Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum...

Ayam goreng tepung rangup ala2 kfc bukan juga sbb tak guna 11 ramuan rahsia
hehehe..Sekarang tak perlu lagi bawak stok dr msia..hanya homemade sendiri sahaja...1kg ayam
dipotong kecil2 dibawa oleh Aisyah dan safhea ke sekolah..Resepi ni saya ambil dr blog Balannambiar
@mamak haji dan sedikit ubah suai..barakallahu fik mamak haji..
Resepi
1kg ayam dipotong mengikut saiz kesukaan anda
(lepas dipotong saya salut dulu dgn tpg gandum ..biarkan seketika dan basuh
semula utk memastikan hanyir ayam hilang)
adunan perap
2 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit garam
ajinomoto *(terpulang nak isi atau tidak)
lada sulah cap ajishio (saya taruk yang ni so ajinomoto tak yah taruk)
1/2 sudu kecil baking powder (jgn isi banyak ye nanti lidah jadi pijar bila makan)
1 sudu besar lada serbuk terpulang nak pedas tambah lagi
adunan tepung (sebatikan semuanya ye)
1 1/2 cawan tpg gandum
1 1/2 cawan tpg jagung
1 sudu besar tpg beras pulut
sedikit garam
sediit ajinomoto *terpulang nak isi atau tidak
lada sulah cap ajishio
lada hitam cap ajihio (terpulang nak isi atau tidak) nak isi sikit je ye)
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar lada serbuk
2 biji telor dipukul
caranya
1. Perap ayam yang dipotong tadi dengan bahan perapan...selama 30 minit
2. masukkan potongan ayam ke dalam telor yang dipukul ..kemudian masukkan ke bekas adunan
tepung..salut ayam tadi...
3. biarkan seketika supaya salutan ayam tadi 'mesra' dgn ayam
4. Sekiranya anda ingin keranggupan dan ketebalan lebih, buat dua kali salutan dengan mengulangi
celur dalam telur yang telah dipukul kemudian adunan tepung
5.. Panaskan minyak banyak ye dlm kuali atau Periuk menggoreng...
6. Goreng dalam api yang sederhana supaya kulit luar cantik hasilnya dan dalaman ayam juga
masak.. Andik Ann
Share

Anda mungkin juga menyukai