Anda di halaman 1dari 10

Nota jenis-jenis kelas pemulihan

KELAS KHAS
Kelas Pemulihan Khas merupakan salah satu daripada keperluan asas yang perlu
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebiasaannya murid-murid yang
lemah dalam kelas biasa akan dibawa masuk ke kelas pemulihan khas. Murid-murid
ini akan diberi pendidikan pemulihan.
Dalam Kelas Pemulihan Khas ini, murid-murid akan ditempatkan di bilik khas. Bilik
ini akan digunakan sepenuhnya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan pemulihan.

1. Kelas Khas
Pemulihan Khas diadakan di dalam bilik khas yang mempunyai kelengkapan bahan
pemulihan khas.

2. Memenuhi Keperluan
Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi
masalah pembelajaran iaitu
kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan. Faktornya termasuklah persekitaran
dan pengalaman hidup masing-masing.

3. Penguasaan Asas Kemahiran 3M


Murid yang telah menguasai asas kemahiran 3M akan meneruskan pembelajaran di
kelas biasa. Ini akan menambah sikap positif di kalangan murid dan keyakinan diri
terhadap pembelajaran.

4. Skop Kajian
Skop kajiannya tertumpu kepada penguasaan murid terhadap sesuatu subjek
dengan menggunakan bahan maujud.

5. Pemilihan Murid Ke Kelas Pemulihan Khas.


Murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran di dalam kelas biasa,
maksudnya tidak dapat menguasai asas kemahiran 3M akan dimasukkan ke kelas
pemulihan khas.

6. Pemilihan Guru
Untuk mengendalikan kelas pemulihan khas, pihak Kementerian Pelajaran telah
menyediakan guru yang telah dilatih khas di IPG. Guru-guru yang telah
mengendalikan kelas pemulihan telah dihantar untuk menjalani kursus khas.

7. Perbezaan
Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar murid mengakibatkan
segolongan daripada mereka lebih
lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebaya
mereka.

8. Objektif Kelas Pemulihan Khas


Penubuhan kelas pemulihan khas adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah
pembelajaran seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga
ke Tahap 2 sekolah rendah dan ke sekolah menengah.

9. Tujuan Dan Kemudahan


Menggunakan masa, tenaga dan alat pengajaran dengan sebaik-baiknya untuk
mencapai objektif pengajaran. Guru dapat menggunakan bahan yang disediakan
dengan berkesan.
Guru dapat mewujudkan
menggalakkan.

suasana

pengajaran

yang

menyeronokkan

dan

10.Bagaimana Kelas Pemulihan Diadakan


Murid kelas pemulihan khas bolehlah diambil dari kelas biasa. Murid tersebut
mestilah antara 3 hingga 4 orang. Ini bagi sekolah yang mempunyai dua kelas bagi
sesuatu darjah.

Setiap sesi pembelajaran hendaklah tidak melebihi 15 orang murid.


Bagi sekolah yang mempunyai satu kelas bagi setiap darjah, guru pemulihan khas
bolehlah mengambil murid dari kelas lain. Tetapi jumlahnya tidak lebih dari 15 orang.
Sekiranya ianya dari satu kelas sahaja, murid tersebut mestilah tidak melebihi 6
orang murid.
Perbincangan antara Guru Pemulihan Khas, Guru Besar dan guru mata pelajaran
boleh dilakukan untuk memilih murid memasuki kelas pemulihan khas.

11. Jadual Guru


Guru Pemulihan Khas hanya diperuntukkan masa 990 minit. Masa persediaan dan
pemilihan bahan diperuntukkan 120 minit. Masa ini dimasukkan ke dalam jadual
waktu.

12. Pemilihan Subjek


Hanya dua mata pelajaran sahaja dipilih untuk diajar di kelas pemulihan khas iaitu
Bahasa Melayu Dan Matematik

PEMULIHAN KELAS BIASA

Pemulihan Kelas Biasa dilakukan kepada murid-murid yang lemah dalam


penguasaan kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai. Mereka terpaksa bersaing
dengan murid-murid yang cerdik untuk mencapai hasrat serta objektif sukatan
pelajaran yang sama. Di dalam kelas biasa guru memperuntukkan ruang waktu
untuk memberi pemulihan kepada murid-murid ini. Murid perlu didedahkan dengan
situasi sebenar dan pengalaman konkrit agar mereka dapat memahami konsep
pembelajaran dan dapat membina mental yang kukuh.

Melalui pemulihan dalam kelas ini murid yang lemah akan merasakan diri mereka
dihargai. Guru akan menumpukan perhatian kepada mereka. Kesedaran ini
merupakan satu kesan psikologi yang amat tinggi kepada mereka. Mereka tidak
merasakan diri mereka diabaikan.

Guru yang memahami permasalahan murid akan merasakan perlunya perhatian


yang lebih kepada murid-murid ini. Pendekatan dan kaedah perlulah dicari agar
pengajaran dan pembelajaran tercapai objektifnya. Hubungan yang akrab juga akan
terjalin antara guru dengan murid tersebut.

PROSES PENGAJARAN PEMULIHAN KELAS BIASA

Satu proses telah disusun untuk melaksanakan pengajaran pemulihan dalam kelas
biasa. Peringkat-peringkat proses ini berhubung kait antara satu sama lain.Program
pemulihan kelas biasa ini boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah JARLIN.
Kaedah JARLIN ini mementingkan setiap proses dijalankan secara berterusan dan
saling berhubung antara satu sama lain.

1. Pelaksanaan Dalam Kelas Biasa.

Biasanya

dilaksanakan

di

dalam

kelas

selepas

sesuatu

pembelajaran berlaku. Dilaksanakan pada setiap mata pelajaran.

pengajaran

dan

2. Penumpuan
Penumpuan diberikan kepada murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran
pembelajaran hari itu. Mereka akan diberi pemulihan secara langsung.

3. Menjimatkan Masa

Guru hanya bertumpu kepada kelas tersebut sahaja. Tumpuan guru hanya
kepada murid tertentu dan tidak banyak masa digunakan untuk sesi ini.

4. Naluri Kanak-Kanak

Seperti yang kita sedia maklum bahawa murid-murid ini suka bergaul. Melalui
pergaulan ini, penambahan kebolehan murid akan meningkat. Ini juga akan
memperkembangkan lagi pengetahuan mereka.

5. Semangat Kerjasama
Guru member peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti. Aktiviti yang
dilaksanakan seperti mengadakan perbincangan atau mengutarakan pendapat akan
melahirkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu dikalangan muridmurid ini.

6. Kesempatan Bertanding

Sebagai mana naluri murid-murid, mereka suka akan pertandingan. Guru harus
memahami naluri ini. Dengan adanya naluri seumpama ini akan memberi sesuatu
yang positif kepada mereka. Pujian dan imbuhan daripada guru. Guru hanya
bertumpu kepada kelas tersebut sahaja. Tumpuan guru hanya kepada murid tertentu
dan tidak banyak masa digunakan untuk sesi ini.

4. Naluri Kanak-Kanak

Seperti yang kita sedia maklum bahawa


murid-murid ini suka bergaul. Melalui pergaulan ini, penambahan kebolehan

murid akan meningkat. Ini juga akan memperkembangkan lagi pengetahuan mereka.

5. Semangat Kerjasama

Guru member peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti. Aktiviti yang
dilaksanakan seperti mengadakan perbincangan atau mengutarakan pendapat akan
melahirkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu dikalangan muridmurid ini.

6. Kesempatan Bertanding

Sebagai mana naluri murid-murid, mereka suka akan pertandingan. Guru harus
memahami naluri ini. Dengan adanya naluri seumpama ini akan memberi sesuatu
yang positif kepada mereka. Pujian dan imbuhan daripada Cara-cara yang biasanya
digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar lambat ialah seperti pemerhatian,
pentafsiran rekod prestasi dan rekod
profil, ujian kertas dan pensil, latihan
harian, soal jawab dan temu bual dengan guru darjah dan ibu bapa.
Maklum balas yang diperolehi melalui cara-cara tersebut dapat memberi gambaran
tentang pelajar-pelajar yang belum menguasai konsep dan kemahiran yang telah
diajar oleh guru. Murid-murid Tahap 1 dan tahap 2 yang tidak dapat menguasai
kemahiran dipilih untuk mengikuti pengajaran dalam kelas biasa.

11. Penganalisaan Masalah


Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan
memerhati cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Misalnya dengan
memerhati bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah atau tolak,
guru dapat menentukan jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi oleh
seseorang pelajar.

12. Perancangan

Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan


pelajar iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi
segala masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti.
13. Sesi Ujian

Ujian dilakukan mengikut bulanan dan penggal. Tidak perlu diadakan ujian saringan
dan diagnostik. Ia tidak memerlukan rekod terperinci

KELAS KHAS PEMULIHAN Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)


Melalui sistem ini murid yang dikenal pasti akan ke kelas pemulihan pada waktu
tertentu untuk subjek Bahasa Melayu atau Matematik atau kedua-duanya sekali.
Selepas belajar di kelas khas pemulihan mereka akan pulang semula ke kelas
masing-masing untuk mengikuti pengajaran di kelas biasa.
Sebagai contoh, Murid A merupakan murid pemulihan. Murid A akan belajar
seperti biasa di dalam kelas perdana tetapi apabila tiba waktu mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Matematik, murid A ini akan ke kelas pemulihan khas untuk
mengikuti pembelajaran pada waktu itu. Setelah tamat waktu berkenaan, murid
A akan kembali ke kelas perdana dan meneruskan pembelajaran subjek lain

Program Kelas Bercantum

Program ini merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid dalam tahun
persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak mencukupi
untuk membentuk sebuah kelas biasa. Ini biasa diamalkan di Sekolah Kurang Murid
yang biasanya didapati di sekolah-sekolah di kawasan terpencil dan pedalaman,
terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Kelas ini diwujudkan dengan mencantumkan dua atau tiga kumpulan murid yang
terdiri daripada tahun persekolahan yang berbeza di dalam satu kelas. Sesebuah
kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid daripada dua atau tiga tahun
persekolahan ( iaitu Tahun 1 dan Tahun 2 atau Tahun 1, 2 dan 3 ).
Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan
secara serentak. Sebagai contoh, sebuah kelas yang mencantumkan murid-murid
Tahun 1 dan 2 adalah dalam lingkungan tujuh hingga lapan tahun.
Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama dilakukan bagi
memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pelajaran di dalam kelas
bercantum.

ciri2 kelas bercantum

Kelas ini wujud di sekolah rendah saja


Murid2 berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan
Bil murid kurang drpd 10 org
Guru mengajar lebih drpd satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru
mengikut bilangan kelas

Strategi p & p berbeza drpd kelas biasa

Program Literasi dan Numerasi (LINUS)


Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga
2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid
Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi)
dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan
program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran
Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru
Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus
pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang
dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh
negara mengikut zon negeri masing-masing.
LINUS mensasarkan 100% murid tahun 3 menguasai kemahiran literasi dan
numerasi sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013 kecuali murid berkeperluan khas.

Anda mungkin juga menyukai