Anda di halaman 1dari 3

SOALAN 1

Aspek pendidikan.

PENGUJIAN

UJIAN

Kaedah,
tugas /
prosedur
pemerhatian

-Pelbagai aspek mata pelajaran.

Aspek psikologi
-sikap, minat, personaliti

PENGUKURAN

Proses mendapatkan maklumat dengan


cara mengukur menggunakan instrumen
sebelum ukuran itu dapat dinilai atau
diinterpretasikan.
PENAKSIRAN PRESTASI

PENAKSIRAN
PENAKSIRAN AUTENTIK

PENILAIAN

Proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan


proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu

Satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan


dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi
maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

SOALAN 2
Bahagian Pencapaian Pasukan Murid (BPPM) ialah pembelajaran koperatif merujuk kepada
kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam
kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap
pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan
yang lain.
Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam
kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang
tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Sebagai contoh dalam pelajaran
Matematik Tahun 6 tajuk Operasi Bercampur. Kaedah Pembelajaran kooperatif yang boleh
digunakan adalah seperti berikut :
1. Guru mengajar pengenalan operasi bercampur yang melibatkan operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi. Guru menerangkan contoh operasi yang perlu didahulukan.
2. Murid dipecahkan kepada 3 orang setiap kumpulan berbincang cara penyelesaian
masalah berdasarkan soalan dan penerangan yang diberi oleh guru.
3. Ketua murid setiap kumpulan datang ke hadapan membentangkan teknik penyelesaian
yang dibincangkan oleh kumpulan masing-masing.
4. Kuiz secara individu.
5. Peneguhan (pemberian ganjaran kepada tiga kumpulan yang mendapat markah tertinggi).
Hasil pembelajaran melalui teknik BPPM ini dapat dinilai berlandaskan pembentangan yang
dibuat oleh ketua kumpulan. Guru meminta murid menjelaskan bukti dalam jawapan yang
dibentangkan oleh setiap kumpulan. Dalam membina murid yang mencapai objektif P&P,
melalui hasil pembentangan, kumpulan yang dapat menjawab dengan betul akan diberi pujian
dan ganjaran. Seterusnya mereka diminta membentangkan semula jawapan mereka di dalam
kelas. Dengan secara tidak langsung ahli kumpulan yang betul tadi akan dijadikan bahan rujukan
kepada murid yang lain dalam aktiviti kuiz secara individu.
Kuiz akan diberikan iaitu selepas selesai setiap sesi perbincangan kumpulan. Markah setiap
ahli dalam kumpulan dijumlahkan ke dalam markah kumpulan. Penghargaan dalam bentuk sijil,

makanan ringan, alat tulis dan buku diberikan kepada tiga kumpulan terbaik berdasarkan dua
perkara iaitu jumlah purata markah kumpulan yang tertinggi dalam kuiz dan sikap nilai-nilai
murni yang ditunjukkan oleh setiap ahli dalam kumpulan. Hadiah akan diberikan kepada setiap
kumpulan yang menjadi juara (cemerlang), naib juara (amat baik) dan tempat ketiga (baik). Ahliahli dalam kumpulan yang cemerlang akan diberi hadiah kecil lain sebagai tambahan.
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu
dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan
berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Anda mungkin juga menyukai