Anda di halaman 1dari 21

KONFLIK GOLONGAN MINORITI DI ASIA TENGGARA:

PERKEMBANGAN KONFLIK SELATAN FILIPINA


Oleh:
Ramli Dollah
Wan Shawaluddin Wan Hassan
Zaini Othman
Sekolah Sains Sosial
Universiti Malaysia Sabah
Pengenalan
Salah satu daripada masalah utama yang muncul pada awal kemerdekaan di Asia
Tenggara adalah pembahagian sempadan sewenang-wenangnya oleh pihak kerajaan
negara tersebut dan penjajah. Hasilnya muncullah beberapa kaum yang terpencil dan
cuba membebaskan diri daripada pengaruh kerajaan pusat. Masalah golongan minoriti ini
bukanlah merupakan perkara baru malahan mereka ini sejak dahulu lagi telah
dipinggirkan oleh kerajaan dalam arus pembangunan negara. Malahan lebih buruk lagi
apabila kumpulan minoriti ini sering dilihat menjadi masalah kepada negara-negara ini.
Berhadapan dengan situasi ini, penduduk ini cuba menentang, membebaskan diri dan
melakukan apa sahaja untuk bebas daripada pengaruh kerajaan pusat termasuk
memberontak, membunuh, memboikot dll. Dalam hal ini, kumpulan minoriti yang
dimaksudkan dalam konteks Asia Tenggara terdiri daripada pelbagai kebudayaan, agama,
keturunan dan sebagainya misalnya puak Karen dan Rohinyah di Myanmar, Patani di
Thailand, Papua, Acheh, Maluku dan Timor-Timur di Indonesia dan Moro di Filipina.
Oleh itu, artikel ini cuba melihat beberapa kumpulan minoriti ini dengan
memfokuskan perbincangan kepada minoriti muslim di selatan Filipina. Selain itu, artikel
ini juga akan melihat sejauh mana kedudukan kumpulan ini dalam politik dan
pembangunan negara. Selain itu, kuliah juga akan melihat beberapa sebab yang
membawa kepada kewujudan masalah ini dan perkembangan semasa.
Latarbelakang Masyarakat Islam di Selatan Filipina
Penduduk Islam di Filipina yang tertumpu di selatan Filipina dikenali sebagai
Moro. Perkataan Moro ini berasal daripada perkataan orang-orang Sepanyol yang
merujuk kepada satu bangsa yang dikenali sebagai Moors yang pernah menakluk
Sepanyol suatu masa dahulu. Pada peringkat awal, perkataan Moro ini memberikan satu
konotasi yang buruk iaitu lanun atau pembunuh. Namun, pada hari ini ia digunakan
secara meluas dan Islam Moro sangat berbangga dengan nama ini kerana Moro merujuk
kepada satu bangsa yang berjaya menentang pengaruh Sepanyol lebih 300 tahun.
Sehingga kini, bangsa Moro menduduki beberapa kawasan di Mindanao, Basilan,
Tawi-Tawi dan Sulu. Terdapat 13 pecahan suku bangsa Moro yang beragama Islam 1 dan
1

Selain itu, terdapat lebih kurang 18 atau lebih kumpulan lain yang masih mengekalkan kebudayaan dan
agama mereka walaupun selepas kedatangan Kristian atau Islam dan mengenali diri mereka sebagai
Lumad. Sebahagian diantara mereka masih mengekalkan kebudayaan dan agama ini dan sebahagiannya
lain telah menukarkan agama mereka kepada Islam atau Kristian tetapi majoritinya masih mengekalkan
tradisi lama mereka. Antaranya kumpulan tersebut adalah seperti Ata, Bagobo (Davao-Cotabatao Province),
Banwaon (Bla-an (Selatan Cotabatao), Dibabawon, Bukidnon/Higaonon (Davao, Bukidnon Province),
Mamanwa (Surigon, Agusan, Butuan), Mandaya (Davao), Mangguwwangan, Manobo, Mansaka (Davao,

dipecahkan mengikut etnik bahasa mereka iaitu Maranao dari Tasik Lanao (420,000),
Maguindnao dari Catabato (644,100 orang), Tausug (502,000 orang) dan Sama (244,000
orang) dari Sulu dan Tawi-Tawi. Antara kumpulan kecil lain adalah Bajau (Samal Laut)
di Sulu Selatan (28,536 orang), Illanun (Irannun orang) (15,417 orang) dari Buladon dan
Parang, wilayah Maguindanao di bahagian utara sepanjang Teluk Ilana di Lanao del Sur,
Jama Mapun (Samal orang) (14,347 orang) di Cagayan de Sulu dan juga Timur Laut
Palawan terutamanya di Pulot, Kalagan (7,906) di wilayah Davao dan pesisir pantai
Teluk Davao, Kalibungan di Zamboanga del Sur (15,417 orang), Malbog dari Pulau
Balabac di selatan Palawan (5,316 orang), Palawani di selatan Palawan (35,656 orang),
Sangil (77,000 orang) dari Kepulauan Sarangani Yakan (196,000 orang) dari pulau
Basilan.2 Jumlah Moro di seluruh Filipina dianggarkan berjumlah 2.5 juta pada tahun
1990an. Terdapat juga yang menyatakan jumlahnya adalah sekitar 5 juta orang iaitu
mewakili 5 % daripada populasi Filipina. Kawasan yang diduduki oleh kumpulan ini
adalah seluas 36,540 batu persegi atau lebih besar dari Portugal dengan jumlah pulau
sekitar 437 buah.3
Jadual: Perbandiungan Bangsa Moro Dan Kumpulan Beragama Kristian di
Mindanao (Orang) 1903-2000.
Tahun
Penduduk Moro
Penduduk Bukan-Moro
Jumlah
Penduduk
Jumlah
Peratus
Jumlah
Peratus
Mindanao
1903
250,000
76
77,741
24
327,741
1913
324,816
63
193,882
37
518,698
1918
358,968
50
364,687
50
723,655
1939
755,189
34
1,489,232
66
224,4421
1948
933,101
32
2,010,223
68
2,943,324
1960
1,321,060
23
4,364,967
77
5,686,027
1970
1,669,708
21
6,294,224
79
7,963,932
1975
1,798,991
20
7,348,084
80
9,146,995
1980
2,504,332
23
8,400,911
77
10,905,243
1990
2, 690,456
19
11,579,280
81
14,269,736
2000
3,679,228
20.6
14,140,671
79.4
17,819,899
Sumber: Miriam Coronel Ferrer, 2004. The Philippine State And Moro Resistance:
Dynamics Of A Persistent Conflict, Kertas Kerja dibentangkan di SEACSN Conference
Issues and Challenges in for Peace and Conflict Resolution, Penang, Jan 12-15.
Gerakan Pemisah Bangsa Moro
Cotabatao), Matisalug, Subanen (Agusan, Zamboanga), Tagakaolo, Talaandig (Bukidnon), Tboli (Selatan
Cotabatao), Teduray (Maguindanao province) dan Ubo (Davao, Zamboanga). Sylvia Concepcion et. al.
2003. Breaking the links between economics and conflict in Mindanao, paper presented at the Waging
Peace Conference, Manila..
2
Daripada 13 kumpulan ini, tiga kumpulan yang paling dominan dari segi politik iaitu Maguindanao,
Maranao dan Tausug. Beberapa orang pemimpin dan ahli politik datang dari kumpulan ini antaranya 1st
District of Maguindanao Congressman, Datu Michael O. Mastura (Maguindanao), pemimpin ARMM hari
ini Gov. Parouk Hussin (Tausug) dan Timbalan Gabenor ARMM, Mahid Mutalin (Maranao), pemimpin
MILF Hashim Selamat (Manguidanao), bekas jurucakap MNLF, Abdul Baki (Tausug), .
3
Lukman Thaib. 1997. The Politics and Governments of Southeast Asia, Kuala Lumpur: Golden Book.

Bangsa Moro di Selatan Filipina secara amnya tidak pernah mengiktiraf


kewujudan kerajaan di pada masa-masa lepas samada semasa penjajahan atau
kemerdekaan kecuali Sultan mereka. Gerakan Pemisah di negara tersebut telah bermula
sejak penjajahan lagi dan semasa penjajahan Sepanyol lebih kurang 300 tahun. Malahan
pihak Sepanyol sendiri tidak pernah berjaya mengkristiankan bangsa ini walaupun
mereka telah berjaya berbuat demikian di kawasan utara negara tersebut. Keadaan ini
disebabkan oleh kewujudan kewujudan pejuang pemisah yang tidak pernah putus di
Selatan Filipina. Hal yang sama juga berlaku semasa pentadbiran Amerika di Filipina
lebih kurang 50 tahun di Filipina.
Sepanjang pentadbiran Sepanyol di Filipina, ia tidak pernah mewujudkan sistem
pantadbiran kolonial yang efektif ke atas penduduk Muslim (Moro) dan minoriti lain
terutamnya Lumad di Mindanao. Walau bagaimanapun, apabila Filipina diserahkan oleh
Sepanyol kepada Amerika pada 1898 melalui Treaty of Paris, Mindanao dan Sulu
dimasukkan dalam negara Filipina yang dijajah oleh Amerika. Keadaan ini menyebabkan
tentangan yang sangat kuat daripada penduduk di selatan Filipina ini. Walaupun beberapa
pemberontakan untuk menentang tindakan ini, namun kesemua usaha ini gagal kerana
kekuatan yang dimiliki oleh tentera Amerika. Battle of Bud Bagsak pada 1913 merupakan
kekalahan teruk dialami oleh pemberontakan Muslim menentang tindakan ini.4
Seterusnya pada 11 Mac 1915, pemerintahan Sultan Sulu dipaksa melepaskan
takhta, tetapi masih dibenarkan untuk menjadi ketua agama. Namun pada April 1940,
Amerika bertindak menghapuskan sistem kesultanan ini secara mutlak dan meletakkan
wilayah Moro ini dalam Filipina. Namun hakikatnya, bangsa Moro tidak pernah tunduk
kepada polisi ini malahan ianya berterusan semasa pendudukan Jepun sehinggalah ke hari
ini.5 Apabila Amerika berjanji untuk memberikan kemerdekaan kepada rakyat Filipina,
57 orang pemimpin Moro menyatakan rasa tidak senang mereka melalui beberapa
pendekatan. Antara kenyataan tersebut adalah berbunyi We are independent for 500
years. Even Spain failed to conquer us. If the U.S. quits the Philippines and the Filipinos
attempt to govern us, we will fight. 6 Selain itu, dalam petition kepada Amerika pada 9
Jun 1921, masyarakat Moro mengumumkan keinginan mereka untuk menjadi sebahagian
daripada Amerika daripada menjadi sebahagian daripada Negara Filipina yang merdeka.7
Seterusnya, pada 1935, Amerika mencadangkan pembentukan Komanwel Filipina
sebagai satu usaha untuk mewujudkan sebuah negara merdeka pada tahun 1945. Namun
usaha ini gagal akibat meletusnya Perang Dunia II pada tahun 1941. Namun melalui
pembentukan ini Komonewl ini, wilayah di selatan Filipina akan dimasukkan dalam satu
kerajaan yang dikenali sebagai Filipina.8 Akibat rasa tidak senang ke atas pembentukan
Komonwel Filipina, iaitu usaha terakir ke arah mewujudkan sebuah negara merdeka
Filipina menyebabkan 190 orang berketurunan Datu dan para pemimpin di Lanao
4

R.J. May. 2002. The Moro Conflict and the Philippine Experience with Muslim Autonomy, kertas
kerja dibentangkan di CCPCSAP Workshop, Canberra, September.
5
Lukman Thaib. 1997. The Politic op. cit.
6
Ricardo A. David Jr. 2003. The Causes And Prospect Of The Southern Philippines Secessionist
Movement, Master Of Arts In Security Studies, Naval Postgraduate School, Monterey, California.
7
Ibid.
8
Melalui cadangan ini, kerajaan Manila berusaha memperkenalkan beberapa dasar pendidikan terutamanya
mewujudkan sistem pendidikan untuk seluruh Negara Filipina termasuk selatan Filipina. Sila lihat Jeffrey
Ayala Milligan. 2005. Faith in School: Educational Policy Responses to Ethno-Religious Conflict in the
Southern Philippines, 19351985, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 36, No. 1.

berkumpul di Dansalan (sekarang Bandar Marawi) pada 18 Mac 1935 dan mengeluarkan
menifistasi rasa tidak senang mereka kepada Presiden Amerika, Franklin D. Roosevelt
untuk mengecualikan Mindanao dan Sulu dalam projek kemerdekaan ini. Dalam
deklarasi ini ia menyebut bahawa Mindanao and Sulu should not be included in such
independence. Sebab agama dilihat sebagai alasan utama untuk tidak menerima
kemerdekaan bersama-sama Filipina. Deklarasi ini seterusnya menyebut bahawa Our
public land should not be given to people other than the Moros. Our practices, laws and
the decisions of our Moro leaders should be respected. Our religion should not be
curtailed in any way. All our practices which are incidents to our religion of Islam should
be respected because these things are what a Muslim desires to live for. Once our religion
is no more, our lives are no more.9
Secara amnya, kebimbangan yang yang ditunjukkan oleh bangsa Moro ini adalah
sama seperti yang disebutkan didalam draf ini. Dua aspek yang utama yang jelas
mengenai hal ini adalah faktor Islam. Moro melihat agama mereka berada dalam keadaan
bahaya selepas kedatangan Sepanyol apabila Sepanyol berusaha untuk menukarkan
mereka ke agama Kristian. Apabila Amerika menduduki Negara ini, walaupun Amerika
mengurangkan tindakan ini, tetapi polisi sekularisasi pula dijalankan oleh kerajaan.
Kejatuhan Kesultanan Sulu ini menyebabkan kenyebabkan keadaan bertambah
buruk lagi apabila beberapa undang-undang baru diperkenalkan. Misalnya pada Februari
1935, Quirino-Recto Colonization Act diperkenalkan untuk membenarkan penghijrahan
penduduk dari Utara ke selatran terutamanya Mindanao. Menurut Sytark (2003), melalui
undang-undang ini, proses christianization yang gagal dijalankan melalui usaha
mubaligh oleh Sepanyol sebelum ini disambung semula oleh kerajaan seterusnya melalui
proses menterbalikkan majoritiminoriti ratio between Christians and Muslims.10
Seterusnya pada November 1936, satu lagi pengumuman decree Presiden iaitu
menjadikan kesemua tanah penduduk Moro ini sebagai harta awam bagi membolehkan
kerajaan melaksanakan dasar mengurangkan kepadatan penduduk di uatara.11
Permusuhan Muslim-Kristian di Selatan Filipina
Sejarah Filipina (dan Selatan Filipina) telah menyaksikan beberapa penjajahan
berlaku di negara tersebut. Bermula dengan penjajahan Sepanyol yang berlangsung
antara tahun 15211896 diikuti oleh Kerajaan Revolusi antara tahun 18961902 yang
turut menyaksikan perang Filipina-Amerika (18981902); pendudukan Amerika (1902
1935); Komonewel Filipina (19351945), penjajahan pihak Jepun semasa Perang Dunia
II yang berlangsung antara 19411945 dan Pembentukan Republik Filipina pada 1946.
Ekspedisi pertama bangsa Eropah ke Filipina bermula dengan kedatangan
Ferndinand Magellan, seorang pelayar berbangsa Portugis tetapi berkhidmat dengan
Negara Sepanyol. Beliau mengumumkan Negara ini sebagai milik Sepanyol pada 16 Mac
1521. Namun, penduduk Sepanyol secara kekal di negara ini bermula apabila Miguel
Lopez de Legazpi membuat penempatan pertama di Cebu pada 1565. Apabila beliau tiba
di Luzon, beliau menyedari bahawa Manila sangat penting kepada pusat perdagangan dan
pentadbiran.12 Beliau kemudiannya menumbangkan kerajaan Kesultanan Sulu yang
9

Lukman Thaib. 1997. The Politics op. cit.


Jan Stark. 2003. Muslims in the Philippines, Journal of Muslim Minority Affairs, Vol. 23, No 1.
11
Ibid.
12
Pada 1571 kepulauan ini diberi nama Felipinas sempena nama raja Sepanyol Phillip II dan kemudiannya
ibu Negara dipindahkan ke Manila. Kemudiannya kepulauan ini diberi nama Filipina
10

diketuai oleh Raja Soliman dan menyebabkan sejumlah besar penduduk Islam ini
melarikan diri ke Selatan terutamnya Mindanao dan Sulu. 13Kedudukan Islam di Filipina
adalah berbeza dengan keadaan yang berlaku di Malaysia atau Indonesia. Ini kerana
jumlah penududuk Islam di negara ini hanya mewakili 5 peratus daripada jumlah
keseluruhan populasi Filipina. Jumlah kumpulan muslim yang kecil ini menyebabkan
mereka sering ditindas oleh kerajaan disamping kerajaan Filipina mengalakkan
penghijrahan kumpulan Kristian ke selatan dan menyebabkan berlakunya masalah agama
antara Muslim-Kristian. Apabila melihat hubungan Muslim-Kristian ini, sejak zaman
Sepanyol lagi, permusuhan antara kumpulan ini sebenarnya telah wujud. Sepanyol pada
Kurun ke 16, berjaya menawan Luzon dan kepulauan Visayan dan kemudian bertindak
mewujudkan pengkalan yang kuat di bahagian Timur Mindanao dan Semenanjung
Zamboanga. Walau bagaimanapun, Sepanyol gagal untuk menawan wilayah yang
dikuasai oleh Kesultanan Sulu di Mindanao. Semasa tempoh ini, Sepanyol bertindak
menjadikan tentera-tentera berbangsa Filipino untuk menentang kesultanan ini. Ini
menambahkan konflik agama antara kedua-dua kumpulan ini.14
Masalah utama yang timbul adalah berkait dengan Tanah dimana undang-undang
tanah yang diperkenalkan menghendaki agar tanah-tanah di Filipina ini didaftarkan. Oleh
itu, tanah-tahan yang tidak didaftarkan secara tidak langsung akan membuka peluang
kepada tanah tersebut dimiliki oleh orang Filipino dan penduduk Amerika Syarikat.
Walaupun, beberapa pemimpin Islam ini mengetahui hal tesrebut dan bertindak
mendaftarkan tanah-tanah ini atas nama mereka, namun masih ramai lagi diantara mereka
ini yang tidak mengetahui hal tersebut kertana tidak memahami konsep ini yang sangat
berbeza dengan konsep tradisional.15
Selain itu, kerajaan kolonial turut mengalakkan kemasukkan penduduk-penduduk
dari kawasan yang padat di utara ke Mindanao. Dalam hal ini, para pelabur dari Amerika,
penduduk Filipina dan syarikat-syarikat lain digalakkan untuk membuka ladang-ladang
yang besar di negara tersebut. Malahan semasa pentadbiran Amerika di Filipina ia sangat
mengalakkan agar perpindahan penduduk ini dilakukan secara giat. Untuk tujuan ini,
kerajaan menyediakan sejumlah besar pinjaman kepada mereka yang ingin berpindah ke
bahagian selatan negara ini. Malahan sekitar 1903 hingga 1906, kawasan tanah yang
diberikan kepada penghijrah ini telah ditingkatkan daripada 40 ekar kepada 200 ekar.
Selain itu, pada 1902, Land Registration Act telah diperkenalkan untuk membolehkan
syarikat swasta memiliki tanah di negara tersebut. Akta ini diikuti oleh beberapa akta lain
misalnya Public Land Act 1905, 1913 16, 1914 dan 1919. Melalui akta-akta ini, tanahtanah di negara ini dianggap sebagai hak milik kerajaan tetapi individu-individu ini masih
boleh memohon untuk mendapatkan tanah tersebut. Akibatnya, sejumlah besar bangsa
Moro menghadapi masalah kehilangan tanah akibat tindakan ini.17 Hasilnya, sehingga
1912, terdapat lebih kurang 159 syarikat besar yang mempunyai keluasan tanah melebihi
13

Jan Stark. 2003. Muslims op. cit.


Cesar Adib Majul. (Terjemahan Shamsuddin Jaapar). 1988. Islam di Filipina, Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.
15
Sylvia Concepcion et. al. 2003. Breaking op. cit.
16
Akta 2254 dan 2280 pada 1913 misalnya berusaha mewujudkan koloni pertanian di beberapa bahagian
iaitu tujuh di Cotabato dan setiap satu di Lanao dan Basilan. Ricardo A. David Jr. 2003. The Causes And
Prospect Of The Southern Philippines Secessionist Movement, Master Of Arts In Security Studies,
Naval Postgraduate School, Monterey, California.
17
Syed Serajul Islam. 1998. The Islamic Independence Movement in Patani of Thailand and Mindanao of
the Philippines, Asian Survey, Vol. 38, No. 5, Hal. 445.
14

100 hektar di Mindanao. Ladanag-landang besar ini dimiliki oleh pelabur-pelabur luar
antaranya adalah 66 orang pelabur Amerika, 39 pelabur Filipina (majoriti Kristian) dan
27 syarikat dari Eropah manakala 27 syarikat lagi dimiliki oleh pelabur berbangsa Cina.18
Selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan berusaha untuk meredakan keadaan
yang tidak menentu di Luzon dan Visayan dengan mengalakkan penduduk-penduduk
miskin yang tidak mempunyai tanah untuk pindah ke Mindanao.19 Semasa era Magsaysay
(1953-1957) misalnya, beliau menjalankan pelbagai pembangunan sosio-ekonomi. Salah
satu dasar Magsaysay ialah program pembangunan ekonomi yang dilaksanakan melalui
Economic Development Cooperation (EDGOR) terutamanya untuk menguruskan tanahtanah yang terbiar dan pemilikan tanah. Beliau bertindak memindahkan penduduk dari
utara di Luzon ke kawasan-kawasan lain misalnya pulau-pulau yang kurang padat
penduduk seperti pulau Mindanao, Samar dan Mindoro. Projek pembangunan ekonomi
yang dilancarkan telah menempatkan 950 keluarga ke tanah-tanah yang dibeli oleh
kerajaan di Mindanao.20 Masalah yang timbul apabila kumpulan yang dihantar ini
merupakan mereka yang beragama Kristian. Ini menyebabkan berlakunya pertembungan
Muslim-Kristian. Lebih buruk lagi apabila tindakan ini menyebabkan masyarakat islam
di selatan semakin terpinggir. Pada 1960an, Muslim di Mindanao mewakili 1/4 daripada
populasi di Mindanao iaitu satu penurunan yang jelas terhadap daripada pada abad ke20. Oleh itu, apabila penduduk Muslim ini berusaha mendapatkan semula hak tanah
mereka, didapati bahawa syarikat-syarikat besar ini menggunakan kuasa dan wang untuk
mendapatkan semula hak ini termasuk penggunaan mahkamah yang didominasi oleh
orang Kristian. Tidak cukup dengan itu, kedua-dua pihak samada pemilik tanah yang
beragama Islam dan Kristian ini cuba memiliki tentera-tentera upahan mereka sendiri
untuk menuntut tanah-tanah ini. Keadaan ini menjadi bertambah buruk apabila
pertembungan tentera ini dan menyebabkan keadaan menjadi bertambah runcing.
Kerajaan Filipina juga terus mengalakkan polisi yang mengalakkan penanaman
pertanian di Mindanao. Sebahagian besar daripada kawasan-kawasan produktif ini
diduduki semula oleh TNC untuk menanam getah, pisang, betik dan sebagainya. Malahan
syarikat-syarikat pembalakan diberikan konsesi yang besar dan hasilnya berlakulah
pembalakan tanpa kawalan. Kehilangan wilayah ini menjadi punca yang paling penting
yang membawa kepada berlakunya peperangan pada 1970an.21
Perpindahan ini sebenarnya menyebabkan penduduk dari utara berjaya menguasai
beberapa sektor misalnya sekolah, mahkamah, tentera, profesion, syarikat-syarikat besar
an lain-lain. Oleh itu, masalah berlaku apabila tanah-tanah yang diduduki oleh penuduk
Moro ini didakwa dimiliki oleh orang dari utara ini kerana mereka mempunyai dokumen
sah mengenai tanah tersebut. Ini lanjutan daropada penguasaan mereka ke atas sektorsektor yang disebutkan.22 Selain penghijrahan secara sukarela, kerajaan turut bertindak
menarik pelabur ke kawasan tersebut samada dari dalam atau luar. Hasilnya, pada tahuntahun 1960an, bangsa Moro menjadi bangsa Minoriti di beberapa wilayah di Filipina.
18

Sylvia Concepcion et. al. 2003. Breaking op. cit.


Semasa era Magsaysay ini juga, beliau menempatkan bekas-bekas pejuang Huk dan kumpulan yang
menyokong Huk ini di Mindanao. Lela Garner Nobel.1976. The Moro National Liberation Front, Pacific
Affairs, Vol. 49, No. 3.. Hal. 406.
20
Clark D. Neher & Ross Marlay. 1995. Democracy and Development in Southeast Asia: The Winds of
Change, Oxford: Westview Press.
21
Sylvia Concepcion et. al. 2003. Breaking the op. cit.
22
Lela Garner Nobel.1976. The Moro op. cit.. Hal. 406-407.
19

Banyak diantara mereka ini telah kehilangan harta mereka sendiri melalui transaksi yang
sah atau melalui rampasan tanah secara haram biasanya dengan bantuan pihak polis. Oleh
itu, ini meningkatkan permusahan diantara Moro, polis dan tentera dan golongan politik
yang didominasi oleh Kristian. Lebih buruk lagi apabila pengenalan Undang-Undang
Tentera 21 September 1972. Hasilnya, jumlah penduduk Kristian di selatan Filipina
melebihi jumlah penduduk Islam dan ini menyebabkan penduduk Islam semakin tertindas
di negara tersebut. Jadual di bawah menunjukkan perubahan penduduk yang berlaku di
Filipina sejak 1918-1970.
Jadual: Perbandingan & Perubahan Penduduk di wilayah Terpilih 1918-1970 (org)
Wilayah
Kategori
1918
1939
1948
1960
1970
Cotabato
Non-Muslim
61,052
135,939
284,507
672,659
711,430
Muslim
110,926
162,996
155,162
356,460
424,577
Lanao
Non-Muslim
8,140
80,805
106,703
236,670
308,328
Muslim
83,319
162,632
237,215
412,260
497,122
Palawan
Non-Muslim
63,529
87,278
97,655
149,893
219,566
Muslim
5,524
6,395
8,614
12,776
17,069
Sulu
Non Muslim
4,147
16,584
1,393
15,972
23,633
Muslim
168,629
230,533
226,883
310,926
401,984
Zamboanga Non-Muslim
102,544
563,956
288,593
829,389 1,251,870
Muslim
44,789
92,028
133,348
194,444
191,527
Peratus Penduduk Muslim
4.29%
4.23%
4.11%
4.86%
4.32%
daripada penduduk Filipina
Sumber: Eric Gutierrez & Saturnino Borras, Jr. 2004. The Moro Conflict: Landlessness
and Misdirected State Policies, Washington: East-West Center
Perubahan penduduk ini berlaku dengan pantas dan menyebabkan penduduk
Islam yang tidak diskokong oleh kerajaan terus tertindas di bawah kerajaan Manila.
Malahn pada tahun 2000, banya wilayah yang sebelum ini didominasi oleh majoriti
muslim kini menjadi kumpulan minoriti di wilayah sendiri. Jadual di bawah
menunjukkan keadaan ini.
Jadual: Perbandingan penduduk Muslim dan Non-Muslim mengikut wilayah 2000
Wilayah
Muslim
Non Muslim
Jumlah
Jumlah
Peratus
Jumlah
Peratus
IX Mindanao Barat
308,290
11
2,444,453
89
2,752,743
X Mindanao Utara
186,405
5.8
3,030,135
94.2
3,216,540
XI Mindanao Selatan
98,332
2.7
3,572,319
97.3
3,670,651
XII Mindanao Pusat
516,615
16.1
2,698,612
83.9
3,215,227
CARAGA
7,483
0.36
2,084,022
99.6
2,091,505
ARMM*
2,562,103
89.2
311,113
90.8
2,873,233
Jumlah
3,679,228
20.6
14,140,670
79.4
17,819,899
* Meliputi beberapa wilayah iaitu Sulu, Tawi-tawi, Lanao del Sur, Maguindanao dan Basilan

Sumber: Miriam Coronel Ferrer, 2004. The Philippine State And Moro Resistance:
Dynamics Of A Persistent Conflict, Kertas Kerja dibentangkan di SEACSN Conference
Issues and Challenges in for Peace and Conflict Resolution, Penang, Jan 12-15.
7

Keadaan menjadi bertambah tidak stabil apabila wujudnya konflik agama antara
Islam dan Kristian. Bagi menguatkan gerakan Islam ini, beberapa buah sekolah agama
telah didirikan dan hubungan dengan negara-negara Islam di Timur Tengah dan Asia
Tenggara digiatkan. Malahan perkataan Moro yang digunakan secara meluas di Timur
Tengah dan Filipina yang membawa konotasi negatif kini bertukar kepada rasa bangga
penduduk Islam kerana ia membawa maksud Identiti Muslim.
Ketegangan Islam-Kristian ini bertambah memuncak apabila wujudnya laporanlaporan mengenai keganasan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan Filipina.
Keadaan ini menambahkan lagi jurang kedua-dua kumpulan ini. Pengumuman mengenai
Sabah dimiliki oleh Filpina telah dibuat oleh Macapagal pada 1962.23 Namun, apabila
Marcos dilantik menjadi presiden pada 1966 beliau bertindak menjalin hubungan dengan
Malaysia melalui penubuhan ASEAN. Dalam masa yang sama beliau menandatangani
perjanjian anti-penyeludupan dengan Malaysia untuk mengelakkan penyeludupan berlaku
antara Sabah dan selatan Filipina. Ini menimbulkan rasa tidak senang penduduk selatan
Filipina kerana mereka menerima kesan buruk akibat dasar ini. Marcos disamping
menjalankan dasar berbaik-baik dengan Malaysia, tetap melatih penduduk selatan
Filipina untuk menjalankan aktiviti subersif di Sabah yang juga dikenali sebagai Jabidah
atau Corregidor pada 1968.24
Peristiwa ini dikatakan bermula pada 1967 apabila projek rahsia dijalankan oleh
kerajaan Manila. Melalui projek ini, beberapa pemuda Islam telah dilatih dan dijanjikan
jawatan dalam pasukan elit Tentera Filipina. Sepanjang Ogos hingga Disember 1967,
lebih kurang 180 Tausog dan Samal berumur antara 18 hingga 30 tahun telah dilatih di
sebuah kem di Pulau Simunul25 dan kemudiannya dipindahkan ke Pulau Corregidor26
untuk mendapat latihan khas tentera untuk menjalankan aktiviti subersif di Sabah.
Walaupun ianya dinafikan oleh Marcos, namun pada Mac 1968, 28 pemuda Muslim yang
menjalani latihan ketenteraan dalam Tentera Filipina telah dibuhuh di pulau yang
dipanggil Corregidor. Kumpulan Muslim ini merupakan sebuah kumpulan komando yang
menggotai kumpulan dipanggil "Jabidah" yang bertujuan untuk masuk ke Sabah dan
menjalankan kegiatan suversif dan mengunakan pengaruh Psikologi untuk mempengaruhi
seluruh masyarakat Sabah untuk menyokong pertjuangan memasuki Filipina. Kumpulan
ini mengenali Operasi ini sebagai "Oplan Merdeka." Apabila rancangan ini terbongkar,
kerajaan Filipina didakwa cuba untuk menutup semua bukti yang ada dan kumpulan
Komando "Jabidah".27 Walau bagaimanapun, terdapat pandangan yang menyatakan
bahawa penduduk-penduduk Islam ini berasa tidak senang kerana mereka tidak dibayar
untuk menjalankan tindakan ini manakala pandangan lain menyatakan ia berlaku kerana
23

Tuntutan ini adalah berdasarkan kepada persetujuan 1878.


Lela Garner Nobel.1976. The Moro op. cit.. Hal. 408.
25
Simunul merupakan Bandar terakhir sebelum Sabah. Dalam keadaan cuaca yang baik, negeri Sabah
dapat dilihat daripada kawasan ini.
26
Corregidor merupakan pengkalan terakhir penentangan tentera Amerika dan Filipina daripada serangan
Jepun. Malahan Jeneral McArthur di bawa keluar dari Filipina melalui pulau ini menggunakan kapal selam.
27
Akibat kegagalan rundingan pada Julai 1968 Filipina meluluskan Akta Perampasan Sabah atau Sabah
Annexation Act yang menjadi undang-undang pada 18 September 1968 yang akhirnya membawa kepada
putusnya hubungan diplomatic Malaysia dan Filipina pada November 1968. Akhirnya pada 1968, Kedutaan
Filipian di Kuala Lumpur telah ditutup.
24

kumpulan ini enggan untuk mematuhi arahan yang diberikan kepada mereka. 28
Pembunuhan yang berlaku ini menambahkan kebencian Moro kepada kerajaan.
Selain itu, kewujudan kumpulan Sukarelawan Kristian yang dikenali sebagai
Illaga yang dipercayai mendapat sokongan kuat daripada militari, pembalak-pembalak
dan ahli-ahli politik Illongo dari wilayah Illano di Visaya yang berusaha mendapatkan
kawasan-kawasan yang dimiliki oleh penduduk Muslim ini.29 Salah satu daripada
tindakan mereka yang mendapat liputan meluas adalah isu Pembunuhan Beramai-Ramai
Manili (Manili Massacare). Pada 19 Jun 1971, dianggarkan lebih kurang 65 orang
Muslim lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah dibunuh oleh orang-orang Kristian
dalam satu peristiwa di Masjid Barrio Manili, di utara Cotabato. 30 Peristiwa ini
memberikan kemarahan kepada Moro kerana ianya dilakukan di kawasan masjid.
Malahan bagi Moro sendiri ia melihat isu ini sebagai penghinaan agama. Seperti yang
disebutkan oleh wakil Libya Ali Treki we believe the conflict is now a religious war.
Malahan Menteri Luar Libya pada masa itu Saleh Beuyasser apabila diberitahu mengenai
hal ini (bersempena lawatan beliau ke Filipina pada 1971), beliau segera bertemu dengan
pemimpin Moro. Saleh Beuyasser memberi jaminan bahawa kerajaan Libya akan
berusaha membantu bangsa Moro untuk menyelesaikan masalah ini. 31 Bukan setakat itu,
presiden Libya, Kolonel Mohammer Kadaffi turut mengutuk tindakan pembunuhan dan
mendakwa ianya dilakukan oleh Manila dan mengugut akan memberikan bantuan kepada
penduduk muslim Filipina.32 Selain itu, kumpulan Illaga ini juga dikatakan terlibat dalam
empat siri pembunuhan yang berlaku Manguindanao, Cotabatao, Lanao del Sur dan
Bukindnon serta 4 kes pembakaran beratus-ratus rumah di Mindanao Tengah.
Permusuhan Muslim-Kristian ini juga meningkat dalam kempen pilihanraya pada
November 1971.33
Pada Mei 1968, Datu Udtog Matlam, pemimpin politik terkenal di Maguindanao
menubuhkan Muslim (kemudiannya Mindanao) Independence Movement (MIM) sebagai
respon utama kepada peristiwa Jabidah di samping usaha mewujudkan sebuah kerajaan
merdeka bagi Mindanao, Sulu dan Palawan. Selain itu, beberapa kumpulan radikal juga
telah ditubuhkan seperti Union of Islamic Forces and Organization (UIFO). Manakala
terdapat juga kumpulan-kumpulan yang lebih konservatif seperti Ansar Al-Islam telah
ditubuhkan sebagai reaksi kepada keadaan ini. Selain itu, para pemimpin Moro turut
berusaha mendapatkan bantuan daripada OIC. Hasilnya Islamic Directorate of the
Philippines (IDP) telah ditubuhkan untuk menyelaraskan bantuan luar Negara. Pada 1969
beberapa pemuda Muslim yang dilatih melalui MIM dan UIFO meninggalkan Filipina
dan mendaptkan latihan di beberapa buah kem di Malaysia di bawah kendalian Ketua
Menteri Sabah, Tun Mustapha.34 Dalam hal ini, kerajaan Malaysia dikatakan telah
melatih tentera-tentera ini di Pulau Pangkor pada tahun 1969 dan dalam masa yang sama
28

Lela Garner Nobel.1976. The Moro op. cit. Hal. 408


Sylvia Concepcion et. al. 2003. Breaking op. cit..
30
Lukman Thaib. 1997. The Politics op. cit.
31
Ibid.
32
Lela Garner Nobel.1976. The Moro op. cit.
33
Sylvia Concepcion et. al. 2003. Breaking op. cit. Selain itu, terdapat beberapa insiden lain yang dapat
menunjukkan permusuhan antara Islam-Kristian antaranya ialah Isu Toothpick pada 1970, Isu Ampatuans
pada pertengahan 1971, Isu pertempuran Buludan sekitar Ogos 1971 dan beberapa isu lain. Untuk
keterangan lanjut sila lihat Thomas M. McKenna. 1998. Muslim Rulers and Rebels: Everyday Politics
and Armed Separatism in the Southern Philippines, Berkeley: University of California Press, Hal. 150154.
29

memberikan sejumlah besar bantuan senjata, alat letupan dan sebagainya kepada
kumpulan Moro ini.35
Apabila Marcos bertanding pada kali kedua pada 1969, beliau melihat bahawa
wujud banyak masalah di Filipina. Oleh itu, pada September 1972, Marcos
mengisytiharkan Undang-Undang Tentera (Martial Law) dengan alasan untuk
mengelakkan perpecahan di negara tersebut. Menurut beliau, pengumuman undangundang ini akan membolehkan kerajaan mengambil tindakan yang efesien, menjalankan
reformasi tanah, mengurangkan jenayah dan meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi
di Filipina.36 Kesemua ini merupakan New Society yang ingin diwujudkan oleh kerajaan
Filipina yang menurut Gerardo Sicat, ketua Majlis Pembangunan Ekonomi Negara
(National Economic Development Authority) yang menyatakan bahawa matlamat new
society ini adalah untuk meletakkan 3 asas yang utama iaitu kestabilan an keamanan,
reformasi tanah dan pembangunan ekonomi.37 Walau bagaimanapun, pengumuman
undang-undang tentera ini menimbulkan masalah yang besar kerana ia menjadikan
konflik yang berlaku sebelum ini menjadi bertambah rumit. 38 Ini kerana semasa tempoh
ini, Marcos telah bertindak kejam dengan menahan kumpulan yang disyaki terlibat dalam
menentang kerajaan. Oleh itu, permusuhan diantara penduduk Islam dan Kristian menjadi
bertambah runcing. Tentera dan Polis kebanyakannya adalah terdiri daripada kumpulan
beragama Kristian. Manakala golongan pemberontak pula diketuai oleh kumpulan
Muslim. Keadaan ini menimbulkan masalah yang sangat besar kepada negara Filipina.
Dalam masa yang sama, kumpulan yang dilahirkan melalui MIM dan UIFO ini
apabila kembali telah menubuhkan beberapa organisasi untuk kepentingan bangsa Moro.
Oleh itu, tidak menghairankn jika terdapat beberapa organisasi di Negara ini yang telah
ditubuhkan untuk kepentingan bangsa Moro. Antara pertubuhan tersebut adalah seperti
Moro National Liberation Front (MNLF), Bangsa Moro Liberation Organization
(BMLO), Bangsa Muslimin Islamic Liberation Organization (BMILO), Moro Islamic
Liberation Front (MILF), Moro Revolutionary Organization (MORO).
Salah satu daripada organisasi yang penting adalah MNLF yang ditubuhkan oleh
Nur Misuari. Pada pertengahan 1971, Misuari dikatakan mengadakan pertemuan dengan
beberapa orang yang mendapat latihan di Malaysia di Zamboanga. Dalam pertemuan ini,
MNLF telah ditubuhkan di mana beliau sendiri bertindak sebagai pengerusi. Matlamat
utamanya adalah untuk membebaskan Mindanao daripada Negara Filipina. 39 Selain itu,
MNLF yang ditubuhkan ini meletakkan perjuangan mereka untuk menentang Negara
Filipina dan bukannya menentang orang Mindanao yang beragama Kristian. 40 Bermula
pada 1972, kepimpinan bangsa Moro ini berpindah tangan kepada MNLF yang diketuai
34

Para pemuda yang dihantar ke luar Negara untuk mendapatkan latihan ini kemudiannya berusaha
menubukan MNLF. Lukman Thaib. 1997. The Politics op. cit..
35
Lela Garner Nobel.1976. The Moro op. cit.. Hal. 410.
36
Clark D. Neher & Ross Marlay. 1995. Democracy op. cit.. Hal. 55.
37
David Wurfel. 1977. Martial Law in the Philippines: The Methods of Regime Survival, Pacific Affairs,
Vol. 50, No. 1. Hal. 7.
38
Terdapat 3 ciri utama undang-undang tentera ini iaitu pertama, kuasa berada ditangan kumpulan
beragama Kristian; kedua, hanya kuasa pusat mempunyai kuasa penuh dan ketiga, kerajaan mula
mendapatkan semula senjata-senjata daripada orang awam. Lela Garner Nobel.1976. The Moro op. cit.
39
Beberapa orang pemimpin misalnya Datu Udtug menolak penubuhan ini, namun beberapa orang
pemimpin lain seperti Rashid Luchman diberikan jawatan utama dalam MNLF. Thomas M. McKenna.
1998. Muslim Rulers and Rebels op. cit.
40
Sylvia Concepcion et. al. 2003. Breaking op. cit..

10

oleh Nur Misuari. Bermula pada 1973, BMA dan MNLF mengumumkan bahawa mereka
akan melakukan pemberontakan terbuka menentang kerajaan Manila.41 Sepanjang tahun
1970an, MNLF melalui sayap ketenteraannya Bangsa Moro Army (BMA) terlibat dalam
pertempuran dengan Tentera Filipina dan mengakibatkan ribuan nyawa cedera dan
terkorban. Manakala lebih 10 ribu lagi melarikan diri akibat daripada tempat-tempat
tinggal mereka dimusnahkan.42 Disebabkan dasar perjuangan MNLF yang mewakili
keseluruhan masyarakt beragama Islam di Filipina, pertubuhan tersebut mendapat
sokongan yang meluas daripada Negara-negara Islam di seluruh dunia. Kebanyakan
daripada bantuan ini dating dari Libya dan ramai pejuang-pejuang ini turut dilatih di
Negara tersebut. Selain itu, di awal perjuangan mereka MNLF turut mendapat sokongan
daripada Tun Mustapha dan kebanyakan daripada bantuan kewangan yang diberikan oleh
Negara-negara di Timur Tengah ini dihantar melalui Sabah di samping ia juga
menyedikan pengkalan tentera utama bagi MNLF.43
Walau bagaimanapun, beberapa orang penting dalam MNLF yang sebelum ini
cuba membantu MNLF misalnya Pendatuan dan Rashid Luchman cuba untuk
mendapatkan kuasa daripada Nur Misuari. Apabila kumpulan ini gagal mencabar kuasa
Misuari, mereka bertindak keluar daripada MNLF dan menubuhkan BMLO (Bangsa
Moro Liberation Organization) yang berpengkalan di Jeddah, Arab. Tidak lama selepas
itu, BMLO dibawah Rashid Luchman dan beberapa orang lain seperti Pandatun gagal
mendapatkan bantuan dari Libya. Sebagai jalan selamat kea rah ini, kumpulan ini
bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan Marcos menjayakan undang-undang
tentera.44 Dalam hal ini mereka menyatakan bahawa tindakan ini untuk membolehkan
mereka melaksanakan polisi utk kepentingan bangsa Moro melalui kerajaan Marcos.
Bagi memecahbelahkan perpaduan Moro, pada Mei 1974, Marcos betindak melantik
Rashid Luchman sebagai Sultan of Mindanao and Sulu. Pada 1975, Sultan Rashid
Luchman dan beberapa orang rakan beliau bertolak ke Arab Saudi dan berusaha
mengadakan kerjasama dengan MNLF tetapi gagal.
Semasa Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam Keenam di Jeddah pada Julai
1975, MNLF melalui Misuari diiktiraf oleh OIC. Ini mengecewakan harapan Sultan
Rashid kerana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menyerahkan isu
Moro ini kepada OIC melalui Tengku Abdul Rahman. Dalam hal ini, OIC mempunyai
kayakinan bahawa MNLF mampu meneruskan perjuangan bangsa Moro di Filipina.
Resolusi No. 18 Persidangan Kelima Menteri-Menteri Luar Islam di Kuala Lumpur pada
1974 mengesa agar kerajaan Filipina berusaha menyelesaikan masalah ini melalui
perwakilan bangsa Moro iaitu MNLF. Kerajaan Manila yang menerima tekanan negaranegara Islam ini bertindak melalui 3 cara untuk berhadapan dengan cabaran MNLF ini
iaitu pertama, melaksanakan operasi ketenteraan terhadap pejuang-pejuang MNLF;
kedua, melakukan beberapa projek pembangunan di selatan Filipina untuk memujuk dan
memenangi hati penduduk dan pemimpin muslim ini dan ketiga, melaksanakan kempen
diplomatik terutamanya dikalangan negara ASEAN dan negara-negara Islam di Timur
Tengah. Kempen ini berjaya dan hasilnya pada Mei 1974, semasa sidang Persidangan
41

Catherine Denni R. Jaymme. The Challenge For Peace In Mindanao: Counterinsurgency Policies Of
The Estrada And Arroyo Governments For Southern Philippines,
dilayari di
www.student.maxwell.syr.edu/maxreview/pdf
42
Lukman Thaib. 1997. The Politics op. cit.
43
Sylvia Concepcion et. al. 2003. Breaking op. cit.
44
Thomas M. McKenna. 1998. Muslim Rulers op. cit. dan Lukman Thaib. 1997. The Politics op. cit.

11

Kelima Menteri-Menteri Luar Islam di Kuala Lumpur seperti yang disebutkan diatas
meminta kerajaan Filipina berunding dengan wakil MNLF bagi mengatasi masalah ini.
Dasar-dasar yang dijalankan oleh Manila ini menandakan bermulanya hubungan
baik antara Manila-Moro. Ini juga menyebabkan MNLF terpaksa menukarkan objektif
perjuangan mereka daripada perjuangan menuntut kemerdekaan kepada mendapatkan
wilayah autonomi. Deklarasi Kuala Lumpur ini juga menunjukkan bahawa dunia Islam
memberikan perhatian yang serius berkait dengan cara Manila menangani masalah ini.
Dalam hal ini, Manila seringkali terpaksa akur dengan tuntutan dunia Islam ini kerana
80% daripada sumber minyak Filipina datang dari dunia Islam. Hasilnya, Marcos
menghantar delegasi yang diketuai oleh Setiausaha Eksekutif beliau Alejandro Melchor
ke Jeddah pada Januari 1975 untuk berbincang dengan pemimpin MNLF.
Pada 1976, usaha ke arah mencapai keamanan kelihatan semakin cerah di negara
tersebut berikutan rundingan yang diadakan diantara Imelda Marcos dan presiden Libya
Gaddafi.45 Seterusnya pada Disember, wakil Manila dan pemimpin MNLF bertemu di
Tripoli, Libya dibawah kendalian OIC. MNLF dan kerajaan Manila menandatangani
Tripoli Agreement untuk mewujudkan gencatan senjata di Filipina. Perjanjian
menghendaki autonomi tulin untuk penduduk muslim di 13 wilayah daripada 23 wilayah
di Mindanao dan Sulu iaitu Basilan, Sulu, Tawi-Tawi, Lanao del Sur, Lanao del Norte,
Zamboanga del Sur, Zamboanga del Norte, Utara Cotabatao, Davao del Sur, Utara
Cotabatao, Maguindanao, Sultan Kudarat dan Palawan serta kampung dan bandar-bandar
di kawasan-kawasan yang disebutkan ini.46 Walau bagaimanpun, 8 daripada 13 wilyayah
ini majoritinya didiami oleh kumpulan beragama Kristian.47 Kerajaan wilayah autonomi
ini kelak akan mempunyai eksekutif, perundangan dan mahkamah serta tentera yang
bebas daripada pengaruh Tentera Filipina.48
Rundingan lanjut mengenai isu ini bermula pada Februari 1977.49 Tetapi
malangnya kerajaan Manila tidak beberapa bersetuju dengan beberapa peruntukan yang
terdapat dalam perjanjian ini dan bagaimana cara mengimplemantasikan cadangan ini.
Misalnya walaupun kedua-dua pihak telah bersetuju melaksanakan perjanjian ini, Manila
pada Mac 1977 mengambil jalan sendiri mewujudkan dua wilayah kerajaan autonomi di
wilayah IX dan XII dan sebulan kemudiannya mengadakan referendum dan pungutan
suara yang telah dirancang untuk ditolak oleh penduduk Kristian dan majoriti penduduk
di 13 wilayah ini. MNLF enggan untuk menjayakan program yang dijalankan oleh
Manila ini. Walau bagaimanapun kedua-dua kerajaan wilayah ini mempunyai kuasa dan
wang yang terhad dan ini menyukarkan kepada pentadbiran dan membawa kepada
masalah yang lebih besar. Akibatnya, sehingga penghujung April 1977, rundingan
Perjanjian Tripoli ini gagal dan gencatan senjata telah dilanggar.50 Namun peperangan
45

R.J. May. 2002. The Moro Conflict and the Philippine Experience with Muslim Autonomy, kertas
kerja dibentangkan di CCPCSAP Workshop, Canberra, September.
46
Lukman Thaib. 1997. The Politics op. cit..
47
Lela G. Nobel. 1981. Muslim Separatism in the Philippines 1972-1982: The Making of the Stalemate,
Asian Survey, Vol. 12, No. 11. Hal. 1100.
48
Sylvia Concepcion et. al. 2003. Breaking the op. cit.
49
Pada 11 Februari 1977, kerajaan Marcos mengumumkan satu pungutan suara akan diadakan pada 21
Februari 1977. Walau bagaimanapun pada 16 Februari, kerajaan mengumumkan bahawa pungutan suara ini
terpaksa ditangguhkan sehingga 17 Mac 1977. Tetapi pada 16 Mac, sekali lagi kerajaan mengumumkan
bahawa hanya dapat diadakan pada 17 April tahun yang sama. Ini meunjukkan Marcos tidak jujur dalam
mewujudkan keamanan di Selatan Filipina. Sila lihat Lela G. Nobel. 1981. Muslim Separatism op. cit..
50
Lukman Thaib. 1997. The Politics op. cit..

12

secara terbuka tidak berlaku pada awal kegagalan perjanjian ini kerana hanya pada
Oktober 1977 barulah keadaan menjadi tegang. Ini berikutan pembunuhan Bragider
Jeneral dan 34 tentera Filipina lain oleh pejuang MNLF di Sulu. 51 Pada Mac 1980,
jurucakap Menteri Luar Filipina mengeluarkan kenyataan menyatakan perjanjian Tripoli
sebagai tidak sah dan terbatal. Namun Manila kemudiannya menyatakan bahawa
menafikan penolakan ini. Pada Januari 1981, wakil MNLF semasa sidang Kemuncak
Ketiga Pemimpin negara Islam di Mekah menyatakan akan meletakkan semula matlamat
asal mereka iaitu menubuhkan sebuah negara Merdeka an hasilnya perjuangan bersenjata
ini berterusan.
Kegagalan Perjanjian Tripoli ini memberikan imej yang negatif kepada pemimpin
MNLF. Ini menyebabkan kumpulan Maguindanaon-Iranun yang diketuai oleh Hashim
Salamat bertindak berpecah daripada MNLF. Mereka ini kemudiannya bertindak
menubuhkan membentuk Moro Islamic Liberation Front (MILF) pada 1984. Selain itu,
satu lagi kumpulan lain iaitu kumpulan yang didominasi oleh kumpulan Maranao yang
diketuai oleh Dimas Pundato turut berpecah dari MNLF dan membentuk MNLFReformist Group (MNLF-RG). Namun, MNLF dibawah pimpinan Misuari dari
kumpulan Tausug-Samal masih menjadi kumpulan yang dominant dan diiktiraf sebagai
wakil bangsa Moro oleh kerajaan Filipina dan OIC.
Dalam hal ini, kumpulan Hashim merupakan pencabar utama kepada kepimpinan
MNLF di bawah Nur Misuari. Hashim merupakan ahli Jawatankuasa Pusat dan Pengerusi
Majlis Hal Ehwal Luar MNLF serta menjadi Timbalan pengerusi MNLF. Permusuhan ini
bermula pada Disember 1977 semasa mesyuarat di Mekah, apabila kumpulan beliau cuba
menduduki Pengerusi MNLF dan mencabar Misuari. 52 Pada Mac 1984, kumpulan
Hashim ini menjadi organisasi yang terpisah selepas yakin bahawa tidak terdapat harapan
untuk mengambil alih kuasa daripada kumpulan Misuari. Tambahan pula, Hashim
merupakan seorang berpendidikan agama yang menekankan tentang pejuangan agama
serta meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan utama di samping
bermatlamat mewujudkan masyarakat Islam dan beransur-ansur melaksanakan Shariah
Islam.53
Pada 1987, setahun selepas Marcos ditumbangkan, Hashim mengambil
kesempatan ini dan memasuki negara ini selepas hampir 20 tahun berada dalam buangan.
Beliau kemudiannya pemerintahan MILF dan berusaha menjadikannya sebagai
Organisasi Revolusi Islam. Sehingga 1990an, MILF merupakan kumpulan yang kuat
dalam organisasi perjuangan Bangsa Moro dan mempunyai lebih 60,000 ahli. Antara
kubu kuat utama bagi pertubuhan ini adalah seperti Tengah Mindanao terutamanya
Maguindanao dan Lanao del Sur.54
Namun, tindakan yang dijalankan oleh Marcos ini dilihat selari dengan keadaan
semasa pada masa tersebut. Sekitar tahun 1977, beberapa perubahan dalam sistem
antarabangsa yang memperlihatkan sokongan yang semakin kurang kepada MNLF
misalnya kekalahan Tun Mustapha pada 1976 dan ini menamatkan bantuan Sabah dan
kerajaan Malaysia juga cuba untuk tidak terlibat dalam isu ini. Selain itu, Libya juga
51

Lela G. Nobel. 1981. Muslim Separatism op. cit.


Thomas M. McKenna. 1998. Muslim Rulers op. cit. Hal. 207.
53
Lukman Thaib. 1997. The Politics op. cit.
54
Tetapi dalam masa yang sama kumpulan ini juga bertapak di beberapa kawasan lain misalnya Cotabatao
Utara, Sultan Kudarat, Cotabatao Selatan, Lanao del Norte dan Semenanjung Zamboanga. Sylvia
Concepcion et. al. 2003. Breaking op. cit.
52

13

seolah-olah enggan bekerjasama kerana tindakan Misuari meneruskan perjuangan secara


kekerasan. Namun, OIC masih meneruskan sokongan ke atas Misuari.
Pentadbiran Aquino
Semasa pilihanraya 1986, Aquino berjanji jika terpilih akan berusaha
mewujudkan wilayah Autonomi. Malahan abang Ipar beliau Butz Aquino bertemu
dengan Misuari untuk mendapatkan sokongan politik daripada MNLF dan menyatakan
janji Aquino. Selepas Aquino menjadi Presiden, rundingan dijalankan untuk untuk
mewujudkan sebuah wilayah autonomy Muslim Mindano dan tertulis dalam
perlembagaan baru dan diratifikasikan pada 1987. Wilayah ini dikenali sebagai
Autonomous Region of Muslim Mindanao (ARMM) yang mengandungi 5 wilayah iaitu
Basilan, Sulu, Tawi-Tawi, Maguindanao dan Lanao del Sur serta bandar Marawi. Ia
mempunyai keluasan sekitar 12,000 km persegi dan mewakili 4 % daripada keluasan
Filipina.55
Walau bagaimanapun, rundingan dengan pemimpin-pemimpin Moro yang lain
gagal dan ini menyebabkan Aquino hanya berunding dengan MNLF. Pada 1986, Misuari
dibawa balik ke Filipina dan mengadakan pertemuan dengan Presiden dan kemudiannya
pulang ke tanah asal beliau dan mempengerusikan Bangsa Moro Congress yang
pertama diadakan sejak 1974 sebelum bertemu dengan presiden Filipina pada 1987.
Permusuhan ditamatkan dan gecatan senjata disambung semula. Misuari kemudiannya
meneruskan usaha bertemu dengan pemimpin Moro lain bagi membuka jalan untuk
menghidupkan semula asas Perjanjian Tripoi yang gagal sebelum ini.
Walau bagaimanapun sejak 1986 lagi, jalan mencapai kestabilan di selatan
Filipina ini telah mencapai masalah. Keadaan ini ini disebabkan beberapa keadaan
antaranya ialah pertama, pada September 1986, pemimpin MILF menyatakan bahawa
mereka tidak akan terlibat dalam sebarang keputusan yang dicapai diantara Misuari dan
Manila. Mereka ini meneruskan perjuangan gerilla dengan tentera Filipina malahan
pertempuran MNLF-MILF dikatakan turut berlaku di beberapa kawasan; kedua,
perpecahan yang berlaku dalam MNLF. Sejak 1982 MNLF-Reformist Group (MNLFRG) juga telah berpecah daripada MNLF. Ia merupakan kumpulan yang dianggotai oleh
para pemimpin Maranao yang berjaya mencapai kata sepakat dengan kerajaan Aquino
kemudiannya dan telah diberikan jawatan dalam kerajaan Filipina di Pejabat Hal-Ehwal
Muslim; ketiga, terdapat kebimbangan samada MNLF dan kerajaan akan mencapai kata
sepakat dalam isu autonomi kerana kebanjiran pendatang dari Utara ke Selatan semakin
giat menyebabkan pada 1970an sahaja majoriti Islam hanya berlaku di 5 wilayah
daripada 23 wilayah di Mindanao dan Sulu dan keempat sejak 1986 dan awal 1987,
beberapa elemen dalam kerajaan terutamanya pihak tentera dilihat kurang menyambut
baik inisiatif Aquino untuk berunding dengan Misuari. Malahan Menteri Pertahanan Juan
Ponce Enrile menuduh presiden berbaik-baik dengan puak pemisah. Oleh itu, apabila
rundingan ini hampir bersambung pada pertengahan 1987, MNLF menuduh pihak tentera
melanggar gencatan senjata ini dan ini memaksa Misuari menarik diri daripada rundingan
ini. Misuari kembalik ke Timur Tengah dan mengutuk kerajaan Aquino.
Namun, pada 1987, Kerajaan Aquino bersetuju dengan peruntukan
perlembangaan untuk menubuhkan Autonomi Muslim Mindanao. Presiden melantik
55

Jamail A. Kamlian. Ethnic and Religious Conflict in Southern Philippines: A Discourse on selfdetermination, political autonomy and conflict resolution, dilayari di www.overe-jak@sulat.msuiit.edu.ph
(02.02.2006).

14

Regional Consultative Committee of Civil Society Representatives untuk menderaf


undang-undang baru ini. Malangnya Misuari menarik diri dari proses ini56 dan MILF juga
tidak terlibat dalam menderaf undang-undang baru ini. Oleh itu, dengan ketiadaan beliau
maka wakil-wakil yang terlibat adalah kumpulan Muslim Konservatif dan kumpulan
Non-Muslim.57 Committee Report Np. 457 atau dikenali sebagai Senate Bill No. 907
diluluskan menjadi undang-undang dan dikenali sebagai Organic Act for the Autonomous
Region of Muslim Mindanao (RA6734) ditandatangani pada 1 Ogos 1989. Oleh itu, satu
referendum telah diadakan pada 19 November 1989 di wilayah-wilayah yang disebutkan
dalam Perjanjian Tripoli (13 wilayah dan 9 bandar di kawasan ini).
MILF dan MNLF melaksanakan kempen memboikot akta ini kerana menganggap
ia merupakan tindakan untuk mewujudkan kerajaan Kristian di wilayah yang mempunyai
jumlah penduduk Kristian yang ramai.58 Dikalangan penduduk juga mereka masih kabur
mengenai hal ini dan hasilnya jumlah yang keluar mengundi adalah sikit di mana hanya 4
wilayah menyokong menerima Organic Act. Wilayah Lanao del Sur dan Maguindanao
menyokong autonomi ini tetapi, ibu negeri bagi kedua-dua wilayah ini iaitu Marawi dan
Cotabatao menolaknya.59 Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM) dilihat
sebagai menyedikan ruang yang kecil untuk pentadbiran sendiri.60 Oleh itu, ia sukar
untuk menyelesaikan masalah kemiskinan akibat daripada perang yang berlarutan di
wilayah tersebut. Malahan ramai yang melihat ARMM ini sebagai menambahkan lagi
pengaruh birokrasi dan menyediakan ruang kepada berlakunya rasuah di kalangan
pemimpin Moro.61 Misuari dalam hal ini menggesa agar beberapa kumpulan dalam
MNLF bersatu meneruskan perjuangan penubuhan Republik Bangsa Moro.
Pentadbiran Ramos
Apabila Fidel V. Ramos dilantik menjadi Presiden pada 1993, beliau berusaha
menjalin hubungan dengan Misuari. Beliau ingin menjadikan Filipina sebuah negara
ekonomi yang berjaya. Oleh itu, kerajaan berusaha untuk menarik sebanyak mungkin
pelabur ke Filipina terutamanya ke Mindanao. Bagi Ramos, kestabilan merupakan prasyarat kepada pembangunan ekonomi yang berterusan di negara tersebut termasuk juga
Mindanao. Oleh itu pada Oktober 1994, Misuari bertemu dengan Ramos di Jakarta.
Ramos memilih MNLF kerana pertubuhan tersebut diiktiraf oleh beberapa negara Islam
di seluruh dunia. Rundingan antara kedua-dua negara ini akan berasaskan kepada
kerangka Perjanjian Tripoli pada 1976.
Hasilnya, Misuari telah dijemput untuk kembali ke Filipina dan menubuhkan
kerajaan Autonomi bagi Bangsa Moro. Malangnya kepulangan Misuari ini tidak
memulihkan imej MNLF yang telah tenggelam. Basilan, Zamboanga, Sulu dan TawiTawi yang menjadi kubu kuat MNLF kini didominasi oleh Abu Sayaff. 62 Malahan
56

Misuari menolak cadangan wilayah autonomi kerana ia menghadkan bilangan wilayah autonomi tersebut
dan secara tidak langsung mengurangkan kuasa yang bakal dipegang oleh pentadbiran ini kelak.
57
Lukman Thaib. 1997. The Politics op. cit.
58
Sylvia Concepcion et. al. 2003. Breaking op. cit.
59
Lukman Thaib. 1997. The Politics op. cit.
60
Walau bagaimanapun, perkembangan politik yang berlaku ini bertambah menguatkan lagi pengaruh
Kristian di wilayah-wilayah ini. Kesan buruk yang paling utama dapat dilihat adalah berlakunya
permusuhan yang berterusan di antara Kristian dan Muslim.
61
Sylvia Concepcion et. al. 2003. Breaking op. cit.
62
Pada peringkat awalnya nama kumpulan ini dalah Harakatul Islamiah dan kemudiannya ditukarkan
kepada Abu Sayaff yang bermaksud Pembawa Pedang (Bearer of the Sword).

15

keahlian Abu Sayaff ini adalah datangnya daripada bekas pejuang MNLF yang menerima
pelawaan Janjalani untuk meneruskan perjuangan Revolusi Islam dan Jihad untuk
menubuhkan sebuah negara Islam untuk Bangsa Moro. MNLF pada masa itu hanya
mempunyai lebih kurang 15,000 anggota. Ia merupakan pertubuhan gerilla dan
dikategorikan oleh Manila dan MNLF sebagai Fundamentalist Islam kerana ramai ahliahlinya pernah terlibat menjadi sukarelwan dalam perjuangan menentang Soviet di
Afghanistan pada 1980an.63 Kumpulan ini juga menentang segala bentuk rundingan
damai dengan Manila. Kumpulan ini ditubuhkan pada 1990an dan diketuai oleh Abdul
Rajak Janjalani64, seorang yang mendapat pendidikan agama dari Timur Tengah.65
Matlamat utama penubuhannya adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam di
Mindanao. Namun kumpulan ini kemudiannya dilabel sebagai kumpulan yang kejam
apabila bertindak melakukan beberapa perkara yang tidak disenangi oleh Manila dan
penduduk-penduduk Islam Mindanao.66 Malahan tindakan mereka ini dilabelkan oleh
MNLF dan MILF sebagai un-Islamic.Lebih buruk lagi apabila tindakan-tindakan yang
mereka lakukan ini membawa kepada permusuhan antara Islam-Kristian.
Selepas 4 tahun proses rundingan keamanan, akhirnya Final Peace Agreement
(FPA) ditandatangani pada 2 September 1996 di Istana Malacanang, Manila. 67 Ia
menyediakan institusi yang diketuai oleh MNLF dan diskokong oleh kerajaan untuk
mengawasi usaha-usaha pembangunan di Special Zone of Peace and Development
(SZOPAD) meliputi wilayah-wilayah yang disebutkan di dalam Tripoli Agreement.
Institusi ini iaitu Southern Philippines Council for Peace and Development (SPCPD) dan
Majlis Perundingan (Consutlaltive Assembly) diberikan masa 3 tahun untuk
merealisasikan harapan ini. Di akhir tempoh ini, populasi di SZOPAD ini akan mengundi
cadangan untuk wujudkan Kerajaan Wilayah Autonomi dengan kuasa yang luas dan

63

Sekitar tahun 1980an, lebih kurang 300 dan 500 bangsa Moro telah pergi ke Peshawar, Pakistan untuk
berjuang bersama dengan pejuang Mujiheddin menentang pencerobohan Soviet di Afghanistan. Salah
seorang daripada mereka ialah Abdurajak Janjalani, yang kemudiannya menjadi pemimpin kumpulan ini.
64
Janjalani merupakan anak kepada ulama di Basilan. Beliau mendapat pendidikan di Islamic university di
Saudi Arabia dan mendapat ijazah beliau pada 1981 dan kemudiannya menyambung pelajar di Mekah.
Beliau kembali ke Basilan dan Zamboanga dan memulakan usaha keagamaan pada 1984. Pada 1987 beliau
ke Libya dan kemudiannya meneruskan perjuangan bersama Mujiheddin menentang Soviet di. Semasa
berada di Peshawar, Janjalani menjadi kawaan rapat kepada Osama bin Laden. Beliau bersama-sama adik
beliau Khaddafy Janjalani, menerima latihan di Afghanistan pada tahun-tahun 1980an dan awal 1990an
berhampiran Khost, Afghanistan yang dikendalikan oleh seorang professor iaitu, Abdur Rab Rasul Sayyaf
(yang berpegang kuat kepada fahaman Wahhabi). Pada 1989, Janjalani kembali ke Filipina dan bersumpah
untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Selatan Filipina berasaskan kepada Salafi Wahhabism. Apabila
beliau mati, kepimpinan diambil alih oleh Khaddafy Janjalani di Basilan dan dibantu oleh bekas
Pemerintah MNLF Komander Robot. Sila lihat Zachary Abuza. 2005. Balik-Terrorism: The Return Of
The Abu Sayyaf, Strategic Studies Institute: Carlisle. Hal. 2-4.
65
Namun, terdapat juga pandangan lain yang menyatakan bahawa Abu Sayaff merupakan kumpulan yang
ditaja oleh Manila bertujuan memecahbelahkan perpaduan Islam di selatan Filipina. Pendedahan seorang
pemimpin organisasi ini bahawa beliau adalah agen Polis Filipina menguatkan pandangan ini. Sylvia
Concepcion et. al. 2003. Breaking op. cit.
66
Antara aktivti yang dijalankan adalah seperti membakar kawasan pusat bandar Ipil, Zamboanga del Sur
pada 1995, penculikan misalnya pelajar sekolah, guru, pengetua Sekolah, Fr Rhoel Gallardo, Pengarah
Claret High School di Basilan, di Sipadan dan Pandanan dan penculikan lebih 20 orang warga asing di Dos
Palmas Resort di Palawan Barat. Keterangan lanjut, lihat Zachary Abuza. 2005. Balik-Terrorism op. cit.
67
Jamail A. Kamlian. Ethnic and Religious op. cit.

16

wilayah yang luas berbanding 4 wilayah ARMM. Selain itu, kerajan bertindak melantik
pemimpin MNLF, Nur Misuari untuk dipilih tanpa dicabar sebagai gabenor ARMM.68
SPCPD mengandungi pengerusi, naib pengerusi, dan 3 timbalan yang mewakili
golongan Muslim, Kristian, dan kumpulan kebudayaan. Ia bertanggungjawab untuk
mengawal dan menyelia appropriate agencies of the government that are engaged in
peace and development activities in the area [of the SZOPAD]. Antara agensi-agensi ini
adalah seperti SPDA, yang ditubuhkan pentadbiran Marcos bertujuan mempromosikan
pembangunan di Mindanao (tetapi secara reality, ia lebih berat sebelah kepada
pembangunan kawasan Kristian di Mindanao dan bukannya wilayah majoriti Islam),
pejabat wilayah Office of Muslim Affairs (OMA) dan Office of Southern Cultural
Communities, serta Special Development Planning Group, iaitu badan hoc body yang
ditubuhkan oleh kerajaan daripada Jabatan Perdagangan dan Industri, Majlis
Pembangunan Ekonomi Negara (National Economic and Development Authority),
Jabatan Perumahan dan Kerjaraya (Department of Public Works and Housing) dan
beberapa agansi lain. Kerajaan Tempatan di kawasan ini (dan juga ARMM) akan
menggunakan perundangan yang sedia ada.
Fungsi dan kuasa SPCPD digambarkan sebagai derivative and extension of the
powers of the President, dan tabung kewangan SPCPD dan agansi-agansi yang berada
dibawahnya diperolehi daripada Pejabat Presiden.
Perjanjian ini juga menyediakan Consultative assembly yang mengandungi 81
ahli, mengandungi pengerusi SPCPD sebagai ketau, gobernor dan timbalan gobernor
ARMM, 14 gabenor wilayah dan 9 Datuk Bandar SZOPAD, 44 ahli MNLF, dan 11 wakil
daripada NGOs dan Organisasi Rakyat atau peoples organizations (POs). Fungsi
Consultative Assembly ini adalah untuk:
1a) Sebagai forum perundingan dan segala isu yang berkaitan;
2b) untuk menjalankan public hearings jika perlu dan menyediakan nasihat
kepada SPCPD; dan
c) Merangka dan mencadangan polisi kepada presiden melalui pengerusi SPCPD
dan menyediakan undang-undang dan peraturan yang sesuai dan effektif ke
atas kawasan pentadbiran ini di kawasan ini.
SPCPD akan turut dibantu oleh Darul Iftah (Majlis Penisahat Agama) yang
dilantik oleh pengerusi SPCPD. Selain itu, Peace Agreement 1996 ini juga adalah untuk
menyerapkan 1500 bekas pejuang MNLF (terutamanya daripada sayap Bangsa Moro
Army) keadalam Philippine National Police (PNP) dan 250 lagi kedalam pasukan khas
atau sokongan dan menyerapkan 5750 bekas pejuang MNLF dalam Angkatan Tentera
Filipina (AFP). Bagi mempastikan keselamatan mereka, persetujuan telah dicapai untuk
melindungi identity mereka ini. Peace Agreement 1996 ini akan diimplementasikan
dalam 2 fasa utama. Fasa 1 meliputi 3 tahun awal perjanjian ini dan sepanjang penubuhan
SZOPD, SPCPD dan Consultative Assembly. Sepanjang tempoh ini, perundangan akan
didraf semula untuk menggubah Organic Act (RA6734) yang dipersetujui dibawah
68

Lanjutan Perjanjian Damai 1996 ini, bagi mengeratkan hubungan Islam-Kristian di selatan Filipina,
beberapa kumpuan Civil-Society dan kumpulan agama mengambil inisiatif mempromosikan keharmonian
di Filipina. Pada 16 Julai 1996, Bishop-Ulama Forum (BUF) ditubuhkan untuk mengadakan dialog antara
agama. Ia melibatkan kumpulan Bishop dari gareja Protestant dan Khatolic di Mindanao dan jugga Ulamaulama dari Liga Ulama Filipina. Pada hari ini, ia memasukkan kumpulan lain misalnya Lumad untuk
mencari jalan bagaimana menangani masalah di selatan Filipina. Pajabat BUF berpusat di Bandar Iligan.

17

ARMM pada 1987 bertujuan untuk include the pertinent provisions of the Final Peace
Agreement and the Expansion of the present ARMM area of autonomy.
Perundangan ini apabila telah diluluskan oleh kongres dan dipersetujui oleh
presiden akan diserahkan untuk pungutan suara di SZOPAD untuk tempoh 2 tahun
daripada tarikh penubuhan SPCPD (iaitu September 1998): Kawasan-kawasan baru
autonomi ini akan ditentukan oleh wilayah dan bandar yang akan mengundi untuk
menyertai wilayah autonomi ini pada 1998. Selain itu, terdapat beberapa usaha lain
untuk menambahan wilayah ARMM dan meningkatkan kecekapan perjalanan wilayah
autonomi ini.69
Fasa 2 adalah untuk melihat penubuhan Special Regional Security Forces (SRSF)
iaitu Philippines National Police (PNP) di wilayah autonomi ini yang dianggotai oleh
penduduk dan MNLF. Perjanjian ini juga memberikan peruntukan kepada system
pendidikan yang mana secara beransur-ansur akan memasukkan kurikulum Islam
(termasuk penubuhan Madrasah) selepas beberapa kajian dibuat mengenainya. Dalam
bidang ekonomi, Fasa 2 akan menekankan kepada hak wilayah autonomi ini untuk
mendapatkan pinjaman luar dan dalam, pembentukan Islamic Banking Unit dalam Bank
Pusat dan sebagainya.70
Walau bagaimanapun, perjanjian ini tidak memasukkan beberapa isu penting lain
termasuk soal ganti rugi, pengagihan ekonomi, konflik tanah dan sebagainya. Isu tanah
misalnya tidak akan diselesaikan dalam tempoh terdekat kerana dianggap terlalu sukar
untuk diselesaikan. Namun, pembangunan ekonomi di wilayah ini kelak diharapkan akan
dapat mengatasi masalah ini.71
Namun, MILF sebelum itu lagi telah menunjukkan tanda bahawa ia tidak akan
bersetuju untuk terlibat dalam sebarang kerjasama dengan Manila. Malahan telah
bersedia untuk melancarkan beberapa siri serangan di Mindanao. Seterusnya pada 3-5
Disember 1996, MILF menganjurkan Perhimpunan Bangsa Moro di bandar Cotabatao
untuk mendapatkan sokongan rakyat. Dalam perhimpunan ini, pemimpin MILF
mengumumkan bahawa ia tidak akan mengiktiraf perjanjian 1996 ini dan akan berusaha
mendapatkan negara merdeka dari Filipina dan bukannya setakat wilayah autonomi. 72
Selain itu, proses ini turut berhadapan dengan beberapa masalah lain yang menyukarkan
kepada proses merealisasikan cadangan murni ini.73
69

Lebih lanjut, sila lihat R.J. May. 2002. The Moro Conflict op. cit.
R.J. May. 2002. The Moro Conflict op. cit.
71
Sylvia Concepcion et. al. 2003. Breaking op. cit.
72
Jamail A. Kamlian. Ethnic op. cit.
73
Antara masalah utama mengimplemetasikan cadangan ini seperti yang dinyatakan oleh Sylvia
Concepcion et. al. (2003) adalah ketiadaan sumber kewangan daripada kerajaan Manila; ramai ahli
Kongress mempunyai keluarga Kristian di Mindanao; SPCPD dilihat sebagai satu tindakan yang hanya
menguntungkan ahli perniagaan dan bukannya memberu keuntungan kepada Muslim, Kristian atau Lumad;
Majoriti penduduk Kristian dan Lumad menaganggap diri mereka dipinggirkan daripada pelan damai.
Malahan ramai wakil-wakil samada NGO, akademik, businessmen dll menyatakan rasa tidak puas hati
mereka; kumpulan Civil Society yang bersimpati dengan MILF menyatakan FPA sebagai tindakan tidak
ikhlas kerajaan. SPCPD dilihat sebagai usaha untuk mengasimilasikan Bangsa Moro dalam masyarakat
Filipina; ramai pemimpin MNLF yang dilantik dalam ARMM dan SPCPD kurang pengalaman pentadbiran;
belanjawan yang diberi kepada SPCPD tidak mencukupi. Krisis ekonomi 1997 menambahkan masalah
kerajaan; SPCPD dan MNLF dilihat kurang memberi penekanan kepada nasib dan keadaan orang awam;
apabila Estrada dilantik menjadi Presiden pada Mei 1998, ramai kumpulan menentang FPA ini menjadi ahli
dalam Kongres dan beberapa masalah lain. Sylvia Concepcion et. al. 2003. Breaking op. cit.
70

18

Pentadbiran Estrada
Estrada meneruskan rundingan keamanan yang dijalankan sebelum ini. Namun
pada 2000, berlaku ketegangan di Lanao del Norte oleh MILF. Hasilnya estrada
mengumumkan all out war. Tentera menjalankan serangan ke atas kedudukan MILF
dan pusat utama pentadbiran mereka di Kem Abubakar. Hasilnya MILF menugumumkan
jihad menentang Manila. Selepas berjaya menawan kem-kem utama MILF ini tanpa
tentangan yang hebat, Bangsa Moro Islamic Armed Forces (BIAF tentera MILF)
melancarkan serangan secara gerila. Namun kejatuhan kem-kem ini melemahkan MILF
sendiri. Selain itu, Estrada cuba mengenepikan MNLF dengan mewujudkan Mindanao
Coordinating Council untuk menguruskan projek pembangunan infrastruktur di ARMM
dan ini secara tidak langsung merampas hak MNLF seperti yang dipersetujui dalam FPA.
Pentadbiran Arroyo
Estrada disingkirkan pada Januari 2001 dan digantikan oleh Arroyo. Beliau
menghapuskan polisi all out peace: dan menjalankan rundingan dengan MILF.
Disamping itu berusaha mendapatkan bantuan kewangan antarabngsa untuk mengatasi
maslaah ini. Namun, selain menjalankan rundingan ini, Arroyo turut meningkatkan
pembangunan ketenteraan di Mindanao. BIAF bertindak dan menyerang kawasan bandar.
Namun dalam rundingan di Tripoli pada 2001 MILF-Manila bersetuju berunding dalam
isu-isu keselamatan, pembangunan dll.74
Selepas 11 September 2001, Presiden Arroyo menjadi antara pemimpin Asia
pertama yang menyokong perang menentang keganasan. Ini memberikan kebimbangan
kerana kemungkinan ia akan mengagalkan rundingan MILF dan Manila. Apabila Arroyo
menjawat jawatan presiden, ia merupakan tempoh di mana tarikh akhir kepada
pristyiharan untuk meluaskan ARMM dan pilihanraya. Dalam masa yang sama,
Pengerusi MNLF, Nur Misuari telah disingkirkan oleh pegawai kanan MNLF yang
membentuk Council of 15. Mereka mendakwa Misuari telah gagal mentadbir Kerajaan
Autonomi ini. Seterusnya Kongress telah meluluskan undang-undang baru autonomi ini
untuk membesarkan lagi ARMM.75 Pungutan Suara diadakan pada 13 Ogos 2001 dan
Basilan dan Marawi mengundi untuk menyertai wilayah autonomi ini.76 Seterusnya
Parouk Hussin (salah seorang ahli dalam Council 15) dilantik menjadi Gabenor.77
Walaupun usaha-usaha rundingan dijalankan, namun pertentangan kerajaan dengan MILF
masih berterusan.
Pada November 2001, Misuari mengesa pengikut-pengikutnya meneruskan
pemberontakan menentang kerajaan. Malahan pada masa ini menyerang kem tentera
Filipina di Jolo, Sulu. Walau bagaimanpun, kegagalan ini beliau melarikan diri ke Sabah
tetapi ditangkap oleh polis Malaysia yang kemudiannya menyerahkan beliau kepada

74

Pada awal 2002, MILF dilaporkan telah melanggar perjanjian gencatan senjata dan pihak tentera
mendakwa bahawa MILF memberikan perlindungan kepada kumpulan penjenayah di dalam pergeraan
tersebut. Arroyo bertindak menggantung rundingan formal antara Manila-MILF. Walau bagaimanapun,
kedua-dua belah pihak masih menjalankan rundingan secara tidak formal bagi mengatasi masalah ini.
75
Namun, seperti juga Organic Act 1986, jumlah yang keluar semasa pungutan suara ini sangat sedikit.
76
Sylvia Concepcion et. al. 2003. Breaking op. cit.
77
Namun, ramai pihak tidak senang dengan perlantikan beliau ini kerana dikatakan mempunyai dua
kerakyatan iaitu Sweden dan Filipina.

19

pihak berkuasa Manila. Beliau kini masih ditahan di St. Rosa Laguna sementara
menunggu perbicaraan terhadap beliau.78
Pada 2003, keadaan menjadi bertambah rumit apabila hubungan MILF dan tentera
menjadi bertambah buruk. Malahan kawasan utama MILF, Buliko Complex telah ditawan
oleh pihak tentera. Ini memaksa Hashim mengeluarkan kenyataan perang jihad ke atas
Manila. Ini menyebabkan berlaku beberapa siri pengeboman di Cotabato, avao dan
sebagainya serta beberapa siri serangan ke atas Maguindanao, Lanao del Norte dan Sur,
Zamboanga, Cotabatao dan sebagainya. Namun, dalam masa yang sama, ARMM masih
meneruskan rundingan dan kerjasama dengan Manila.
Perbincangan
Berdasarkan kepada senario yang ditunjukkan di atas, jelaslah bahawa masalah
minoriti di selatan Filipina ini bukanlah merupakan isu yang baru. Malahan berdasarkan
kepada perbincangan ini, didapati bahawa proses permusuhan antara Manila dan Muslim
di selatan Filipina ini sebenarnya telah berlangsung beratus-ratus tahun dahulu. Walau
bagaimanapun, didapati bahawa proses keamanan ini sebenarnya banyak dipengaruhi
oleh beberapa faktor yang bakal menentukan kekalnya keamanan di rantau ini. Dalam
hal ini, penulis melihat bahawa terdapat empat faktor utama yang mampu membawa
keamanan yang berkekalan di selatan Filipina iaitu pertama, sikap pemimpin Moro;
kedua, keinginan Kerajaan pusat iaitu Manila; ketiga peranan Amerika Syarikat dan akhir
sekali adalah peranan masyarakat antarabangsa terutamanya negara-negara Islam dalam
membantu menjayakan usaha ini.
Jika melihat faktor pertama, didapati bahawa peranan masyarakat Moro di selatan
Filipina merupakan salah satu daripada elemen yang paling penting dalam menentukan
usaha-usaha perdamaian antara kerajaan pusat dan penduduk Moro. Namun, dalam hal
ini, penulis berpendapat sebab utama kegagalan ini adalah kerana, dikalangan masyarakat
Moro itu sendiri sebenarnya wujud rasa tidak senang, gila kuasa, mementingkan diri,
bersifat perkauman dan sebagainya dalam memperjuangkan hak mereka di selatan
Filipina. Ini dapat dilihat melalui kewujudan beberapa buah kumpulan seperti MILF,
MNLF, MNLF-RG, Abu Sayaff dan beberapa kumpulan lain yang memperjuangkan hak
mereka bukan berasaskan kepada matlamat tulin iaitu membebaskan selatan Filipina
daripada cengkaman Manila. Lebih teruk lagi apabila didapati bahawa kumpulankumpulan yang wujud ini sering berusaha mendapatkan ahli daripada kumpulan lain,
berpecah kepada kumpulan kecil, menjadikan kawasan-kawasan tertentu sebagai kubu
kuat mereka dan sebagainya. Hasilnya wujudlah sebuah perjuangan bangsa Moro yang
kurang terorganisasi, lemah, saling bermusuhan, berbeza pendekatan untuk mencapai
matlamat dan menampakkan kepada kerajaan Manila bahawa perjuangan mereka tidak
akan berjaya.
Kedua, peranan kerajaan pusat Manila sebagai faktor penting dalam menentukan
kestabilan di selatan Filipina ini juga adalah sangat penting. Dalam hal ini, didapati
bahawa kerajaan pusat Manila seolah-olah tidak mempunyai keinginan ke arah
mewujudkan keamanan yang berkekalan kerana ia pasti mengancam kekuatan politik
kerajaan Manila itu sendiri. Walaupun wujud usaha-usaha oleh Manila, namun penulis
mendapati bahawa usaha inipun sebenarnya didorong oleh kepentingan politik masingmasing seperti yang pernah wujud semasa era awal pentadbiran Aquino dan Ramos.
78

Jamail A. Kamlian. Ethnic and Religious op. cit.

20

Bukan setakat itu, politik dalaman Filipina yang tidak menentu menyebabkan sering
berlaku pertukaran presiden. Ini menyebabkan dasar-dasar yang dijalankan oleh setiap
presiden ini adalah berebza diantara satu dengan yang lain menyebabkan tidak wujud
keselarasan dan usaha yang konsisten ke arah mencapai matlamat ini.
Selain itu, Amerika Syarikat juga dilihat mempunyai peranan yang besar dalam
menentukan masa depan selatan Filipina. Dalam hal ini, walaupun didapati bahawa
Amerika kurang terlibat dalam beberapa isu dalaman Filipina, namun tidak dapat
dinafikan bahawa peranan kuasa besar ini pastinya akan dapat membantu memulihkan
keadaan yang berlaku di Filipina. Satu contoh yang jelas mengenai hal ini ialah apabila
Amerika melabelkan gerakan-gerakan di selatan Filipina ini sebagai pengganas
terutmanya selepas 11 September. Keadaan ini menyebabkan kerajaan pusat di Manila
turut mengikut dasar global Amerika iaitu war against terrorism termasuk memerangi
habis-habisan gerakan pemisah ini. Berdasarkan kepada keadaan ini, maka dapatlah
dinyatakan bahawa Amerika turut menyumbang besar dalam melihat keamanan yang
berkekalan di selatan Filipina.
Faktor terakhir yang penting ialah peranan yang dimainkan oleh masyarakat
antarabangsa terutamanya di negara-negara Islam. Dalam hal ini, pengalaman sejak
1970an telah membuktikan bahawa masyarakat antarabangsa dan negara-negara Islam
melalui OIC mempunyai kuasa untuk menekan kerajaan Manila untuk menyelesaikan
masalah ini secara diplomasi. Hasilnya, kerajaan Marcos sebagai contoh terpaksa
menurut kehendak ini. Hal yang sama turut berlaku dalam kes bantuan Tun Mustapha
kepada pihak MNLF. Namun, apabila negara-negara Islam ini seolah-olah tidak ingin
menyelesaikan isu ini, akhirnya berlakulah masalah besar dalam menyelesaikan isu ini.
Berdasarkan kepada hal ini, penulis berpendapat bahawa keempat-empat faktor
yang disebutkan ini perlu bergerak selari untuk mencapai keamanan di selatan Filipina.
Tanpa wujudnya sokongan antara keempat-empat faktor ini, pastinya keadaan di Filipina
tidak akan berubah dan kemungkinan besar keadaan yang lebih buruk akan berlaku.
Kesimpulan
Jelas bahawa masyarakat minoriti di Asia Tenggara sering disisihkan daripada
arus pembangunan yang beraku dalam negara. Malahan dalam konteks selatan Filipina,
didapati bahawa kerajaan pusat bukan sahaja mengabaikan kepentingan mereka, tetapi
lebih buruk lagi apabila didapati bahawa kerajaan bertindak mengurangkan pengaruh
mereka dengan melakukan beberapa perkara termasuk merampas tanah, mengimbangi
bilangan mereka dan sebaginya. Kerajaan dalam hal ini dilihat hanya berlembut apabila
mereka cuba untuk mendapatkan sokongan politik dari kawasan ini. Hasilnya, usaha
mewujudkan kestabilan ini menemui banyak masalah dan sering membawa kegagalan.
Oleh itu, jelas bahawa selagi Manila dalam konteks isu di selatan Filipina ini tidak
mempunyai kemahuan politik dalam menyelesaikan masalah ini, selagi itu isu ini tidak
akan dapat diselesaikan.

21