Anda di halaman 1dari 5

GEMERLAP

BAHASA MELAYU
SPM
2014

NAMA
: _______________________________
TINGKATAN : _______________________________

RUMUSAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah industri
pelancongan kepada negara dan sebab-sebab pelancong gemar ke Malaysia. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Negara kita Malaysia semakin maju menuju wawasan 2020. Salah satu faktor yang banyak
menyumbang kepada kemajuan negara kita ialah sektor pelancongan. Oleh sebab itulah kerajaan
berterusan mengadakan Kempen Melawat Malaysia.Sektor pelancongan menggalakkan pengaliran
wang masuk ke negara kita. Apabila pelancong asing melancong ke Malaysia, mereka akan
mengeluarkan wang untuk berbelanja seperti penginapan, makanan, dan pengangkutan. Mereka akan
menukarkan wang negara asal mereka kepada nilai wang ringgit. Selain itu, sektorpelancongan dapat
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Lokasi tumpuan pelancong seperti
restoran, stesen bas, lapangan terbang, dan hotel memerlukan tenaga pekerja. Dengan adanya
peluang pekerjaan, penduduk tempatan berpeluang untuk mencari nafkah.
Pada waktu yang sama, kraf tangan negara dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.
Pelancongan sama ada dari dalam negara atau luar negara pasti akan membeli cenderamata sebagai
kenang-kenangan. Malah, sektor pelancongan juga akan menaikkan nama negara di persada dunia.
Pelancong yang berpuas hati dengan keindahan dan keistimewaan Malaysia pasti akan mengesyorkan
kawan-kawan mereka agar berkunjung ke Malaysia. Malah, kedatangan pelancong juga menyebabkan
wujudnya hubungan diplomatik yang lebih baik dengan negara-negara lain. Hal ini demikian kerana
pelancong yang datang terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan dan bangsa. Bagi rakyat
tempatan yang bijak mengambil kesempatan, kedatangan pelancong mampu meningkatkan
penguasaan bahasa asing dalam kalangan penduduk.
Selain itu, pelancongan secara tidak langsung mampu meningkatkan pengetahuan rakyat
tentang budaya dan ketamadunan bangsa asing. Jika tindakan positif diambil oleh segenap lapisan
masyarakat, industri pelancongan boleh menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan dalam
kalangan rakyat. Untuk memastikan pelancong berasa selesa berada di negara kita, kerajaan
menyediakan pelbagai kemudahan. Kerajaan sedar, kedatangan pelancong banyak memberi faedah
kepada negara. Oleh itu, kerajaan akan meningkatkan kemudahan prasarana negara seperti sistem
pengangkutan, perhotelan, perkhidmatan dan kesihatan yang akhirnya memberi kemudahan kepada
rakyat keseluruhannya. Dalam jangka panjang, dengan respons masyarakat terhadap kedatangan
pelancong, sudah pasti dapatmengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan yang
berpendapatan rendah.
Kerajaan telah melonggarkan syarat-syarat untuk memasuki negara bagi menggalakkan
kemasukan pelancong asing. Dengan menggunakan taraf pelancong, seseorang itu boleh tinggal di
negara itu selama sebulan tanpa permit kerja mahupun visa. Hal ini menyebabkan wujudnya sindiketsindiket haram membuka cawangannya di negara kita yang menyebabkan kita terdedah kepada
peningkatan jenayah. Kesan negatif yang lain, untuk membangunkan bidang pelancongan, kerajaan
telah menyediakan pelbagai kemudahan. Antaranya ialah kemudahan membeli-belah, kemudahan
hiburan, dan pusat-pusat rekreasi. Malangnya, kemudahan-kemudahan prasarana telah
disalahgunakan oleh para belia untuk melepak dengan alasan untuk menenangkan fikiran. Malah,
kedatangan pelancong tanpa kawalan menyebabkan mereka menjadikan Malaysia sebagai lubuk
emas mencari pekerjaan, lalu peluang belia untuk bekerja menjadi semakin terhad. Kita tidak mahu
dikatakan, kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan. Hal ini bukan omongan kosong
apabila boleh dikatakan terlalu kerap media massa memaparkan anggota polis memberkas pelancong
asing yang bekerja menggunakan visa lawatan.

RUMUSAN 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup
berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan
hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam
masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan
peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala
perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran
merupakan orang yang paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana.
Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu
bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan,
pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yang besar kepada kita. Hal ini
kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama -sama. Di
samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat
daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat
dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti
khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan
peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak
sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat
seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata peribahasa, sediakan
payung sebelum hujan. Jiran yang hidup dalam suasana berkerjasama dan mengambil berat
antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan
kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan
persefahaman yang mantap sesama jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan,
negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam
keadaaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran.
Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan
mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, m aka lambatlaun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan
perpecahan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam
menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur
dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang
pada masa akan datang.

SOALAN NOVEL
SET 1
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

Azfa Hanani karya Halis Ahan Mohd Hanafiah


PAPA (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
Renyah karya Gunawan Mahmood
Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
Sutera dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan
Kabus di Perbukitan karya Mohd Kholid Hamzah

(a)

Huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

[7 markah]

(b)

Perwatakan seseorang memberi kesan kepada individu yang lain. Berdasarkan dua buah novel
yang anda pelajari, huraikan satu perwatakan positif watak sampingan daripada setiap novel
tersebut.
[8 markah]

SET 2
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

Azfa Hanani karya Halis Ahan Mohd Hanafiah


PAPA (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
Renyah karya Gunawan Mahmood
Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
Sutera dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan
Kabus di Perbukitan karya Mohd Kholid Hamzah

(a)

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua perwatakan bagi watak utama yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b)

Pembaca akan memperoleh pelbagai mesej dan pengajaran daripada novel yang
dibaca.Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam
novel tersebut.
[8 markah]

Rumusan Lengkap:
Petikan membincangkan kebaikan industri pelancongan kepada negara.
Faedah-faedahnya adalah menggalakkan pengaliran wang masuk ke negara kita dan dapat menyediakan
peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Selain itu, kraf tangan negara dapat dimajukan. Seterusnya,
menaikkan nama negara di persada dunia. Di samping itu, meningkatkan kemudahan prasarana negara. Dalam
pada itu, mewujudkan hubungan diplomatik yang lebih baik dengan negara-negara lain dan meningkatkan
penguasaan bahasa asing dalam kalangan penduduk.
Sebab-sebab pelancong gemar ke Malaysia kerana Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni. Negara
kita juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong.
Kesimpulannya, semua pihak perlu memberikan kerjasama dalam membangunkan industri pelancongan di
Malaysia supaya ekonomi negara terus berkembang.
(108

patah

perkataan)

Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata semakin terhad. [2 markah]
Rangkai kata semakin terhad bermaksud menjadi lebih terbatas.
ii. Nyatakan tiga kesan negatif dengan tindakan kerajaan memajukan industri pelancongan. [3 markah]
Kesan negatif tindakan kerajaan memajukan industri pelancongan adalah mewujudkan sindiket-sindiket haram
membuka cawangannya di negara kita menyebabkan kita terdedah kepada peningkatan jenayah.
Selain itu, kemudahan-kemudahan prasarana telah disalahgunakan oleh para belia untuk melepak.
Akhir sekali, kedatangan pelancong tanpa kawalan menyebabkan mereka menjadikan Malaysia sebagai lubuk
emas mencari pekerjaan, lalu peluang beliau untuk bekerja menjadi semakin terhad.
iii. Pada pendapat anda, apakah yang dapat dilakukan oleh penduduk yang tinggal di desa untuk terlibat
sama dalam industri pelancongan. [4 markah]
Pada pendapat saya, penduduk yang tinggal di desa dicadangkan melaksanakan program Inap Desa untuk para
pelancong.
Selain itu, penduduk desa perlu melibatkan diri dalam industri kraf tangan dalam menghasilkan barangan
cenderamata.
Seterusnya, para belia boleh menceburkan diri secara aktif
memperkenalkan tempat-tempat menarik yang terdapat di negara kita.

sebagai

pemandu pelancong

dalam

Akhir sekali, persembahan kebudayaan juga dapat dilakukan oleh penduduk tempatan sebagai salah satu usaha
menari perhatian para pelancong berkunjung ke negara kita.

Anda mungkin juga menyukai