Anda di halaman 1dari 1

AKTIVITI 9

Berdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, huraikan faktor-faktor yang boleh


menyebabkan pembelajaran kendiri ini tercapai objektifnya.

Pemikiran baru dalam bidang pendidikan mendapati bahawa murid boleh


bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Hal ini membawa kepada
peranjakan mod pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru kepada
pembelajaran kendiri. Pembelajaran kenddiri merupakan satu program yang
memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh masa
belajar. Secara tidak langusng murid belajar secara kendiri melalui penggunaan
bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan
memantau kemajuan mereka sendiri.
Tambahan pula, murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab serta dapat
berdikari ke atas pembelajaran mereka. Oleh demikian, pembelajaran berlaku atas
daya usaha murid sendiri. Murid mempunyai akses kepada sumber pembelajaran
dan mereka mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran sendiri.
melalui pembelajaran kendiri, murid dapat mengenal pasti keperluan sendiri dan
mengenal pasti kebolehan sendiri berdasarkan pemerolehan ilmu yang dicari. Murid
juga dapat menetapkan matlamat sendiri dalam mata pelajarannya. Selain itu, murid
dapat mengenal pasti masa pembelajaran sendiri. Ha ini demikian kerana setiap
inidividu itu mempunyai waktu yang berbeza untuk belajar selain daripada waktu di
sekolah.