Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan selamat pagi


Terima kasih saudara pengacara majlis
Yang Berusaha Tuan Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan, guru
dan pelajar yang dikasihi sekalian,
Saya, Cikgu ZAM ZAM BIN ABD AZIZ bersama EN TUAN ZAIDI DAN PN UMI KALSUM ialah guru bertugas
sepanjang minggu ke 16 persekolahan yang lalu,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar SMK Cochrane
yang telah memberi kerjasama sepanjang minggu yang lalu. Guru dan pelajar yang dihormati,
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang minggu lepas adalah:
Pada hari isnin yang lalu, telah diadakan perasmian pemugaran sekolah selamat oleh tuan abu Hassan,
pegawai kanan balai bomba pudu.
Pada hari selasa, satu seminar sejarah bg pelajar tg 5H,5E, 5B. Namun kedatangan pelajar sangat tidak
menggalakkan.pelajar berkeliaran dan lari dari memasuki seminar yang akan membantu pelajar dalam
peperiksaan kelas. Hal ini sangat mendukacitakan.dan diharap tidak akan berulang pada masa akan
datang.pelajar yang tidak memasuki seminar tersebut telah dikenal pasti dan akan dikenakan tindakan.
Sementara pada hari rabu dan khamis, telah diadakan raptai untuk Majlis Anugerah Cemerlang di
dewan terbuka.
Pada hari rabu juga, aktiviti badan beruniform dan latihan rumah sukan berjalan seperti yang
dirancang.
Pada hari khamis pula, telah diadakan satu pameran keselamatan dengan kerjasama pegawai bomba
dan jpam.
Dan acara yang paling bermakna pada minggu ini, adalah anugerah cemerlang yang berlangsung dengan
meriah dan jayanya pada hari sabtu yang lalu.
Seterusnya mengenai kebersihan dan keceriaan sekolah. tahap kebersihan bilik darjah dan kawasan
sekolah masih berada pada tahap baik bagi sesetengah kelas,memuaskan bagi sebahagian kelas tetapi
masih ada kurang memuaskan bagi kebanyakan kelas tetapi ruang untuk penambahbaikan masih
terbuka. Kebersihan lantai telah diurus dengan begitu baik, kecuali terdapat cebisan kertas di sana sini
selepas waktu rehat. Namun, pada minggu lepas, sekolah mengalami masalah ketiadaan air, jadi ini
memberi kesan pada pelajar.Namun bekalan air mulai berfungsi pada hari Selasa.
Disiplin pelajar sepanjang minggu lalu didapati masih baik dan terkawal. Namun masih ada pelajar yang
dating lewat hamper setiap hari dan kebanyakan adalah pelajar yang sama.Masalah ketepatan waktu
lebih ketara selepas rehat apabila segelintir pelajar lewat masuk ke kelas. Perkara itu telah diberi
teguran banyak kali, terutama oleh guru disiplin. Mohon semua pelajar mengambil ingatan tentang
ketepatan waktu kembali ke kelas selepas rehat walaupun harus mengejar waktu di kantin sekolah.
Seterusnya tentang sahsiah yang sepatutnya menjadi suatu kelebihan atau x-factor kepada pelajar
sekolah premier terkemuka seperti sekolah kita ini. Budaya memberi salam, menyapa guru dan
menghormati guru hendaknya dapat diserlahkan dengan lebih ketara dari masa ke masa. Walaupun saiz
fizikal pelajar lebih besar dan gagah, berilah laluan kepada guru apabila berselisih, bercakap dengan
penuh adab sopan dan tulus. Paling kurang, sebutlah satu patah kata 'cikgu' setiap kali berselisih

dengan guru. Saya juga ingin menarik perhatian bahawa dalam ujaran bahasa Melayu, kata ganti nama
'kamu' tidak sesuai digunakan kepada insan yang lebih dewasa, termasuk guru.
Bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah pusingan kebersihan dan keceriaan kelas, saya
mempersilakan PN SALINA BINTI ABD MANAF, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan sijil
dan juga plak.
Kedudukan pemenang kebersihan dan keceriaan kelas minggu ke-16 adalah seperti berikut:
JOHAN KATEGORI MENENGAH RENDAH: 1 BAKTI
JOHAN KATEGORI MENENGAH ATAS: 5 DINAMIK
JOHAN KATEGORI PPU: PPU US2
Terima kasih Pn Salina binti Abd Manaf dan Tahniah kepada pemenang.
Sebagai mengakhiri laporan guru bertugas minggu ke-16, izinkan saya mengulang semula ungkapan
hukamak: Hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini. Pelajar cemerlang
selalu berkata: Bolehkah saya bantu?; pelajar biasa-biasa berkata: itu bukan kerja aku. Pelajar
cemerlang berkata: Masalah itu sukar, tetapi boleh diatasi; pelajar biasa-biasa mengatakan: Masalah
itu boleh diatasi tetapi sukar. Semoga Michaelian sentiasa tergolong sebagai pelajar cemerlang.
Sekian, salah dan silap mohon dimaafkan. Wassalam

Anda mungkin juga menyukai