Anda di halaman 1dari 7

KECERGASAN BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR

1. Imbangan
2. Ketangkasan
3. Koordinasi
4. Kuasa
5. Kepantasan
6. Masa Tindak balas

1. IMBANGAN
Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan
dasar (tapak) menyokong diubah.
a) Imbangan Statik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika

pusat gravitinya berada setempat.


b)Imbangan Dinamik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika
pusat graviti diubah. Juga kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam
keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.

2.KETANGKASAN
Ketangkasan adalah kemahiran,kebolehan dan keupayaan untuk memulakan,
menghentikan dan mengubah pergerakan posisi tubuh badan dengan pantas dan
tepat tanpa hilang kesimbangan tubuh
badan.

Kepentingan ketangkasan:
1

.Ketangkasan merupakan antara faktor yang penting dalam sesuatu


kemahiran fizikal.

.Ketangkasan mempengaruhi kualiti dan prestasi sukan terutamanya dalam


sukan rugbi, bola sepak hokidal lain-lain.

3.

Kehidupan seharian - situasi diluar jangkaan seperti mengelak objek pantas.


Contohnya, bermain rugby, bola sepak dan squash.

3.KOORDINASI
Koordinasi

adalah

merupakan

kemampuan

dan

kebolehan

menggunakan

pancaindera serta anggota badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan
yang sempurna sebagaimana lakuan yang dikehendaki.
Umur didapati mempengaruhi koordinasi motor kasar dan koordinasi mata dengan
tangan dan mata dengan kaki.

4. KUASA

Kuasa adalah merupakan kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Ia juga adalah
merupakan kebolehan individu melakukan sesuatu pergerakan yang pantas
(mengejut / explosive) yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan
kecekapan yang tinggi. Keadaan ini terjadi adalah hasil daripada kuncupan otot yang
kuat dalam jangka masa yang singkat. Ia juga merupakan gabungan antara
kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot.

5. KEPANTASAN
Kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa
yang singkat mengikut satu arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa
tindak balas dan masa bergerak. Kelajuan ditentukan melalui hasil jarak langkah dan
kekerapan melangkah.

6. MASA TINDAKBALAS
Merupakan jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau bertindak dalam suatu
gerakan bagi menghasilkan perbuatan (kerja) yang menguntungkan

BIBLIOGRAFI
1. Koordinasi, kuasan dan kepantasan, dilayari pada 26 Julai 2011 di URL
http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2011/07/pengertian-imbangan.html
2. Rancangan mengajar harian, dilayari pada 26 Julai 2011 di URL
http://www.scribd.com/doc/21497226/Kaedah-Mengajar-Pendidikan-JasmaniKETANGKASAN
3. Kecergasan Fizikal, dilayari pada 27 Julai 2011 di URL
http://zarin58.tripod.com/Kecergasanfizikal.htm