Anda di halaman 1dari 58

DERAF

PERNYATAAN AM
Sebutharga yang terlibat adalah di dalam bidang berikut:
Pecahan Kepala dan Kod Bidang
210101, 210102, 210103, 210104,
210105, 210106,

Bidang Perkhidmatan
Peralatan Dan Kelengkapan Komputer

210107,210108,210109 dan
210110
Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Melatih dan Mentauliah Sistem
Kehadiran Kad Akses Di Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, No. 1, Jalan
Wisma Putra, Presint 2, 62602 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

PERNYATAAN SEBUTHARGA KEMENTERIAN LUAR NEGERI


Arahan Kepada Penyebutharga
A.

Sebutharga adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dalam bidang


Bekalan/Perkhidmatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan
masih dibenarkan membuat sebutharga pada masa ini untuk menjalankan
kerja-kerja berikut :
Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Melatih dan Mentauliah
Sistem Kehadiran Kad Akses Di Kementerian Luar Negeri, Wisma
Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602

Wilayah

Persekutuan Putrajaya.
B.

Penyebutharga mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan


masih berkuatkuasa.

C.

Penyebutharga perlu menyediakan tawaran harga dan tawaran teknikal.


Tawaran harga dan tawaran teknikal hendaklah dikemukan di dalam dua (2)
sampul surat yang berasingan.
1

DERAF

D.

Penyebutharga yang berminat MESTI menghadiri taklimat yang akan


diadakan pada

1 Ogos 2012 (Rabu). Kehadiran dihadkan kepada

dua (2) orang wakil sahaja bagi setiap Penyebutharga.


adalah dikehendaki melaporkan diri

pada

Pembida

tarikh, masa dan tempat

seperti berikut :TARIKH

1 Ogos 2012 (Rabu)

MASA

10.00 pagi

TEMPAT

E.

Bilik Mesyuarat
Bahagian Pentadbiran dan Keselamatan,
WP1, Kementerian Luar Negeri,
Aras 1, Blok WP1, Wisma Putra,
No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62602 Putrajaya.

Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah


dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan No.
Sebutharga KLN Bil. SH11/2012 serta tajuk sebutharga dan hendaklah
dimasukkan ke dalam peti sebutharga pada masa dan tempat yang
ditetapkan.

F.

Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan di dalam peti sebutharga di


Cawangan Perbekalan, Bahagian Kewangan dan Akaun, Aras 2 Blok
WP2, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2, 62602 Putrajaya.

G.

Jika

Dokumen

Sebutharga

tidak

diserahkan

dengan

tangan,

penyebutharga hendaklah menghantar dokumen tersebut dengan pos supaya


tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.
H.

Sebutharga ini akan ditutup pada


tengahari.

15 Ogos 2012 pada jam 12.00

DERAF
Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dilayan. Pejabat ini tidak akan

I.

bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung


atau tidak langsung daripada sebutharga yang dihantar.
Tawaran akan ditolak sekiranya gagal memenuhi mana-mana syarat

J.

dalam Dokumen Sebutharga.


Semua

K.

perbelanjaan

bagi

penyediaan

sebutharga

ini

hendaklah

ditanggung oleh penyebutharga sendiri.


Penyebutharga tidak boleh menarik balik tawaran sebelum sebutharga

L.

dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah tawaran dibuat.

Jika

penyebutharga menarik diri atau menolak tawaran tindakan penggantungan


pendaftaran akan diambil seperti berikut :
a.

Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan


pertama;

b.

Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan


kedua; dan

c.

Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

Tempoh sah laku sebutharga ini ialah selama sembilan puluh (90) hari

M.

bermula daripada tarikh sebutharga ditutup.


1.

SKOP PERKHIDMATAN
1.1

Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Melatih dan Mentauliah


Sistem Kehadiran Kad Akses Di Kementerian Luar Negeri,

Wisma

Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Wilayah


Persekutuan Putrajaya.
1.2

Definisi kerja
1.2.1 Membekal dan menghantar

DERAF
Penyebutharga dikehendaki membekal dan menghantar Sistem
Kehadiran Kad Akses berdasarkan spesifikasi yang dipersetujui
oleh kerajaan. Penyebutharga juga dikehendaki membekal dan
menghantar perisian dan perkakasan yang berkaitan yang
dipersetujui oleh kerajaan.
1.2.2 Memasang
Penyebutharga dikehendaki memasang sistem kehadiran kad
akses di Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, No. 1, Jalan
Wisma Putra, Presint 2, 62602 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
1.2.3 Menguji
Penyebutharga dikehendaki membuat pengujian ke atas sistem
kehadiran

kad

akses

yang

telah

dibangun/bekalkan.

Penyebutharga dikehendaki melaksanakan ujian untuk tiga (3)


peringkat:

User Acceptance Test (UAT)

Provisional Acceptance Test (PAT)

Final Acceptance Test (FAT).

Penyebutharga dikehendaki untuk menyediakan data ujian (test


data) bagi setiap peringkat ujian.
Penyebutharga juga dikehendaki untuk membuat pengujian ke
atas perkakasan dan perisian yang dibekalkan.
1.2.4 Melatih
Penyebutharga

dikehendaki

melaksanakan

transfer

of

technology dengan menyediakan latihan pengguna dan latihan


teknikal untuk Sistem Kehadiran Kad Akses bagi pegawai yang
berkenaan di peringkat Kementerian.
4

DERAF
1.2.5 Mentauliah
Penyebutharga dikehendaki membuat pentauliahan ke atas
Sistem Kehadiran Kad Akses yang telah dibangun/bekalkan.
1.3

Penyebutharga hendaklah memberikan jaminan terhadap sistem


aplikasi yang dibangun/bekalkan selama sekurang-kurangnya dua
puluh empat (24) bulan selepas tarikh penerimaan akhir. Semua
perkhidmatan

sokongan

teknikal,

penyelenggaraan

sistem

dan

perkakasan hendaklah diberikan secara percuma selama tempoh


tersebut.
2.

SYARAT-SYARAT MEMOHON DOKUMEN SEBUTHARGA


Penyebutharga mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah
kod bidang Peralatan dan Kelengkapan Komputer (210101, 210102, 210103,
210104, 210105, 210106, 210107, 210108, 210109 dan 210110).

3.

KANDUNGAN SEBUTHARGA
3.1.

Penyebutharga dikehendaki untuk mengisi dan menghantar dokumen


ke dalam Peti Sebutharga seperti di bawah:
3.1.1.

Jadual Harga yang dicadangkan seperti di Lampiran I;

3.1.2.

Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal yang dicadangkan


seperti di Lampiran II;

3.1.3.

Jadual Latihan yang dicadangkan seperti di Lampiran III;

3.1.4.

Jadual Pelaksanaan yang dicadangkan seperti di Lampiran


IV;

3.1.5.

Jadual Pengalaman Penyebutharga seperti di Lampiran V;


5

DERAF

3.1.6.

Sesalinan

Sijil

Akuan

Pendaftaran

Kontraktor

dengan

Kementerian Kewangan Malaysia;


3.1.7.

Sesalinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera


dengan Kementerian Kewangan Malaysia, jika ada;

3.1.8.

Surat rasmi daripada syarikat yang mengambil bahagian


dengan keterangan mengenai nombor telefon, faksimili dan
nama pegawai untuk dihubungi;

3.1.9.

Surat Jaminan Penyebutharga seperti di Lampiran VIII;

3.1.10. Surat Akuan Pembida (Security Pact) seperti di Lampiran IX;


3.1.11. Lain-lain kenyataan yang boleh menyokong tawaran seperti
laporan pemberitahuan dan risalah mengenai perkhidmatan
syarikat.
4.

ASAS DAN SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA


4.1.

Tawaran mestilah berdasarkan kepada spesifikasi yang terkandung


dalam dokumen spesifikasi teknikal.

4.2.

Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau


mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas
penolakan sesuatu sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga
adalah muktamad.

4.3.

Kerajaan adalah berhak mempersetujui sebutharga sama ada


kesemuanya

atau

sebahagian

daripadanya

atau

menambah/

mengurangkan kuantiti barangan dalam spesifikasi teknikal.

DERAF
4.4.

Penyebutharga dikehendaki untuk menandatangani Surat Akuan


Pembida bahawa penyebutharga tidak akan menawar atau memberi
rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat
yang

menandatangani

Surat

Akuan

Pembida

hendaklah

juga

melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak


syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di Lampiran IX.
4.5.

Penyebutharga yang berjaya dikehendaki untuk menandatangani Surat


Akuan Pembida Berjaya bahawa penyebutharga tidak akan memberi
rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat
yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga
melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak
syarikat.

Format Surat Akuan Pembida Berjaya adalah seperti di

Lampiran X.
4.6.

Penyebutharga yang berjaya dikehendaki untuk menandatangani Surat


Setuju Terima dalam tempoh satu (1) minggu daripada tarikh tawaran
yang dibuat oleh Kerajaan.

4.7.

Penyebutharga yang berjaya dikehendaki untuk menyediakan dan


menandatangani kontrak perjanjian dalam tempoh empat (4) bulan
daripada tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani.

5.

HARGA DAN BAYARAN


5.1.

Harga yang dikemukakan hendaklah dalam Ringgit Malaysia (RM).

5.2.

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua


diskaun dan kos tambahan.

5.3.

Harga yang dikemukakan hendaklah mengambil kira kenaan/potongan


sebanyak 0.8% yang akan dibuat ke atas setiap invois di dalam Jadual
Harga.

DERAF

5.4.

Pembayaran

bagi

penganalisaan,

rekabentuk,

pembangunan,

pengujian, latihan dan pentauliahan ini akan dibuat dalam Ringgit


Malaysia (RM).
5.5.

Pembayaran sepenuhnya akan dibuat setelah kerja diakuterima oleh


Kerajaan.

5.6.

Pembayaran akan dilakukan oleh Kementerian setelah semua kerja


seperti di dalam Jadual Pelaksanaan (Lampiran IV) selesai dilakukan.
Sehubungan dengan itu, penyebutharga perlu memastikan aktiviti yang
dilakukan pada Jadual Pelaksanaan tidak melebihi tarikh yang
ditetapkan.

6.

BON PELAKSANAAN

6.1.

Penyebutharga

yang

berjaya

dikehendaki

mengemukakan

bon

pelaksanaan dalam bentuk jaminan bank, dalam masa empat belas


(14) hari dari tarikh Surat Setuju Terima dikeluarkan.

Bagi kontrak

yang tidak melebihi RM500,000.00, penyebutharga yang berjaya


dikehendaki memberi cagaran deposit dengan kadar dua setengah
peratus (2.5%) daripada jumlah kontrak atau lima peratus (5%)
sekiranya nilai kontrak melebihi RM500,000.00.
6.2.

Bon pelaksanaan ini hendaklah dalam bentuk jaminan daripada bank


berdaftar di Malaysia yang diluluskan. Bagi kontrak yang bernilai tidak
melebihi RM500,000.00 jaminan insurans daripada syarikat-syarikat
insurans yang berdaftar di Malaysia yang diluluskan boleh diterima
selain daripada jaminan bank.

6.3.

Bon pelaksanaan ini hendaklah sah laku tidak kurang daripada 12


bulan daripada tarikh tamat kontrak yang dipersetujui.

DERAF
6.4.

Penyebutharga yang berjaya dan telah mengikat kontrak dengan


Kerajaan dikehendaki membayar tuntutan ganti rugi sekiranya didapati
pihak penyebutharga melanggar syarat-syarat kontrak (breach of
contract) dan disabitkan kesalahan.

7.

TEMPOH PROJEK
Penyebutharga hendaklah memastikan bahawa projek dilaksanakan dalam
tempoh masa tiga (3) bulan atau sebelum 30 November 2012 atau manamana yang lebih awal daripada tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani.

8.

LIQUIDATED ASCERTAINED DAMAGES (LAD)


Penyebutharga hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada pihak
Kerajaan bagi sebarang kelewatan yang dihadapi dengan penjelasan yang
sewajarnya. Liquidated Ascertained Damages (LAD) dengan maksimum 1%
daripada kos keseluruhan projek akan dikenakan bagi setiap satu hari (1)
kelewatan daripada tarikh akhir projek yang ditetapkan jika kelewatan
tersebut disebabkan oleh penyebutharga.

9.

LOKASI PROJEK
Projek hendaklah dijalan dan dilaksanakan di lokasi seperti berikut :
i. Kementerian Luar Negeri,

Wisma Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra,

Presint 2, 62602 Wilayah Persekutuan Putrajaya.


10.

HAKMILIK (COPYRIGHT) KE ATAS DOKUMENTASI DAN KOD SUMBER


Hakmilik ke atas semua dokumentasi dan kod sumber (source code) adalah
menjadi hakmilik Kerajaan sepenuhnya.

11.

SISTEM KEHADIRAN KAD AKSES DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI


(KLN) SEDIA ADA

DERAF

11.1. Latar Belakang


Kementerian Luar Negeri ketika ini menggunakan sistem kehadiran
kad akses model IBS Technology dan Metronic (Honeywell) sejak
September 2001 iaitu sewaktu perpindahan Wisma Putra ke Putrajaya.
Kedua-dua blok Bangunan WP1 dan WP2 mempunyai jumlah
keseluruhan 73 akses laluan keluar masuk. Sebanyak 32 unit
daripadanya merupakan model IBS Technology manakala selebihnya
41 model Metronic. Sistem ini dilengkapi dengan sistem perakam
waktu kehadiran pejabat dan pemantauan rekod akses bangunan,
namun ia tidak dapat berfungsi secara sepenuhnya disebabkan
kerosakan teknikal yang meliputi fizikal dan perisian sistem.
11.2

Isu-isu penggunaan Sistem Kehadiran Kad Akses sedia ada


Sistem sedia ada yang digunapakai bermula dari tahun 2001 pernah
mengalami beberapa masalah teknikal pada tahun 2010. Antara
masalah yang sering dialami adalah seperti berikut:
(a)

Isu Teknikal

i. Access card reader produk IBS Technology telah mengalami


kerosakan dan keadaan ini mengakibatkan sesetengah pengguna
tidak dapat mengakses beberapa laluan pintu masuk di kedua-dua
Bangunan WP1 dan WP2. Kerosakan access card reader adalah
disebabkan masalah komponen elektronik dalaman yang membawa
kepada kegagalan sistem mengenal pasti maklumat yang disimpan
di dalam sistem access card;
ii. Sistem network (produk Metronic) pernah mengalami gangguan
disebabkan masalah cable fiber optic yang disambungkan di antara
access card reader dan controller. Kerosakan berpunca daripada

10

DERAF
pendawaian yang telah rosak mengambilkira faktor usia penggunaan
yang telah lama; dan
iii. Kerosakan komponen elektronik di dalam controller utama seperti
capasitor, wiring dan memory saver disebabkan usia peralatan yang
lama;
(b)

Isu Penyelenggaraan

i. Memandangkan kedua-dua sistem yang digunakan merupakan


sistem yang lama, kadar kekerapan sistem mengalami gangguan
adalah tinggi. Didapati sistem akan mengalami gangguan sekurangkurangnya sekali dalam tempoh sebulan hingga dua bulan. Ini
menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan sistem perlu dibuat
dengan kerap; dan
ii. Syarikat penyelenggaran juga berhadapan masalah mendapatkan
bekalan alat ganti di pasaran bagi kedua-dua produk kerana faktor
usia yang lama. Kos alat ganti juga adalah tinggi mengambilkira
penawaran produk yang telah berkurangan;
(c)
i.

Isu Dua Sistem Berbeza Untuk Tujuan Yang Sama


Sistem kad akses sedia ada mengguna pakai sistem yang berbeza

iaitu IBS Technology dan Metronic. Sekalipun kedua-dua sistem ini


boleh merakam kedatangan pegawai ke pejabat namun ianya
bertindak secara berasingan dan tidak selaras (not integrated)
mengakibatkan setiap penjawat awam Wisma Putra perlu dibekalkan
dengan 2 kad yang berbeza;
ii. Dari aspek rakaman kehadiran ke pejabat, sekiranya Bahagian ingin
mengesahkan kehadiran seseorang pegawai, kedua-dua sistem ini
perlu dibuka bagi memastikan status pegawai berkenaan. Sekiranya
pegawai memasuki pejabat menggunakan pintu yang menggunakan
11

DERAF
reader IBS, maka maklumat yang diinginkan perlu diperolehi daripada
sistem IBS technology. Keadaan yang sama juga berlaku kepada
reader Metronic.

Hal ini akan menimbulkan kesukaran kepada

pentadbir / pihak pengurusan untuk memastikan laluan mana yang


diikuti

oleh

seseorang

pegawai

kerana

pegawai

berkenaan

adakalanya tidak menggunakan laluan yang sama dalam sehari;


iii. Berbanding dengan sistem IBS Technology, sistem Metronic tidak
mempunyai software yang dapat membantu menjana rekod kehadiran
menyebabkan pentadbir harus meneliti setiap apa yang dipaparkan di
skrin komputer dan mencatit satu persatu status pergerakan pegawai
sewaktu di pejabat.

12.

PROJEK SISTEM KEHADIRAN KAD AKSES KLN


12.1. Objektif Projek
12.1.1. Tujuan projek adalah untuk menggantikan sistem kehadiran
kad akses sedia ada di KLN
12.1.2. Perolehan

Sistem

penyeragaman

Kehadiran

sistem

kad

Kad

akses

Akses
di

KLN,

membolehkan
pemantauan

keselamatan yang lebih berkesan dan pemantauan kehadiran


penjawat awam di KLN.
12.1.3. Sistem

yang

dicadangkan

adalah

sebuah

sistem

yang

mempunyai fungsi yang terkini yang terdapat di pasaran masa


kini.
12.2. Skop Projek
12.2.1.

Membekal, menghantar, memasang, menguji, melatih dan


mentauliah Sistem Kehadiran Kad Akses di Kementerian Luar

12

DERAF
Negeri, Wisma Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2,
62602 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
12.2.2.

Sistem yang ditauliahkan adalah untuk semua kakitangan


Wisma Putra dan pekerja di Kementerian Luar Negeri.

12.3. Penyebutharga hendaklah melaksanakan aktiviti dalam projek seperti


berikut:
12.3.1.

Membekalkan

Sistem

Kehadiran

Kad

Akses

termasuk

pangkalan data.
12.3.2.

Penghantaran dan pemasangan bagi semua perkakasan,


perisian dan hendaklah dibuat pada server baru yang
ditempatkan di KLN.

12.3.3.

Melaksanakan pengujian ke atas semua perkakasan, perisian


dan sistem kehadiran kad akses termasuk pangkalan data.

12.3.4.

Penyebutharga hendaklah membekalkan keperluan bagi


semua modul untuk Sistem Kehadiran Kad Akses seperti
dalam Spesifikasi Keperluan Teknikal seperti di Lampiran II.

12.3.5.

Penyebutharga hendaklah melaksanakan aktiviti berikut:


i.

Kemasukan data baru bagi maklumat kakitangan wisma


putra dan pekerja di KLN.

12.4. Keperluan Pelaksanaan Projek


12.4.1. Spesifikasi Teknikal

13

DERAF
Penyebutharga dikehendaki mengemukakan huraian lengkap
ke atas cadangan keperluan spesifikasi teknikal berdasarkan
kepada spesifikasi yang dinyatakan di dalam sebutharga ini.
Sila rujuk Lampiran II bagi maklumat spesifikasi teknikal yang
mesti dipatuhi.
12.4.2. Cadangan Pelaksanaan dan Pasukan Projek
i. Penyebutharga dikehendaki menyediakan cadangan pelan
pelaksanaan dan pasukan projek yang komprehensif bagi
melaksanakan projek ini.
ii.Penyebutharga

dikehendaki

menyediakan

satu

Jadual

Pelaksanaan yang terperinci dan lengkap bagi tujuan


keseluruhan
pelaksanaan

pelaksanaan
adalah

projek

seperti

di

(cadangan
Lampiran

jadual
IV).

Penyebutharga juga dikehendakki untuk menyediakan


jadual pelaksanaan dalam bentuk Gantt Chart supaya lebih
jelas.
iii. Penyebutharga hendaklah memastikan bahawa projek
dilaksanakan dalam tempoh masa tiga (3) bulan atau
sebelum 30 November 2012 atau mana-mana yang lebih
awal daripada tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani.
iv. Penyebutharga dikehendaki menyenaraikan ketua dan ahli
pasukan projek dan pengalaman masing-masing dalam
melaksanakan Sistem Kehadiran Kad Akses seperti di
(Lampiran V).

12.4.3. Latihan

14

DERAF
i. Latihan penggunaan sistem bagi aplikasi Sistem Kehadiran
Kad Akses hendaklah disedia dan diberikan kepada
kakitangan KLN yang terlibat dalam pengoperasian sistem.

ii.Penyebutharga

mesti

menyatakan

dengan

terperinci

cadangan latihan seperti jenis latihan, tempoh, bilangan


peserta dan material/dokumentasi latihan yang akan
disediakan (cadangan jadual latihan adalah seperti di
Lampiran III).
iii. Setiap peserta latihan hendaklah dibekalkan dengan satu
(1) salinan material/dokumentasi latihan.
12.4.4. Dokumentasi
i. Dokumentasi

yang

terperinci

hendaklah

disediakan,

merangkumi dokumentasi seperti berikut:

Dokumen Perancangan Projek

Dokumentasi Sistem

Dokumentasi/Cadangan Latihan

Pelan Ujian (Test Plan)

Skrip Ujian (Test Script)

Manual Pengguna

Manual dan Konfigurasi Sistem dan Server

Laporan Akhir Projek.

ii.Dokumentasi bagi Dokumentasi Sistem, Manual Pengguna,


Manual dan Konfigurasi Sistem dan Server hendaklah
diserahkan kepada Kerajaan sebanyak dua (2) salinan
dalam bentuk hardcopy dan softcopy (DVD).

15

DERAF
iii. Kerajaan berhak untuk menyalin semula, meminda dan
mengedarkan semula semua dokumentasi yang telah
dibekalkan.
12.5. Tempoh Jaminan
12.5.1. Penyebutharga

hendaklah

menawarkan

jaminan

terhadap

sistem aplikasi dan perkakasan yang dibekalkan selama


sekurang-kurangnya dua puluh empat (24) selepas tarikh
penerimaan akhir.
12.5.2. Semua perkhidmatan sokongan teknikal dan penyelenggaraan
sistem dan perkakasan hendaklah diberikan secara percuma
selama tempoh jaminan.
12.5.3. Dalam tempoh jaminan, sistem aplikasi dijamin dari segi
keberkesanan

penyampaian,

prestasi,

kelancaran

dan

keselamatannya termasuk fault tolerant 100 concurrent client


sessions.
12.5.4. Sebarang bugs/error dan masalah ke atas sistem, sistem
pengoperasian dan perkakasan yang dilaporkan hendaklah
diselesaikan dalam tempoh (response time) yang ditetapkan.
12.5.5. Pembekal

hendaklah

mengemaskini

patches

mengikut

keperluan ke atas sistem dan sistem pengoperasian.


12.5.6. Kerja-kerja preventive maintenance (PM) hendaklah dijalankan
secara

berkala

sebanyak

empat

(4)

kali

setahun.

Penyebutharga hendaklah menyediakan laporan PM setiap kali


PM dilaksanakan.

16

DERAF
12.5.7. Penyebutharga hendaklah menyatakan dengan lengkap dan
jelas jenis perkhidmatan yang disediakan dalam tempoh
jaminan serta syarat dan termaterma yang terlibat.
12.6. Penyelenggaraan Selepas Tempoh Jaminan
Kerajaan tidak terikat dengan penyebutharga untuk perkhidmatan
penyelenggaraan ke atas sistem aplikasi selepas tempoh jaminan.

17

DERAF
SENARAI SEMAK (CHECKLIST)
SEBUTHARGA KLN SH11/2012
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN
MENTAULIAH SISTEM KEHADIRAN KAD AKSES DI KEMENTERIAN LUAR
NEGERI, WISMA PUTRA, NO. 1, JALAN WISMA PUTRA, PRESINT 2, 62602
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.

Arahan kepada Penyebutharga:


1.

Sila tandakan

2.

Pastikan senarai semak ini diisi dengan lengkap dan dikepilkan di luar
sampul CADANGAN TEKNIKAL.

3.

Nama syarikat tidak dibenarkan untuk dicetak di mana-mana helaian di


dalam Cadangan Teknikal.

bagi dokumen-dokumen yang disediakan.

CADANGAN TEKNIKAL
1. Bahagian 1 Cadangan Teknikal Daripada Penyebutharga
Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal seperti

a)
di Lampiran II.

2. Bahagian 2 Jadual Latihan seperti di Lampiran III.


3. Bahagian 3 Jadual Pelaksanaan seperti di Lampiran IV.
4. Bahagian 4 Jadual Pengalaman Penyebutharga seperti di
Lampiran V.

18

DERAF
SENARAI SEMAK (CHECKLIST)
SEBUTHARGA KLN SH11/2012
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN
MENTAULIAH SISTEM KEHADIRAN KAD AKSES DI KEMENTERIAN LUAR
NEGERI, WISMA PUTRA, NO. 1, JALAN WISMA PUTRA, PRESINT 2, 62602
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.

Arahan kepada Penyebutharga:


1.

Sila tandakan

2.

Pastikan senarai semak ini diisi dengan lengkap dan dikepilkan di luar
sampul CADANGAN KEWANGAN.

bagi dokumen-dokumen yang disediakan.

CADANGAN KEWANGAN
1.

Bahagian 1 Keterangan Mengenai Penyebutharga


a)

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dengan


Kementerian
Kewangan

b)

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera


dengan
Kementerian Kewangan, jika ada

c)

Surat rasmi daripada syarikat yang mengambil bahagian


dengan
keterangan mengenai penyebutharga

d)

Surat Jaminan Penyebutharga seperti di Lampiran VIII.

e)

Surat Akuan Pembida (Integrity Pact) seperti di Lampiran


IX.

2.

Bahagian 2 Jadual Harga


a)

Jadual Harga seperti di Lampiran I.

19

DERAF
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN I - JADUAL HARGA
1. Penyebutharga boleh mengemaskini maklumat yang dihantar sebelum tarikh
tutup Sebutharga.
2. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih.
LAMPIRAN II - JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
Penyebutharga dikehendaki mengemukakan maklumat spesifikasi teknikal
keterangan terperinci yang berkaitan.

dan

LAMPIRAN III JADUAL LATIHAN


Penyebutharga dikehendaki mengemukakan Jadual Latihan dengan lengkap.
LAMPIRAN IV JADUAL PELAKSANAAN
Penyebutharga dikehendaki mengemukakan Jadual Pelaksanaan dengan lengkap.
LAMPIRAN V - JADUAL PENGALAMAN PENYEBUTHARGA
A. Penyebutharga dikehendaki mengemukakan pengalaman yang berkaitan
pelaksanaan Sistem Kehadiran Kad Akses dalam tempoh lima (5) tahun terakhir
di antara tahun 2008 hingga 2012.
B. Penyebutharga dikehendaki menyenaraikan ketua dan ahli pasukan projek dan
pengalaman masing-masing dalam melaksanakan Sistem Kehadiran Kad Akses.
LAMPIRAN VI - CONTOH BORANG JAMINAN BANK
Penyebutharga yang berjaya dikehendaki mengemukakan borang jaminan bank
untuk bon pelaksanaan.
LAMPIRAN VII - CONTOH PERJANJIAN
Penyebutharga yang berjaya dikehendaki mengemukakan satu kontrak perjanjian
yang lengkap dengan pihak Kementerian Luar Negeri bagi menentukan termaterma yang dipersetujui.

20

DERAF
LAMPIRAN VIII - CONTOH SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA
Penyebutharga dikehendaki mengemukakan Surat Jaminan Penyebutharga yang
lengkap.
LAMPIRAN IX - SURAT AKUAN PEMBIDA (INTEGRITY PACT)
Penyebutharga dikehendaki mengemukakan Surat Akuan Pembida yang lengkap.
LAMPIRAN X SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
Penyebutharga yang berjaya dikehendaki mengemukakan Surat Akuan Pembida
Berjaya yang lengkap.

21

DERAF

LAMPIRAN I

22

DERAF
LAMPIRAN I
JADUAL HARGA
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH SISTEM KEHADIRAN KAD AKSES DI
KEMENTERIAN LUAR NEGERI, WISMA PUTRA, NO. 1, JALAN WISMA PUTRA, PRESINT 2, 62602 WILAYAH
PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
HARGA JUALAN
BIL.

BUTIRAN

Perisian Aplikasi
Sila nyatakan

Perisian Pangkalan Data


Sila nyatakan

Perkakasan

1.

Work station

2.

Accessories

3.

Door Access Card Reader

4.

Entrance Gate Card Reader

5.

Access Card termasuk


Customized Notification Sticker
bahagian hadapan dan belakang

KUANTITI

SEUNIT
(RM)

142 Unit
3 Unit
2000 Set

23

JUMLAH
(RM)

JUMLAH
(RM)

DERAF
HARGA JUALAN
BIL.

BUTIRAN

Perisian Lain

1.

Sila Nyatakan

Latihan

1.

Technical/Back up Training

2.

System Management

Kemasukan Data

Lain-lain
Sila nyatakan

KUANTITI

SEUNIT
(RM)

KOS KESELURUHAN

Nota : Borang ini hendaklah diisi sepenuhnya dan disertakan bersama tawaran sebutharga.

24

JUMLAH
(RM)

JUMLAH
(RM)

DERAF

LAMPIRAN II

25

DERAF
LAMPIRAN II
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH SISTEM KEHADIRAN KAD AKSES DI
KEMENTERIAN LUAR NEGERI, WISMA PUTRA, NO. 1, JALAN WISMA PUTRA, PRESINT 2, 62602 WILAYAH
PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
Sila isikan ruang Spesifikasi Cadangan dengan jelas. Perkataan YA atau TIDAK tidak akan diterima sebagai memenuhi
spesifikasi yang ditawarkan. Nyatakan adakah cadangan spesifikasi yang ditawarkan penyebutharga adalah lebih rendah (R), setara
(S) atau lebih tinggi (T) daripada yang diperlukan di dalam spesifikasi minimum.

26

DERAF
1.0 SISTEM KEHADIRAN KAD AKSES

27

BIL.
1.0
DERAF

SPESIFIKASI MINIMUM

MANDATORI

SPESIFIKASI
CADANGAN

CATATAN
(R/S/T)

Keperluan Umum (General Requirements)


Controller
Specification
Environment
temperature

Description
-20 C to +75 C
RS485, 9600, N, 8, 1

Serial port
1.1

1 bus for host PC, 2 bus


for reader.

Power consumption

15-24 VDC.
Maximum 2.5 W.

Weight

Maximum 2000 gram

Card users
Memory transaction
Time zone
Holiday

Minimum 10,000 users


Minimum 10,000
Minimum 50 zones
Minimum 100 days

Door Access Card Reader


Item

1.2

M
Specification

RF Frequency

125KHz /13.56MHz

Power Req

irement
9-16VDC

Power Consumption

125KHz/13.56Mhz
80mA/0.7W

Communication Interface

WG 26 / 34, ABA-II,
ASYNC, OMRON

Baud Rate
Environment

9601 bps (N, 8, 1)


-20C to +75C

Proximity Reading Range

0-15cm atau setara

Indicator
Keypad

A bi-color LED and


beeper
Yes

28

Nota : R

Rendah;
S
Setara;
TTinggi

DERAF
Borang ini hendaklah diisi sepenuhnya dan disertakan bersama tawaran sebutharga

29

DERAF

LAMPIRAN III

30

DERAF
LAMPIRAN III
JADUAL LATIHAN
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH SISTEM KEHADIRAN KAD AKSES DI
KEMENTERIAN LUAR NEGERI, WISMA PUTRA, NO. 1, JALAN WISMA PUTRA, PRESINT 2, 62602 WILAYAH PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA.

BIL.

KATEGORI LATIHAN

1.

Latihan Pengguna.
Sila nyatakan.

2.

Latihan Teknikal.
Sila nyatakan.

NAMA KURSUS

BILANGAN
PESERTA

JANGKA MASA
(HARI)

Nota: Borang ini hendaklah diisi sepenuhnya dan disertakan bersama tawaran sebutharga.

31

KAEDAH
PENGENDALIAN

TEMPAT

DERAF

LAMPIRAN IV

32

DERAF
LAMPIRAN IV
JADUAL PELAKSANAAN
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH
SISTEM KEHADIRAN KAD AKSES DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI, WISMA
PUTRA, NO. 1, JALAN WISMA PUTRA, PRESINT 2, 62602 WILAYAH
PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Perkara

Minggu
Mula

Minggu
Tamat

Tempoh Masa
(Minggu)

Kajian keperluan
Penyediaan laporan/jadual
pelaksanaan oleh pembekal
Penghantaran dan pemasangan
perkakasan
Pengujian Perkakasan
Pemasangan Sistem
Pemindahan Data
Pengujian Sistem
Latihan
Penyediaan dokumentasi
Serahan sistem
JUMLAH MINGGU

Nota :

1) Minggu Pertama bermula daripada tarikh penyebutharga menerima surat setuju terima.
2) Borang ini hendaklah diisi sepenuhnya dan disertakan bersama tawaran sebutharga.

33

DERAF

LAMPIRAN V

34

DERAF
LAMPIRAN V
JADUAL PENGALAMAN PENYEBUTHARGA
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH SISTEM KEHADIRAN KAD AKSES DI
KEMENTERIAN LUAR NEGERI, WISMA PUTRA, NO. 1, JALAN WISMA PUTRA, PRESINT 2, 62602 WILAYAH PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA.
Sila nyatakan pengalaman yang berkaitan dalam tempoh lima (5) tahun yang terakhir di antara tahun 2008 hingga 2012.
NAMA KONTRAK/PROJEK
BIL.

(Sila

nyatakan
samada
sebagai
kontraktor utama atau sub-kontraktor
untuk projek berkenaan)

NAMA DAN ALAMAT


JABATAN/AGENSI

TEMPOH KERJA/
PERKHIDMATAN

Nota: Borang ini hendaklah diisi sepenuhnya dan disertakan bersama tawaran sebutharga.

35

NILAI
(RM)

PEGAWAI RUJUKAN
JABATAN/AGENSI

DERAF

LAMPIRAN VI

36

DERAF
LAMPIRAN VI
CONTOH
BORANG JAMINAN BANK UNTUK BON PELAKSANAAN
KONTRAK BEKALAN/PERKHIDMATAN
12.6.1.

Sebagai balasan kepada Kontrak No. yang dibuat

antara Kerajaan Malaysia, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Kerajaan) dan
..,

(kemudian

daripada

ini

dirujuk

sebagai

Kontraktor) bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Melatih dan


Mentauliah Sistem Kehadiran Kad Akses Di Kementerian Luar Negeri,

Wisma

Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
(kemudian daripada ini dirujuk sebagai Kontrak) kami yang bertandatangan di bawah,
(kemudian daripada ini dirujuk sebagai Penjamin) atas permohonan Kontraktor,
mengaku janji yang tak boleh batal untuk memberi Jaminan kepada Kerajaan ke atas
pelaksanaan yang sepatutnya Kontrak tersebut mengikut cara sebagaimana yang
terdapat kemudian daripada ini.
MAKA Penjamin dengan ini bersetuju dengan Kerajaan seperti berikut:
1.

Apabila Kerajaan membuat tuntutan bertulis, maka Penjamin hendaklah dengan

serta merta membayar kepada Kerajaan nilai yang ditentukan di dalam tuntutan tersebut
tanpa mengira sama ada terdapat apa-apa bantahan atau tentangan daripada
Kontraktor atau Penjamin atau mana-mana pihak Ketiga yang lain dan tanpa bukti atau
bersyarat. Dengan syarat sentiasanya bahawa jumlah tuntutan yang dibuat tidak
melebihi sebanyak Ringgit Malaysia . (RM..) dan
bahawa tanggungan Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan di bawah Perjanjian ini
tidak melebihi nilai tersebut di atas.
2.

Kerajaan berhak untuk membuat apa-apa tuntutan separa jika dikehendakinya

dan jumlah kesemua tuntutan separa itu hendaklah tidak melebihi nilai Ringgit Malaysia
. (RM) dan liabiliti Penjamin untuk membayar
kepada Kerajaan jumlah yang disebutkan terdahulu hendaklah dikurangkan dengan

37

DERAF
perkadaran yang bersamaan dengan apa-apa bayaran separa yang telah dibuat oleh
Penjamin.
3.

Penjamin tidak boleh dibebaskan atau dilepaskan dari Jaminan ini oleh sebarang

perkiraan yang dibuat antara Kontraktor dan Kerajaan sama ada dengan atau tanpa
persetujuan Penjamin atau oleh sebarang perubahan tentang kewajipan yang diaku janji
oleh Kontraktor atau oleh sebarang penangguhan sama ada dari segi pelaksanaan,
masa, pembayaran atau sebaliknya.
4.

Jaminan ini adalah Jaminan yang berterusan dan tidak boleh dibatalkan dan

berkuat kuasa sehingga (kemudian daripada ini disebut Tarikh Mati


Asal) (Initial Expiry Date) iaitu dua puluh empat (24) bulan tarikh tamat Kontrak atau
selepas penghantaran/penyiapan terakhir mengikut mana yang terkemudian atau di
dalam keadaan di mana Kontrak dibatalkan, satu (1) tahun selepas tarikh Kontrak
dibatalkan. Penjamin hendaklah melanjutkan Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date)
Jaminan ini untuk tempoh tambahan selama tidak melebihi satu (1) tahun daripada
Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) (kemudian daripada ini disebut Tarikh Mati
Lanjutan) (Extended Expiry Date) apabila diminta oleh Kerajaan dan Jaminan ini adalah
dengan ini dilanjutkan. Jumlah agregat maksimum yang Kerajaan berhak di bawah
Perjanjian

ini

mestilah sentiasa dipastikan tidak melebihi jumlah Ringgit Malaysia

(RM.).
5.

Apa-apa tanggungjawab dan tanggungan Penjamin di bawah Perjanjian ini

hendaklah luput apabila Perjanjian ini tamat pada Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date)
atau Tarikh Mati Lanjutan (Extended Expiry Date) melainkan jika sebelumnya Kerajaan
telah meminta secara bertulis kepada Penjamin untuk membayar sejumlah wang
tertentu yang masih belum dijelaskan mengikut peruntukan Kontrak.
6.

SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN DENGAN JAMINAN INI, JIKA ADA, MESTILAH

DITERIMA OLEH PIHAK BANK DALAM TEMPOH SAH LAKU JAMINAN INI ATAUPUN
DALAM MASA EMPAT (4) MINGGU DARI TAMATNYA TARIKH JAMINAN INI,
MENGIKUT MANA YANG LEBIH KEMUDIAN.

38

DERAF
PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah
menurunkan tandatangan dan meteri mereka pada hari dan tahun yang mula-mula
tertulis di atas.

Ditandatangani untuk

dan bagi pihak Penjamin

Nama: ..

di hadapan

Jawatan: .

Cop Bank:

(Saksi)
Nama: ..
Jawatan: .
Cop Bank:

39

DERAF

LAMPIRAN VII

40

DERAF
LAMPIRAN VII

CONTOH PERJANJIAN
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH
SISTEM KEHADIRAN KAD AKSES DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI, WISMA
PUTRA, NO. 1, JALAN WISMA PUTRA, PRESINT 2, 62602 WILAYAH
PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.

SATU PERJANJIAN dibuat pada haribulan ..... 2012 di


antara ............................................... yang beralamat di
........ (kemudian daripada ini disebut
sebagai Kontraktor di mana sebutan ini meliputi wasi-wasi, pentadbir-pentadbir dan
pemindah-pemindah haknya) bagi satu pihak dengan KERAJAAN MALAYSIA

yang

diwakili oleh KEMENTERIAN LUAR NEGERI, WISMA PUTRA, NO. 1, JALAN WISMA
PUTRA, PRESINT 2, 62602 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (kemudian
daripada ini disebut sebagai Kerajaan) bagi pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA Kerajaan bersetuju untuk melantik Kontraktor dan Kontraktor bersetuju


untuk melaksanakan projek Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Melatih
dan Mentauliah Sistem Kehadiran Kad Akses Di Kementerian Luar Negeri, Wisma
Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
(kemudian daripada ini disebut sebagai Projek) mengikut syarat-syarat yang dinyatakan
kemudian daripada ini.

Adalah dengan ini dipersetujui seperti berikut:-

41

DERAF
1.1

INTERPRETASI

1.2

Perkataan Lokasi hendaklah bererti suatu kawasan atau tempat di mana


projek dijalan dan dilaksanakan, iaitu Kementerian Luar Negeri, Wisma
Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Wilayah Persekutuan
Putrajaya.

1.3

Perkataan Sistem hendaklah bererti Sistem Kehadiran Kad Akses


berpusat Kementerian Luar Negeri.

1.4

SKOP KERJA

1.5

Skop Projek
2.11

Membekal, menghantar, memasang, menguji, melatih

dan

mentauliah Sistem Kehadiran Kad Akses di Kementerian Luar Negeri,


Wisma Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Wilayah
Persekutuan Putrajaya.
2.12

Sistem yang ditauliahkan adalah untuk semua kakitangan Wisma


Putra dan pekerja di KLN.

2.2

Penyebutharga hendaklah melaksanakan aktiviti dalam projek seperti


berikut:
2.21

Membekalkan Sistem Kehadiran Kad Akses termasuk pangkalan


data.

2.22

Penghantaran dan pemasangan bagi semua perkakasan, perisian


dan hendaklah dibuat pada server baru yang ditempatkan di KLN.

2.23

Melaksanakan pengujian ke atas semua perkakasan, perisian dan


Sistem Kehadiran Kad Akses termasuk pangkalan data..

2.24

Penyebutharga hendaklah membekalkan keperluan bagi semua


modul untuk Sistem Kehadiran Kad Akses yang terkini sekurangkurangnya

bagi

circulation,
42

cataloguing,

acqusitions,

serials,

DERAF
bibliographic file dan standard reporting seperti dalam Spesifikasi
Keperluan Teknikal seperti di Lampiran II.
2.25

Penyebutharga hendaklah melaksanakan pemindahan data seperti


berikut:
ii.

Data sedia ada di dalam Sistem Kehadiran Kad Akses ke


sistem baru.

2.26

Menyediakan latihan pengguna bagi pentadbir sistem dan latihan


teknikal.

2.27

Melaksanakan penyelenggaraan ke atas Sistem Kehadiran Kad


Akses dan pangkalan data, perisian dan perkakasan yang terlibat di
dalam projek sepenjang tempoh waranti.

2.28

Melaksanakan penyelenggaraan ke atas Sistem Kehadiran Kad


Akses dan pangkalan data, perisian dan perkakasan yang terlibat di
dalam projek sepenjang tempoh waranti.

1.6

SPESIFIKASI, HARGA DAN KUANTITI


Kontraktor akan menjalankan Projek kepada Kerajaan mengikut penentuanpenentuan yang ditetapkan dalam spesifikasi, harga dan kuantiti seperti
Sebutharga KLN Bil. XX/2012.

1.7

TEMPOH KONTRAK

Perjanjian ini berkuatkuasa selama tempoh dua puluh empat (24) bulan bermula
daripada xxx to xxx (Tempoh Kontrak).
1.8

HAK KERAJAAN APABILA PROJEK LEWAT ATAU GAGAL DILAKSANAKAN.

1.9

Sekiranya Projek lewat atau gagal dilaksanaan oleh Kontraktor di dalam


tempoh masa yang ditetapkan, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini
mengikut Fasal 15 dan seterusnya menuntut gantirugi ke atas apa-apa

43

DERAF
kerugian yang dialami dan ditanggung oleh Kerajaan akibat daripada
penamatan tersebut.
1.10

Kontraktor boleh dikenakan bayaran penalti sebanyak tidak melebihi 1%


daripada nilai harga Perjanjian itu bagi setiap hari kelewatan daripada Final
Acceptance Test yang ditetapkan sebagai pampasan kepada Kerajaan.

1.11

SET OFF/TOLAKAN

Kerajaan boleh memotong mana-mana wang yang kena dibayar oleh Kontraktor
mengikut peruntukan dalam Perjanjian ini daripada apa-apa wang yang Kerajaan
terhutang kepada Kontraktor.

Jika wang yang Kerajaan terhutang kepada

Kontraktor itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan


boleh menuntut baki wang itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah
membuat pembayaran selewat-lewatnya sebulan selepas menerima notis
tuntutan itu.
1.12

PEMBAYARAN
Jumlah harga Perjanjian ini sepertimana yang ditetapkan dalam Sebutharga Bil.
xxx/2012, Jadual Harga hendaklah termasuk kos-kos pembangunan sistem,
pengujian dan perakuan di Lokasi yang ditetapkan oleh Kerajaan dan ianya juga
adalah termasuk semua cukai-cukai yang berkaitan.

1.13

PERUBAHAN TERHADAP SPESIFIKASI-SPESIFIKASI YANG DIKEHENDAKI


1.14

Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari masa ke semasa spesifikasispesifikasi yang terkandung di dalam Perjanjian ini. Mulai dari tarikh yang
dinyatakan oleh Kerajaan, Sistem hendaklah mengikut perubahanperubahan tersebut.

1.15

Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan


bagi pengeluaran atau perubahan ke atas tempoh pelaksanaan maka
harga Perjanjian dan masa penyerahan bagi Sistem yang terlibat dengan
perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak.

1.16

PAMPASAN

1.17

Kontraktor hendaklah memberi pampasan kepada Kerajaan daripada dan


terhadap segala bayaran, tuntutan, belanja, gantirosak, tanggungan,
44

DERAF
kerugian dan pembicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan
ke atas Kerajaan sebagai akibat yang langsung atau tidak langsung dari
perlanggaran Perjanjian ini oleh Kontraktor.
1.18

Kontraktor hendaklah memberi pampasan kepada Kerajaan terhadap apaapa juga tindakan tentang perlanggaran Surat Jaminan Hak atau
Rekabentuk Berdaftar (yang disiarkan pada tarikh Perjanjian ini) kerana
mengguna atau menjual Sistem yang dibekalkan oleh Kontraktor di bawah
Perjanjian ini dan terhadap segala belanja dan gantirosak yang Kerajaan
mungkin lakukan dalam sesuatu tindakan kerana perlanggaran itu atau
yang Kerajaan mungkin bertanggungjawab dalam sesuatu tindakan itu.

1.19

WARANTI
1.20

Kontraktor memberi jaminan bahawa Sistem akan berfungsi dan


beroperasi mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta menjamin bahawa
Sistem adalah bebas daripada sebarang kerosakan.

1.21

Tempoh waranti bagi barang-barang tersebut adalah tiga puluh enam (36)
bulan mulai dari tarikh penerimaan akhir.

1.22

Sekiranya dalam tempoh waranti tersebut Kerajaan mendapati bahawa


prestasi Sistem tidak memuaskan dan ianya bukan disebabkan kecuaian
Kerajaan, Kontraktor hendaklah membaiki Sistem tersebut tanpa apa-apa
bayaran tambahan.

1.23

Sekiranya Kontraktor gagal membaiki Sistem yang tidak berfungsi dengan


memuaskan, maka Kerajaan boleh sama ada:a)

Mendapatkan mana-mana orang berkelayakan bagi membaiki


Sistem tersebut di mana semua kos yang dikenakan bagi tujuan
tersebut hendaklah ditanggung oleh Kontraktor; atau

b)

Memulangkan Sistem tersebut dan Kontraktor hendaklah membayar


denda, pampasan dan kos-kos yang terlibat dengan pemulangan
tersebut; atau

c)

1.24

Menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 15.

Waranti yang diperuntukan di dalam Fasal ini tidak menghalang Kerajaan


daripada menggunakan lain-lain waranti yang wujud melalui kuatkuasa
undang-undang.
45

DERAF

1.25

PERBELANJAAN PERJALANAN DAN LAIN-LAIN KOS YANG BERKAITAN


Kontraktor akan mengadakan tenaga kerja dan menanggung semua perbelanjaan
perjalanan

dan

lain-lain

kos

yang

berkaitan

di

dalam

melaksanakan

tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini.


1.26

IKLAN
Iklan-iklan mengenai Perjanjian ini tidak boleh disiarkan di dalam sebarang
akhbar, majalah atau lain-lain cara pengiklanan tanpa kelulusan bertulis daripada
Kerajaan.

1.27

PEMAJAKAN DAN SUB KONTRAK


Kontraktor tidak boleh memajak atau mengsubkontrak Perjanjian ini atau apa-apa
bahagiannya tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada
Kerajaan.

1.28

PEMBERIAN MILIK
Kontraktor tidak boleh memberi milik Perjanjian ini atau mana-mana bahagiannya
atau memberi milik, menggadai janji, menggadai atau mempertanggungkan apaapa juga daripada wang yang kena dibayar atau yang telah genap masanya untuk
dibayar di bawah Perjanjian ini dan apa-apa faedah yang terlibat dari atau yang
mungkin terbit dari Perjanjian ini dengan tidak terlebih dahulu mendapat kelulusan
bertulis daripada Kerajaan.

1.29

FORCE MAJEURE
Tiada pihak yang bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan
dalam menjalankan obligasi-obligasi di bawah Perjanjian ini, jika ketinggalan atau
kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan seperti rusuhan, kekacauan
awam, kebakaran, banjir, peperangan, bahaya laut atau sebab-sebab atau
bahaya-bahaya seumpama yang di luar kawalan mana-mana pihak.

Dalam

keadaan sedemikian, mana-mana pihak yang terlibat dengan force majeure ini
hendaklah memberitahu pihak yang satu lagi dengan kadar yang segera sebabsebab ketinggalan atau kegagalan tersebut dan seterusnya meminta satu

46

DERAF
penambahan masa diberikan bagi melaksanakan obligasi-obligasi di bawah
Perjanjian ini.
1.30

PENAMATAN PERJANJIAN
1.31

Kerajaan boleh dengan memberi empat belas (14) hari notis bertulis
kepada Kontraktor menamatkan Perjanjian ini jika:i.

Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat


yang terdapat di dalam Perjanjian ini; atau

ii.

Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor


atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau berpindah bagi
pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor)
melakukan perbuatan rasuah atau melibatkan diri di dalam aktiviti
yang salah di sisi undang-undang.

1.32

Dengan penamatan Perjanjian ini apa-apa wang yang telah dibayar oleh
Kerajaan kepada Kontraktor di bawah Perjanjian ini akan dikembalikan
oleh Kontraktor kepada Kerajaan.

1.33

Penamatan Perjanjian ini oleh Kerajaan tidak akan melepaskan Kontraktor


daripada obligasi-obligasinya di bawah Perjanjian ini atau daripada apaapa bayaran yang tertunggak (jika ada) pada tarikh penamatan tersebut.

1.34

Walau apapun yang tersebut di dalam Fasal 15.1 di atas, Kerajaan adalah
sentiasa berhak menamatkan Perjanjian ini tanpa memberikan apa-apa
sebab dengan memberikan tiga puluh (30) hari notis bertulis kepada
Kontraktor.

1.35

PINDAAN-PINDAAN
Sebarang pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara
bertulis dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

1.36

NOTIS
Jika menurut peruntukan-peruntukan di dalam Perjanjian ini, satu notis
diperlukan, ia hendaklah diberi secara bertulis dan dihantar dengan pos berdaftar
atau diserahkan dengan tangan ke alamat seperti berikut:Untuk Kerajaan:

47

DERAF
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
WISMA PUTRA,
NO. 1, JALAN WISMA PUTRA,
PRESINT 2, 62602
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.

Untuk Kontraktor:

1.37

UNDANG-UNDANG
Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-Undang
Malaysia.

1.38

DUTI SETEM
Apa-apa duti setem yang harus dibayar berkenaan dengan Perjanjian ini akan
ditanggung oleh Kontraktor.

1.39

Dokumen-dokumen berikut hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca serta


ditafsirkan sebagai penting daripada Perjanjian ini, iaitu:(a)

Dokumen No. Sebutharga KLN Bil. SH11/2012

(b)

Syarat-Syarat Am dan Lain-Lain Syarat

(c)

Jadual Harga

(d)

Spesifikasi Keperluan

(e)

Surat Setuju Terima Tawaran

(f)

Jaminan Bank.

48

DERAF
PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah
menurunkan tandatangan dan meterai mereka pada hari dan tahun yang mula-mula
tertulis di atas.

Ditandatangani oleh....)
....)
Untuk dan bagi pihak KONTRAKTOR
)

.
(T/tangan Pegawai Yang Diberi Kuasa)

No. K/P:.....)
Jawatan Rasmi:.......)

Meteri/Cop Syarikat:

Di hadapan:
Nama:....)
No. K/P:.....)

.......
(T/tangan Saksi)

Jawatan Rasmi:.......)

Ditandatangani oleh........)
....)
Untuk dan bagi pihak KERAJAAN
)

..
(T/tangan Pegawai Yang Diberi Kuasa)

No. K/P:.)
Jawatan Rasmi:...)
Di hadapan:
Nama:....)
No. K/P:....)

(T/tangan Saksi)

Jawatan Rasmi:...)

Alamat:..)
.......)

49

DERAF

LAMPIRAN VIII

50

DERAF
LAMPIRAN VIII
SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA

Ketua Setiausaha,
Kementerian Luar Negeri
No 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62606 Putrajaya

Tuan,

Tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat sebutharga yang berkembar, saya yang
menurunkan tandatangan di bawah ini dengan ini mengambil bahagian sebutharga dan
menawarkan untuk Sebutharga Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Melatih
dan Mentauliah Sistem Kehadiran Kad Akses Di Kementerian Luar Negeri, Wisma
Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
yang dinyatakan di dalam dokumen Sebutharga termasuklah mematuhi syarat-syarat yang
dinyatakan di dalam perjanjian dokumen sebutharga yang mana dikembalikan bersama
dengan tawaran sebutharga ini (Kod Sebutharga : KLN Bil SH11/2012).
2.

Saya menurunkan tandatangan di bawah ini bersetuju menerima serta mematuhi

dan terikat dengan semua syarat-syarat sebutharga dan skop kerja yang ada di dalam
jadual sebutharga dan juga bersetuju di atas harga yang ditawarkan sebagai asas
perkiraan bagi pembayaran kepada perkhidmatan yang mana telah dipesan oleh
KEMENTERIAN LUAR NEGERI.

3.

Dengan ini juga telah difahami bahawa KEMENTERIAN LUAR NEGERI berhak

menerima atau menolak sebarang sebutharga ini, sama ada harga yang ditawarkan
rendah atau tinggi atau sama dengan sebutharga-sebutharga yang lain. Saya juga
bersetuju untuk menerima ke semua atau sebahagian dari skop kerja yang ditawarkan dan
sedia mengikut kehendak dan pertimbangan KEMENTERIAN LUAR NEGERI. Saya juga
bersetuju bahawa harga sebutharga yang saya beri ini akan laku (valid) dan tidak ditarik
balik dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebutharga.

51

DERAF

4.

Saya juga mengesahkan, setelah menyemak sendiri iaitu semua dokumen yang

digunakan untuk sebutharga ini adalah yang sebenar yang terdapat di dalam dokumen
sebutharga.

Nama Penyebutharga :

Alamat

: .

..
Tandatangan Penyebutharga
Cop Penyebutharga

.
Tarikh

: ........................

Nama Saksi : .
Alamat

: .
.

Tarikh

: ........................

52

..............................................
Tandatangan Saksi

DERAF

LAMPIRAN IX

53

DERAF
LAMPIRAN IX
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH
SISTEM KEHADIRAN KAD AKSES DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI, WISMA
PUTRA, NO. 1, JALAN WISMA PUTRA, PRESINT 2, 62602 WILAYAH
PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
SEBUTHARGA BIL. KLN SH11/2012
Saya, ......................................... nombor K.P. ..................... yang
mewakili ......................................................... nombor Pendaftaran
............................... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau
mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi
rasuah kepada mana-mana individu dalam ....................................... atau
mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebutharga*
seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya
mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba
menawar

atau

memberi

rasuah

kepada

mana-mana

individu

dalam

................................ atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk


dipilih dalam tender/sebutharga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat
bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1

Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; atau

2.2

Penamatan kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; dan

2.3

Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang


berkuat-kuasa.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih
dalam tender/sebutharga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera

54

DERAF
melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
...................
(Nama dan No. KP)
Cop Syarikat :

Catatan:
i) * Potong mana yang tidak berkenaan.
ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa.

55

DERAF

LAMPIRAN X

56

DERAF
LAMPIRAN X
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
BAGI
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH
SISTEM KEHADIRAN KAD AKSES DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI, WISMA
PUTRA, NO. 1, JALAN WISMA PUTRA, PRESINT 2, 62602 WILAYAH
PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.

SEBUTHARGA BIL. KLN SH11/2012


Saya, ........................................ nombor K.P. ..................... yang
mewakili .................................................................................. nombor Pendaftaran
.................. dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana
individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada
mana-mana individu dalam ................................................. atau mana-mana
individu lain, sebagai ganjaran untuk dipilih dalam tender/sebutharga* seperti di atas.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat
seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba
menawar

atau

memberi

.................................

rasuah
atau

kepada

mana-mana

mana-mana
individu

lain

individu
sebagai

dalam
ganjaran

mendapatkan tender/sebutharga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat


bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1

Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; atau

2.2

Penamatan kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; dan

2.3

Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang


berkuat kuasa.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan
tender/sebutharga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan

57

DERAF
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,
...................
(Nama dan No. KP)
Cop Syarikat :

Catatan:
i) * Potong mana yang tidak berkenaan.
ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa.

58