Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU INTEGRITI

TARIKH: 25 OKTOBER 2014
TEMPAT: DEWAN IPGKPM
KIU
Pra
Pengumuman

Teks
(Sebelum Pengumuman Ketibaan)
Assalamualaikum w.b.t.
Para hadirin yang di hormati sekalian,
Majlis mempersilakan para hadirin untuk mengambil tempat duduk
masing-masing.
Bagi memastikan kelangsungan majlis pada petang ini, majlis memohon
kerjasama para hadirin sekalian.
PERTAMA, mohon para hadirin memastikan telefon bimbit dalam mod
senyap atau dimatikan.
Dan KEDUA, para hadirin dimohon terus berdiri untuk menyanyikan lagulagu rasmi yang akan dialunkan sejurus selepas ketibaan Pengarah
IPGK Perempuan Melayu.

Pengumuman
Ketibaan

Majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Terima kasih.

Mengumumkan ketibaan
YANG BERBAHAGIA,
Puan Tumerah binti Rosmin, PENGARAH IPG Kampus Perempuan
Melayu Melaka.
Dan diiringi oleh Tuan Haji Omar Abdul,
Serta para pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu.
PARA HADIRIN MOHON BERDIRI.
Nyanyian lagu:
1) Lagu Negaraku
2) Lagu Melaka Maju Jaya
3) Lagu IPGM
4) Lagu IPPM
Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.
Para hadirin dipersilakan duduk.

Kata Aluan

Dari Raub pergi ke Pontian,

Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Bissmillahirrahmanirahim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Yang BERBAHAGIA,
Puan Tumerah binti Rosmin,
Pengarah Institut Pendidikan Guru,
Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
Yang Dihormati,
________________________________________
________________________________________
Yang dihormati Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, para
pensyarah, kakitangan sokongan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Serta rakan-rakan guru pelatih yang dikasihi sekalian.
Sidang dewan yang mulia,
Batu kecubung warnanya ungu
Ditatah berlian batu bermutu
Adat Melayu menyambut tetamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Telah dipukul taboh larangan
Telah dititir canang pemanggil
Telah dipalu gong pelaung
Maka berhimpun pepat kita di sini
Kuncup bagai salur bakong
Kembang seperti susun sirih
Bagi pihak jawatankuasa pelaksana, kami mengucapkan selamat datang
ke Majlis Penutupan Rasmi Minggu Integriti 2014.
Pelan Integriti Nasional (PIN), integriti membawa maksud kualiti atau
keunggulan yang wujud secara keseluruhan dalam diri seseorang
individu atau organisasi dan ia berkait rapat dengan etika yang
merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah
laku individu, organisasi dan profesion.

Tak kan Melayu hilang didunia,

Tak kan Malaysia goyah hatta badai apapun melanda,
Jika setiap warganya,
Baik di kaki lima hingga gah seantero dunia,
Semuanya menanamkan sekelumit integriti dalam sanubari mereka.
Bacaan
Integriti

Ikrar Yang kukuh dipererat, yang setia dilafazkan.

Seterusnya, ialah bacaan Ikrar Integriti.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Jafri bin
Mohamed Saad, Pensyarah Kanan Jabatan Sains untuk mengetuai lafaz
ikrar.
Dipersilakan.. Semua hadirin diminta berdiri.
(pause)
Hadirin dipersilakan duduk. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
lafaz ikrar sebentar tadi.

BACAAN DOA

Hadirin yang dihormati,

Menandah tangan tanda kerendahan
Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan
oleh .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan
Penutupan
rasmi

Hadirin yang dimuliakan,

Daun semulur di pekan Sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur hajat diberi,
Mohon tuan sampaikan Kata Perasmi.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Yang Berbahagia,
Puan Tumerah binti Rosmin,
Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu untuk menyampaikan
ucapan perasmian.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
**********
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Penyampaian
hadiah
pertandingan

Para hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para
pemenang yang telah menyertai pertandingan yang diadakan sepanjang
Minggu Integriti 2014.
Untuk menyempurnakan acara, dijemput Tuan Haji Omar bin Abdul,
Timbalan Pengerusi Minggu Integriti 2014 ke pentas bagi mengiringi
Yang Berbahagia Puan Tumerah binti Rosmin untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.
Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi
Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak Prasekolah)
Tempat Ketiga dimenangi oleh :........................................................
Tempat Kedua
:........................................................
Tempat Kedua
:........................................................
Pertandingan Melukis Poster Integriti
Tempat Ketiga dimenangi oleh :........................................................
Tempat Kedua
:........................................................
Tempat Kedua
:........................................................

Pertandingan Klip Video Integriti

Tempat Ketiga dimenangi oleh :........................................................
Tempat Kedua
:........................................................
Tempat Kedua
:........................................................
Pertandingan Fotografi Integriti
Tempat Ketiga dimenangi oleh :........................................................
Tempat Kedua
:........................................................
Tempat Kedua
:........................................................
Pertandingan Pidato Integriti
Tempat Ketiga dimenangi oleh :........................................................
Tempat Kedua
:........................................................
Tempat Kedua
:........................................................
Eksplorasi Integriti

*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan
Tumerah binti Rosmin dan Tuan Haji Omar Abdul atas penyampaian
hadiah sebentar tadi.
Tayangan video Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Bagi meneruskan lagi majlis penutupan rasmi Minggu Integriti 2014,
sama-samalah kita saksikan satu tayangan video yang telah memenangi
Pertandingan klip Video Integriti yang telah diadakan.
**********
Begitu menarik sekali tayangan klip video sebentar tadi. Tahniah
diucapkan kepada pemenang pertandingan di atas kreativiti yang telah
ditunjukkan.

Penutup

Hadirin sekalian,
Sinar mentari dihujung tanjung,
Suria menyeri selepas subuh,
Majlis kini bertemu penghujung,
Hanya menanti tirai dilabuh.

Dengan berakhirnya persembahan klip video sbenetar tadi, maka

sempurnalah sudah Majlis Penutupan Rasmi Minggu Integriti 2014.
Kata-kata sesuai integrity
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua yang terlibat.

Yg dari darat dari laut

Yg dari hulu dari hilir
Yg jauh kami balikkan dengan doa
Yg dekat kami balikan dengan senyuman
Adat betul ada tersilap
Adat tersalah datang menegur
Bintang Barat Terbit Petang,
Bintang Timur Terbit Pagi,
Jika Tidak Melarat Panjang,
Ada Umur Ketemu Lagi.
Sekian sahaja, salam hormat,
Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum wbt.