Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

Pada 10 Oktober hingga 11 Oktober yang lepas, kami sekelas dari Opsyen
Pendidikan Seni Visual telah menjalankan Seni Jalanan di Dataran Sungai Melaka.
Seramai 23 orang terlibat dalam Seni Jalanan ini dan seorang pensyarah
pembimbing iaitu En. Abdul Jabar Bin A. Rahman. Ini merupakan satu tugasan yang
wajib dilaksanakan. Kami dari persetuan Seni menjalankan aktiviti Seni Jalanan ini.
Kami menjalankan Seni Jalanan ini supaya mendedahkan orang ramai tentang seni.
Kami membuat aktiviti tersebut dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Sebalum
Sebelum kami membuat seni jalanan ini kami membuat beberapa
perbincangan dan perjumpaan bersama dengan pensyarah pembimbing kami dan
juga bersama dengan rakan rakan kelas bagi menentukan jenis jenis aktiviti
yang kami akan buat. Saya bersama dengan Hafizi membuat kuiling. Kami membuat
kuiling penanda buku, kuiling magnet yang ditampal di peti sejuk, kuiling di dalam
botol sebagai hiasan dan sebagainya. Dalam perbincangan kami juga berkongsi
idea, masalah yang terdapat dan sebagainya.
Selepas merancang kami mula ambil perhatian dalam jualan. Ini kerana salah
satu aktiviti kami adalah menjual kraf tangan. Kami mencadangkan beberapa aktiviti
aiaitu menjual frame, penanda buku, lampu hiasan dan sebagainya. sebelum sehari
kami pergi kami menggumpulkan barang barang yang kami perlu bawah pergi ke
carnival di bilik C4. Kami membuat senarai semak barang sepeeri peralatan yang
perlu dibawah pergi, alat muzik, barang jualan dan sebagainya. Saya sebagai naib
setiausaha induk mengambil tahu tentang persediaan setiap bahagian tugasan yang
telah di bahagikan kepada setiap orang. Kami mengagihkan tugasan kami supaya
kami semua terlibat dalam karnival ini dan supaya menjayakannya dengan baik.
Seterusnya, antara aktiviti Seni Jalanan yang kami adakan ialah jualan
barang buatan tangan kami seperti penanda buku, kuiling maknat, frame gambar,air
topi, bag buatan tangan, lukisan warna air dan sebagainya. Aktiviti seterusnya,
demonstrasi tentang barang buatan tangan kami seperti kuiling, lukisan warna air,
lampu hiasan, membuat key chain, membuat nama, origami, dan inai. Sebelum kami
membuat Seni Jalanan ini kami deberi tugasan.

Semasa
Semasa carnival seni jalanan ini saya bertugas sebagai penjaga jualan dan
dokumentasi. Saya menjaga jualan bersama dengan Nalini. Kami menjaga jualan
dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tugas saya ialah menyusun hasil
jualan di menja dan menyatakan bilangan barang yang dibeli.
Selain itu, saya juga menjadi dokumentasi. Saya mengambil gambar selepas
kami tiba ke tapak di Dataran Sungai Melaka. Saya juga menggambil gambar rakan
rakan sekelas saya yang membuat persedian seperti menyusun meja, memasang
khemah, latihan baskin dan sebagainya. Setelah jam menunjukkan pukul 2.00
petang kami makan. Saya masuk dalam kumpulan baskin kerana saya suka mereka
menyanyi dengan menggunakan alat muzik seperti gitar dan sebagainya.
Selepas
Kami mula mengemas barang barang pada pukul 5 petang. Kami menyimpan
karya, menurunkan khemah dan memungut sampah sampah yang gterdapat
dikawasan perkhemahan. Saterusnya, kami menunggu untuk bas. Selepas bas tiba
kami dalam bentuk kumpulan mengagig agihkan barang supaya cepat
menyimpan. Kami semua berkerjasama dalam mengemaskkan tempat tersebut
sehingga tidak ada sampah. Kami bergerak dari Dataran Sungai Melaka ke rumah
sewa kami pada pukul 5.30 petang.

Kelebihan
Seni jalanan ini merupakan aktiviti yang baru kami buat. Walaupun kami
mendapat sambutan yang kurang daripada para pelancong dan penduduk tempatan
tetapi saya berasa banga kerana kami dapat melaksanan. Saya juga dapat
menyumbang idea, tenaga saya dalam melaksanakan aktiviti ini. Melalui Seni
Jalanan ini saya mendapat tahu bahawa mengadakan sesuatu program di luar
memerlukan komitmen, kerjasama dan keyakinan yang tinggi. Selain itu, perlu
berpengetahuan yang luas ini kerana kami membuat di negeri yang kami tidak kenali
serta kami perlu berusaha dalam menarik perhatian orang ramai. Melalui aktiviti ini
saya dapat mengetahui tentang prosedur mengendalikan dan memohon tempat dan
sebagainya. Saya juga dapat mengetahui tentang cara berurusan dengan orang luar
dan sebagainya.
Seterusnya, melalui karnival dapat merapatkan lagi silatulrahim dengan
antara satusama lain terutama sekali dalam kalangan kamu. ini merupakan sesuatu
yang baik kerana sebagai bakal guru saya dapat mengetahui tentang banyak
perkara melalui pelaksanaan aktiviti ini. Melalui program ini saya mendapat
kelebihan sahaja. Saya dapat mempelajari sesuatu yang baru.
Kelemahan
Kelemahan yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti ialah kami tidak dapat
meriahkan karnival tersebuat ini kerana kami tidak menggunakan muzik, speaker
dan micrrofon dalam menjemput dan mempromosikan karnival kami. Kami hanya
mengedarkan flayers kepada para penggunjung. Seterusnya, tempat yang kami
dapat tidak strategik dari segi jualan kerana tidak ramai penggunjung yang berlalu
lalang di tempat tersebut. Ini menyebabkan kekurangan para penggunjung ke tapak
pameran kami. Tambahan pula, kami tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam
flayers tersebut. Ini menyebabkan ramai pelancong tidak faham tentang program
tersebut.

Masalah
Antara masalah yang kami hadapi ialah kekangan masa yang menyebabkan
kami membuat semua persiapan pada masa yang cepat. Selain itu, kos
perbelanjaan yang kami ingin menggurangkan menyebabkan karnival kami tidak
meriah. Seterusnya, di tapak perkhemahan kami hanya diberi tempat yang terhad
sahaja untuk menggunakan. Selain itu, kami juga tidak dapat menggunakan elektik
kerana tidak ada bekalan elektrik yang boleh di sambungkan untuk menggunakan
speaker dan muzik.
Akhir sekali, melalui seni jalanan ini saya dapat mengetahui tentang bukan
senang untuk menjayakan dan melaksanakan sebuat aktiviti kerana memerlukan
kerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Walaupun ada beberapa
kelebihan dan kekurangan saya mengambil ini sebagai proses membelajar. Melaui
persatuan ini juga saya dapat mengetahui tentang baskin dan saya juga seronok
main alat muzik dan menyanyi bersama deangan rakan rakan sekelas saya.
Aktiviti ini telah memberikan satu input yang baik dan banyak kepada saya.

Anda mungkin juga menyukai