Anda di halaman 1dari 29

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

UNIT 7
EPIDEMIOLOGI PENYAKIT DAN SENAMAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menjelaskan kegunaan epidemiologi
2. Mengenal pasti komponen dan konsep epidemiologi dalam penyakit.
3. Menghurai kepentingan aktiviti yang berunsurkan kesihatan dan mengaitkannya
dengan gaya hidup sihat.

PETA KONSEP TAJUK

EPIDEMIOLOGI PENYAKIT
DAN SENAMAN

Komponen
Epidemiologi

Frekuensi
Distribusi
Penentu

Konsep Epidemiologi

Agen
Perumah
Persekitaran

Epidemiologi Dalam
Berbagai Bidang

Senaman

Epidemiologi Penyakit Berjangkit


Epidemiologi Penyakit Tidak Berjangkit
Epidemiologi Pengurusan Perkhidmatan
Kesihatan
Epidemiologi Alam Sekitar dan Kesihatan Kerja
Epidemiologi Tingkah laku

140

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Rajah 7.1: Salah faham tentang penularan wabak penyakit

Anda mungkin pernah berhadapan dengan situasi seperti rajah di atas. Anda
mungkin takut atau was-was untuk berjabat tangan dengan seseorang kerana

bimbang

wabak tersebut akan menjangkiti anda. Atau, mungkin anda pernah menolak ajakan seorang
rakan si pesakit AIDS kerana tidak mahu anda turut menghidap penyakit yang sama. Justeru,
Sebagai seorang individu, kita harus memahami bahawa bukan semua penyakit boleh berjangkit
dan menjadi wabak.
Apakah perasaan anda, jika individu atau mereka yang anda cuba elakkan dalam situasi tersebut
merupakan diri ANDA sendiri? Matlamat utama Unit ini adalah untuk membekalkan maklumat
dan pengetahuan mengenai penyakit, faktor-faktor serta cara pencegahannya. Maklumat ini
berguna, dan melalui maklumat tersebut diharapkan anda tidak lagi takut serta menimbulkan
situasi huru-hara apabila dilanda sesuatu wabak penyakit. Paling penting anda tahu langkahlangkah pencegahan kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

141

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

PENGENALAN
Kepercayaan bahawa kuasa ghaib dan roh jahat menjadi punca penyebab penyakit telah wujud
sejak sekian lama. Jika seorang pengamal perubatan seperti rajah di atas turut terpengaruh
dengan kepercayaan tersebut, bayangkanlah bagaimana jikalau kebanyakan guru mempunyai
sikap yang sama. Ada kemungkinan berlaku diskriminasi terhadap pelajar yang menghidap
sesuatu penyakit tertentu ekoran salah faham dan kepercayaan yang tidak berasas terhadap
penyakit tersebut.

ISI KANDUNGAN
Maksud Epidemiologi dan Sejarah Perkembangannya
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah epidemiologi?
Istilah epidemiologi berasal dari kata epi (atas), demos (rakyat, penduduk), dan logos (ilmu).
Secara ringkas, epidemiologi dapat dimaksudkan sebagai ilmu yang mempelajari tentang hal-hal
yang menimpa penduduk. Namun dalam perkembangannya, terdapat beberapa definisi yang
telah diberikan oleh ahli dalam bidang ini.
Menurut MacMahon & Pugh (1970), epidemiologi adalah ilmu yang mempelajari tentang taburan
(distribution) penyakit dan penentu (determinant) pada manusia. Taburan penyakit dapat
dihuraikan mengikut orang (usia, jantina, bangsa), tempat (penempatan geografi), dan masa.
Manakala, pengkajian tentang penentu penyakit melibatkan penjelasan pola taburan penyakit
tersebut berdasarkan faktor-faktor penyebab.
Last (1988) mentakrifkan epidemiologi sebagai kajian mengenai distribusi dan penentu tentang
keadaan atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan pada populasi tertentu dan aplikasi
kajian untuk menangani masalah tersebut. Manakala Noor (2000) mendefinisikan epidemiologi
sebagai suatu cabang ilmu kesihatan untuk menganalisis sifat dan penyebaran berbagai masalah
kesihatan dalam kelompok penduduk tertentu serta mempelajari sebab timbulnya masalah serta
gangguan kesihatan tersebut untuk tujuan pencegahan ataupun merawatnya.

142

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Epidemiologi adalah ilmu yang mempelajari tentang sifat, penyebab, pengawalan, dan faktorfaktor yang mempengaruhi kekerapan dan taburan penyakit, kecacatan, dan kematian dalam
populasi manusia. Epidemiologi juga meliputi pemberian ciri pada status kesihatan, penyakit,
atau masalah kesihatan masyarakat

berdasarkan usia, jantina, bangsa, geografi, agama,

pendidikan, pekerjaan, perlakuan, masa, tempat, orang dan sebagainya (Timmreck, 2004).
Epidemiologi boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang agihan dan unsur-unsur penyakit serta
kecederaan di kalangan penduduk. Epidemiologi turut dijelaskan sebagai kajian tentang faktor
yang mempengaruhi kesihatan atau sebaliknya bagi suatu populasi. Ia dianggap sebagai
metodologi asas bagi kajian kesihatan awam, dan amat dititikberatkan di dalam perubatan
berasaskan bukti untuk mengenal pasti faktor risiko untuk sesuatu penyakit dan memastikan
pendekatan kaedah rawatan yang optimum untuk amalan klinikal.
Berdasarkan definisi yang telah diberikan, dapat disimpulkan bahawa epidemiologi merupakan
sains yang berdasarkan pengamatan terhadap fenomena penyakit dalam masyarakat oleh
mereka yang percaya bahawa

keadaan tersebut merupakan suatu fenomena yang terjadi

secara teratur (ordered phenomena) bukannya sebagai suatu kejadian yang berhubung dengan
kuasa ghaib.
Dalam pengkajian penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit, bidang tugas ahli
epidemiologi merangkumi pelbagai bidang seperti bermula dengan penyiasatan wabak, lantas
membawa kepada reka bentuk kajian, pengumpulan data dan analisis termasuk pengembangan
model statistik untuk menguji hipotesis dan pendokumenan keputusan.

Sejarah perkembangan epidemiologi


Dari sudut sejarah, hubungan penyakit dan persekitaran telah dikaji sejak zaman Sebelum Masihi
lagi. Hippocrates (460 - 377 BC) telah cuba menerangkan hubungan penyakit dan persekitaran.
Asas bagi epidemiologi moden diwujudkan oleh John Graunt (1620 1674) yang menggunakan
perangkaan melalui analisis laporan kematian dan kelahiran dalam usaha untuk memahami
kejadian penyakit.

143

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Pengumpulan data-data secara rutin turut diakui oleh William Farr (1807-1883) sebagai sumber
yang menghasilkan banyak maklumat tentang penyakit manusia. Beliau jugalah yang
memperkenalkan sistem pendaftaran kematian yang mula menyumbang kepada kefahaman
tentang frekuensi / taburan dan penyebaran penyakit dan kematian.
Ciri-ciri epidemiologi moden dilengkapkan lagi oleh usaha John Snow (1849-1854) dengan
mengkaji wabak taun di London serta menguji hipotesis punca wabak tersebut. Seterusnya,
reformasi dalam bidang penjagaan kesihatan melalui penggunaan perangkaan telah dilakukan
oleh seorang juru rawat British iaitu Florence Nightingle (1820-1910).
Sejarah epidemiologi telah bermula sejak manusia mulai mengenal penyakit berjangkit.
Sebenarnya epidemiologi sebagai sains yang didasarkan atas pengamatan terhadap fenomena
penyakit dalam masyarakat oleh mereka yang percaya bahawa keadaan tersebut merupakan
suatu fenomena yang berlaku secara teratur (ordered phenomena) dan bukan sebagai suatu
kejadian yang bertalian dengan kuasa ghaib dan roh jahat.
Kesimpulannya, epidemiologi sebagai suatu disiplin ilmu telah berkembang mengikut peredaran
masa. Perkembangan ilmu dan disiplin tersebut berlatar belakang oleh beberapa perkara, iaitu:

Cabaran zaman di mana terjadi perubahan masalah dan perubahan pola penyakit.
Sewaktu zaman John Snow, epidemiologi terarah kepada masalah jangkitan dan
wabak. Kebelakangan ini telah berlaku perubahan pola penyakit ke arah penyakit tidak
berjangkit. Epidemiologi tidak hanya berhadapan dengan masalah penyakit sematamata, tetapi juga hal-hal lain, baik yang berkaitan langsung ataupun tidak langsung
dengan penyakit / kesihatan, serta masalah bukan kesihatan.

Perkembangan ilmu pengetahuan lain. Pengetahuan perubatan klinikal berkembang


begitu pesat di samping perkembangan ilmu-ilmu lain seperti bio statistik, pentadbiran,
dan ilmu sains tingkah laku (behavior science). Perkembangan ilmu tersebut juga
telah menjadi pemangkin terhadap perkembangan epidemiologi. Dengan demikian
terjadilah perubahan dan perkembangan pemikiran para ahli kesihatan masyarakat
dari masa ke semasa yang selaras dengan situasi sesuatu zaman tersebut.

144

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Senaraikan

ciri-ciri

epidemiologi

moden

mengikut

tokoh-tokoh

yang

mengemukakannya.

Tokoh

Ciri-ciri

Komponen epidemiologi
Berdasarkan kepada penerangan maksud dan takrifan epidemiologi, kita dapat melihat bahawa ia
merangkumi dua aspek utama iaitu kaedah epidemiologi dalam penentuan penyebab / punca
penyakit, taburan dan faktor yang mempengaruhinya, dan aspek kawalan dan pencegahan
penyakit. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa terdapat tiga komponen penting dalam epidemiologi
iaitu:
1. Frekuensi
Merupakan usaha melakukan kuantifikasi atau proses patologi ke atas kejadian untuk
mengukur magnitud kejadian / masalah serta untuk melakukan perbandingan dari data
primer atau data sekunder yang telah terkumpul.

145

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

2. Taburan
Menunjukkan bahawa dalam memahami kejadian yang berkaitan dengan penyakit atau
masalah kesihatan, epidemiologi menggambarkan kejadian tersebut berdasarkan
pemboleh ubah orang, tempat, dan masa. Maksudnya, dalam kajiannya, ia cuba untuk
menjawab pertanyaan tentang siapa yang terkena penyakit serta bila dan di mana
penyakit tersebut terjadi dalam sesuatu populasi.
3. Faktor penentu
Merupakan

faktor yang mempengaruhi, berkait atau memberikan risiko terhadap

terjadinya penyakit atau masalah kesihatan. Faktor penentu merupakan kesinambungan


dua komponen terdahulu, kerana pengetahuan tentang kekerapan, taburan penyakit
diperlukan untuk menguji hipotesis epidemiologi.
Terdapat beberapa kaedah dalam epidemiologi untuk menyiasat tentang sesuatu masalah
kesihatan yang berkaitan dengan punca penyakit, taburan dan faktor yang mempengaruhinya,
dan kawalan dan pencegahan penyakit.

Epidemiologi Deskriptif
Mengkaji frekuensi dan taburan penyakit dan menjawab soalan siapa, bila dan di mana?
tentang sesuatu penyakit dalam populasi. Pengetahuan ini penting untuk membolehkan
kita mengenal pasti kumpulan orang yang mempunyai risiko untuk mendapat sesuatu
penyakit, menentukan magnitud atau saiz masalah kesihatan dan membuat cadangan
untuk hipotesis bagi kajian analitis.

Epidemiologi Analitis
Bertujuan untuk menentukan faktor etiologi dan faktor risiko penyakit. Ujian terhadap
hipotesis dilakukan sama ada secara keratan rentas, kes kawalan atau kohot. Ujian ini
dapat menjawab pertanyaan mengapa penyakit itu terjadi. Dengan pengetahuan ini,
sesuatu program kesihatan dapat diubahsuaikan atau dimulakan dengan berkesan.
Ringkasnya, epidemiologi analitis adalah berkaitan dengan kajian mengenai faktor
penentu penyakit.

146

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Epidemiologi Eksperimental
Amat berguna dalam menentukan keberkesanan sesuatu ubat, tata cara, ujian saringan
atau program kemasyarakatan. Merupakan kajian faktor penyebab dengan hubungan
percubaan yang dilakukan secara pencegahan atau rawatan.

Dalam pendekatan epidemiologi, terdapat kepercayaan bahawa kekerapan atau frekuensi


berlakunya penyakit di kalangan penduduk tertakluk oleh interaksi sebilangan besar faktor yang
berbeza atau penentu (determinants). Epidemiologi percaya bahawa dengan mengkaji interaksi
tersebut, terdapat kemungkinan untuk memanipulasi beberapa penentu yang terlibat, dan
seterusnya mengurangkan kekerapan penyakit dalam kalangan populasi.
Pada peringkat ini, adalah perlu untuk menentukan apakah yang dimaksudkan dengan istilah
populasi dan penentu. Populasi boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan individu yang memiliki ciriciri tertentu yang sama. Populasi boleh jadi sangat besar ataupun kecil, bergantung pada ciri-ciri
yang ditentukan. Misalnya, mungkin terdapat kajian yang hendak dijalankan mengenai penyakit
tertentu dalam kalangan populasi remaja di negara tertentu.
Batasan epidemiologi mencakupi tiga elemen, iaitu:

Mencakupi semua penyakit


Epidemiologi mengkaji semua penyakit, baik penyakit berjangkit, mahupun penyakit tidak
berjangkit seperti kanser, malnutrisi (kekurangan gizi), kecelakaan lalu lintas, kemalangan
di tempat kerja, sakit mental dan sebagainya. Di negara-negara maju umpamanya,
epidemiologi turut meliputi kegiatan penyediaan perkhidmatan kesihatan.

Populasi
Epidemiologi memfokuskan perhatiannya pada penyebaran penyakit dalam populasi
(masyarakat) atau kelompok.

Pendekatan ekologi
Frekuensi dan penyebaran penyakit dikaji pada latar belakang kesihatan, merangkumi
keseluruhan persekitaran manusia baik persekitaran fizikal, biologi, mahupun sosial. Hal
inilah yang dimaksudkan dengan pendekatan ekologi.

147

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Manusia sebagai makhluk sosial sangat dipengaruhi oleh faktor persekitaran sosio budaya dalam
usaha mempertahankan kelangsungan hidupnya. Dalam hal ini manusia harus selalu berusaha
untuk mengatasi berbagai pengaruh negatif yang dapat ditimbulkan oleh ketiga-tiga faktor
tersebut dengan:

menyesuaikan keperluan hidupnya dengan keadaan persekitaran terutamanya terhadap


keadaan persekitaran yang sukar diubah, atau

berusaha mengubah persekitarannya untuk disesuaikan dengan keperluannya terutama


keadaan persekitaran yang dapat mengganggu kesejahteraan hidupnya.

Berkaitan masalah kesihatan yang ada, epidemiologi memberikan pendekatan khusus, mulai dari
mengenal pasti sehinggalah menilai keadaan kesihatan. Ruang lingkup epidemiologi dalam
masalah kesihatan tersebut merangkumi 6E iaitu:
1.

Etiologi (etiology)- berkaitan dengan ruang lingkup kegiatan epidemiologi dalam


mengenal pasti penyebab penyakit dalam masalah kesihatan lainnya. Contohnya: etiologi
dari malaria adalah parasit.

2.

Efikasi ( efficacy) - berkaitan dengan kesan dan daya optimal yang dapat diperoleh dari
adanya intervensi kesihatan bagi melihat hasil atau kesan suatu intervensi, misalnya
efikasi vaksinasi melalui ujian klinikal.

3.

Keberkesanan (effectiveness) - adalah magnitud hasil yang dapat diperoleh dari suatu
tindakan (intervensi) dan magnitud perbezaan dari suatu tindakan bertujuan untuk
mengetahui kesan intervensi atau perkhidmatan kesihatan dalam berbagai keadaan di
situasi sebenar yang berbeza-beza.

4.

Kecekapan (efficiency) - adalah satu konsep ekonomi yang melihat pengaruh yang dapat
diperoleh berdasarkan pembiayaan yang diberikan bertujuan untuk mengetahui
kegunaan dan hasil yang diperoleh berdasarkan pelaburan yang dilakukan.

5.

Penilaian (evaluation) - penilaian secara keseluruhan keberhasilan suatu rawatan atau


program kesihatan masyarakat.

6.

Pendidikan (education) - adalah intervensi berupa peningkatan pengetahuan tentang


kesihatan masyarakat sebagai sebahagian dari usaha pencegahan penyakit.

148

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Teori Punca Penyakit


Terdapat beberapa konsep / teori khusus yang telah dikemukakan mengenai proses terjadinya
atau penyebab sesuatu penyakit. Antara teori tentang punca terjadinya penyakit yang pernah
dikemukakan adalah:

Contagion Theory
Teori ini mengemukakan bahawa untuk terjadinya penyakit perlu adanya kontak /
hubungan antara satu individu

dengan individu yang lain. Teori ini tentunya

dibangunkan berdasarkan situasi penyakit pada masa itu, di mana penyakit yang
melanda kebanyakannya adalah penyakit berjangkit yang terjadi akibat adanya
hubungan secara langsung. Teori ini mula dibangunkan berdasarkan pengamatan
terhadap epidemik dan penyakit di Mesir.

Hippocratic Theory
Menyusul Contagion Theory, para pemikir dalam bidang kesihatan masyarakat yang
dipelopori oleh Hippocrates lebih menjurus terhadap punca-punca penyakit pada
suatu faktor tertentu. Hippocrates mengatakan bahawa punca penyakit berasal dari
alam iaitu cuaca dan persekitaran. Teori ini mampu menjawab masalah penyakit yang
ada pada waktu itu dan diaplikasikan sehingga tahun 1800-an. Walau bagaimanapun,
selepas itu teori ini tidak mampu menjawab cabaran pelbagai penyakit jangkitan lain
yang mempunyai rantaian penularan yang lebih kompleks.

Miasmatic Theory
Hampir sama dengan Teori Hippocratic, Teori Miasmatic mengemukakan dakwaan
bahawa gas-gas busuk dari perut bumi yang menjadi punca penyakit.

Epidemic Theory
Teori ini cuba menghubungkaitkan terjadinya penyakit dengan cuaca dan faktor
geografi (tempat). Suatu zat organik dari persekitaran dianggap sebagai pembawa
penyakit. Misalnya air tercemar menyebabkan gastroenteritis. Teori ini dipraktikkan
oleh John Snow dalam menganalisis kejadian cirit-birit di London.

149

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Teori Kuman (Germ Theory)


Suatu kuman (mikro organisma) dirujuk sebagai punca penyakit. Teori ini selaras
dengan kemajuan di bidang teknologi perubatan, penemuan mikroskop yang mampu
mengenal pasti mikro organisma. Kuman dianggap sebagai punca tunggal penyakit.
Namun begitu, teori ini mendapat cabaran kerana sukar diterapkan pada pelbagai
penyakit kronik, misalnya penyakit jantung dan kanser, yang bukan disebabkan oleh
kuman.

Teori Multi Kausal


Juga dikenali sebagai konsep multi faktorial di mana teori ini menekankan bahawa
suatu penyakit terjadi sebagai hasil dari interaksi pelbagai faktor. Misalnya faktor
interaksi persekitaran yang berupa faktor biologi, kimia dan sosial memainkan
peranan penting dalam terjadinya penyakit. Sebagai contoh, jangkitan tuberkulosis
(Tibi) yang disebabkan oleh serangan bakteria mycobacterium tuberculosis pada
rangkaian paru-paru, tidak dianggap sebagai punca tunggal terjadinya batuk kering.
Di sini, Tibi tidak hanya terjadi sebagai akibat interaksi dengan kuman tuberkulosis
semata-mata, tetapi secara multi faktorial yang berkaitan dengan faktor genetik,
malnutrisi, kepadatan penduduk dan kemiskinan. Demikian pula halnya dengan kolera
(taun) yang disebabkan oleh bakteria vibrio kolera, ditambah dengan beberapa faktor
risiko lain.

Konsep-konsep epidemiologi dalam penyakit


Penyakit

terjadi akibat ketidakseimbangan antara agen, perumah dan persekitaran.

Keseimbangan ini bergantung pada sifat agen dan perumah. Berikut adalah klasifikasi faktorfaktor yang menyumbang kepada kehadiran penyakit dalam kalangan manusia:
1. Agen
Bahan biologi, fizikal atau kimia yang sama ada kehadiran atau ketiadaannya dapat
menyebabkan penyakit. Misalnya, kehadiran vibrio cholerae pada orang yang rentan
(mudah mendapat) dapat menyebabkan penyakit kolera. Contoh agen biologi adalah

150

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

seperti protozoa, bakteria, virus, riketsia dan fungus. Agen kimia antaranya terdiri
daripada pestisid, bahan tambahan makanan, ubatan, kimia industri, dan alergen.
Manakala agen fizikal pula adalah seperti haba, cahaya, sinaran ion, bunyi dan
objek.
2. Perumah (host)
Merupakan organisma, sama ada ringkas atau kompleks (termasuk manusia), yang
boleh dijangkiti agen tertentu. Ciri perumah yang mempengaruhi kejadian dan taburan
penyakit ialah umur, jantina, etnik, status sosio ekonomi, status perkahwinan, penyakit
yang lalu dan pemakanan. Perumah terdiri daripada:
i. Perumah primer (definitif) iaitu

tempat parasit mencapai peringkat

kematangan atau peringkat seksual.


ii. Perumah sekunder (perantaraan) iaitu perumah tempat parasit wujud dalam
peringkat larva atau peringkat seksual.
iii. Perumah Kebetulan (accidental)
Perumah yang tidak mempunyai peranan dalam penularan atau pembiakan
agen infeksi.
3. Persekitaran
Semua keadaan luaran yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan
organisma. Ia boleh dibahagikan

kepada persekitaran fizikal seperti iklim dan

keadaan geologi, biologi seperti pemakanan, takungan penyakit serta vektor penyakit.
Manakala persekitaran sosio ekonomi pula merujuk kepada pekerjaan, kelas sosial,
adat resam, pembangunan dan sebagainya.
Interaksi antara agen, perumah dan persekitaran membawa kepada beberapa keadaan. Sakit
dan sihat pada individu atau komuniti bergantung pada faktor-faktor agen, perumah dan
persekitaran. Dalam keadaan sihat, faktor agen, perumah dan persekitaran berada dalam
keadaan keseimbangan. Perubahan pada sifat agen, perumah atau persekitaran akan
mengancam keseimbangan ini dan akan menyebabkan penyakit.

151

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Perkembangan epidemiologi dalam berbagai bidang


Dari maksud epidemiologi dan kaedah epidemiologi, maka dapat dikatakan bahawa bentuk
kegiatan epidemiologi meliputi pelbagai aspek kehidupan masyarakat, baik yang berhubungan
dengan bidang kesihatan mahupun di luar bidang kesihatan. Berbagai bentuk dan jenis kegiatan
dalam epidemiologi saling berhubungan satu dengan yang lain, sehinggakan amat jarang untuk
menemui suatu bentuk kegiatan yang tidak bertindih (overlap).
Bentuk kegiatan epidemiologi yang paling kerap digunakan adalah epidemiologi deskriptif, iaitu
suatu bentuk kegiatan epidemiologi yang memberikan gambaran atau keterangan tentang
keadaaan serta penyebaran tahap darjah kesihatan dan gangguan kesihatan ataupun penyakit
pada suatu kelompok populasi tertentu.
Kegiatan epidemiologi deskriptif adalah menilai darjah kesihatan dan magnitud masalah kesihatan
yang ada dalam sesuatu masyarakat tertentu. Bentuk kegiatan ini berkait dengan penyusunan
perancangan kesihatan serta penilaian hasil kegiatan perkhidmatan kesihatan pada penduduk
tertentu.
Dewasa ini penyelidikan epidemiologi pada dasarnya dapat dibagikan kepada dua bentuk asas,
iaitu penyelidikan pemerhatian atau pengamatan langsung terhadap kejadian yang dialami oleh
masyarakat dalam mencari hubungan sebab - akibat terjadinya gangguan keadaan normal dalam
masyarakat tersebut. Satu lagi, kajian eksperimental yang merupakan kajian yang didasarkan
atas perlakuan tertentu terhadap objek untuk memperoleh jawapan tentang pengaruh perlakuan
tersebut terhadap objek yang diteliti.
Dalam perkembangan selanjutnya, prinsip epidemiologi yang meliputi epidemiologi deskriptif dan
penelitian epidemiologi, telah dibangunkan dengan lebih meluas sebagai suatu sistem atau
pendekatan dalam pelbagai bidang kehidupan kemasyarakatan. Antara bidang / skop
epidemiologi adalah seperti:

Epidemiologi penyakit berjangkit


Bidang

ini telah banyak memberikan peluang dalam usaha pencegahan ataupun

pengawalan penyakit berjangkit tertentu. Kejayaan manusia dalam mengatasi berbagai


gangguan penyakit berjangkit dewasa ini merupakan salah satu hasil yang gemilang dari

152

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

epidemiologi. Peranan epidemiologi surveillance yang pada mulanya hanya berfokus


pada pengamatan penyakit-penyakit berjangkit, ternyata telah memberikan hasil yang
cukup bermakna dalam pencegahan dan pengawalan berbagai masalah penyakit
berjangkit dan penyakit tidak berjangkit.

Epidemiologi penyakit tidak berjangkit


Pada masa kini,

sedang berkembang pesat usaha mencari pelbagai faktor yang

memainkan peranan dalam timbulnya berbagai masalah penyakit tidak berjangkit


termasuklah di antaranya masalah meningkatnya kemalangan lalu lintas dan
penyalahgunaan ubat-ubat tertentu. Bidang ini mula kerap digunakan terutama dengan
meningkatnya masalah kesihatan yang berkait rapat dengan berbagai gangguan
kesihatan akibat kemajuan dalam pelbagai bidang, terutama dalam bidang industri yang
banyak mempengaruhi keadaan persekitaran termasuk persekitaran fizikal, biologi
mahupun persekitaran sosiobudaya.

Epidemiologi klinikal
Bentuk ini merupakan salah satu bidang epidemiologi yang sedang dibangunkan oleh
pengamal perubatan (clinician) bertujuan untuk membekalkan mereka tentang cara
pendekatan masalah melalui disiplin ilmu epidemiologi. Dalam penggunaan epidemiologi
klinikal, para pegawai perubatan terutama para doktor sering menggunakan prinsip
epidemiologi dalam menangani kes secara individu. Mereka lebih berorientasi pada
penyebab penyakit serta cara mengatasinya terhadap kes secara individu, yang biasanya
tidak berminat untuk mengetahui serta menganalisis sumber penyakit, cara penularan
ataupun sifat penyebaran dalam masyarakat.
Pelbagai hasil yang diperoleh dari pengamal perubatan tersebut, merupakan data
maklumat yang sangat berguna dalam analisis epidemiologi, tetapi harus diingat bahawa
epidemiologi bukanlah terhad kepada data dan maklumat sahaja tetapi merupakan suatu
disiplin ilmu yang mempunyai pendekatan dan juga bentuk penerapannya secara khusus.
Dengan demikian, sewajarnyalah setiap doktor yang akan bertugas, dibekalkan dengan
pengetahuan dan kemahiran khusus tentang cara pendekatan epidemiologi.

153

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Epidemiologi kependudukan
Bentuk ini merupakan salah satu bentuk cabang ilmu epidemiologi yang menggunakan
sistem pendekatan ilmu epidemiologi dalam menganalisis berbagai permasalahan yang
berkaitan dengan bidang demografi / kependudukan serta faktor-faktor yang
mempengaruhi pelbagai perubahan demografi yang berlaku dalam masyarakat. Sistem
pendekatan epidemiologi kependudukan tersebut tidak hanya memberikan analisis
tentang ciri-ciri penduduk secara demografi dalam hubungannya dengan masalah
kesihatan dan penyakit dalam masyarakat, tetapi juga sangat berperanan dalam pelbagai
aspek kependudukan serta perancangan keluarga. Dalam hal ini, peranan epidemiologi
kependudukan sangat penting untuk digunakan sebagai asas dalam mengambil /
membuat keputusan dan dalam usaha menyusun perancangan yang baik.

Epidemiologi pengurusan perkhidmatan kesihatan


Epidemiologi bentuk ini merupakan suatu sistem pendekatan pengurusan dalam
menganalisis masalah, mencari faktor penyebab timbulnya suatu masalah serta
penyusunan strategi penyelesaian sesuatu masalah secara menyeluruh dan bersepadu.
Pada masa kini, pendekatan epidemiologi bidang pengurusan semakin berkembang
selaras dengan perkembangan pesat industri perubatan yang diiringi perkembangan
dalam sistem pengurusan kesihatan dan ekonomi kesihatan termasuk sistem insurans
kesihatan.
Dalam zaman kemajuan industri perubatan yang banyak melibatkan modal dan tenaga
kerja, peranan epidemiologi pengurusan dalam menganalisis jumlah kos perubatan serta
kos perkhidmatan kesihatan yang lain merupakan perkara yang cukup penting. Dalam
menyusun suatu rancangan perkhidmatan kesihatan yang berkesan dan cekap,
kolaborasi antara ahli epidemiologi dengan pakar perancangan mampu mencapai
matlamat yang berorientasikan hasil (output) sesuatu proses.
Sistem pendekatan epidemiologi dalam perancangan kesihatan telah banyak digunakan
oleh para perancang perkhidmatan kesihatan, baik dalam bentuk analisis situasi dan
penentuan keutamaan, atau dalam bentuk penilaian hasil suatu aktiviti kesihatan yang
bersifat umum ataupun yang lebih khusus.

154

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Epidemiologi persekitaran dan kesihatan kerja


Bentuk ini (occupational and environmental epidemiology) merupakan salah satu
bahagian epidemiologi yang mengkaji dan menganalisis keadaan kesihatan tenaga kerja
kesan daripada pengaruh keterdedahan pada lingkungan kerja, baik yang bersifat fizikal,
kimia, biologi, atau sosial budaya serta rutin hidup para pekerja. Bentuk ini sangat
berguna dalam analisis tahap kesihatan pekerja serta untuk menilai keadaan dan
persekitaran kerja dan penyakit akibat kerja.

Epidemiologi kesihatan mental


Merupakan salah satu dasar pendekatan dan analisis masalah gangguan mental dalam
masyarakat, baik mengenai keadaan kelainan mental kumpulan penduduk tertentu,
mahupun analisis pelbagai faktor yang mempengaruhi munculnya gangguan mental
dalam masyarakat. Gangguan terhadap kesihatan mental pada masa kini bukan lagi
merupakan masalah kesihatan individu saja, tetapi merupakan masalah sosial
masyarakat. Lantaran dengan meningkatnya pelbagai keluhan anggota masyarakat yang
lebih banyak menjurus masalah kejiwaan disertai dengan perubahan sosial masyarakat,
menuntut suatu cara pendekatan melalui epidemiologi sosial yang berkaitan dengan
epidemiologi kesihatan mental.

Epidemiologi pemakanan
Pada masa kini, epidemiologi pemakanan banyak digunakan di dalam analisis masalah
gizi masyarakat di mana masalah ini mempunyai hubungan dengan pelbagai faktor yang
berkaitan pola hidup sesuatu masyarakat. Pendekatan masalah gizi masyarakat melalui
epidemiologi gizi bertujuan untuk menganalisis pelbagai faktor yang berkait rapat dengan
timbulnya masalah gizi masyarakat, baik yang bersifat biologi, dan terutama yang
berkaitan dengan kehidupan sosial masyarakat.

Epidemiologi tingkah laku


Perlakuan manusia merupakan salah satu faktor yang banyak memainkan peranan
dalam menentukan tahap kesihatan suatu masyarakat. Bahkan menurut Bloom, faktor
perlakuan memberikan sumbangan terbesar dalam menentukan status kesihatan individu

155

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

156

mahupun masyarakat. Memandangkan faktor penyebab penyakit bersifat kompleks,


maka epidemiologi lebih banyak melakukan pendekatan faktor risiko.
Justeru, faktor perlakuan individu ataupun masyarakat, seperti tabiat hidup sihat individu
dan kepercayaan masyarakat tentang sesuatu yang berkaitan dengan kesihatan, banyak
memberikan nilai risiko yang sering muncul dalam analisis epidemiologi tentang kejadian
penyakit dalam masyarakat. Tambahan lagi, perlakuan sangat berkait rapat dengan
umur dan jantina, kaum, pekerjaan, status sosial dan ekonomi serta pelbagai aspek
kehidupan yang lain.

Kesimpulannya, melalui beberapa contoh ruang lingkup penggunaan epidemiologi seperti di atas
lebih memperjelaskan bahawa disiplin ilmu epidemiologi sebagai dasar falsafah dalam usaha
pendekatan analisis masalah yang timbul dalam masyarakat, baik yang berkaitan dengan bidang
kesihatan mahupun masalah lain yang berkait dengan kehidupan masyarakat secara umum.

Kejadian penyakit berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan kesan interaksi


antara TIGA komponen-komponen. Apakah komponennya dan lakarkan dalam bentuk peta
minda berkaitan interaksi tersebut.

penyakit

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Lindungi Diri Dari Jangkitan Penyakit Berjangkit dan Berbahaya


Langkah-langkah untuk memperkuatkan sistem ketahanan badan
Sistem ketahanan adalah komponen yang sangat kritikal pada tubuh manusia. Ia melindungi
diri daripada serangan penceroboh seperti bakteria, kulat, virus dan menahan jangkitan
penyakit berbahaya seperti kanser. Ia juga berkesan dan mempunyai daya ingatan jangkitanjangkitan sebelumnya dan bersedia menghadapinya pada masa depan.
Untuk memastikan ia berfungsi pada kadar optimum anda boleh merujuk kepada beberapa
langkah berikut:
1. Makan dengan betul

Jangan makan berlebihan


Makan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem
ketahanan badan. Obesiti menghalang sistem ketahanan badan daripada berfungsi
dengan baik. Justeru ini akan mengurangkan daya ketahanan terhadap jangkitan.

Jenis makanan yang dipilih


Jenis makanan yang dipilih juga tidak kurang pentingnya. Terdapat beberapa jenis
nutrien dan makanan yang boleh mempertingkatkan sistem ketahanan badan seperti:

Makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan brokoli

Makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti kekacang dan bijirin

Bawang Putih

Makanan yang kaya dengan zink seperti kekacang, ayam Belanda, ketam,
tiram dan daging lembu

Makanan yang mengandungi bioflavanoid seperti yang terdapat dalam buahbuahan dan sayuran

Makanan yang kaya dengan karotin seperti lobak dan keladi.

2. Bersenam selalu
Senaman yang kerap dan konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit anda.
Wanita yang meluangkan masa 35 hingga 45 minit untuk berjalan kaki 5 kali seminggu
selama 12 hingga 15 minggu mengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit
berbanding dengan kumpulan kawalan yang kurang bersenam. Walau bagaimanapun,

157

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Malah,
senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik.
3. Dapatkan tidur yang secukupnya
Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan manakala
kekurangan tidur mempunyai kesan yang sebaliknya. Kesan buruk terhadap fungsi sistem
ketahanan badan yang ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kita kekurangan tidur.
Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7-8 jam masa tidur. Untuk memastikan
anda mendapat tidur yang berkualiti, elakkan dari minuman yang mempunyai kafein
(seperti kopi dan teh), tembakau dan arak.
4. Menguruskan tekanan
Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko
obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain. Hormon tekanan ini
boleh berfungsi dalam dua cara, sama ada menghapuskan sel darah putih (yang melawan
penyakit) atau menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yang boleh meningkatkan risiko
menghidap penyakit auto imun (auto-immune). Oleh itu, luangkan masa untuk
melepaskan stres beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang,
mengunjungi spa ataupun melakukan aktiviti yang anda gemari

Gaya Hidup Sihat


Pengenalan
Gaya hidup yang sihat adalah merupakan kunci yang paling utama kepada kesejahteraan
insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan
agama, bangsa dan negara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan
gaya hidup sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas
serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat.
Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal dan
mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit

158

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

yang boleh memudaratkan insan. Aspek kesihatan merupakan salah satu fokus utama .kajian
yang dijalankan adalah mengenai Amalan Gaya Hidup Sihat.
Konsep gaya hidup sihat merupakan suatu kempen aspirasi kerajaan mahupun pihak swasta
bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang
disebabkan oleh gaya hidup moden. Sasaran utama kempen ini ialah semua golongan rakyat
Malaysia terutamanya remaja dan murid-murid sekolah. Empat komponen utama yang
menjadi teras konsep gaya hidup sihat ini ialah:
i.

peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan

ii.

peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stres

iii.

peningkatan pengetahuan dan amalan anti-merokok

iv.

peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental
dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan. Anda
boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak
Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luar
biasa bagi memudahkan rawatan. Sebagai contoh, jika kita dapat mengesan lebih awal
penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk
mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan penyakit jantung. Untuk menilai
kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:

Kegemukan (Obesiti)

Tekanan Darah Tinggi

Kencing Manis

Paras kolesterol dalam darah

Kempen gaya hidup sihat


Kempen Gaya Hidup Sihat adalah satu program yang boleh memberi ilmu pengetahuan dan
kesedaran kepada masyarakat dan murid-murid khususnya serta menjamin mereka-mereka
ini hidup dengan lebih sejahtera dan bermakna. Kempen Amalan Gaya Hidup Sihat menjurus
kepada pembelajaran tentang kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang
konsisten, mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan dadah.

159

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Tujuan program
Tujuan kempen gaya hidup sihat ini dilaksanakan adalah untuk menyokong hasrat Program
Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan Generasi Berilmu, Sihat dan
Progresif melalui amalan Gaya Hidup Sihat. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan
memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta
masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar
ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan
diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah.
Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat
dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

Rasional program
Program Kempen Gaya Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua
warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, guru dan
seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program
ceramah, kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan dapat memupuk
perasaan cintakan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Matlamat program
Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal.
mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata bercahaya
lahir dari minda yang cerdas.

Objektif program
Objektif program adalah:

Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan


pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan
kakitangan sekolah terhadap kesihatan.

Mengembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati
diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai

160

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok
dan penyalahgunaan dadah.

Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan


masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkan


kepada para pelajar dan komuniti setempat.

Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di
mana mereka berada.

Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di
sekolah,

Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir
buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

Aktiviti Berunsur Kesihatan dan Kepentingannya


Kesihatan diri dan keluarga serta masyarakat merupakan aspek pengurusan diri yang baik
berkaitan dengan pengetahuan dan amalan menjaga kebersihan, pemakanan, dan
sebagainya demi kesejahteraan yang berpanjangan. Selain itu, kesedaran terhadap
perubahan seksualiti, fizikal, dan emosi yang turut mempengaruhi ledakan perubahan dalam
hormone serta cara seseorang remaja bertindak balas terhadapnya dengan cara yang positif
serta perlu dibimbing dengan sewajarnya. Selain itu, bimbingan ibu bapa dan guru amat perlu
sebagai tunjuk ajar kepada golongan remaja yang akan meningkat dewasa dalam suasana
yang terurus serta terkawal dengan positif agar remaja lebih bertanggungjawab kepada diri,
keluarga, dan masyarakat.

Pemakanan yang seimbang dan sesuai dengan keperluan aktiviti


Setiap individu mempunyai peranan dalam mengutamakan pemakanan yang
seimbang dan sesuai dengan keperluan aktiviti. Ini bermakna setiap individu
mempunyai kadar pengambilan makanan yang berbeza walaupun daripada kumpulan
makanan yang sama dalam piramid makanan. Perbezaan kadar pengambilan
makanan ini bergantung kepada tahap kesihatan individu serta keperluan aktivitinya.
Misalnya, individu yang terlibat dengan aktiviti yang agak kasar dan berat seperti
buruh kasar dan atlit (terutamanya atlit bina badan) sudah pasti mereka memerlukan

161

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

pengambilan makanan berkolesterol dan serat yang tinggi kerana keperluan tenaga
yang tinggi. Sementara individu yang hanya bekerja di pejabat perlulah mengambil
makanan yang sama jenisnya dalam kadar yang lebih rendah kerana mereka kurang
menggunakan tenaga secara agresif.
Individu yang ingin mengekalkan gaya hidup sihat perlulah mengutamakan
pemakanan yang sihat misalnya mengambil makanan dalam jumlah yang sederhana
sesuai dengan kadar kesihatan anggota badannya. Mengambil makanan dalam
jumlah yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
Semasa membeli makanan dalam tin, pastikan tarikh pengeluaran dan tarikh luputnya
adalah sah dan bukan dibuat sembarangan bagi mengelak makanan tamat tempoh
serta mengelak keracunan makanan. Seterusnya, aspek kebersihan makanan seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran perlulah dicuci hingga bersih bagi mengelakkan
terkenan keracunan makanan yang disebabkan oleh e-coli.
Makanan yang mencukupi juga perlulah diperoleh dengan cara membeli atau
menyediakan sendiri, misalnya menanam sendiri sayur-sayuran atau buah-buahan,
menternak ayam-itik, dan sebagainya. Ini bagi mendapatkan makanan segar dan
bukannya yang telah di sejuk bekukan serta kehilangan zat. Mengambil makanan dan
minuman yang dapat mengelak serta melawan jangkitan penyakit, kegemukan, dan
sebagainya merupakan langkah bijak yang patut dilakukan oleh setiap individu
misalnya:

Minum lapan gelas air putih yang disejukkan sehingga 4C - 5C akan


membakar 200 kalori (sama banyak dengan kadar kalori yang dibakar bagi
larian sejauh 4-8 kilometer)

Minum teh hijau (sebaiknya sebelum makan) yang mengandungi ekstrak


cananatic dan asid gymnemic untuk mengurangkan keinginan mengambil
makanan manis membantu manakan lebih cepat melalui sistem pencernaan,
mempercepat metabolism dan membakar kalori lebih banyak.

Pengambilan lemon atau cuka sebanyak satu sudu teh sudah cukup untuk
melambatkan rasa lapar kerana melambatkan proses pencernaan zat tepung.
Dengan yang demikian, mengurangkan pengambilan makanan berlebihan
akan secara tidak langsung mengurangkan kadar lemak dalam badan.

162

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Mengambil segala jenis lada dalam pemakanan akan dapat meningkatkan


suhu tubuh kerana mengandungi capsaicin dan seterusnya membakar kalori.

Pengambilan halia pula akan dapat meningkatkan metabolisma dan


membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga yang lebih
hingga 20% untuk mengolahnya selain dapat meningkatkan suhu tubuh dan
pada masa yang sama menstimulasikan mekanisma pembakaran lemak
dalam tubuh.

Melakukan senaman
Melakukan senaman bukan sahaja dapat menyihatkan, mencergaskan, serta
meningkatkan tenaga malahan mampu mengelakkan rasa tidak bermaya. Senaman
ringan di pejabat pula akan dapat mengurangkan stress setelah penat bekerja atau
terlalu lama duduk. Pekerja kilang yang terlalu lama berdiri misalnya bukan sahaja
memerlukan masa rehat yang mencukupi malahan mereka perlulah membuat
senaman ringan semasa ada masa terluang bagi mengelakkan tekanan pada anggota
badan kerana kerja yang berlarutan terutamanya pekerja di kilang-kilang elektronik,
tekstil, dan sebagainya.
Pekerja yang terlalu tertekan akan mudah berasa letih dan tidak bertenaga serta tidak
bersemangat untuk bekerja. Oleh yang demikian, senaman pada waktu pagi sebelum
bekerja dan senaman ringan dalam waktu terluang semasa bekerja adalah amat
digalakkan. Pekerja yang cergas akan lebih progresif serta produktif dalam apa juga
lapangan pekerjaannya. Hal ini sudah pasti bukan sahaja menguntungkan individu itu
sendiri malahan memberi kesan positif kepada keluarga, masyarakat, dan negara
secara keseluruhannya.
Senaman yang lebih berat boleh dilakukan selama 15 30 minit sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu. Misalnya berjoging, tekan-tubi, berenang, merentas desa (crosscountry) dan banyak lagi. Pastikan anda bersenam di tempat yang sesuai dan jauh
dari hiruk-pikuk kesibukan kenderaan serta gangguan lain. Misalnya di taman
rekreasi, kompleks sukan, jalan-jalan desa yang permai, dan sebagainya.

163

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Menghindari aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan


Sebagai seorang individu yang mementingkan gaya hidup sihat, anda seharusnya
boleh dan dapat membezakan aktiviti yang berfaedah daripada aktiviti yang boleh
memudaratkan kesihatan. Sebagai individu yang rasional, seharusnya mengamalkan
gaya hidup menyumbang kepada kesihatan yang menyeluruh dari segenap aspek
fizikal, mental (intelek), emosi, rohani, dan sosial. Banyak perkara negatif yang
seharusnya boleh dirawat, dihindari dan dicegah. Misalnya:

Penagihan dadah (termasuk penyalahgunaan pil-pil psikotik, ubat batuk, ubat


tidur), arak, dan rokok

Pesta liar di kelab malam dan lumba haram

Makanan yang haram daripada segi agama, makan dalam kadar berlebihan
dan boleh memudaratkan kesihatan

Bekerja melebihi had masa dan kemampuan sehingga mengurangkan masa


rehat secukupnya

Konflik dengan rakan sekerja, ahli keluarga, atau masyarakat

Stress, dilema, serta masalah kesihatan yang lain

Tempat-tempat yang berbahaya kepada kesihatan serta keselamatan diri

Ajaran sesat dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, blog, dan
sebagainya secara melampaui batasan dan disalahgunakan

Berbelanja secara boros, penggunaan kad kredit melebihi had, peminjaman


wang haram, dan tidak menabung demi masa depan.

Senaman merupakan salah satu bentuk aktiviti yang menyihatkan tubuh badan di
samping mencerdaskan minda. Namun kebelakangan ini, ramai yang tidak
menyedari kepentingannya dalam mempromosi gaya hidup sihat. Apakah faktorfaktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Berikan cadangan anda untuk
menggalakkan aktiviti senaman dalam kalangan rakyat negara ini.

164

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Kesimpulan
Hubungan yang kompleks antara manusia dengan mikro-organisma patogen, seperti virus,
bakteria dan parasit tidak dapat dielakkan dalam usaha mana-mana pihak untuk merangka
program pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit. Kesemua jenis penyakit berjangkit
boleh melibatkan agen patogen, sama ada yang berbentuk viral atau bakterial. Ini harus
dikenal pasti terlebih dahulu sebelum usaha pengawalan dan pencegahan dapat dilakukan,
memandangkan setiap program yang dirancangkan itu diperlukan kajian yang teliti, sama ada
daripada aspek etiologi, epidemiologi, klinikal, sosial atau ekonomi.
Selain itu, pendekatan epidemiologi, ekologi kesihatan dan sosiobudaya perlu dilihat secara
holistik dalam usaha merangka polisi serta program kesihatan bagi keseluruhan penduduk.
Harus dinyatakan juga bahawa ekologi manusia berkait rapat dengan ekologi penyakit.
Ekosistem manusia itu menentukan pula persekitaran kehidupan yang sihat untuk dijadikan
tempat tinggal yang selesa lagi aman.
Oleh itu, hubungan yang kompleks ada kalanya membawa kepada kemudaratan kepada
kesihatan dan kesejahteraan hidup manusia. Keadaan yang tidak sejahtera kepada kehidupan
manusia harus dikawal dan dicegah supaya mikroorganisma yang patogen tidak mengganggu
gugat kehidupan manusia. Jagalah dan utamakan Gaya Hidup Sihat untuk menjamin
kehidupan yang lebih sihat.

RUMUSAN
Unit ini telah membincangkan sejarah perkembangan epidemiologi dari sudut tokoh-tokoh
epidemiologi dan sumbangannya, teori penyakit dan perkembangan epidemiologi dalam
berbagai-bagai bidang. Turut dihuraikan adalah berkaitan tentang komponen-komponen dan
konsep-konsep epidemiologi dalam penyakit. Aktiviti yang relevan juga diberikan bagi
mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar berkaitan sub topik yang telah
dihuraikan. Selain itu, Unit ini turut menyentuh tentang aktiviti yang berunsur kesihatan serta
kepentingannya dalam mencapai konsep gaya hidup sihat. Secara umumnya dapat dikatakan
bahawa bidang epidemiologi telah mengalami perkembangannya hingga ke tahap yang ada
sekarang dan proses ini akan terus berkembang dalam usaha memastikan dan menjamin
kualiti kesihatan warga dunia ke suatu tahap yang lebih baik dan cemerlang.

165

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

KATA KUNCI
Agen
Epidemiologi Analitis
Epidemiologi Deskriptif
Epidemiologi Eksperimental
Faktor Penentu (determinant)
Frekuensi
Patogen
Persekitaran
Perumah (host)
Populasi
Taburan (distribution)

PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan dengan ringkas maksud penyakit berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit berjangkit.
3. Apakah cadangan anda dalam memperkasakan usaha mencegah penularan penyakit
berjangkit di Malaysia?

166

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

RUJUKAN
Oleckno, W.A. (2008). Epidemiology: Concepts and Methods. USA: Waveland Press, Inc.
Webber, R. (2009). Communicable Disease: Epidemiology and Control. 3 rd ed. UK:CAB
International.
Fatan Hamamah Yahaya. (2005).Kemunculan Penyakit Berjangkit Dan Kesannya Terhadap
Manusia Di Malaysia. Sari, 23:253-168.
Fatan Hamamah (2002). Krisis Biologi Kepada Krisis Budaya. Universiti Kebangsaan Malaysia:
Selangor.
Fatan Hamamah Yahya & Saadiah Mohamd (2000). Wanita Malaysia Dalam Alaf Baru.
Universiti Kebangsaan Malaysia: Selangor.
Health Facts (1997). Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia: Kuala Lumpur.
Health Facts (2007). Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia: Kuala Lumpur
John, L. M. (1996). Kesihatan Awam Ekologi Manusia. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.
Regents Prep: Living Environment: Homeostasis. Oswego City School District Regents Exam
Prep Center. Atas Talian. http//: egentsprep.org/regents/biology/units/homeostasis
/index.cfm. (akses 2012-11-12)
Wan Hamzir Bakar (1999). Mengelakkan Jangkitan Virus Baru. Berita Harian 27 Mac.
http://www.dorlands.com/

167

Epidemiologi Penyakit dan Senaman

168

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

AGEN

PENYAKIT

PERUMAH

PERSEKITARAN