Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati Pengetua guru,barisan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Selamat sejahtera

Kedaulatan merupakan perkara asas dalam sesebuah negara. Kedaulatan amat penting
kerana ia dianggap satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan negara
untuk tidak terus dijajah atau dijajah.
Kita perlu bersikap proaktif,merancang, melaksanakan dasar dan program serta mengawasinya
agar akhirnya tercapai apa yang kita
citacitakan iaitu sebuah negara yang makmur, stabil dan harmoni selain
mengekal serta mewariskannya kepada generasi yang akan datang
bukan meruntuhkannya.

Kedaulatan negara ialah suatu yang perlu dijaga dan dikekalkan.Negara yang masih dijajah secara langsung atau
tidak langsung oleh kuasa atau pemimpin asing mengambarkan kelemahan masyarakat dan pemimpin negara
tersebut.Pada mata dunia,
negara yang dijajah bukan sahaja dipandang hina bahkan tidak dapat menjaga kepentingan rakyatnya kerana
sumber kekayaan negara akan dikuasai oleh penjajah atau orang asing.Hal inilah yang telah berlaku semasa
nagara kita dijajah oleh Portugis,Belanda,Inggeris dan Jepun pada masa dahulu.Bukan itu sahaja,bahkan banyak
kekayaan warisan budaya seni dan sastera negara kita telah dibawa keluar oleh penjajah ke negara
mereka.Menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara adalah menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk
pemerintah,masyarakat dan setiap individu yang mengaku dirinya warganegara Malaysia.

Antara perkara yang boleh kita dilakukan untuk mempertahankan negara kita adalah seperti berikut:
Dari segi masyarakat,kita perlu menjaga dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum dan membantu
menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang keselamatan,ekonomi dan sosial.

Selain dari segi masyarakat,pemerintah juga bertanggungjawab memperkukuh sistem pertahanan dan keselamatan
negara,menganjur program atau aktiviti untuk menanam semangat patriotik dalam kalangan rakyat,memperkukuh
ekonomi negara dan elakkan daripada penjajahan ekonomi.
Dari segi individu,kita perlu cinta akan negara,bersemangat patriotik dan sanggup berkorban untuk negara dan
menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi semasa.

Akhirnya,marilah kita bersama-sama berusaha mempertahankan setiap inci tanah air kita ini dari dicerobohi
mereka yang tidak bertanggungjawab,marilah kita berganding bahu,bersatupadu,merapatkan saf,menjauhi
perpecahan dan mengeratkan perpaduan dikalangan kita agar apa jua usaha untuk menggugat keharmonian dan
keamanan negara dapat digagalkan.Percayalah,hanya dengan bersatu kita akan menjadi kuat dan mampu
mangalahkan pihak musuh.Sedarlah,pemusuhan sesama sendiri pasti merugikan dan melemahkan kita.Marilah
sama-sama kita perkukuhkan negara kita Malaysia.
Akhir kata, di kesempatan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian pengetua
guru,guru-guru dan para pelajar sekalian mendengarkan pidato saya.

Anda mungkin juga menyukai