Anda di halaman 1dari 2

SANG ARNAB DENGAN KURA-KURA

Pada zaman dahulu, dipercayai semua binatang boleh bercakap sesama


mereka. Pada suatu hari Sang Arnab sedang berjalan-jalan di padang. Hatinya riang
tidak terkira. Sedang Sang Arnab berlari-lari sambil menyanyi, tiba-tiba Sang Arnab
melihat Sang Kura-Kura sedang berjalan. Sang Arnab terhenti berlari, matanya sedang
memerhati Sang Kura-Kura yang sedang berjalan amat perlahan. Terdetik timbul di
hatinya untuk bertanya kepada Sang Kura-Kura.
Arnab : Selamat pagi, Sang Kura-Kura!.
Kura-Kura : Selamat Pagi Sang Arnab.
Arnab : Hai Sang Kura-Kura. Kenapa engkau berjalan amat perlahan. Cubalah engkau
berjalan laju sedikit. Kasihan aku melihat engkau berjalan sedemikian rupa.
Kura-Kura : Memanglah aku berjalan macam ini. Buat apa aku nak berjalan
laju-laju pula. Lagipun aku sedang menikmati pemandangan yang indah dan
sejuk di sini.
Arnab : Agaknya kalau aku berlumba dengan engkau tentu aku yang akan
menang Kata Arnab dengan angkuhnya sambil ia melihat muka Sang Kura-Kura
yang acuh tidak acuh dengan soalannya.
Kura-Kura : Hmmmtak semestinya Sang Arnab. Belum cuba belum tahu.
Kata Sang Kura-Kura yang juga tidak mahu mengalah.
Arnab : Hai, berlagaknya engkau ini. Bagamana kalau kita berlumba lari.
Kura-Kura : Tidak ada masalah Sang Arnab.
Arnab : Lihat pokok besar di hujung jalan sana. Siapa yang sampai dahulu ke
pokok besar di hujung jalan itu, dialah yang menang.
Kura-Kura : Saya setuju.

Arnab : O.k. Satu! Dua! Tiga!.


Sang Arnab pun berlari sekuat hatinya. Sambil berlari dia ketawa sendirian kerana
memikirkan kebodohan Sang Kura-Kura yang sanggup berlumba dengannya. Sambil
berlari Sang Arnab pun memandang ke arah belakang. Kelihatan Sang Kura-Kura
sedang berjalan dengan begitu perlahan. Sang Arnab pun berfikir sekiranya ia berehat
sebenar tentu Sang Kura-Kura pun masih tidak dapat mengalahkannya. Maka Sang
Arnab pun berhenti di sebatang pokok sambil berangan, jika ada hadiah tentu ramai
kawan-kawannya memuji atas kehebatannya. Akhirnya Sang Arnab tertidur dengan
nyenyaknya.
Sang Kura-Kura pula terus berjalan dan berjalan, sehinggalah Sang Kura-Kura terlihat
Sang Arnab sedang tertidur sambil menyandar di sebatang pokok. Sang Kura-Kura
berjalan dengan perlahan agar Sang Arnab tidak mendengar sebarang bunyi. Sang
Kura-Kura terus berjalan dan berjalan. Tiba-tiba Sang Arnab terjaga dari tidur. Beliau
menyangka Sang Kura-Kura masih lagi tinggal di belakang. Sang Arnab pun berlari
sekuat hatinya untuk sampai ke pokok besar di hujung jalan itu. Sampai sahaja di pokok
besar itu, Sang Arnab melihat Sang Kura-Kura telah pun sampai sambil berehat
sementara menunggunya. Sang Arnab berasa sangat malu di atas kekalahannya dan
juga kerana keangkuhannya terhadap Sang Kura-Kura.
Kura-Kura : Hai Sang Arnab, kenapa engkau lambat sampai.
Arnab : Hai Sang Kura-Kura, aku minta maaf kerana kesombongan aku tadi.
Sebenarnya aku tertidur untuk melepaskan penat. Aku ingat engkau lambat lagi.
Kura-Kura : Tidak apalah Sang Arnab. Aku harap kita masih berkawan. Lain
kali jangan sangka kita yang terbaik kerana ada lagi tuhan jadikan yang terbaik.
Arnab : Baiklah Sang Kura-Kura.
Sejak dari itu, Sang Arnab dan Sang Kura-Kura pun menjadi kawan karib.

Anda mungkin juga menyukai