Anda di halaman 1dari 2

Pada semester ketujuh ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan

Kerja Kursus Pendek yang melibatkan mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling
Kanak-Kanak (EDU 3107). Tugasan ini mengenai definisi kaunseling dari pelbagai
sudut dan persamaan dan perbezaan Antara kaunseling dan psikoterapi. Selain itu
juga, saya dan rakan saya diarahkan untuk melaksanakan satu sesi temu bual
bersama guru kaunseling di sekolah ditempat saya menjalankan praktikum fasa ke
tiga dan memilih salah satu masalah pelajar bagi melaksanakan intervensi
kaunseling yang telah dicadangkan dan dipilih.
Semasa proses melaksanakan tugasan ini, saya telah mempertimbangkan
cara perlaksanaan tugasan dengan membahagikan tugas agar menjadi lebih mudah.
Saya juga berpeluang mendapatkan komen dan tindakan spontan daripada pelajar
dan guru mengenai hasil pengumpulan data yang telah saya lakukan. Saya banyak
mendapatkan cadangan dan panduan-panduan asas bimbingan dan kaunseling
daripada guru kaunseling iaitu Encik Fredulin. Beliau tidak lokek untuk berkongsi
ilmu dengan saya.
.
Bercakap mengenai perasaan terhadap pelaksanaan tugasan ini, saya ingin
berkongsi bersama yang mana saya berasa sangat bangga kerana berjaya
menyiapkan tugasan ini mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu
saya

turut

berasa

gembira

kerana

berpeluang

mengambil

pengalaman

melaksanakan dan mengendalikan sesi kaunseling bersama murid dengan intervensi


yang dipilih sendiri. Pengalaman semasa melaksanakannya banyak membantu saya
untuk menjadi guru yang lebih baik contohnya dari aspek pengawalan kelas. Selain
itu saya turut berasa terharu dengan keprihatinan yang telah diberikan oleh guru
kaunseling, Encik Fredulin yang tidak pernah jemu membetulkan kesalahan yang
telah saya lakukan dan tidak kedekut dalam berkongsikan ilmu dan pendapat beliau.

Walaupun begitu terdapat juga beberapa kelemahan dan masalah yang telah
saya alami semasa melaksanakan tugasan ini. Antaranya, saya kurang mencari
maklumat dan info-info yang berkaitan daripada buku-buku rujukan. Saya banyak
merujuk nota-nota internet dan pendapat serta panduan daripada guru-guru di
sekolah. Saya akui wujudnya masalah ini disebabkan kekangan masa menjalani

praktikum. Seterusnya saya akan memperbaiki kelemahan ini dan berusaha untuk
tidak mengulanginya lagi.

Selain itu juga, sewaktu melakukan temu bual, guru kaunseling tidak selalu
berada di bilik kaunseling disebabkan banyak melibatkan diri dengan aktiviti di
sekolah serta ceramah motivasi untuk pelajar tahun enam. Hal ini serba sedikit
membantutkan dalam menyiapkan tempoh masa bagi kerja kursus EDU3107. Tetapi
ianya tidak mematahkan semangat atau tidak menjadi satu alasan untuk tidak
menyiapkan kerja kursus yang diberikan. Dalam menyelesaikan masalah ini, saya
dan rakan praktikum saya telah melakukan beberapa temu janji di luar waktu sekolah
bagi menjalankan waktu temu bual bersama guru kaunseling.

Setelah berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dapat saya


rumuskan bahawa seseorang guru yang bertindak sebagai kaunselor yang ingin
memberikan

perkhidmatan

kaunseling

yang

baik

perlu

menguasai

serta

menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan


menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan
klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi.
Intihanya, kerja kursus pendek ini dapat membantu saya dalam meperolehi
pelbagai input atau informasi tentang proses pembelajaran seseorang kanak-kanak
dan kemahiran-kemahiran yang berkesan dalam menguasai kemahiran bimbingan
dan kaunseling. Hal ini penting kepada saya kerana saya akan ditempatkan di
sekolah pada suatu hari nanti. Maka, dengan input-input ini saya akan
mengaplikasikannya ke dalam suasana pembelajaran yang saya wujudkan kelak.
Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat meningkatkan tingkah laku dan nilai-nilai
etika keguruan yang positif kelak.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai