Anda di halaman 1dari 15

Media massa dikatakan saluran komunikasi dan informasi yang penting buat masyarakat.

Apakah peranan yang mampu dimainkan oleh media cetak.

Media massa meliput media cetak seperti akhbar dan majalah manakaa media elektronik pula
melibatkan televisyen, radio serta internet. Kedudukan media massa dalam masyarakat begitu
penting terutama untuk memastikan masyarakat mengetahui semua perkara yang berlaku di dunia
ini selaras dengan konsep masyarakat bermaklumat. Ada juga pendapat yang mengaitkan media
massa terlalu banyak memaparkan informasi sehingga sukar untuk diterima dan difahamii oleh
mereka yang melihatnya lalu menjadikan maklumat itu tidak berguna. Oleh itu, peranan yang
dimainkan oleh media cetak harus difahami untuk mengetahui impak yang dibawanya itu.

Sudah pasti peranan paling ketara yang mampu dimainkan oleh media cetak seperti akhbar dan
majalah itu iaah media ini melaporkan berita yang berlaku di negara dan seantero dunia untuk
makluman kita semua. Pendedahan berita yang dibuat oleh media cetak menyebabkan masyarakat
memahami perkara yang sedang berlaku di dunia dengan lebih mudah dan pantas berbanding
masa dahulu yang mungkin mengambil sedikit masa. Pengetahuan mengenai berita semasa ini
boleh menjadikan kehidupan masyarakat kita lebih bermakna kerana mereka sendiri berasa
terlibat dalam setiap berita yang disiarkan itu. Maka, peranan mendedahkan sesuatu kejadian
sebagai satu berita yang boleh menjadian masyarakat kita lebih berinformasi tentang keadaan
sekelilingnya.

Pada masa yang sama media cetak berbeza dengan media elektronik mampu membuat analisa
berita yang lebih mendalam untuk dbaca berulang kali oleh masyarakat. Pembacaan artikel yang
sebegini kritis mampu membuka minda masyarakat menjadi lebih matang dalam menilai dan
membuat keputusan tentang sesuatu perkara tersebut. Rencana yang disiarkan juga biasanya
ditulis oleh wartawan atau penulis yang berpengalaman luas tentang sesuatu aspek yang
dibicarakan itu untuk memberikan pandangan yang berbeza buat masyarakat pula. Jelaslah, media
cetak berupaya menyalurkan maklumat yang lebih kritis untuk tatapan masyarakat kita.

Selain itu, berita dan rencana yang disiarkan oleh media cetak mampu memberi pengajaran dan
maklumat kepada kita semua. Semua perkara yang dilaporkan oleh media massa sudah pasti
memberikan pelbagai pendapat yang wujud lalu menjadikan masyarakat kita sedar dan membuat
perbandingan kehidupan mereka dengan berita yang didengar. Berta kejadian jenayah menjadikan
kita lebih berwaspada manakala berita tentang kesihatan menjadikan manusia lebih peka akan
aspek pemakanan dan berita tentang politik membuatkan rakyat negara in sedar akan hak mereka
sebagai penentu pemerintahan negara. Maka, semua berita yang disiarkan oleh media massa
membolehkan masyarakat menerimanya sebagai satu bentuk pengajaran dan peringatan kepada
kita semua.

Media massa juga tanpa disedari menjadi alat yang memantu meningkatkan tahap bacaan atau
celik huruf di negara ini. Kita sudah sedia maklum bahawa untuk menghayati berita media cetak
ini seseorang itu perlulah mahir dalam pembacaannya dan semakin banyak berita yang dibaca
maka semakin mahirlah aspek pembacaan seseorang itu. Media cetak menjadi satu saluran yang
paling mudah untuk mendidik masyarakat kita supaya suka membaca dan menghargai bahan
bacaan dengan efektif. Sesungguhnya, media cetak berupaya menjadikan seluruh rakyat negara
ini mahir dalam bacaan mereka pada tempoh yang singkat.

Kesimpulannya, media cetak memang mempunyai banyak peranan yang boleh memajukan
masyarakat kita. Usaha untuk memberi galakan supaya lebih banyak bahan media cetak dihasikan
dinegara ini harus ditingkatkan dengan seberapa segera yang mungkin. Bukan sahaja masyarakat
boleh menikmati faedahnya tetapi pelajar juga boleh menggunakan bahan dalam media cetak
menjadi alat bantuan pendidikan mereka terutama untuk menulis karangan. Media cetak lambang
kemajuan sesebuah negara dan masyarakatnya.

Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju. Kerajaan juga telah
mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan
pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar.
Jelaskan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan
awam
..........Zaman beralih, musim bertukar, selepas tamat penjajahan asing selama 57 tahun yang
telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak
sekali. Untuk menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah
mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang
mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian
pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem
Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api, komuter dan monorel. Jikalau bukan kita sebagai
warganegara Malaysia yang menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang mesti
menyokongnya? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah
diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
..........Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak pihak mengatakan bahawa
kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan
telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke destinasi lain dengan
penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket
bersepadu dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai khususnya mereka yang
berpendapatan rendah supaya dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan
awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk
menguruskan pengangkutan awam di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses
perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga
harus mengambil contoh pelaksanaannya di negara barat seperti di Melbourne, Australia. Di
Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket pada kos yang rendah untuk menaiki
kereta api atau menaiki bas. Hal ini bertepatan dengan peribahasa serampang dua mata.
Pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang golongan yang kurang berupaya tetapi
juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan harian mereka. Jadi jikalau
sistem tiket bersepadu ini dapat direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai
sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali pengangkutan awam.
.
..........Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan
awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas
awam haruslah dipertingkatkan jumlahnya bagi memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi
masalah kekurangan pengangkutan awam di sesetengah kawasan yang menjadi rungutan orang
ramai. Selain itu, KTM (Kereta Api Tanah Melayu) haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api
di negara Jepun yang telah menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train) sehingga
mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Dengan menggunakan lokomotif berkuasa
elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan pengangkutan awam
adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu

kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang
tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam
tersebut. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan orang ramai secara keseluruhannya. Dalam
era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kelemahan perkhidmatan dan kelewatan jadual
perjalanan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan
mereka kurang berkeyakinan terhadap pengakutan awam di negara kita. Lantaran itu, cara ini
haruslah dilaksanakan untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem
perkhidmatan pengangkutan awam.
.
..........Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan pemasangan televisyen di dalam
bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai. Hal ini kerana langkah ini
dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk
menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka dan menjadikan
perjalanan lebih menarik. Perkara ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain
seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang menaiki pengangkutan awam.
Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu
menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan
cinta akan negara, rancangan yang mengimbas kembali detik-detik bersejarah di negara kita dan
sebagainya. Kemudahan seperti alat pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan
penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahan-kemudahan
sampingan seperti ini pasti akan dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam
kerana orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dengan banyaran yang
minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para
penumpang untuk menaiki pengangkutan awam.
.
..........Bagi mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang kurang berdisiplin, sistem
perakam perlu dipasang di semua kenderaan awam di negara kita. Pemasangan alat perakam ini
dapat merakamkan bukan sahaja perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan malah dapat
merakamkan kelajuan pengangkutan awam tersebut. Hal ini akan dapat mengurangkan masalah
kenderaan awam seperti bas yang dipandu terlalu laju sehingga melebihi had yang dibenarkan.
Pada masa yang sama, pemasangan alat ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
khususnya bas yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Kerajaan juga perlu lebih kerap
mengadakan pemeriksaan bagi memastikan pemandu pengangkutan benar-benar mereka yang
berkelayakan atau bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah. Tindakan kerajaan
menyenaraihitamkan pemandu yang kurang berdisiplin akan dapat mengatasi masalah pekerja
pengangkutan awam yang tidak bersopan sekali gus melenyapkan pekerja yang tidak berkualiti.
Pemeriksaan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau pihak polis juga perlu
menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan pengangkutan awam tetapi perlu juga melihat pada
keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang digunakan bagi memastikan keselamatan
pengguna pengangkutan tersebut terjamin. Dengan cara itu, keyakinan orang ramai untuk
menggunakan pengangkutan awam di negara kita akan meningkat.

.
..........Pihak pengurusan atau pengendali pengangkutan awam juga perlulah lebih peka untuk
menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ini. Di kawasan
stesen komuter atau LRT umpamanya, tempat meletakkan kenderaan perlu ditambah bagi
mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan atau di tempat lain yang
tidak sesuai. Hal ini sentiasa menjadi rungutan orang ramai kerana bukan sahaja boleh
mengakibatkan kesesakan malah pada masa yang sama turut menjadi punca berlakunya
kemalangan jalan raya. Begitu juga halnya dengan pengangkutan tambahan atau bas fider yang
dikatakan menjadi masalah kepada pengguna komuter dan LRT. Kekurangan pengangkutan bas
tambahan ini telah menyukarkan pengguna pengangkutan tersebut jika kawasan stesen tersebut
jauh dari pejabat. Justeru adalah penting sekiranya bas-bas tambahan ditambah bilangannya bagi
memudahkan dan mempercepat perjalanan seseorang dari rumah ke destinasi yang dituju. Jarak
atau lokasi pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga perlu ditambah dari semasa ke
semasa agar lingkungan pengguna yang dapat menaiki kemudahan awam tersebut turut
meningkat. Biarpun langkah ini memerlukan biaya yang agak tinggi namun kesannya pada sistem
perhubungan di negara kita adalah amat besar. Oleh itu langkah-langkah menyediakan
kemudahan tambahan bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam tersebut perlu dilaksanakan
agar pengangkutan awam di negara kita tidak dianggap indah khabar dari rupa.
.
..........Seperti kata peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya,
pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan
menaiki pengangkutan awam. Pihak sekolah dicadangkan supaya memberi penerangan tentang
kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan
pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar agar
menaiki perkhidmatan awam. Usaha ini bukan sahaja perlu ditumpukan kepada para pelajar,
tetapi harus juga diperluas kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej dalam hati mereka
apabila menaiki pengangkutan awam. Melalui pendidikan, kita dapat melahirkan golongan yang
bergantung pada perkhidmatan awam seperti kereta api dan bas sebagai pengangkutan utama
mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang untuk menaiki pengangkutan awam.
Walaupun mereka memiliki kendera sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan
perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan menggunakan
pengangkutan awam tertanam dalam jiwa mereka.
.
..........Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan kepada masyarakat
di negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan, mengurangkan
pencemaran udara, menjimatkankan masa malah mengurangkan kos kehidupan kita sehari-hari.
Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bijak, kita perlulah menyahut seruan kerajaan agar
menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu
destinasi yang lain. Kita juga berharap agar dengan langkah-langkah yang telah dan sedang
dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara kita akan menjadi lebih maju setanding
dengan pengangkutan awam di negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.

Memanfaatkan Media Massa


Dalam kehidupan seharian manusia, pasti tidak dapat lari daripada penggunaan media
massa. Apakah itu media massa? Media massa adalah alat yang digunakan dalam menyampaikan
pesanan-pesanan dari suatu sumber kepada khalayak ramai melalui alat-alat komunikasi seperti
surat khabar, radio dan televisyen. Segala informasi, maklumat dan berita yang berlaku di dunia
ini akan disampaikan melalui media massa. Golongan yang tidak bergelumang dengan media
massa ibarat katak di bawah tempurung kerana tidak mengetahui perkara yang berlaku di
sekeliling mereka. Pada zaman dunia di hujung jari ini, konsep media massa semakin meluas
kerana segala maklumat boleh didapati melalui internet. Penggunaan internet ibarat makanan ruji
penduduk dunia pada hari ini. Oleh sebab itu, tidak pelik, semakin hari,semakin banyak programprogram aplikasi yang diwujudkan seperti facebook, twitter, skype, viber, blogspot dan lain-lain.
Namun begitu, segala ciptaan manusia tidak sempurna dan pasti ada kekurangannya.
Kemajuan ini tidak membawa kepada kebaikan semata-mata, ia juga boleh membawa kepada
keburukan hatta ke arah keruntuhan moral masyarakat dan perpecahan masyarakat seluruh dunia.
Penentu samada ke arah kebaikan atau keburukan ini terletak di tangan manusia itu sendiri. Oleh
itu, bagaimana cara untuk memanfaatkan media massa?
Senang kata, kita dianggap memanfaatkan media massa jika kesan penggunaannya
membawa ke arah kebaikan, jika membawa ke arah keburukan, kita dianggap
menyalahgunakannya. Konteks kita pada hari ini sebagai seorang pelajar dan pendakwah, kita
boleh memanfaatkan media massa ini sebagai medan menuntut ilmu dan berdakwah. Medan
menuntut ilmu yang dimaksudkan di sini bukanlah bermakna ia sebagai sumber atau rujukan
utama tetapi sebagai sumber sampingan atau pemudah cara dalam menuntut ilmu, kerana seorang
penuntut ilmu itu tidak dapat lari dari konsep duduk bersama guru sebagai platform utama
dalam menuntut ilmu yakni menghadiri majlis ilmu dan pengajian di universiti. Sebagai contoh,
kita boleh menggunakan perkhidmatan internet untuk mendengar ceramah secara dalam talian
(online) , menggunakan youtube untuk melihat rakaman-rakaman video berkaitan ilmu dan isu
semasa serta melayari laman web dan blogspot untuk pencarian maklumat dan percambahan
pengetahuan isu semasa.
Seterusnya, cara pemanfaatan yang kedua iaitu sebagai medan dakwah pula merupakan cara
yang paling utama dalam memanfaatkan media massa pada hari ini. Pendakwah dan penuntut
ilmu pada hari ini perlu mempunyai kekreatifan dalam menggunakan semua media massa pada
hari ini untuk berdakwah kepada masyarakat. Peluang keberkesanan dakwah lebih cerah melalui
media massa kerana teras platform penyampaian maklumat mutakhir ini adalah melalui media
massa. Sebagai contoh, penyampaian dakwah melalui penulisan boleh disebarkan melalui surat
khabar, laman web, blogspot serta facebook. Dalam masa yang sama menjadi medan untuk
pendakwah berkongsi ilmu dan memberi penjelasan sesuatu masalah berkaitan ilmu atau isu
semasa.Selain itu, kebanyakan daripada kita mempunyai akaun dalam rangkaian facebook, maka
manfaatkanlah ia sebaik mungkin, antaranya dengan cara menulis status yang berfaedah dan
memberi manfaat kepada orang lain. Antara contoh lain, sebaran dakwah melalui penyampaian
ceramah boleh disebarkan melalui penerbitan program khas di televisyen dan radio. Rakamanrakaman dari ceramah boleh dimuatnaikkan ke youtube, facebook, laman web dan lain-lain.

Malahan, hari ini sudah wujud fenomena vlogger, mereka berkongsi pendapat dan buah fikiran
mereka melalui rakaman video.
Satu kerugian umat Islam pada hari ini, penularan budaya barat yang merosakkan pemikiran
umat Islam kebanyakannya bersalur melalui media massa. Penyebar budaya kuning telah
menguasai media massa seluruh dunia sehingga membawa kepada kemunduran umat Islam hari
ini. Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk memerangi semula serangan pemikiran ini. Umat
Islam perlu membuat satu transformasi atau anjakan paradigma dengan menjadi penguasa media
massa dunia. Media massa yang selama ini dikatakan punca kemunduran umat Islam perlu diubah
menjadi senjata utama kebangkitan umat Islam. Jika mereka boleh menggunakan media massa
sebagai platform penyebaran kefahaman mereka,kenapa tidak kita? Kenapa tidak umat Islam
memerangi semula serangan pemikiran ini dengan mengggunakan platform yang sama?
Tambahan pula, platform ini tidak bertentangan dengan ketetapan syara. Oleh itu, anak muda
Islam terutamanya perlu bangkit segera, manfaatkan media massa semaksima mungkin. Tidak
mustahil, penguasaan umat Islam terhadap media massa adalah titik pertama kepada kebangkitan
umat Islam yang dijanjikan suatu hari nanti.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI [ICT]

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting.
Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang
menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan
mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT
akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan
ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta
keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada
pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan
pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur. Segala urusan baik
kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja
menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT
sememangnya cukup mendewasakan Malaysia. Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih
cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta
nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan
sebagainya menjadi tepat dan cekap. Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan
dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teler automatik (ATM)
dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan
lancar.
Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalam pentadbiran dan
pengurusan negara, malah ICT penting dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran. Jika dahulu,
pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di langit untuk dijadikan sebagai kompas semasa
belayar. Jika dahulu ada yang merujuk keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun
mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat
diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat
diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan keadaan cuaca dunia. Persediaan awal dapat kita
buat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa. Banjir, ribut
taufan, tsunami, dan gempa bumi adalah antara contoh fenomena alam yang tidak dapat tidak kita
sebagai manusia perlu untuk mengawalnya dengan membuat persediaan rapi kerana kita perlu
sediakan payung sebelum hujan. Dengan ramalan fenomena El Nino dan La Nina yang tepat itu,
kita dapat membuat persediaan awal. Sebagai contohnya, sistem satelit aeronautik (USA) dapat
menghubungi kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik. Teknologi komunikasi
pelayaran juga penting dalam sistem pengangkutan udara dan laut. Teknologi ini berfungsi
sebagai panduan pelayaran. Sistem Satelit Laut (IMMARISAT) dapat mengesan kapal-kapal
yang menghadapi masalah di samping berfungsi sebagai panduan.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini
dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi
semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia.
Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan. Kita dapat
berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mail, sistem pesanan ringkas
(SMS), Skype dan sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia
dengan menggunakan telefon bimbit.
Bukan itu sahaja, perkembangan semasa yang berlaku di seluruh dunia juga dapat diikuti dengan
serta-merta seperti siaran langsung konsert artis popular, perlawanan bola sepak dunia dan siaran
berita mutakhir. Acara sukan, persidangan dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara
seperti di Korea di Jepun mahupun di Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia
secara langsung. Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro, telefon, faksimili,
televisyen, dan persidangan video bergantung pada ICT untuk membolehkan kita merasai nikmat
ini. Internet dan komputer riba turut berfungsi melalui teknologi serba canggih ini. Sememangnya
ICT merupakan pembuka laluan yang luas kepada masa depan yang gemilang.
Pembelajaran Berbantukan Komputer
Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem
pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar
mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projekprojek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi
yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak
jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT
tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan. Fakta ini
nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah boleh menguasai
mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi
pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat
dipelajari melalui modul pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja
(CD-ROM) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga menjadi
penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang
semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen litar
tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino,
lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan
kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak
dihantar secara terbuka, hal ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk
mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan jenayah
yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit. Dengan bantuan
CCTV, akhirnya kanak-kanak yang bernama Nurin ditemui. Kes penculikan kanak-kanak tersebut
pernah menggegarkan seluruh Malaysia. Kejadian ini tentu sekali kes jenayah yang sangat kejam.
Walaupun mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan yang menyayatkan hati, tetapi

dengan adanya kamera video dapat merakamkan lokasi beg yang terkandung mayat kanak-kanak
tersebut. Dengan CCTV juga, kes disiplin yang berlaku di sekolah dapat dikawal oleh pihak
sekolah.

Bertitik tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya
Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara
Malaysia berjaya di peringkat kebangsaan mahupun serantau. MSC memainkan peranan penting
untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua
pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama
rakyat bagai aur dengan tebing, sehati seia untuk melonjakkan nama negara Malaysia ke pentas
dunia.

Langkah-langkah untuk memajukan sektor pertanian.


Ketika mengharungi arus globalisasi dan modenisasi, negara kita telah mengalami pembangunan
yang pesat, terutamanya dalam sektor perindustrian. Rentetan daripada itu, sektor pertanian telah
dikesisikan dalam arus pembangunan sejak 1980-an. Bagaimanapun di bawah Misi Nasional,
kerajaan telah meningkatkan kedudukan sektor ini semula dalam pelan pembangunan negara kita
iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan. Hal ini demikian kerana ketika dilanda kegawatan
ekonomi pada tahun 1997 dan1998, minyak kelapa sawit bertindak sebagai penyelamat
ekonomi negara kita. Selain itu kerajaan juga mendapati bahawa negara kita memperuntukkan
berbilion-bilion ringgit untuk mengimport makanan sehingga meningkatkan defisit ekonomi
negara kita. Sesungguhnya, banyak makanan dapat dihasilkan di negara kita melalui sektor
pertanian. Persoalan, bagaimanakah kita dapat meningkatkan sektor pertanian? Kata orang tua-tua,
genggam bara api biarlah sampai jadi arang, semua pihak yang terbabit perlu menggembleng
tenaga untuk menjanakan sektor pertanian di tanah air.
Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani kita perlu memiliki prakarsa untuk
membuat perubahan atau sedia membuat reformasi terhadap sektor pertanian. Jika kaum petani
masih mengekalkan cara tradisional untuk mengusahakan petanian, nescaya hasil tanaman atau
ternakan mereka hanya sekadar sara diri. Mereka akan terus dibelenggu oleh kemiskinan. Untuk
mengikut rentak perkembangan sektor industri, petani moden kita perlu menggunakan ilmu sains
dan teknologi yang canggih demi meningkatkan produktiviti, iaitu menjimatkan penggunaan
tenaga dan meninggikan hasil tanaman yang berkualiti dan berkuantiti. Sebagai contoh, ilmu
genetik perlu digunakan untuk mencari baka benih yang dapat menjamin hasil tanaman yang
bermutu, seperti padi hibird dapat menjamin penghasilan padi yang banyak dan berkualiti.
Secara holistiknya, kaum petani perlu disuntik semangat transformasi untuk menggunakan
bioteknologi dalam sektor pertanian.
Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu menjalankan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita. Jurusan Pertanian di Pusat
Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan ilmu
sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan. Mereka hendak memastikan bahawa
industri hilir dalam pertanian dapat dimajukan untuk meningkatkan pendapatan kaum petani
seperti lada dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi. Sengkuang telah
diproses sebagai bahan kosmetik dan sebagainya. Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu, di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pegawai Kementerian Pertanian terutamanya MARDI
(Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ) sewajarnya menawarkan bengkel atau
kursus untuk memberikan khidmat nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada
petani kita untuk menggunakan bioteknologi yang canggih.
Untuk menjalankan pertanian secara besar-besaran dan komersial, skim pinjaman yang
berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Bank Agro untuk pekebun
kecil . Dengan modal yang mencukupi, pekebun kita baru dapat membeli mesin yang canggih
dan bahan racun serangga serta baja kimia untuk menjalankan pertanian mereka. Sebagai contoh,
Bank Agro telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk
mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan pertanian. Bak kata peribahasa,

ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras, oleh itu, dengan pinjaman skim mikro,
pekebun kecil kita dapat mengusahakankan pertanian atau penternakan secara komersial dan
saintifik malah berupaya menjalankan IKS. Walhasilnya, kaum petani tidak akan digelar sebagai
golongan miskin tetapi akan berperanan sebagai usahawan.

Selain itu, sistem pengagihan yang kamil perlu disediakan oleh pihak berkuasa supaya kaum
petani kita tidak lagi dianiayai oleh orang tengah yang bersikap tamak haloba. Penubuhan
koperasi peladang digalakkan untuk memainkan peranan sebagai pemborong dan pembekal
kepada kaum petani. Petani kita juga digalakkan menyertai Pasar Tani untuk meningkatkan
pendapatan mereka. Sehubungan dengan itu, pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan
ternakan yang segar dengan harga yang berpatutan. Tindakan ini dapat memberikan manfaat
kepada pihak petani dan pengguna, seperti peribahasa serampang dua mata. Rentetan daripada
itu, pihak FAMA(Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) harus mengaturkan strategi yang
bersepadu dan bijaksana bagai menarik rambut dalam tepung untuk menjamin pemasaran produk
pertanian kita. Sistem pengagihan yang teratur dapat memantapkan harga produk pertanian.
Antaranya Kementerian Kebudayaan telah mengadakan laman web tentang harga borong produk
pertanian supaya kaum petani tidak lagi ditipu oleh pemborong yang tidak bertanggungjawab.

Sementelahan, agropelancongan merupakan bidang yang patut dikembangkan dalam sektor


pertanian. Kaum petani seyogianya memperkasakan kemudahan yang tersedia dalam ladang
mereka untuk memajukan sektor pelancongan. Tindakan dapat menjamin pendapatan yang
lumayan. Penginapan yang lengkap seperti bilik yang selesa perlu disediakan kepada pelancong,
khasnya dari bandar. Selain menghayati penghidupan kaum petani, pelancong dapat menikmati
buah-buahan tempatan yang lazat, memancing ikan dalam kolam ikan ternakan, menikmati lauk
ala kampung serta berpeluang untuk mencucuk tanah di samping melegakan fikiran yang kusut.
Hal ini bagai menyelam sambil minum air. Bagaimanapun, pakej agropelancongan perlu
mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia, seperti menyeranaikan
pengusaha agropelancongan yang beramanah dalam laman web kementerian berkenaan. Secara
realitinya, inap desa semakin menarik perhatian pelancong domestik dan luar negara.

Natijahnya, sektor pertanian perlu mengalami revolusi supaya sektor ini berprestij kepada
generasi muda. Pembangunan sektor dapat mengurangkan import makanan dari luar negeri dan
dapat mengelakkan penduduk kampung berhijrah ke bandar. Tampaknya, perkembangan
pertanian mengundang seribu satu kebaikan kepada negara kita. Masyarakat kita juga perlu
menyedari sumbangan, jasa dan pengorbanan kaum petani kita. Sebaliknya kaum petani kita
perlu mengalami transformasi untuk menjanakan 1 Malaysia.

ISU PERTANIAN : MELONJAK INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN


Ketika negara-negara Afrika dilanda kemarau dan tanaman tidak menjadi seperti jagung, kita
bertuah kerana mendiami muka bumi yang mana tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan begitu baik.
Inginkan sayur-sayuran yang segar, pergilah ke Cameron Highland, Pahang dan Kundasang,
Sabah. Inginkan suasana kehijauan dengan sawah padi terbentang luas, lawatilah Kedah, negeri
Jelapang Padi. Inginkan musim buah-buahan seperti durian, manggis dan rambutan,
melanconglah ke Perak dan Pahang. Bagi peminat buah nangka pula, Negeri Sembilan tempatnya.
Mahu menikmati kelazatan buah mempelam terbaik di Malaysia, jom pergi ke Perlis. Di situ,
terdapat sejenis buah mempelam yang dinamakan Harumanis. Musimnya bermula April hingga
awal Jun. Sebagai penggemar buah-buahan tempatan, penulis tidak pernah melepaskan peluang
menikmati buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan dan sudah tentu tidak terkecuali buah
mempelam Harumanis.

Ketika ini, mudah untuk membeli buah durian dan manggis di Kedah. Tetapi buah-buahan ini
bukannya buah-buahan tempatan. Buah durian dan manggis diimport dari Thailand. Cukup
banyak. Buah-buahnya pula cukup elok. Harga di Thailand juga amat murah. Ambil contoh buah
durian jenis Telur Buaya, harganya serendah RM2 sekilogram di Thailand, tetapi apabila dibawa
masuk ke Kedah seperti Changlun dan Jitra, harganya boleh mencecah RM10 sekilogram. Begitu
juga buah manggis, harganya cukup murah di Thailand dan apabila dibawa masuk ke Malaysia
harganya berlipat kali ganda. Walaupun mahal, buah-buahan ini tetap terjual dan laris di Malaysia.
Betapa lakunya buah-buahan yang diimport dari Thailand. Faktor utamanya tidak lain tidak
bukan kerana kualiti buah-buahan tersebut terutamanya dari segi kelazatan. Di Thailand juga,
pelbagai jenis mempelam dieksport ke Malaysia. Antaranya buah mempelam yang terkenal iaitu
jenis Tong Dam. Ada yang menggelarnya sebagai "adik" Harumanis, namun sememangnya
mempelam Tong Dam tidak mampu menandingi mempelam Harumanis.

Mempelam Harumanis berada dalam kelasnya yang tersendiri. Maka, tidak menghairankan ia
ditempah oleh pelbagai pihak terutamanya golongan atasan. Saban tahun, permintaan ke atas
buah mempelam Harumanis semakin meningkat. Sebelum ia popular di seluruh negara, harganya
sekadar RM5 sekilogram enam tahun lalu, namun harganya telah berlipat kali ganda melebih
RM10 sejak dua tahun yang lalu. Buah mempelam Harumanis sedap dimakan begitu sahaja atau
dimakan dengan pulut. Buah mempelam Harumanis juga dieksport ke luar negara. Musim ini,
seperti biasa, penulis cuba mendapatkan buah mempelam Harumanis. Namun, amat mengejutkan
harganya mencecah sehingga RM18 sekilogram kalau dibeli di luar daripada Jabatan Pertanian.
Meskipun harganya ditetapkan pada paras lebih rendah tetapi dek kerana permintaaan yang tinggi,
harganya dijual begitu mahal. Bayangkan berbanding harga enam tahun lepas, kini harganya
meningkat lebih tiga kali ganda.

Tahun ini juga, buah Harumanis tidak begitu menjadi, dikatakan hanya separuh berbanding tahun
lepas. Tambahan pula ia telah ditempah dari awal lagi oleh pembeli-pembeli luar utara
terutamanya dari Kuala Lumpur. Untuk mendapatkan harga semurah RM13 sekilogram, ia perlu
ditempah awal. Itu pun tidak boleh membeli dengan jumlah yang banyak. Penulis teringat katakata peniaga buah mempelam Harumanis, beliau dengan berseloroh mengatakan sebelum ini, kita
pernah mendengar catuan air, tetapi kali ini, Harumanis juga dicatu. Inilah penangannya apabila
permintaan terlalu tinggi. Adakah pada tahun hadapan, harganya mencecah melebih RM20? Jika
tidak kena gayanya, tidak mustahil ia boleh berlaku. Akhirnya buah ini akan digelar sebagai buah
mempelam untuk orang kaya sahaja. Bagi yang kurang mampu, mereka akan berfikir panjang
untuk membelinya.

Bagi penulis, faktor utama perlu ditangani ialah risiko buah ini tidak menjadi. Jika tahun depan,
buah mempelam Harumanis masih tidak menjadi dan semakin berkurangan, ditambah lagi
dieksport ke luar negara, harganya akan meningkat lagi. Pihak berkaitan perlu memikirkan
bagaimana untuk meningkatkan jumlah pengeluarannya agar rakyat tempatan dapat
menikmatinya. Kita perlu banyak belajar teknik-teknik pertanian yang digunapakai oleh petani
Thailand. Teknologi terkini jangan dikesampingkan. Thailand mampu mengeluarkan pelbagai
jenis buah-buahan secara komersial sehingga dieksport ke Malaysia. Kualitinya pula tidak sama
sekali dikompromi. Mereka menanam secara komersial. Bukan setakat buah-buahan, ambil
contoh juga bagaimana pihak Thailand mampu mengeluarkan padi secara besar-besaran
sehinggakan kita menjadi salah satu negara pengimport terbesar beras Thailand.

Tetapi akhirnya, apabila banjir melanda Thailand tahun lalu, kita pula terpaksa mencari negara
lain untuk mengimport beras bagi menampung keperluan rakyat Malaysia. Bukankah negara kita
masih mempunyai tanah yang luas yang mana jika diusahakan secara komersial untuk pertanian,
serba sedikit boleh mengurangkan kebergantungan ke atas negara-negara lain? Dalam kita
mengejar pembangunan, jangan dilupakan industri pertanian. Melalui ini sahajalah, harga
makanan dapat dikawal dengan baik kerana tidak tertakluk pada harga pasaran dunia dan
seterusnya menjadi menampan utama sebarang krisis makanan dunia.