Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Tajuk yang saya dapat ialah dalam konteks politik di Malaysia, proses integrasi dan
perpaduan tidak banyak melibatkan unsur-unsur asimilasi tetapi lebih mirip kepada akomodasi
dan akulturasi. Saya hendaklah bahaskan kenyataan tersebut. Selepas saya dapat tajuk saya
sangat-sangat keliru sebab ini adalah tajuk baru untuk saya. Sebelum ini saya tidak pernah
dengan asimilasi,akomodasi dan juga akulturasi. Saya jumpa dengan tuan pensyarah En. Ng
Tiak Sui untuk menjelaskan soalan dengan terperinci. Tuan pensyarah berbesar hati
menjelaskan soalan tersebut kepada saya. Saya juga berdikari melayari internet dan membaca
buku beberapa buah buku penulisan ilmiah yang berkaitan dengan perpaduan. integrasi
asimilasi, akomodasi dan juga akulturasi untuk mendapatkan maklumat menyempurnakan
tugasan saya.
Sepanjang pencarian maklumat, saya mendapat beberapa input yang bermakna yang dapat
digunakan di dalam tugasan saya. Perpaduan dan integrasi di Negara kita memuaskan sahaja.
Kesedaran tentang kepentingan perpaduan dan integrasi itu perlu disemai dalam setiap diri
masyarakat untuk mencapai kesejahteraan hidup di negara yang aman damai. Sehubungan
dengan itu, sebagai bakal guru yang juga merupakan agen perpaduan dan integrasi dalam
sistem pendidikan negara, saya perlu menyiapkan diri saya dengan pelbagai makulamat
semasa mengenai isu perpaduan dalam kesedaran menerapkan nilai kekitaan dan
patriotisme dalam kalangan murid kelak.
Selain itu, dalam politik juga sentiasa melibatkan unsur-unsur asimilasi tetapi lebih mirip
kepada akomodasi dan akulturasi. Ini menyebabkan semua rakyat Malaysia hidup dengan
harmoni antara satu sama lain. Melalui tugasan ini, saya sedar akan politik memainkan peranan
yang lebih istimewa untuk menyampaikan maklumat atau membina sebuah Negara yang maju
aman dan damai. Selain itu, masyarakat di Malaysia juga sentiasa memupuk semangat
perpaduan dan integrasi.
Pada pendapat saya, kesukaran tugasan yang diberikan kali ini berada di paras sederhana
kerana bahan bahan untuk tugasan boleh diperolehi melalui pembacaan bahan ilimiah dan
kajian kajian terhadap sejarah pembangunan negara. Walaubagaimanupun, tugasan kali ini
berjaya membuka minda guru pelatih di samping melatih mereka melihat sesuatu isu dari
pelbagai sudut. Untuk menghasilkan guru yang berkualti dan professional, tugasan tugasan
ilmiah yang menyentuh kepada realiti semasa perlu dilaksansakan bagi membuka skop cara
pemikiran guru yang berminda kelas pertama. Tugasan dan kajian yang bersifat holistik,
12

komprehensif dan ideal merupakan satu langkah efektif dalam melatih kekuatan intelektual dan
sahsiah di kalangan bakal guru.
Kesimpulannya, tugasan Hubungan Etnik merupakan tugasan yang boleh mencorak
pemikiran guru pelatih untuk menjangka pola kehidupan masyarakat pada masa hadapan.
Cabaran semasa mengenai perpaduan dalam pelbagai aspek merupakan cabaran yang perlu
diharungi oleh bakal guru dalam melaksanakan tugas guru kerana tugas mendidik masyarakat
merupakan cetusan harapan kepada Pembangunan Negara Bangsa.

13

RUJUKAN
BUKU
Mohd Asraf (2013). Hubungan Etnik. Oxford Fajar Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

INTERNET
(April 2012). akulturasi. Diperoleh
Pada 07 Julai 2014 daripada,
http://berryviolet-miszaza.blogspot.com/2012/04/akulturasi.html

Diperoleh,
Pada 10 Julai 2014 daripada
http://www.academia.edu/7198138/DINAMIKA_MALAYSIA

(Ogos 2013). integrasi etnik di Malaysia. Diperoleh


Pada 24 Julai 2014 daripada,
http://zahirzainudin.blogspot.com/2013/08/integrasi-etnik-di-malaysia.html
(Februari 2013). Kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik.Diperoleh
Pada 30 Julai 2014 daripada,
http://www.slideshare.net/MasturaIsmail2/analisis-kepentingan-perpaduan-dan-integrasi-dalamkonteks-hubungan-etnik-di-malaysia
(Ogos 2010). hubunagn etnik konsep asas. Diperoleh
Pada 33 Julai 2014 daripada
http://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik-konsep-asas?related=2
14

Anda mungkin juga menyukai