Anda di halaman 1dari 1

97 kertas kerja dibentang pada Seminar Intelektual Siswa Pendidik 2014

KUCHING 7 Oktober - Sebanyak 97 kertas kerja dibentangkan pada Seminar


Intelektual Siswa Pendidik 2014 yang berlangsung di Penview Hotel oleh siswa
pendidik dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) yang
mana terdiri dari lima opsyen, iaitu Bahasa Melayu, Sains, Kajian Sosial, Pengajian
Agama dan TESL.
Seminar selama tiga hari bertemakan Penyelidikan Berkualiti Pemangkin Guru
Berinovasi itu merupakan anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
(IPGKTAR). Seminar diadakan bertujuan untuk membentangkan hasil kajian siswa
pendidik di samping untuk memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (PISMP).
Antara tajuk kertas kerja yang dibentangkan adalah Meningkatkan Kemahiran Membina
Ayat Majmuk Dengan Menggunakan Kaedah SALAM, 5 Peringkat SCARS untuk
Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 5 Menentukan Perubahan Bentuk Tenaga, dan
Using Scripted Role-Play To Improve the Speaking Skill at Year 3 Pupils.
Menurut Pengerusi Seminar Intelektual Siswa Pendidik 2014, Jamri bin Atong, seminar
seumpama ini boleh menjadi platform untuk berkongsi dapatan penyelidikan pesertapeserta seminar yang juga merupakan bakal guru. Menerusi seminar ini, siswa-siswa
pendidik boleh berkongsi permasalahan yang dihadapi, strategi tindakan dan langkahlangkah penambaikan amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan siswa
pendidik.
Seorang peserta seminar ini, Mohd Khalid Bin Kamsaini, menyatakan bahawa di
samping dapat berkongsi hasil penyelidikan bersama peserta lain, siswa pendidik juga
dapat mempelajari kaedah dan teknik yang dapat membantu meningkatkan
keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Perasmian seminar yang julung kali diadakan itu disempurnakan Pengarah IPG
Kampus Tun Abdul Razak, Puan Hamsiah binti Abdullah Masni.
Beliau dalam ucapannya berkata, pertemuan para intelek dalam seminar seumpama itu
mampu mencetuskan perkembangan baru dalam bidang pendidikan seterusnya
membantu Kementerian Pelajaran mencapai wawasan Pendidikan Bertaraf Dunia.