Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya
Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya
Guru
Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan
bangsa murid yang berkenaan.
Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan
murid mengikut kaum tertentu dalam satu
kumpulan sahaja.
Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang
berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan
dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang
untuk mereka berinteraksi terbuka luas.
Peranan
guru
sebagai
sumber
utama
pengetahuan murid telah bertukar kepada guru
sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan
pembelajaran, agen perubahan dan sumber
inspirasi kepada murid.
Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang,
berkualiti dan bertaraf dunia, permulaan latihan
untuk guru pelatih yang berminat dalam
profesion keguruan dibuat dengan teliti.
Murid
Murid ialah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik
darjah.
Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran
secara optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan
adalah penting kepada guru untuk memahami
tingkahlaku dan Budaya murid supaya sebarang
tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul
dan tepat.
Proses Sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan
agama hendaklah dikembangkan supaya proses
pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
Sekolah
Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah
dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat
Rendah terdapat SK, SJK (C), SJK (T). Pada peringkat
Menengah pula, terdapat Sekolah Berasrama Penuh,
Sek. Men.Teknik, Sek.Men.Keb.Agama, Sekolah
Model Khas dan Sek.Men.Keb.Harian.
Pada masa kini terdapat sekolah yang dikategorikan
sebagai Sekolah Premier iaitu sekolah yang
mempunyai tradisi yang panjang seperti sekolah
berusia 100 tahun, terletak di tempat yang stratejik
serta mempunyai infrastruktur yang baik seperti
sekolah yang terletak di Cyberjaya dan Putrajaya.
Kementerian
Pelajaran
Malaysia
juga
mengadakan sekolah khusus untuk Pendidikan
Khas pada peringkat Rendah dan Menengah.
Selain sekolah KPM, terdapat juga sekolah yang
dikendalikan oleh agensi lain seperti Maktab
Rendah Sains Mara, Sekolah Swasta serta
Sekolah Antarabangsa. Maktab Tentera DiRaja
ialah di bawah Kementerian Pertahanan
Malaysia.
Kepelbagaian
Sosio-Budaya
juga
telah
mewujudkan sekolah yang terdiri daripada
pelbagai bangsa.
Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk
mengatasi masalah kepelbagaian Budaya ini
melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah.
Program Integrasi untuk Perpaduan (RIMUP)
adalah salah satu daripada usaha Kementerian
Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan murid tanpa mengira kaum.
Kurikulum Tersirat
Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan
bertulis yang sistematik merangkumi objektif,
kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk
dilaksanakan dalam satu jangka masa tertentu
(Saedah Siraj, 2001; Wiles & Bondi, 1998; Pratt, 1994;
Schubert, 1986).
. Kurikulum menampilkan penyampaian isi
kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu
sendiri. Di peringkat penilaian, pengukuran serta
pengujian dijalankan untuk menetukan pencapaian
objektif yang tercatat.
Melalui
Kurikulum
Tersirat,
Kementerian
berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan
saling menerima perbezaan Budaya antara kaum.
Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan
penerapan nilai Budaya masyarakat dengan
melaksanakan aktiviti sampingan khususnya
aktiviti Ko-Kurikulum.
Kurikulum Tersirat diaplikasikan melalui aktiviti
Berpersatuan, Kegiatan Panitia dan aktiviti
Kokurikulum.
Ciri-Ciri
Kurikulum
Tersirat
boleh
dimaksudkan seperti berikut:
i.Merangkumi
semua
pengalaman
pembelajaran murid di mana mereka belajar.
ii. Hasil pembelajarannya adalah bersifat
relatif dan sukar diukur secara kuantitatif.
iii. Nilai-nilai yang dibentuk oleh pelaksana
kurikulum sendiri.
(iv)
Kewujudannya
adalah
berbeza-beza
bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar
belakang pelaksana Kurikulum.
(v) Kurikulum tersirat tidak tercatat dalam
kandungan kurikulum berkenaan mahupun dalam
penilaian.
(vi) Jenis dan pengkategoriannya adalah berbezabeza mengikut jenis, tahap pembelajaran dan
juga matlamat kurikulum itu sendiri.