Anda di halaman 1dari 2

KONSEP ASAS FALSAFAH

Etimologi (Bahasa)

Falsafah berasal daripada beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta daripada istilah
Yunani dan sophos (pengetahuan, hikmah, kebijaksanaan). Gabungan kedua-dua
perkataan ini membawa maksud cinta kepada pengetahuan.
Wollf (1989) berpendapat bahawa falsafah sebagai cinta kepada kebijaksanaan
Russel (1946) menyatakan falsafah sebagai sesuatu di antara teologi dan sains yang
mana mengandungi perkara yang belum tepat atau belum nyata
Teologi - falsafah
mengandungi
spekulasi tentang
perkara yang belum
nyata

Sains - falsafah yang


menggunakn taakulan
untuk membuktikan
kebenaran yang
terkandung

Orang yang cintakan kepada pengetahuan dikenali sebagai ahli falsafah dan mereka
menjadikan pengetahuan sebagai tujuan hidup
Berikhtiar mencari hakikat (realiti) tentang sesuatu
Mencari sebab-akibat
Mentafsir pengalaman manusia untuk memahami kebenaran mengenai diri dan
dunia mereka

Terminologi (Istilah)

Pengertian falsafah yang dikemukakan oleh ahli falsafah adalah berbeza-beza


Namun, wujud satu persamaan iaitu takrifan mereka berpaksikan kepada elemenelemen seperti manusia, Tuhan dan alam

Praktikal

Falsafah membawa maksud berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh


tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Berfikir secara sistematik - berfikir secara logik dan


berurutan
Berfikir secara radikal - berfikir sehingga akarnya dan
menyelesaikannya dengan penuh tanggungjawab
Berfikir secara sejagat - tidak terhad kepada aspek-aspek
tertentu sahaj dan merangkumi keseluruhannya

Cabang-cabang Falsafah

METAFIZIK

Cabang falsafah yang bertanggungjawab ke atas kajian


tentang kewujudan dan asas kepada pandangan yang luas.
Mengkaji perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang
wujud di dunia ini dan susun aturnya
Menjawab persoalan yang jauh melampaui penyiasatan
saintifik, bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada
sebab-akibat

AKSIOLOGI

Bidang falsafah yang bergantung kepada nilai dan


dikaitkan dengan teori, nilai dan meta-nilai
Soal moral, etika dan estetik dibincangkan
Pertama kali digunakan pada awal abad ke-20 oleh Paul
Lapie dan E. Von Hartmann

EPISTEMOLOGI

LOGIK

Kajian berkenaan cara kita mendapatkan ilmu dan sifat


ilmu pengetahuan itu sendiri
penerangan bagaimana kita berfikir
diperlukan untuk menentukan kebenaran dan
memisahkan kebenaran daripada kesalahan

Pengajian tentang prinsip kesahihan tentang sesuatu


sama ada secara inferens dan demonstrasi
turutan cara mendapatkan sesuatu rumusan berasaskan
beberapa andaian yang kukuh
membantu seseorang untuk berkomunikasi secara lebih
berkesan dengan menggalakkan pemikiran yang
berhati-hati dan sistematik

Anda mungkin juga menyukai