Anda di halaman 1dari 20

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL.

10)
Buletin JKKN (MEI OGOS 2009)
YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

kurniaNya

kurnia-Nya

ILHAM MINDA
Kurnia disusuli kata
ganti diri ketiga nya.
Nya pula merujuk
kepada Allah/tuhan,
dengan demikian dieja
dengan N
huruf besar. Tanda
sempang mesti ada
untuk menyambung
kurnia dan Nya.

Walau pun

walaupun

Walaupun dieja satu


perkataan. Sekiranya
terpisah baris, dieja
dengan tanda sempang
: walaupun

usaha-usaha bagi
memastikan

usaha-usaha untuk
memastikan

Lazimnya kata sendi


bagi disusuli Kata Nama
(KN). manakala kata
sendi untuk disusuli Kata
Kerja (KK).
Contoh:
Untuk memastikan
(KK)
Bagi kepastian
(KN)

Untuk membina
(KK)
Bagi pembinaan
(KN)
1

samada

sama ada

Kata majmuk yang dieja


pisah.

mengucapkan ribuan
terima kasih diatas
sumbangan yang
dihulurkan

mengucapkan ribuan
terima kasih atas
sumbangan yang
dihulurkan

Penggunaan kata sendi


di atas untuk hal-hal
yang fizikal dan
nampak.
Contoh:
Di atas pokok
Di atas bahu
Di atas meja
Di atas bumbung
Di atas jalan raya
Penggunaan kata sendi
atas untuk hal-hal yang
lebih umum dan abstrak.
Contoh:
Atas kerjasama
Atas sumbangan
Atas kesilapan
Atas kejayaan

atau pun

ataupun

Ataupun dieja satu


perkataan.
Sekiranya terpisah baris,
dieja dengan tanda
sempang: ataupun

Pemaparan maklumatmaklumat

Pemaparan maklumat

Maklumat kata jamak,


tak perlu diulang.

Semua ahli-ahli Sidang


Editorial

Semua ahli Sidang


Editorial

Semua kata jamak, tak


perlu diulang kata ahli.

kerana beliau lah

..kerana beliaulah

lah tidak boleh berdiri


sendiri, dengan demikian
dieja satu perkataan.

maklumat yang
diperlukan didalam
penerbitan

maklumat yang
diperlukan dalam
penerbitan

(di dalam dieja


terpisah)
Dalam konteks ini, kata
sendi yang tepat ialah
dalam bukan di
dalam.
Rujuk edaran yang lepas
untuk penjelasan.

Majlis Semarak
Ramadhan

Majlis Semarak Ramadan

Dwi Rebung

Dwirebung atau
Dwi-Rebung

KANDUNGAN
Dieja tanpa konsonan
h.
dwi tidak boleh berdiri
sendiri. Dieja satu
perkataan apabila
bertemu kata nama
umum dan dieja dengan
tanda sempang apabila
bertemu dengan kata
nama khas.
DI SINI BERMULA

Setidak tidaknya

Setidak-tidaknya

Dieja dengan tanda


sempang.

amat bangga diatas


komitmen

amat bangga atas


komitmen

(di atas dieja dua


perkataan)
Lihat penjelasan di atas
untuk membezakan
penggunaan kedua-dua
kata sendi.
3

diperingkat akar umbi

di peringkat akar umbi

Dieja terpisah.

Didalam situasi dimana


sumber menjadi sesuatu
elemen yang makin
terhad

Dalam situasi yang


sumber menjadi sesuatu
elemen yang makin
terhad

Rujuk edaran yang lepas


untuk penjelasan.

intipati

Inti pati

Kata majmuk yang dieja


terpisah.

diterjemahkan di
dalam pelaksanaan
program

diterjemahkan dalam
pelaksanaan program

Rujuk edaran yang lepas


untuk penjelasan.

Penyemarakkan seni

Penyemarakan seni

Akhiran an
menghasilkan kata nama
(KN).
Akhiran kan
menghasilkan kata
kerja(KK).
MAJLIS PELANCARAN
KUALA LUMPUR

Program Majlis
Pelancaran.di Muzium
Kesenian Islam Malaysia,
majlis pelancaran ini

Program Majlis
Pelancaran di Muzium
Kesenian Islam Malaysia.

Pengiktirafan ini adalah


satu program

Pengiktirafan ini
ialah/merupakan satu
program

Rujuk penjelasan yang


terdahulu.

berpengkalan di
Tehran, Iran.

berpangkalan di
Tehran, Iran.

Pangkalan, dieja
dengan vokal a.
Pangkalan 1. tempat
perahu dll berhenti

Majlis pelancaran ini

Ayat terlalu panjang.


Mulakan dengan ayat
baharu.

(berlabuh),2. tempat
barang-barang
dagangan dll dikumpul
(untuk diangkut dll)
3. pelabuhan (lapangan
terbang dll) yang
menjadi tempat untuk
menyerang musuh.
Pangkalan data:
simpanan sejumlah besar
data dalam bentuk yang
dapat dikendalikan oleh
komputer.
Pengkalan tidak ada di
dalam Kamus Dewan.
Tiga buah bandaraya
lain

Tiga buah bandar raya


lain

Kata majmuk yang dieja


terpisah.

di dalam penonjolan

dalam penonjolan

Rujuk edaran yang


terdahulu untuk
penjelasan.

diadakan ialah untuk diadakan adalah


untuk

Rujuk edaran yang


terdahulu untuk
penjelasan.

Mewar-warkan

Ejaan yang tepat seperti


yang di dalam Kamus
Dewan uar-uar

Menguar-uarkan

Uar-uar: 1. pengumuman
yang dibuat dengan
meneriakkannya kuatkuat, berteriak-teriak
memberitahu kepada
orang ramai.

Selain itu, program ini


juga bertujuan untuk
meningkat dan
memartabatkan lagi imej
Negara di mata dunia,
menyemarak dan
membangunkan rasa
muhibbah dan
perpaduan

Selain itu, program ini


juga bertujuan untuk
meningkatkan dan
memartabatkan imej
Negara di mata dunia,
menyemarakkan dan
membangunkan rasa
muhibah dan
perpaduan ...

Akhiran kan tidak boleh


diabaikan pada kata
kerja pertama
meningkat dan
menyemarak.
Kata kerja transitif
memartabatkan mesti
terus menerima objek
kata nama atau frasa
nama (imej Negara),
dan tidak boleh
disisipkan dengan apaapa kata lain (lagi).
Muhibah; dieja dengan
satu b. Jarang sekali
ada konsonan berganda
dalam BM.

Al Quran

Al-Quran (permulaan
ayat)
atau

Quran tidak ada tanda


() dan dieja dengan
tanda sempang selepas
al.

al-Quran
gendang dari Farid
Ali

gendang daripada
Farid Ali

Kata sendi dari untuk


tempat dan masa.
Kata sendi daripada
untuk orang,
perbandingan dan asal
kejadian.

Majlis Semarak
Ramadhan

Majlis Semarak
Ramadan

MAJLIS SEMARAK
RAMADAN
Dieja tanpa konsonan
h.
6

Majlis berakhir jam 10.30


malam

Majlis berakhir pada


pukul 10.30 malam.

Lebih tepat pukul


daripada jam.
Contoh:

Pukul 9.00 pagi


Jam 0900

Pukul 1.00 tengah


hari
Jam 1300

Pukul 2.00 petang


Jam 1400

Pukul 7.00 malam


Jam 1700

Para peserta
mengabdikan kenangan

Para peserta
mengabadikan
kenangan

Resipi bubur lambuk


yang digunakan adalah
berbeza-beza diantara
setiap kumpulan.

Ayat asal tidak gramatis.


Resipi bubur lambuk
yang digunakan berbeza
antara kumpulan.

untuk mengukuhkan
semangat kerjasama
diantara pihak jabatan
dan BBK.

untuk mengukuhkan
semangat kerjasama
antara pihak jabatan
dengan BBK.

Pemilihan kata abdi


tidak tepat.
Mengabdikan:
menghambakan
Mengabadikan:
menjadikan abadi,
mengekalkan,
menjadikan kenangan
yang kekal.

Padanan antara dan di


antara ialah dengan.
Apabila ia melibatkan
tiga pihak, padanannya
ialah dan.

Rujuk edaran yang


terdahulu untuk
penjelasan lanjut.
RAHMAN B, SENIMA
ULUNG PENTAS
BANGSAWAN
terus bertahan
bersama jatuh dan
bangun bangsawan.

terus bertahan
bersama jatuh dan
bangunnya bangsawan.

Ayat asal tidak gramatis.

Era komersil

Era komersial

Ejaan yang tepat ialah


komersial.

yang diperolehinya

yang diperolehnya

Tidak perlu akhiran i.

penggeraknya adalah
generasi muda.

penggeraknya ialah
generasi muda.

ialah disusuli dengan KN


adalah disusuli dengan
KK

Rahman B telah di
anugerahkan Ijazah
Kehormat.

Rahman B telah
dianugerahi Ijazah
Kehormat

Ayat asal tidak gramatis.

Dengan pengalaman
dan ilmu yang ada,
menjadikan beliau
sebagai sumber rujukan
di kalangan pendidik,
pelajar dan penggiat
bangsawan di Malaysia
apabila beliau sering
diundang untuk
memimpin Bengkel
Bangsawan sebagai
tenaga pengajar,
pemudah cara dan
panel.

Pengalaman dan ilmu


yang ada padanya
menjadikan beliau
sumber rujukan dalam
kalangan pendidik,
pelajar dan penggiat
bangsawan di Malaysia.

Ayat pertama tidak


begitu gramatis.
Tidak perlu ada kata
dendi dengan.
Ayat asal agak panjang.

Beliau sering diundang


untuk memimpin Bengkel
Bangsawan sebagai
tenaga pengajar,
pemudah cara dan
pengerusi panel.

Seri Paduka Baginda


Yang di-Pertuan Agong
ke XII

Seri Paduka Baginda


Yang di-Pertuan Agong
XII

Tidak perlu kata sendi


ke bagi angka Roman.

atau
Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong
ke-12
MERDEKA CARA KITA
jatidiri

jati diri

Kata majmuk, dieja


terpisah.

Ko-kurikulum

kokurikulum

Tidak ada tanda


sempang.

Lain-lain tetamu
jemputan

Tetamu-tetamu lain

Hukum D - M

Persembahan dari
pelajar sekolah

Persembahan daripada
pelajar sekolah

Kesalahan penggunaan
kata sendi

Rukunegara

Rukun Negara

Kata majmuk yang dieja


terpisah.

bahasa Melayu, Cina


dan India

bahasa Melayu, Cina


dan Tamil

Bahasa Tamil, kaum


keturunan India

di bawah satu
bumbung di dalam
usaha memupuk
perpaduan

di bawah satu
bumbung dalam usaha
memupuk perpaduan

Kesalahan penggunaan
kata sendi.

terlibat di dalam
program ini

terlibat dalam program Kesalahan penggunaan


ini
kata sendi

FESTIVAL TARI MALAYSIA


Dieja terpisah.

disamping

di samping

kaun terbesar

kaum terbesar

Kesilapan menaip.

dalam
menyemarakkan lagi
seni dan budaya

dalam
menyemarakkan seni
dan budaya

Kata kerja transitif, terus


menerima objek. Rujuk
penjelasan terdahulu.

Seperti yang diduga


banyak pihak, Kumpulan
Pertubuhan Budaya
Kinabalu Sabah di
bawah koreografer,
Samsul bin Ismail meraih

Seperti yang diduga


banyak pihak, Kumpulan
Pertubuhan Budaya
Kinabalu Sabah yang
dibimbing oleh
koreografer Samsul bin
Ismail meraih

Ayat asal tidak gramatis.

Kejayaan meraih
beberapa kategori oleh
kumpulan itu cukup
beralasan.

Kejayaan kumpulan itu


meraih beberapa
kategori amat wajar.

Ayat asal tidak gramatis.

Mereka Berjaya
menampilkan

Mereka berjaya
menampilkan

Kesilapan menaip.

Namun sehingga 1999, ia


hanya terbuka kepada
kumpulan profesional
atau yang yang
diwujudkan secara
tetap.

Namun sehingga 1999, ia


hanya terbuka kepada
kumpulan profesional
atau yang diwujudkan
secara tetap.

Kesilapan menaip.

Walaubagaimanapun,

Walau bagaimanapun,

Dieja terpisah.

di ganti

diganti

Kata kerja, dieja satu


perkataan.
10

BENGKEL PEMBUATAN
TANJAK LADADA MANIK
DAN DWI REBUNG
Bagi bengkel
pembuatan tanjak
bengkel ini telah
mandapat khidmat dan
tunjuk ajar daripada
tokoh yang
sememangnya
mempunyai kepakaran
di dalam pembuatan
tanjak golongan istana
dan kenamaan di Negeri
Sembilan begitu juga
dengan pembuatan La
Dada Manik dan Dwi
Rebung.

Bengkel pembuatan
tanjak ini mendapat
khidmat dan tunjuk ajar
daripada tokoh yang
sememangnya
mempunyai kepakaran
dalam pembuatan
tanjak golongan istana
dan kenamaan di
Negeria Sembilan. Begitu
juga dengan
pembuatan La Dada
Manik dan Dwi Rebung.

Sepanjang bengkel,
peserta didedahkan
dengan cara-cara dan
kaedah

Sepanjang bengkel,
peserta didedahkan
kepada cara-cara dan
kaedah

Ayat asal tidak gramatis.

Penggunaan kata sendi


yang tidak betul.

BENGKEL KEMAHIRAN
SENI 2009
didedahkan dengan
kaedah membuat
watak-watak

didedahkan kepada
kaedah membuat
watak-watak

Penggunaan kata sendi


yang tidak betul.

Dengan penganjuran
bengkel ini ianya
berpeluang memberi
dorongan dan
galakan

Penganjuran bengkel ini


memberi dorongan dan
galakan

Ayat asal tidak gramatis

ianya

ia

Ianya tidak boleh


dianggap kata ganti diri
it. (BI)
11

apatah lagi bersamasama adik-adik istimewa


yang diraihkan.

apatah lagi bersamasama adik-adik istimewa


yang diraikan.

Mungkin kesilapan
menaip. Raih, lain
maksudnya.

Agensi Anti Dadah

Agensi Antidadah

anti tidak boleh berdiri


sendiri. Dieja sebagai
satu perkataan apabila
bertemu kata umum.
Dieja dengan tanda
sempang apabila
bertemu dengan kata
nama khas.
PROGRAM
MERAKYATKAN SENI
BUDAYA BERSAMA
PENDUDUK PULAU AMAN

daripada penduduk
setempat yang
berkapasiti hampir 500
orang.

daripada penduduk
setempat yang
berjumlah hampir 500
orang.

Kapasiti membawa
maksud kuasa.

Bowling sukun

Boling sukun

Dieja tanpa konsonan


w.

Gotong royong

Gotong-royong

Dieja dengan tanda


sempang.
KE BENDANG BERSAMA
PEMIMPIN

Program sebegini adalah


julung kali diadakan oleh
pihak JKKN Negeri Johor.

Program sebegini julung


kali diadakan oleh pihak
JKKN Negeri Johor.

Tidak perlu kata penegas


adalah.

Tercetusnya idea
membawa program ini

Tercetusnya idea
membawa program ini

Ayat asal tidak gramatis.

12

adalah ingin bersamasama menikmati dan


merasai suasana aktiviti
di kawasan sawah padi
terutamanya dan secara
tidak langsung untuk
mendekati masyarakat
melalui pelbagai aktiviti
persawahan seperti
aktiviti menuai,
membanting,
menumbuk dan
mengemping padi.

adalah untuk ingin


bersama-sama
menikmati dan merasai
suasana aktiviti di
kawasan sawah padi
selain untuk mendekati
masyarakat melalui
aktiviti persawahan
seperti menuai,
membanting,
menumbuk dan
mengemping padi.

Melalui aktiviti-aktiviti ini


telah mewujudkan satu
sistem pembelajaran
bagi generasi

Aktiviti-aktiviti ini
mewujudkan satu sistem
pembelajaran bagi
generasi

Ayat asal tidak gramatis

MANIFESTASI TEATER
PERINGKAT NEGERI PERLIS

untuk meramaikan
golongan peminat
teater

untuk membanyakkan
golongan peminat
teater

Ayat asal tidak gramatis.

atau
untuk menambah
bilangan peminat
teater
Disamping
mengetengahkan

Di samping
mengetengahkan

Dieja terpisah

ianya juga dapat


meyemarakkan
semangat..

ia juga dapat
menyemarakkan
semangat

Ianya bukan kata ganti


diri untuk it (BI).

13

FESTIVAL KUALA LUMPUR


1 13 JULAI 2009
Festival ini adalah
program utama
kementerian untuk
menyerlahkan lagi Kuala
Lumpur

Festival ini merupakan


program utama
kementerian untuk
menyerlahkan Kuala
Lumpur

Kata pemeri adalah


disusuli dengan kata
sendi.
Kata kerja transitif
menyerlahkan tidak
boleh disisipkan dengan
kata-kata lain
(lagi)kecuali KN atau FN
(Kuala Lumpur)

PERMATA ASLI: LENGGOK


SUARA MEMUKAU
Menyedari hakikat ini,
Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara
(JKKN) sekali lagi
bergabung tenaga
dengan Jabatan
Penyiaran menganjurkan
Pertandingan Akhir
Bintang Asli Remaja
Kebangsaan bagi tahun
2009 ini amatlah
bertepatan dengan
usaha memulihara,
membangun dan
memartabatkan lagu Asli
Melayu supaya tidak
hilang ditelan arus
kemodenan.

Menyedari hakikat ini,


Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara
(JKKN) sekali lagi
bergabung tenaga
dengan Jabatan
Penyiaran untuk
menganjurkan
Pertandingan Akhir
Bintang Asli Remaja
Kebangsaan bagi tahun
2009.

Ayat asal agak panjang.


Pecahkan menjadi dua
ayat.

Gabung ini amat


bertepatan dengan
usaha memulihara,
membangun dan
memartabatkan lagu Asli
Melayu supaya tidak
hilang ditelan arus
kemodenan.
14

yang berada di
auditorium.

yang berada di dalam


auditorium.

Kata sendi di dalam


lebih tepat kerana
(auditorium) ada unsur
ruang.

melakar kejayaan
didalam pertandingan
ini

melakar kejayaan
dalam pertandingan
ini

Kata sendi yang tepat


ialah dalam kerana
(pertandingan) tidak
ada unsur ruang.

ditempat ketiga.

di tempat ketiga.

Dieja terpisah.

sekaligus

sekali gus

Dieja rapat.
SERLAHAN SENI 09
MANIFESTASI
KECEMERLANGAN JKKN

satu sidang media


telah diadakan
bertujuan sebagai
hebahan awal kepada
masyarakat acara-acara
yang menjadi sorotan
utama JKKN dalam
usaha serlahan seni ke
peringkat antarabangsa.

satu sidang media


diadakan bertujuan
sebagai hebahan awal
kepada masyarakat
tentang acara-acara
yang menjajdi sorotan
utama JKKN dalam
usaha menyerlahkan
seni ke peringkat
antarabangsa.

Masyarakat acara-acara
(seolah-olah acara itu
menerangkan
masyarakat).

Usaha penyemarakkan

Usaha penyemarakan

Akhiran kan
membentuk KK.
Akhiran an membentuk
KN.

terus mensasarkan

terus menyasarkan

sasar bermula dengan


konsonan s, dengan
demikian menerima awal

Lebih tepat usaha


menyelahkan seni
daripada usaha serlahan
seni.

15

meny dan konsonan s


gugur.
Contoh lain:
Suci menyuci
Sengat menyengat
Serlah menyerlah
Antara yang dirangka
adalah pertunjukkan
Mak Yong

Antara yang dirangka


ialah pertunjukan Mak
Yong

ialah diikuti dengan


KN/FN.
adalah diikuti dengan
KS.
Akhiran kan
membentuk KK.
Akhiran an membentuk
KN.
PPS MENDEKATI SENI
BUDAYA
DENGAN MASYARAKAT

menikmati hiburan di
waktu petang

menikmati hiburan
pada waktu petang

aktiviti bulanan bagi


mendekatkan
masyarakat

aktiviti bulanan untuk


mendekatkan
masyarakat

Kata sendi bagi disusuli


KN.
Kata sendi untuk disusuli
KK.

disajikan dengan
pelbagai
aktiviti antaranya
melibatkan sukan rakyat,
persembahan
kebudayaan

disajikan dengan
aktiviti sukan rakyat,
persembahan
kebudayaan

Ayat asal tidak begitu


gramatis.

Kata sendi di untuk


tempat.
Kata sendi pada untuk
waktu.

16

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN TENAGA MANUSIA


KPKK BIL. 1/2010
YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

Y.Bhg.

YBhg.

Tidak ada tanda noktah


selepas konsonan Y.

s.k

s.k.

Perlu ada titik selepas s


dan k.

YM.

YM

Tidak ada tanda noktah.

urusetia

urus setia

Kata majmuk yang dieja


terpisah.

memperuntukan 1%

memperuntukkan 1%...

Akhiran kan untuk


membentuk KK.

merakamkan ucapan
takziah di atas
pemergian

merakamkan ucapan
takziah atas
pemergian

Penggunaan kata sendi


yang salah.

LAPORAN PERLAKSANAN

LAPORAN PELAKSANAAN

Pelaksanaan daripada
proses melaksanakan.

pegawai yang tidak


berkursus dan ianya
merupakan pegawai
yang sedang cuti
belajar.

pegawai yang tidak


berkursus dan mereka
terdiri daripada pegawai
yang sedang bercuti.

Ayat asal tidak gramatis.

Penggunaan di mana
sebagai kata hubung

Gantikan dengan kata


hubung yang atau
mulakan dengan ayat
baharu.

di mana ialah kata


tanya. Kata tanya tidak
boleh berfungsi sebagai
kata hubung.

ucapan terima kasih


dari YBhg Dato Dr.
Pengerusi.

ucapan terima kasih


daripada YBhg Dato Dr.
Pengerusi.

Kata sendi dari hanya


untuk tempat dan waktu
sahaja.
17

MINIT MESYUARAT JKPA YANG BERTARIKH 22 FEBRUARI 2010


YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

Y.Bhg

YBhg.

Tidak ada tanda


noktah selepas
konsonan Y.

Hajjah

Hajah

Dieja dengan satu j.

Y.Bhg. Datuk Wira


Pengerusi menegaskan
agar semua Ketua
Bahagian/Jabatan/Agensi
hendaklah mengamalkan
pengurusan

YBhg Datuk Wira Pengerusi


menegaskan agar semua
Ketua
Bahagian/Jabatan/Agensi
mengamalkan
pengurusan

YBhg tidak ada


tanda noktah.

Semua perbelanjaan
hendaklah berdasarkan
kepada peraturanperaturan

Semua perbelanjaan
hendaklah berdasarkan
peraturan-peraturan

Ayat asal tidak


gramatis. Tidak perlu
ada kata sendi
kepada selepas
berdasarkan.

berteraskan kepada
prinsip

berteraskan prinsip

Ayat asal tidak


gramatis. Tidak perlu
ada kata sendi
kepada selepas
berteraskan.

semua Ketua Jabatan


adalah diminta untuk
memberi

semua Ketua Jabatan


diminta untuk memberi

Ayat asal tidak


gramatis.Tidak perlu
ada kata pemeri
adalah.

seliaaan

seliaan

Kesilapan menaip

Ke-sembilan

kesembilan

Penggunaan kata
sempang hanya untuk
angka.

Ayat asal tidak


gramatis.

18

Contoh:
Ke-9
Ke-5
Ke-17

Semua projek-projek

Semua projek

Semua kata jamak,


dengan demikian kata
projek tidak perlu
digandakan.

perlaksanaan

pelaksanaan

Pelaksanaan daripada
proses melaksanakan.

sebutharga

Sebut harga

Kata majmuk yang


dieja terpisah.

perbezaan di antara
disekat dan peruntukan
yang diperuntukan
semula

Perbezaan antara
peruntukan yang disekat
dengan peruntukan yang
diperuntukkan semula

Ayat asal tidak


gramatis.

Perbelanjaan lain yang


telah dilakukan akan
diselaraskan oleh
Perbendaharaan pada
akhir tahun 2009.

Perbelanjaan lain yang


telah dilakukan
diselaraskan oleh
Perbendaharaan pada
akhir tahun 2009.

Mana mungkin akan


diselaraskan pada
akhir 2009 kerana
mesyuarat diadakan
pada 2010.

yang lebih berkesan


bagi memastikan

yang lebih berkesan


untuk memastikan

Kata sendi bagi


disusuli KN.
Kata sendi untuk
disusuli KK.

maklum balas ke atas


pindaan Arahan
Amanah

maklum balas kepada


pindaan Arahan
Amanah

Penggunaan kata
sendi yang tidak betul.

19

urusan pinjaman
pelajar-pelajar ASWARA
bagi membiayai
pengajian di ASWARA.

urusan pinjaman
pelajar-pelajar ASWARA
untuk membiayai
pengajian di ASWARA.

Kata sendi bagi


disusuli KN.
Kata sendi diuntuk
susuli KK.
Contoh:
Untuk membiayai (KK)
Bagi pembiayaan(KN)

minima

minimum

Yang tepat minimum.

Selain daripada hotel

Selain hotel

Tidak perlu ada kata


sendi dari atau
daripada.

reasonable

Patut, berpatutan, wajar

Jika ada perkataan


dalam BM; eloklah kita
popularkannya

tengahari

tengah hari

Kata majmuk yang


dieja terpisah.

e-mail

e-mel

Jika ada ejaan dalam


BM, eloklah kita
amalkan.

Saya memantau tegur dengan tujuan mengurangkan kesilapan dan kesalahan BM dalam
kalangan warga kerja KPKK. Bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa. Kita semua insan
yang tidak sempurna yang sering melakukan kesilapan. Saya pun tidak lepas daripada
membuat kesilapan. Sekiranya kita menaip sendiri, elok juga kalau kita minta orang lain
menyemak kerja kita. Yang sempurna hanya Allah SWT. Semoga kesilapan/kesalahan ini tidak
berulang lagi. Sama-samalah kita memartabatkan bahasa kebangsaan, bahasa kebanggaan
kita rakyat MALAYSIA.

Dipantau tegur oleh:


DATO ADILAH BINTI SHEK OMAR
Pengarah IPPTAR
TARIKH: 08 MAC 2010
Dikemaskinikan pada 28 Februari 2011

20

Anda mungkin juga menyukai