Anda di halaman 1dari 5

BACAAN UNTUK TUTORIAL MINGGU 5

Apakah Itu Sosiologi?


Kita hidup hari ini pada dekad pertama alaf 21 di dunia yang sangat
membimbangkan, namun menjanjikan perkara yang luar biasa pada masa
hadapan. Itulah dunia yang melakar perubahan yang drastik, konflik dalaman,
ketegangan dan perpecahan sosial serta meningkatnya kerisauan tentang
impak pemusnah umat manusia terhadap alam semula jadi. Namun begitu kita
juga mempunyai peluang untuk mengawal masa depan dan membuatkan
kehidupan untuk lebih baik yang tidak mustahil untuk generasi akan datang.
Bagaimana dunia ini sebenarnya? Apakah halatuju yang masyarakat akan lalui
pada masa hadapan? Jika pernah terlintas difikiran anda tentang semua ini, dan
bayangkan anda seorang pakar sosiologi muda. Persoalan-persoalan ini adalah
kerisauan utama dalam bidang sosiologi, sebuah bidang ilmu yang secara
langsung memainkan peranan penting dalam kehidupan moden intelektual.
Sosiologi adalah ilmu saintifik tentang kehidupan manusia, kumpulan sosial,
masyarakat amnya dan dunia manusia. Ianya sangat mempesonakan dan
usaha yang menarik, yang mana bahan kajiannya adalah kelakuan kita sendiri
sebagai makhluk sosial. Skop bidang sosiologi adalah tersangat luas, daripada
analisis pertemuan antara seseorang individu di jalanan sehinggalah
penyiasatan tentang hubungan antarabangsa dan global seperti keganasan.
Kebanyakan daripada kita memandang dunia dalam konteks kehidupan diri
sendiri seperti keluarga, sahabat dan pekerjaan. Namun sosiologi membuktikan

kepentingan untuk mengambil pandangan lebih luas dalam kehidupan kita


dalam menerangkan mengapa kita berkelakuan sedemikian. Ia mengajar kita
apa yang kita pandang adalah semula jadi, tidak dapat dihalang, baik atau betul
tidak semestinya, dan perkara yang kita ambil sebagai benar adalah sebahagian
besar dipengaruhi oleh peristiwa sejarah dan proses sosial. Kefahaman yang
tidak ketara namun sangat rumit dan cara yang tidak terjangkau yang mana
kehidupan individu kita menggambarkan konteks tersebut tentang pengalaman
sosial kita adalah asas kepada pandangan sosiologikal tersebut.

Imaginasi Sosiologikal
Belajar untuk berfikir secara sosiologikal melihat, dalam kata lain dalam
pandangan yang luas bermaksud memupuk daya imaginasi kita. Mempelajari
bidang sosiologi bukan sahaja proses rutin untuk mendapatkan ilmu. Seseorang
ahli sosiologi adalah individu yang mampu untuk melepaskan diri daripada
kesegeraan kehidupan sendiri dan meletakkan perkara pada konteks yang
sangat luas. Dalam melaksanakan kerja sosiologikal adalah bergantung pada
pandangan seorang penulis warga Amerika iaitu C.Wright Mills, dalam frasa
terkenal yang dipanggil imaginasi sosiologikal (Mills 1970).
Imaginasi sosiologikal memerlukan kita, untuk berfikir diluar keselesaan atau
kebiasaan dalam kehidupan seharian kita untuk melihat sesuatu yang baru.
Bayangkan kelakuan biasa seperti meminum secawan kopi. Apa yang boleh kita

katakan, melalui pandangan seorang ahli sosiologi, tentang sesuatu tingkah


laku yang tidak menarik ? Tidak terbilang jumlahnya.
Kita boleh memperkatannya, permulaannya, kopi itu bukan hanya sebagai satu
penyegar. Ia adalah nilai simbolik sebagai sebahagian aktiviti sosial hari ke hari
kita. Lazimnya amalan yang berkaitan dengan meminum kopi adalah sangat
penting berbanding kelakuan meminum air yang biasa. Bagi kebanyakan orang
barat, minum kopi pada waktu pagi merupakaan keutamaan bagi rutin
seseorang individu. Ia adalah langkah pertama untuk memulakan kehidupan
harian. Minum kopi pagi lazimnya diikuti dengan minum kopi bersama dengan
yang lain kemudiannya perkara asas dalam sosial, bukan hanya untuk individu
tersebut, tetapi juga amalan. Dua orang individu yang bercadang untuk minum
kopi bersama adalah lebih berminat untuk duduk bersama dan berbual
berbanding apa yang mereka sebenarnya minum. Bagi semua masyarakat,
minum dan makan memberikan kesempatan untuk interaksi sosial dan
mempraktikkan amalan tersebut dan ini menjanjikan banyak bahan kajian
untuk kajian limu sosiologikal.
Keduanya, kopi adalah dadah yang mengandungi kaffein, yang mana akan
meransang kesan pada otak. Ramai orang yang minum kopi kerana peningkat
ekstra yang dibekalkannya. Hari yang panjang di pejabat atau belajar lewat
malam dapat disegarkan dengan mengambil secawan kopi. Kopi adalah bahan
pembentuk-tabiat, tetapi ketagihan kopi tidak selalunya dikaitkan oleh
kebanyakan orang sebagai pengguna-dadah dalam budaya barat. Seperti
alcohol, kopi adalah dadah yang dibolehkan secara sosialnya, namun begitu

tidak bagi marijuana sebagai contohnya. Namun begitu ada masyarakat yang
boleh menerima bahawa pengambilan marijuana mahupun kokain, tetapi tidak
bagi kopi dan alkohol. Ahli sosiologi rasa tertarik bagaimana perbezaan ini
wujud dan bagaimana ia boleh berlaku.
Ketiganya, seseorang individu yang meminum secawan kopi terperangkap
dalam satu situasi sosial yang rumit dan hubungan ekonomi yang menegang di
dunia. Kopi adalah satu produk yang menghubungkan orang dalam beberapa
kelompok yang paling kaya dan yang paling miskin di dunia: kopi digunakan
dalam kuantiti yang sangat besar di negara-negara yang kaya, tetapi tumbuh
terutamanya di negara-negara yang miskin. Selain minyak, kopi adalah komoditi
yang paling bernilai di pasaran antarabangsa; ia membekalkan banyak negara
dengan sumber yang sangat besar dalam pertukaran asing. Penghasilannya,
pengangkutan dan pengagihan kopi memerlukan transaksi yang berterusan
antara orang yang beribu batu jauhnya daripada peminum kopi. Mempelajari
transaksi global seperti ini adalah tugas yang sangat penting dalam Sosiologi,
kerana hampir kebanyakan aspek dalam kehidupan kita adalah dipengaruhi
oleh komunikasi dan pengaruh sosial seluruh dunia.
Keempatnya, perlakuan meminum secawan kopi dianggap sebagai proses
perkembangan ekonomi dan proses sosial yang panjang. Seiringan dengan
barang lazim yang lain dalam diet pemakanan orang barat seperti teh, pisang,
kentang dan gula putih kopi secara meluasnya digunakan hanya pada lewat
tahun 1800, walaupun sebelumnya ia sangat popular dalam kalangan golongan
elit sebelum itu. Walaupun minuman itu bermula di Asia Tengah, ianya sudah

mula digunakan ketika zaman perkembangan barat beberapa dua kurun yang
lalu. Hamir semua kopi yang kita minum pada hari ini datangnya daripada
kawasan seperti Amerika Selatan dan Afrika yang dijajah oleh orang Eropah;
ianya tidak masuk akal bahawa ia merupakan sebahagiaan diet kebiasaan
orang-orang barat. Legasi penjajahan tersebut memberikan impak yang sangat
besar dalam perkembangan perdagangan kopi global.
Kelimanya, kopi adalah produk yang terletak dihati debat kontemporari tentang
globalisasi, hubungan perdagangan antarabangsa, hak-hak manusia dan
kemusnahan alam sekitar. Populariti kopi semakin meningkat, ia telah menjadi
berjenama dan dipolitikkan; keputusan yang dibuat oleh pelanggan tentang
apakah jenis kopi yang yang ingin diminum dan dimana untuk dibeli telah
menjadi pilihan gaya hidup. Seseorang mungkin memilih untuk hanya minum
kopi organik sahaja, kopi nyahkafeina atau kopi yang sudah didagang secara
sah melalui saluran yang membayar harga pasar sebenar kepada pengusaha
kecil di negara-negara sedang membangun.