Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS RAJA MELEWAR

PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA


(EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

MUHAMAD RIDZUAN BIN HUSNI


870807-43-5523

DIKEMUKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
MAJOR PENDIDIKAN JASMANI
MAC 2007

ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

1.0 KONSEP PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG


MESRA BUDAYA

2.0 KRITERIA-KRITERIA PERSEKITARAN BILIK DARJAH


YANG MESRA BUDAYA

3.0 KEPENTINGAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG


MESRA BUDAYA DALAM KONTEKS SEKOLAH DI
MALAYSIA DAN RASIONAL PELAKSANAAN RANCANGAN
INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

4.0 PELAKSANAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG


MESRA BUDAYA DAN KAITANNYA DENGAN TEORITEORI PEMBELAJARAN

10

5.0 AMALAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DI DALAM


DAN DI LUAR NEGARA

12

6.0 LAKARAN PELAN LANTAI BILIK DARJAH YANG


MESRA BUDAYA

14

7.0 CABARAN-CABARAN SEMASA MENYEDIAKAN


PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

15

8.0 SARANAN PENGGUNAAN BILIK DARJAH YANG


MESRA BUDAYA
9.0 LAMPIRAN
10.0 RUJUKAN

17
19
20

1.0 KONSEP PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Menurut Kamus Dewan edisi ke-3, budaya dapat ditakrifkan sebadai satu
tamadun atau peradaban. Ia juga dapat dimaksudkan dengan kemajuan fikiran atau
akal budi, iaitu cara berfikir dan berkelakuan.
Asmad (1990), pula menyatakan budaya adalah berasal daripada perkataan budi
dan daya. Rangkuman dua perkataan itu maka terjadilah budaya. Bu dalam
perkataan budaya membawa maksud asli, pertama, sejati dan yang dipandang
sempurna, menyenangkan bahkan dimuliakan. Daya pula beerti akal, jalan fikiran,
ciptaan atau bikinan dan seumpamanya.
Robert B. Taylor pula menegaskan, kebudayaan adalah keseluruhan kompleks
yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatsusila,
undang-undang, moral, adat resam, dan apa jua kebolehan serta kebiasaan atau
tabiat dan rutin yang didapati oleh manusia, sebagai ahli sesebuah masyarakat.
Secara amnya, budaya atau kebudayaan itu adalah satu cara hidup yang
kompleks merangkumi semua lapangan hidup yang diwarisi oleh satu-satu
masyarakat termasuklah susunan organisasinya seperti sistem sosial, sistem
politik, ekonomi, kepercayaaan dan segala rupa hasil pembikinan manusia yang
berupa material dan non-material.
Budaya merangkumi beberapa komponen penting, iaitu simbol atau lambanglambang yang mempunyai makna, bahasa untuk komunikasi, nilai yang merupakan
keinginan dalam hidup, norma iaitu peraturan dan jangkaan yang membimbing

tingah laku, dan objek material ataupun teknologi yang membawa erti artifak dan
kaedah yang digunakan dalam kehidupan seharian.
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berbentuk formal dimana ia boleh
membentuk pemikiran, tingkahlaku, dan sikap murid untuk melahirkan satu
generasi atau pelapis untuk mesyarakat yang seimbang baik dari segi jasmani,
emosi,

rohani,

intelek,

dan

sosial,

selaras

dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.
Sebagaimana yang diketahui umum, sekolah mempunyai bilik darjah. Muridmurid belajar di dalam dan di luar bilik darjah. Bilik darjah merupakan satu ruang
untuk murid-murid belajar secara formal. Seperti kebiasaanya, di Malaysia, bilik
darjahnya mempunyai perabot-perabot seperi kerusi, meja, papan putih/hitam,
almari, dan sebagainya. Namun, ada juga sekolah-sekolah diluar negara yang tidak
mempunyai kemudahan seperti di Malaysia kerana beberapa faktor, antaranya
situasi ekonomi dan politik yang tidak stabil, menyebabkan kerajaan yang
memerintah tidak dapat memenuhi tanggungjawab mereka sebaiknya.
Persekitaran bilik darjah memainkan peranan penting dalam pembikinan bilik
darjah yang mesra budaya. Ini kerana persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
dapat menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna dan
efektif.
Konsep bilik darjah yang mesra budaya membawa maksud bilik darjah yang baik
dan sempurna untuk murid-murid belajar di dalamnya, selain menitik beratkan dan
menghormati budaya, adat resam, kepercayaan, dan agama yang dianuti dan
diamalkan oleh mereka.

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting terhadapa


penampilan dan keselesaan bilik darjah yang mesara budaya tersebut. Guru juga
perlu sentiasa mengambil berat dan merangka tindakan yang wajar dan sesuai
untuk membantu murid-muridnya dalam pelbagai langkah untuk menjaga
kebudayaan dan nilai hormat-menghormati sesama murid-murid.
Bilik darjah juga hendaklah memberikan keselesaan kepada murid-murid untuk
belajar, dan kepada guru untuk mengajar. Sebagai contoh, satu bilik darjah yang
tidak bersih dan kemas akan mengurangkan potensi murid untuk mengembangkan
kebolehan mereka, selain daripada mereka melupakan budaya mereka. Ini kerana
sudah

pastilah

setiap

yang

masyarakat

yang

mempunyai

budaya

akan

mengamalkan kebersihan sebagai salah satu nilai dalam kehidupan, kerana sudah
dibincangkan bahawa nilai merupakan salah satu daripada komponen budaya.

2.0 KRITERIA-KRITERIA PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya mempunyai kaitan yang rapat
dengan pengurusan bilik darjah yangbaik dan sempurna. Pengurusan bilik darjah
dapat didefinisikan sebagai set tingkah laku guru yang meliputi aspek dimana guru
akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran. Guru perlulah
memberikan arahan yang berkesan dan mudah difahami oleh murid-murid serta
berkesan untuk memastikan proses pembelajaran itu berlaku seperti yang
dirancang.
Tangunggjawab guru menjadi begitu kompleks dan mencabar kerana guru
dikehendaki memaninkan fungsi yang pelbagai serta menguruskan bilik darjah.
Terdapat pelbagai kriteria bilik darjah yang mesra budaya yang dapat dikenal pasti.
Untuk menjadikan bilik darjah yang mesra budaya, apa yang penting ialag sekolah
tersebut mempunyai murid-murid yang terdiri dari pelbagai latar belakang keluarga
yang berlainan budaya, atau secara tepat lagi aialah murid-murid yang berlainan
kaum dan agama.
Pola kedudukan pelajar merupakan antara kriteria bilik darjah yang mesra
budaya. Berdasarkan kepada susunan fizikal, tentunya murid dalam bilik darjah
mempunyai pengaruh yang kuat ke atas susunan pengajaran dan pembelajaran
murid. Untuk memastikan bilik darjah yang mesra budaya dapat dilaksanakan, guru
hendaklah memastikan kedudukan murid tersebut bercapur dengan pelbagai kaum.
Seperti contoh jika guru mengamalkan susunan meja berempat, sekurangkurangnya hendaklah ada dua atau tiga kaum di dalam kumpulan tersebut. Guru

juga hendaklah memastikan yang murid-murid tersebut menghormati kebudayaan


antara satu sama lain. Dengan cara ini, guru dapat memberikan aktivit secara
berkumpulan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan hubungan antara
mereka.
Fungsi

susun

atur

bilik

darjah

yang

sempurrna

akan

menggalakkan

pembelajaran yang menyeronokkan. Ia juga memberikan peluang untuk muridmurid menjalinkan hubungan positif antara mereka semua. Susun atur suasana
fizikal adalah salah satu perkara yang penting dan perlu dititik beratkan oleh setiap
guru. Guru haruslah berfikiran matang dan berusaha untuk menjadikan bilik darjah
menjadi bilik darjah yang mesra budaya. Jika susunan dalam bilik darjah tidak
dapat diatur seperti yang dirancang, maka ianya akan menghadkan murid-murid
untuk mempelajari budaya yang berlainan antara satu sama lain.
Kewujudan interaksi adalah sangat penting. Kewujudan interaksi dua hala antara
guru dengan murid, dan murid dengan murid di dalam bilik darjah yangmesra
budaya akan memberikan kesan positif kepada perkembangan mereka. Interaksi
tersebut adalah sangat penting dan kondusif ke arah peningkatan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru haruslah berusaha mewujudkan interaksi yang boleh menimbulkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang mesra dan baik. Ini akan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan menarik
perhatian murid untuk turut serta.

3.0 KEPENTINGAN PERSEKITRAAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA


DALAM KONTEKS SEKOLAH DI MALAYSIA DAN RASIONAL PELAKSANAAN
RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

Pada tahun 1971, Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DBK) telah digubal. Dasar
ini bertujuan untuk membentuk perpaduan bangsa melalui budaya. Terdapat tiga
prisip utama dasr ini. Prinsip pertama adalah berdasarkan kebudayaan rantau ini
khususnya kebudayaan Melayu. Prisip kedua pula menekankan unsur-unsur
kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima, dan prinsip ketiga pula ialah Islam
menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan tersebut.
Sebaliknya, sistem pendidikan di Malaysia merupakan salah satu alat terpenting
dan berkesan untuk membangunkan identiti nasional, semangat kebangsaan,
perpaduan, dan cinta akan negara dikalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Sehubungan denga itu, sistem pendidikan di sekolah-sekolah telah diberi
penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
RIMUP merupakan singkatan kepada Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan. Pada awalnya, pelaksanaan RIMUP adalah di peringkat sekolah
rendah. Kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak

diberi

penekanan secara menyeluruh disemua peringkat. Setiap sekolah rendah hanya


diberi garis panduan tanpa penjelasan lanjut tentang tatacara pelaksanaannya.
Bilik darjah yang mesra budaya adalah berkait rapat dengan pelaksanaan
RIMUP ini. Ini kerana dengan adanya bilik darjah yang mesra budaya yang
dirancang oleh guru, program yang dijalankan disekolah, dan aktiviti integrasi yang

dilakukan di dalam kelas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang, baik dan
berfokus. Guru dapat memberikan penekanan kepada murid-murid yang berada di
dalam bilik darjah yang mesra budaya.
Dengan adanya bilik darjah yang mesra budaya ini, ia juga dapat memberikan
hasil yang positif yang berkait rapat dengan program RIMUP tersebut. Ia merupakan
satu usaha perluasa, pemantapan, dan penambahbaikannya. Murid-murid dapat
berinteraksi sesama sendiri sungguhpun berlainan budaya. Ini jelas, program ini
melibatkan pemantauan dan pelaporan yang sama berat disemua peringkat.
Peribahasa ada mengatakan bahawa meluntur buluh biarlah dari rebung, maka
jelaslah bilik darjah yang mesra budaya ini amat penting untuk program integrasi
dan mesra buadaya. Perpaduan pelbagai kaum di Malaysia wajar dilakukan dari
peringkat awala lagi. Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah RIMUP ini
diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah.
Program integrasi perlulah dijadikan keutamaan di sekolah. Peraturan-peraturan
tertentu perlu diwujudkan untuk menjadikan program ini lebih berkesan. Selain
daripada memberi impak yang baik dari segi integrasi, ia secara tidak langsung
akan memberikan persaingan yang sihat dan positif, seterusnya murid-murid juga
akan mendapat pencapaian yang baik dalam bidang akademik.
Sekolah juga hendaklah sentiasa memberikan penekanan kepada konsep yang
ingin disampaikan menerusi RIMUP. Rancangan ini hendaklah sentiasa dititik
beratkan dan sentiasa perlu diikuti secara berterusan agar ianya tidak terhenti pada
pertengahan jalan.

4.0 PELAKSANAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA DAN


KAITANNYA DENGAN TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

Teori pembelajaran terdiri daripada set prinsip mengenai pembelajaran. Teori


pembelajaran juga dapat didefinisikan satu set konstruk yang menghubungkaitkan
perubahan yang diperhatikan dalam sesuatu prestasi dengan kemungkinan yang
difikirkan boleh membawa perubahan tersebut.
Terdapat pelbagai jenis teori pembelajaran. Tokoh-tokoh pendidikan telah
mengemukakan pelbagai jenis teori pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya dapat dikait rapat dengan teori-teori pembelajaran yang ada.
Pada asasnya, teori-teori pembelajaran boleh doklasifikasikan kepada empat
mazhab yang utama, iaitu, behavioris, kognitif, sosial, dan humanis.
Antara teori-teori pembelajaran yang popular dikalangan guru-guru adalah Teori
Rangsangan - Gerak Balas, Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori pelaziaman
Watson, dan Teori Pelaziman Operan.
Pemilihan teori-teori pembelajaran yang betul hendaklah diambil perhatian oleh
para guru, agar mereka dapat mengenalpasti kekurangan atau kelebihan pada
murid-murid mereka. Murid-murid yang berada di dalam bilik darjah yang mesra
budaya tentulah hadir daripada latar belakang keluarga dan budaya yang berlainan.
Pelaksanaan bilik darjah yang mesra budaya ini mempunyai kaitan yang
langsung dengan pemilihan teori-teori pembelajaran. Ini kerana, teori pembelajaran
yang diamalkan di dalam bilik darjah yang mesra budaya ini dapat memberikan

implikasi yang baik dan juga buruk. Selain itu, perkembangan murid, terutamanya
berkenaan dengan menghormati budaya lain juga memainkan peranan penting.
Contohnya, apabila guru menggunakan Teori Pembelajaran Watson dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku murid boleh dipelajari melalui
proses pelaziman. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan rangsangan yang
sesuai. Selain itu, masalah yang dihadapi di dalam kelas juga hendaklah diselesai
mengikut susunan atau langkah-langkah yang dipelajari. Dan, untuk menguasai
kemahiran penyelesaian masalah ini, murid-murid hendaklah belajar perhubungan
gerak balas secara sistematik.
Murid-murid perlu sentiasa bersedia apabila berada dalam bilik darjah untuk
mengalami proses pengajaran

dan

pembelajaran.

Apabila

berada

dalam

persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, makan tidak hairanlah guru perlu
sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk menarik perhatian semua murid.
Guru boleh mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas murismurid dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta
pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Aktiviti ini boleh dijalanan
secara berkumpulan untuk meningkatkan tahap kerjasama meraka, dan secara
tidak langsung dapat meningkatkan proses integrasi dikalangan mereka.
Peneguhan positif kebiasaannya akan membawa keseronokkan. Dengan adanya
peneguhan positif ini, maka murid-murid dapat berinteraksi dengan baik, kerana
mereka berada dalam keadaan yang positif, sentiaa riang, dan mempunyai
hubungan mesra antara satu sama lain.

5.0 AMALAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA

Bilik darjah yang mesra budaya memberikan impak yang baik untuk proses
integrasi dan perpaduan antara semua kaum di Malaysia. Namun, terdapat
pelbagai amalan yang dilakukan oleh guru untuk memastikan bilik darjah mesra
budaya sentiasa berjalan dengan baik dan sempurna.
Persekitaran fizikal merupakan antara amalan bilik darjah yang mesra budaya
yang menarik dan kondusif untuk pembelajaran dan proses integrasi antara muridmurid. Contohnya, guru akan memastikan susunan bilik yang sangat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin. Susunan tempat
tulis hendaklah tertumpu ke papan tulis kerana kebanyakkan pengajaran bilik
darjah berlaku.
Bilik darjah yang mesra budaya mempunyai peraturan bilik darjahnya yang
tersendiri. Membina peraturan dan prosedur dapat memberikan dan menjadikan
pentadbiran aktiviti dalam bilik darjah adalah contoh untuk memastikan proses
integrasi sentiasa berlaku, dan menjadi cara pencegahan aktiviti-aktiviti yang tidak
sihat dan yang bercanggah dengan apa yang dirancangkan.
Rutin bilik darajah juga memainkan peranan yang penting dalam suasana bilik
darjah yang mesra budaya. Rutin bilik darjah dapat menjadikan murid-murid
sentiasa bekerjasama antara satu sama lain, saling hormat-menghormati sesama
sendiri, dan mempelajari budaya mereka sesama sendiri.

6.0 LAKARAN PELAN LANTAI BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Terdapat pelbagai bentuk bilik darjah yang boleh dijadikan bilik darjah yang
mesra budaya yang boleh diaplikasikan. Bilik darjah yang mesra budaya dapat
menggalakkan interaksi antara guru dan murid, dan apa yang lebih dipentingkan
ialah proses integrasi antara murid-murid yang berlainan budaya. Ini supaya dapat
mewujudkan peluang interaksi pelbagai hala, terdapat pelbagai bentuk bilik darah
yang mesra budaya yang boleh digunakan seperti bentuk tradisi, bentuk ladam
kuda, dan bentuk modular.
Bentuk tradisi merupakan susunan yang bersifat kaku dan tradisional. Semua
meja dan kerusi murid di susun secara sebaris demi sebaris dalam barisan yang
lurus. Murid-murid akan duduk secara sebelah-menyebelah. Kebiasaanya kerusi
dan meja guru akan diletakkan di hadapan murid-murid.
Bentuk ladam kuda pula menggalakkan interaksi dua hala dan interaksi pelbagai
hala. Susunan ini lebih sesuai digunakan oleh guru yang banyak menjalankan
aktiviti perbincangan antara murid dan guru.
Untuk bilik darjah yang mesra budaya, saya rasakan bilik darjah yang sesuai
ialah penggunaan susunan bentuk modular. Ini kerana susunan bentuk modular ini
sesuai digunakan untuk aktiviti kumpulan. Aktiviti kumpulan menambahkan lagi
proses integrasi antara murid-murid. Susunan yang menggalakkan interaksi antara
murid dengan murid ini, dapat diadakan dengan aktiviti berkumpulan seperti aktiviti
perbincangan, sumbangsaran, pemulihan atau pengayaan. Aktiviti-aktiviti ini pasti
akan lebih menarik jika guru memberikan tajuk yang sesuai.

Pelan bilik darjah mesra budaya gaya modular.

Rak buku

Meja murid
P
a
p
a
n
k
e
n
y
a
t
a
a
n

(6 murid
satu
kumpulan)
Sudut bacaan/
Ruang aktiviti

Meja
guru

P
a
p
a
n
P
u
t
i
h

7.0 CABAAN-CABARAN

SEMASA

MENYEDIAKAN

PERSEKITARAN

BILIK

DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor penting untuk
memupuk dan membina sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Kini kita dapat perhatikan, pelbagai kaedah yang diguna pakai oleh pihak
kementerian untuk memastikan adanya integrasi dikalangan masyarakat di
Malaysia. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya, dan berdasarkan peribahasa
Melayu ini lah saya rasakan kewujudan sekolah wawasan, sekolah bestari, dan juga
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi.
Sepanjang proses saya menyediakan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya ini, terdapat pelbagai cabaran yang saya perlu tempuhi. Sungguhpun
cabaran-cabaran tersebut datang, saya dapat menghadapinya dengan begitu baik
sekali, kerana saya pasti semua ini dapat menambhkan lagi ilmupengetahuan saya
dan juga mematangkan fikiran saya dengan tajuk yang berkenaan.
Salah satu cabaran yang agak memberi tekanan kepada saya ialah kurangnya
bahan bacaan yang berkaitan dengan tajuk yang saya bincangkan. Bahan bacaan
seperti buku yang berkenaan agak sukar untuk didapati. Mungkin keran atajuk yang
berkaitan masih baru, oleh itu kuranglah panulis menulis ataupun menerbitkannya.
Bahan bacaan yang saya muat turun daripada internet pula kadang-kala kurang
membantu. Mungkin disebabkan oleh terlalu banyak kata kunci yang digunakan,
maka tiada tajuk yang keluar.

Perbincangan antara rakan-rakan juga sangat penting. Perbincangan akan dapat


menghasilkan pelbagai idea-idea baru yang bernas lagi mantap, selain dapat
membincangkan perkara-perkara yang penting. Namun, saya kurang mengambil
langkah bijak yang menguntungkan saya, kerana saya tidak banyakmenjalankan
perbincangan dengan rakan-rakan. Begitu juga dengan bertanya dengan pensyarah
pembimbing. Saya rasakan sedikit rugi atas tindakan saya.
Konsep dan definisi merupakan istilah yang berlainan antara satu sama lain. Ia
memberikan sedikit kekeliruan kepada saya kerana saya sering kali salah tafsir akan
kedua-duanya. Kedua-duanya memainkan peranan penting disebabkan kesemua
tajuk mempunyai kaitan dengan konsep dan definisi.
Pengurusan masa adalah perkara penting untuk saya menyiapkan tugasan yang
telah diberikan ini. Pengurusan masa yang salah, kurang tepat, dan tidak betul akan
memberikan impak yang besar semasa proses menyiapkannya. Oleh itu
pengurusan masa adalah sangat penting. Saya perlulah membahagikan masa saya
untuk menyiapkan tugasan ini, selain membuat kerja-kerja seharian yang biasa
dilakukan oleh saya.
Sebagai contoh, saya akan menghadiri kuliah pada pagi hari bekerja, manakala
sebelah petang pula saya akan menghadiri latihan sukan. Oleh itu, saya telah
menyediakan jadual yang sesuai dengan saya, di mana saya akan menyiapkan
tugasan yang telah diberikan kepada saya pada sebelah malam. Ini kerana saya
mempunyai masa yang agak lapang dan tidak banyak aktiviti yang saya perlu
lakukan selain daripada mengulang kaji pelajaran.

8.0 SARANAN PENGGUNAAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Penggunaan bilik darjah yang mesra budaya hendaklah secara menyeluruh dan
sentiasa berjalan lancar. Ini perlu agar segara yang dirancang dan dilakukan
memberikan manfaat dan kebaikan kepada perkembangna potensi murid-murid,
memberikan kepuasan kepada guru yang mengajar, dan mengikuti rancangan
kurikulum dan ko-kurikulum yang telah disediakan.
Apa yang lebih penting, bilik darjah yang mesra budaya ini akan mengajar muridmurid untuk mengenali adat-resam dan budaya kaum-kaum lain. Mereka juga
kanmenghormati antara satu sama lain, selain dapat memberikan manfaat kepada
mereka kelak, dan secara tidak langsung masyarakat juga dapat hidup sihat, aman
sejahtera.
Penggunaan bilik darjah yang mesra budaya hendaklah diikuti dengan aktivitiaktiviti yang dapat membina semangat kerjasama antara satu sama lain.
Perbincangan sesama ahli kumpulan adalah salah satu cara penggunaan bilik
darjah yang mesra budaya yang boleh dijalankan. Seperti susunan modular,
susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid-murid. Proses interaksi ini
secara tidak langsung akan membolehkan guru memotivasikan murid-murid supaya
menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadat aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Guru boleh mengelolakan dan memperbanyakkan aktiviti berkumpulan. Aktiviti
ini akan memberikan banyak peluang untuk murid-murid berinteraksi dan mengenali
antara satu sama lain. Guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak

aktiviti kumpulan yang membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti seperti


pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan pertandingan, ataupun kerja projek.
Guru hendaklah mengajar dengan sikap penyayang dan prihatin. Tujuannya
ialah untuk merapatkan hubungan mesra antara guru dan murid, juga sesama murid
itu sendiri. Dalam hubungan yang mesra ini, murid-murid akan digalakkan
mengemukakan soalan-soalan, termasuk soalan peribadi dengan harapan dapat
diselesaikan.
Kepimpinan guru adalah lebih baik bersikap demokratik. Sikap demokratik ini
akan membolehkan wujudnya interaksi dua hala dan membawa suasana
sosioemosi yang sihat, mesra, dan harmonis antara guru dan murid, serta antara
murid-murid terutamanya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan
suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan
guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka,
serta sentiasa berkongsi idea berkenaan budaya. Dengan sifat ini, ia juga dapat
mendorong murid-murid berinteraksi antara satu sama lain, dan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kumpulan mereka.
Memotivasikan murid-murid juga adalah perkara penting untuk meningkatkan
perasaan hormat-menghormati antara mereka. Motivasi ialah proses dalaman yang
menimbulkan tingkah laku seseorang. Sekiranya tingkah laku itu yang ditimbulkan
oleh motivasi berpusatkan pada sesuatu perkara, dan aktiviti itu dapat
menghasilkan kepuasan banyak kali, seseorang yang akan meneruskan aktiviti
tersebut secara berulang-ulang.

9.0 LAMPIRAN

Keadaan bilik darjah yang sesuai untuk murid-murid belajar serta bersosial.

Keadaan bilik darjah yang mempunyai ruang tersendiri untuk menjalankan aktiviti.

Proses integrasi antara murid-murid

10.0

RUJUKAN

1. Dr. Ee Ah Meng (2003) Ilmu Pendidikan Pengetahuan Dan Keteampilan Ikhtisas


(Semester 1). Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Mok Soon Sang (2006) Ilmu Pendidikan Untuk KPLA (Sekolah Rendah :
Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya.
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
3. Ee Ah Meng (2001) Pedagogi II Edidi Kedua (Semester II). Kuala Lumpur
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
4. Ee Ah Meng (2001) Pendidikan Di Malaysia Edisi Kedua (Semester II). Shah
Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai