yang terlibat bagi memastikan keberkesanan program yang
dijalankan di sekolah.

23

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

LATIHAN KENDIRI 2

1. Bagaimanakah

Jabatan

Kebajikan

Masyarakat

berperanan

membantu orang berkeperluan khas?


2. Nyatakan

struktur

organisasi

pentadbiran

dan

pengurusan

Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.


3. Terangkan

bagaimana

setiap

peringkat

organisasi

tersebut

memainkan peranan masing-masing.


4. Senaraikan tiga kementerian yang berperanan membantu orang
berkeperluan khas di Malaysia.

RUMUSAN

Tajuk ini telah memperkenalkan kepada anda tentang struktur


organisasi perkhidmatan Pendidikan Khas dan peranan yang telah
dimainkan oleh setiap organisasi. Isi-isi utama topik ini ialah:

Struktur organisasi Perkhidmatan Pendidikan Khas di peringkat


Kementerian

Pelajaran

Malaysia

terdiri

daripada

Jabatan

Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran


Daerah dan Sekolah.

Jabatan

Pendidikan

Khas

merupakan

satu

jabatan

di

Kementerian Pelajaran Malaysia yang merancang, mengurus,


menyelaras

dan

mengawal

pentadbiran

dan

pengurusan

Pendidikan Khas.

Di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri, Pendidikan Khas


ditadbir oleh Unit Pendidikan Khas di bawah Sektor Pengurusan
Sekolah.

24

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan dan


Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat
memainkan peranan penting dan bekerjasama di dalam
membantu murid berkeperluan khas.

RUJUKAN

Hallahan D. P. & Kauffman J. M. 1994. Exceptional children.


Introduction to special education (6 th ed.). Boston: Allyn and
Bacon.
Strickland B.B & Turnbull A.P. 1990. Developing and implementing
individualized education program. (3 rd. ed). Columbus, Ohio:
Merrill.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1990. Ucaptama seminar
kebangsaan pendidikan kanak-kanak dengan keperluan khas:
Cabaran kini. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bangi.

TAHNIAH !!!!!!! TAMAT TAJUK INI

25

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

26