Anda di halaman 1dari 15

Tingkatan

Tajuk
Objektif Pembelajaran

3 (TIGA)
SUDUT DAN GARIS II
Memahami dan menggunakan ciri-ciri sudut yang
berkaitan dengan garis rentas lintang dan garis selari
dengan menggunakan perisian Geometers Sketchpad
(GSP).
i.
Menentukan bahawa bagi garis selari dengan :

Hasil Pembelajaran

ii.
Pengetahuan Sedia Ada

a) Sudut sepadan adalah sama


b) Sudut berselang seli adalah sama
Menentukan bahawa bagi garis selari dengan

hasil tambah sudut pedalaman ialah 180


Sudut sepadan, sudut selang-seli dan sudut pedalaman

Menentukan Sudut sepadan dengan garis selari


1. Untuk membina garis selari, pergi Straightedge Tool, pilih ikon terakhir iaitu garis
(Line).
2. Kemudian tarik dan lepaskan hanya sekali untuk mendapatkan garis selari . Pilih
text tool

, dan labelkan titik tersebut dengan titik A dan titik B. Maka, garis

selari AB terhasil (Lihat gambar rajah 1).

Gambar rajah 1

3. Seterusnya, untuk membina satu lagi garis selari, pilih point tool Kemudian
letakkan titik (point) di bawah garis AB serta labelkan titik tersebut dengan titik D.
4. Seterusnya, klik pada titik D dan garis AB, kemudian pergi ke drop-down menu,
pilih Construct Parralel line.

5. Kemudian klik sekali lagi pada point tool dan letakkan titik tersebut pada sebelah
kiri titik D dan pastikan titik tersebut diletak atas garis yang melalui titik D.
Seterusnya labelkan dengan titik C (Lihat Gambar rajah 2)

Gambar rajah 2

6. Langkah seterusnya untuk membina garis rentas lintang. Pergi Straightedge Tool
dan letakan garis rentas lintang dengan bersilang di antara garis selari AB dan garis
selari CD.

7. Labelkan dua titik baru iaitu titik G dan H. Seterusnya klik pada garis CD dan garis
GH , kemudian pergi ke drop-down menu, pilih Construct intersection.
Maka, titik persilangan di antara dua garis terhasil. Ulangi proses yang sama untuk
mendapatkan titik persilangan garis AB dan garis GH. Kemudian labelkan titik
persilangan dengan titik I dan titik J (Lihat gambar rajah 3).

Gambar rajah 3
8. Untuk menggunakan hanya garis-garis yang perlu sahaja. Klik pada titik C dan titik
D, pergi drop-down menu, pilih Contruct Segment. Seterusnya,aktifkan
dahulu,kemudian klik garis CD, pergi drop-down menu, pilih Display Hide
Paralell line. Ulang proses yang sama untuk garis AB dan garis H G (Lihat gambar
rajah 4).

Gambar rajah 4
9. Seterusnya, untuk membina sudut sepadan. Pilih text tool seterusnya tekan dua
kali pada ruangan kosong kemudian dari titik I tarik ke atas, dan juga titik J, maka
kedua-dua sudut iaitu sudut sepadan terhasil (Lihat Gambar rajah 5).

Gambar rajah 5
10. Untuk mendapatkan ukuran sudut sepadan. Klik pada sudut GJA , Pilih dropdown menu, pilih Measure Angle. Ulangi proses yang sama untuk
mendapatkan sudut GIC.

11. Daripada pemerhatian anda, adakah kedua-dua sudut itu sama saiz?
____________________

12. Sekiranya garis rentas lintang diubah kedudukan sudut sepadan pada titik H,
digerakkan samada kekiri atau ke kanan, dan titik G juga digerakkan samada ke kiri
atau ke kanan. Rekodkan hasil sudut yang telah diubah dalam jadual 1.
Contoh
2
3

Pergerakan titik H
Ke kiri
Ke kanan

Pergerakan titik G
Ke kanan
Ke kiri

Penuhkan jadual berikut.


Jadual 1
Contoh
Contoh 2

Contoh 3

Pergerakan Titik H

Pergerakan Titik G

GJA =

GJA =

GIC =

GIC =

GJA =

GJA =

GIC =

GIC =

13. Berdasarkan jadual di atas, adakah saiz kedua-dua sudut itu masih sama?
Seterusnya, buat kesimpulan tentang hasil sudut sepadan?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Menentukan Sudut berselang-seli dengan garis selari

1. Untuk membina garis selari, pergi Straightedge Tool, pilih ikon terakhir iaitu garis
(Line).

Kemudian tarik dan lepaskan hanya sekali untuk mendapatkan garis

selari . Pilih text tool

, dan labelkan titik tersebut dengan titik P dan titik Q.

Maka, garis selari terhasil (Lihat gambar rajah 1) .


.

Gambar rajah 1
2. Seterusnya, untuk membina satu lagi garis selari, pilih point tool
Kemudian letakkan titik (point) di bawah pada garis PQ serta labelkan
titik tersebut dengan titik S.
3. Seterusnya, aktifkan terlebih dahulu, tekankan pada titik S dan garis PQ, kemudian
pergi ke drop-down menu, pilih Construct Parralel line. Maka satu garis selari
melalui titik S terhasil.

4. Kemudian klik sekali lagi pada point tool dan letakkan titik tersebut pada sebelah
kiri titik S dan pastikan titik tersebut diletak atas garis yang melalui titik S.
Seterusnya dengan labelkan titik R (Lihat gambar rajah 2).

Gambar rajah 2
5. Langkah seterusnya untuk membina garis rentas lintang. Pergi Straightedge Tool
dan letak garis tersebut bersilang di antara garis selari PQ dan garis selari RS.
6. Labelkan dua titik baru iaitu titik T dan U. Kemudian, kilik pada garis PQ dan garis
TU , Seterusnya, pergi ke drop-down menu, pilih Construct intersection.
Maka titik persilangan antara garis PQ dan garis TU terhasil. Ulangi proses yang
sama untuk mendapatkan titik persilangan garis RS dan garis TU. Kemudian
labelkan titik persilangan dengan titik V dan titik W (Lihat gambar rajah 3).

Gambar rajah 3
7. Untuk menjadikan hanya garis tertentu sahaja. Klik pada titik P dan titik Q, pergi
drop-down menu, pilih Contruct Segment. Seterusnya, klik garis PQ, pilih
Display Hide line. Ulang proses yang sama pada garis RS dan garis TU (Lihat
gambar rajah 4).

Gambar rajah 4
8. Seterusnya, untuk membentuk sudut berselang-seli. Sekali lagi pilih text tool
seterusnya tekan dua kali pada ruangan kosong kemudian heretkan text tool
tersebut pada titik V ke bawah dan juga titik J heretkan ke atas, maka terhasil satu
sudut untuk kedua-dua titik tersebut iaitu sudut berselang seli (Lihat gambar rajah
5).

Gambar rajah 5

9. Untuk mendapatkan ukuran sudut berselang-seli. Klik pada sudut PVT , pergi
drop-down menu, pilih Measure Angle. Ulangi proses yang sama untuk
mendapatkan sudut SWU.

10. Daripada pemerhatian anda, adakah kedua-dua sudut itu sama saiz?
____________________

11. Sekiranya garis rentas lintang diubah kedudukan sudut berselang seli pada titik T
digerakkan samada kekiri atau ke kanan, dan titik U juga digerakkan samada ke kiri
atau ke kanan. Rekodkan hasil sudut yang telah diubah dalam jadual 2

Contoh
2
3

Pergerakan titik T
Ke kiri
Ke kanan

Pergerakan titik U
Ke kanan
Ke kiri

Penuhkan jadual berikut.


Jadual 2
Contoh

Pergerakan Titik T

Pergerakan Titik U

Contoh 2

PVT =

PVT =

SWU =

SWU =

PVT =

PVT =

SWU =

SWU =

Contoh 3

12. Berdasarkan jadual di atas, adakah saiz kedua-dua sudut itu masih sama?
Seterusnya, buat kesimpulan tentang hasil sudut berselang-seli?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Menentukan garis selari dengan sudut pedalaman


1. Mulakan dengan membina garis selari pergi ke Straightedge Tool dan
kemudian pilih ikon terakhir iaitu garis (Line). Kemudian tarikh dan lepaskan
hanya sekali pada ruangan untuk mendapatkan garis selari . Pilih text tool

, dan labelkan titik tersebut dengan titik A dan titik B. Jadi, garis selari
terhasil (Lihat gambar rajah 1) .

Gambar rajah 1
2. Seterusnya, untuk membina satu lagi garis selari, pilih point tool
Kemudian letakkan titik (point) di tepi pada garis AB serta label
kan titik tersebut dengan titik D.
3. Seterusnya, tekankan pada titik D dan garis AB, kemudian pergi ke drop-down
menu, pilih Construct Parralel line. Maka satu garis selari akan terbentuk
melalui titik D.

4. Kemudian klik sekali lagi pada point tool dan letakkan titik tersebut pada sebelah
kiri titik D dan pastikan titik tersebut diletak atas garis tersebut. Seterusnya
labelkan titik C (Lihat Gambar rajah 2).

Gambar rajah 2

5. Langkah seterusnya untuk membina garis rentas lintang, Pergi Straightedge


Tool dan letak garis tersebut bersilang di antara garis selari AB dan garis selari
CD.
6. Labelkan dua titik baru iaitu titik G dan H. Seterusnya klik pada garis CD dan
garis GH , kemudian pergi ke drop-down menu, pilih Construct
intersection. Maka, titik persilangan di antara dua garis CD dan garis GH
terhasil. Ulangi proses yang sama untuk mendapatkan titik persilangan garis AB
dan garis GH. Kemudian labelkan titik persilangan dengan titik I dan titik J (Lihat
gambar rajah 3).

Gambar rajah 3
7. Untuk melihat hanya garis tertentu sahaja berada pada skrin. Klik pada titik C
dan titik D, pergi drop-down menu, pilih Contruct Segment.
Seterusnya,aktifkan dahulu,kemudian klik garis CD, pergi Display Hide
Paralell line. Ulang proses yang sama untuk garis AB dan garis H G (Lihat
gambar rajah 4).

Gambar rajah 4
8. Seterusnya, untuk membina sudut pedalaman. Pilih text tool seterusnya tekan
dua kali pada ruangan kosong, kemudian klik titik I dan tarik ke atas, lakukan
juga titik J dan tarik keluar. Maka, Sudut pedalaman terhasil (Lihat gambar rajah
5).

Gambar rajah 5
9. Untuk mendapatkan ukuran sudut pedalaman. Klik pada sudut HIB , Pilih
drop-down menu, pilih Measure Angle. Ulangi proses yang sama untuk
mendapatkan sudut DJG, AIH dan GJC.

10. Daripada pemerhatian anda, rekodkan ukuran yang terhasil dalam jadual 3

HIB =

AIH =

DJG =

GJC =

Jadual 3

11. Apakah hasil tambah nilai bagi HIB dengan DJG dan hasil tambah nilai
bagi AIH dengan GJC?
___________________________________________________________

12. Sekiranya garis rentas lintang diubah kedudukan sudut pedalaman pada titik G
digerakkan samada ke atasi atau ke bawah, dan titik H juga digerakkan samada
ke atas atau ke bawah. Rekodkan hasil sudut yang telah diubah dalam jadual 4.
Contoh
1
2

Pergerakan titik G
Ke atas
Ke bawah

Pergerakan titik H
Ke bawah
Ke atas

Jadual 4
Contoh

Pergerakan Titik G
HIB =

Pergerakan Titik H
HIB =

Contoh 1

DJG =

DJG =

HIB + DJG =

HIB + DJG =

AIH =

AIH =

GJC =

GJC =

AIH + GJC =

AIH + GJC =

Contoh 2

13.

Berdasarkan jadual 4, adakah saiz ke dua-dua pasangan sudut pedalaman


mempunyai hasil tambah 180 ? Kemudian, buat satu kesimpulan tentang
pasangan sudut pedalaman?
______________________________________________________________
______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________