Anda di halaman 1dari 11

SEDEKAH PEMANGKIN

KESEJAHTERAAN

Menyatakan pengertian hadis dengan ringkas


Menjelaskan konsep sedekah dan hubungannya seperti dalam hadis
Menjelaskan adab-adab sedekah
Menerangkan kesan dalam kehidupan seharian terhadap pemberi
dan penerima sedekah
Menghuraikan implikasi amalan sedekah terhadap individu, keluarga,
masyarakat dan negara
Menerangkan pengajaran hadis

SEDEKAH PEMANGKIN
KESEJAHTERAAN

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a. beliau


berkata: Rasulullah bersabda setiap sendi ditubuh
badan manusia menjadi sedekah untuknya pada
setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan
keadilan di antara dua orang yang berselisih faham
adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki
kenderaan atau kamu mengang-kat barang-barang
untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah,
perkataan yang baik adalah sedekah, setiap
langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat
adalah sede-kah dan kamu membuang perkaraperkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.
( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Konsep sedekah

Sedekah ialah memberi sesuatu yang


bernilai kepada orang yang memerlu-kannya.
Sedekah bukan hanya memberi bantuan
kebendaan seperti harta atau wang ringgit,
tetapi merangkumi amalan yang memberi
manfaat kepada individu, masyarakat dan
negara.

ANTARA AMALAN SEDEKAH

Melakukan keadilan di antara dua orang yang


berselisih faham.
Membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat
barang-barang untuknya ke dalam kenderaan
Perkataan yang baik
Setiap langkah untuk menunaikan solat
Membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan

ADAB BERSEDEKAH
Memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan
balasan
Berusaha menyembunyikan pemberian
daripada pengetahuan ramai kecuali dengan
tujuan untuk dicontohi
Tidak mengungkit-gungkit
Bersedekah dari sumber yang halal

KESAN SEDEKAH KEPADA PENERIMA


Dapat bersama-sama menikmati nikmat
pemberian Allah
Memberi motivasi ke arah berdikari dalam
meningkatkan taraf hidup
Menghilangkan sifat hasad dengki terhadap
orang kaya

IMPLIKASI SEDEKAH
1.

Terhadap individu
Mendapat keberkatan daripada Allah
Dikasihi dan dihormati oleh masyarakat
Jasanya dikenang sepanjang hayat
Mendapat pahala yang berterusan
selagi sedekah tersebut dimanfaatkan

IMPLIKASI SEDEKAH
2. Terhadap keluarga
Melatih anak-anak supaya prihatin dan
mengasihi fakir miskin
Menyelesaikan masalah ekonomi antara
sanak saudara
Melahirkan keluarga bahagia
Mendapat keberkatan dan keredaan Allah

PENGAJARAN HADIS

Sedekah ialah suatu ibadah yang berkaitan dengan


hubungan kemasyarakatan
Sedekah dapat melahirkan masyarakat yang harmoni
Bercakap dengan sopan dan meberi keselesaan
kepada orang lain dikira sebagai sedekah
Umat Islam perlu berusaha meningkatkan ekonomi
supaya dapat memberi sumbangan kepada agama dan
negara